Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 14 Oktober 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 30


**salam.... bab ni saya update malam pulak.. so harap enjoy... tidak nakal bukan Harith namanya.. hehehe..:D

ARLYSSA terpisat-pisat. Pandangan matanya masih berbalam-balam. Peristiwa semalam kembali berputar di dalam kepala dan mukanya serta-merta memerah. Malu! Hembusan nafas orang sebelah yang sangat dekat di pipinya dia pandang. Wajah itu sangat sempurna di matanya. Punya dagu yang berlekuk, alis mata yang terbentuk elok. Tambah lagi dengan ulas bibir yang.. Fuh! Mengancam!
Tapi jika bukan dia yang memiliki lelaki ini, siapa yang sepatutnya mendampingi Harith tika ini? Sebelum dia hadir ke dalam hidup Harith, pasti lelaki ini sudah punya kekasih hati. Tapi siapa? Adakah kehadiran dia di dalam hidup Harith telah melukakan satu hati lain? Seperti mana penerimaan emak Harith terhadapnya. Arlyssa mengeluh berat. Tiba-tiba tubuh Harith bergerak sedikit. Tubuhnya dipaut erat. Dia menerima ciuman di pipi. Harith mencapai telefon bimbit dari tepi bantal. 3.00 pagi.
“Awalnya bangun,” tegur Harith dengan suara yang masih serak.
Arlyssa diam. Rasa malu masih menebal dan mukanya kembali merona merah. Dia cuba menyorokkan wajahnya di sebalik dada bidang si suami.
“Sempat lagi kalau kita buat sekali lagi,” cadang Harith gatal.
“Tak...” Patah kata Arlyssa mati kerana Harith lebih laju memagut bibirnya. Dan mereka sekali lagi tenggelam dalam lautan kasih.

USAI menunaikan solat subuh berjemaah, Harith merebahkan kembali badan di atas katil. Matanya tak lepas dari memandang belakang tubuh Arlyssa yang sedang termenung di balkoni. Tengah hari nanti mereka akan bertolak balik menaiki kapal terbang. Mereka akan singgah di Kuala Lumpur seketika untuk mengambil kereta dan Puan Aini sebelum bertolak kembali ke Kuala Terengganu. Dan pada sebelah malam pula Syed Yusri akan berlepas ke negeri di bawah bayu, mengikuti kursus yang dikatakan itu.
“Sayang,” panggil Harith sambil meletak dagu di atas bantal.
Arlyssa berpaling. Rambut yang masih basah dia biarkan lepas bebas. Lambat-lambat dia menghampiri katil. Kemeja bersaiz besar dan legging yang tersarung ditubuh Arlyssa menampakkan dia sangat seksi. Buat Harith makin tergoda. Fuh! Goyah iman cik abang ni! Arlyssa duduk dibirai katil, agak jauh dari tempat Harith berbaring. Matanya masih malu untuk berlawan pandang dengan sepasang mata bundar milik Harith.
Harith berguling hingga rapat ke tubuh Arlyssa. Tubuh kecil itu dia paut erat dan memaksa Arlyssa sama-sama rebah di atas katil. Terjerit kecil Arlyssa.
“Terima kasih sayang!”
“Terima kasih untuk apa?”
“Terima kasih kerana sudi menjadi isteri saya, kerana menjaga hak saya,” tutur Harith lembut. Dia tahu hidup Arlyssa yang dahulunya bebas. Ke kelab malam sudah menjadi perkara wajib. Pakaian tak cukup kain, usah cakaplah. Tapi syukur. Arlyssa tak pernah terjerumus ke lembah maksiat. Dan wajah isterinya sudah bertukar merah padam.
“Amboi! Merahnya muka dia. Kena simbah dengan cat merah ke sayang?” Harith mengusik. Sepanjang Arlyssa hidup dengan pak cik ni, dia memang suka mengusik. Kena cium kat pipi dan dahi tu dah terbiasa sangat.
Pipi Arlyssa dia cium. Dan bibirnya mula meliar.
“Eh, janganlah. Kita dah nak bertolak balik ni. Baju tak kemas lagi, nanti lambat pulak sampai kat airport,” muka Harith dia tolak sedikit menjauh. Tak boleh sangat melayan pak cik ni. Takut nanti dengan dia sekali turut terbabas!
“Haih, mulut ni dah pandai nak merungut. Nak kena cium ye,”
Arlyssa bingkas bangun dari pembaringan apabila mendapat peluang. “Eh, betullah. Flight kita pukul 1.00 kan? Sekarang dah pukul 10.00. breakfast pun tak lagi ni,”
Arlyssa menghampiri almari pakaian. Beg beroda dia bawa keluar dari ruang paling bawah dalam almari itu. Kemudian tangannya lincah menyusun pakaian milik mereka di dalam beg itu.
“Awal lagi la,” sungguh! Harith masih tak puas bermesra dengan Arlyssa. Baru nak manja-manja, dah kena bertolak balik.
“Eh, awal tak awal. Cepat bangun, saya tak nak kita terlepas flight ni. Kesian mama sorang-sorang kat rumah,” lembut Arlyssa bertutur. Rasanya sejak semalam, tutur kata isterinya mula lembut. Tiada lagi tengkingan atau muka yang cemberut tanda tak puas hati. Bibir tu, dah tak muncung lagi.
“Awak nak saya cepat siap? Boleh aje. Tapi dengan syarat.” Harith memasang taktik.
“Syarat?” Kening Arlyssa turut sama terjongket ke atas.
“Awak mandikan saya boleh?” Harith mengerdipkan matanya dengan bibir senyum, senyum gatal! Budget cute la tu!
Arlyssa membeliakkan mata. “No!” Kuat suaranya bermaksud dia memang tak bersetuju dengan syarat Harith. Selalu nak main-main! “Awak bukannya sakit. Sihat walafiat aje ni, kenapa nak saya mandikan bagai pulak?” Ton suara Arlyssa mengendur.
“Ala... Boleh la...” Sengaja dia lunakkan suara. Merengek pun ya jugak. Aduh, teruk benor mamat ni. Laki siapa la ni!
“Hmm.. Nak saya mandikan ya?” Arlyssa mendapat satu akal.
“Nak, nak!” Terlebih teruja Harith menyahut.
“Okey, jom!”
Arlyssa mencapai tuala dan disangkut ke bahu Harith. Tangan lelaki itu dia tarik supaya mengikut langkahnya. Pintu bilik ditolak perlahan dan tiba-tiba Arlyssa berpusing. Serta-merta dia menolak tubuh Harith masuk ke dalam bilik air. Lantas, pintu bilik air dia tutup dan diselak dari luar.
“Heh! Taktik jahat!” Laung Harith kegeraman dari dalam bilik air. Manakala Arlyssa di sebelah sana sudah mengekek ketawa. Geli hati sungguh!

SEJAK melangkah keluar dari hotel, ke lapangan terbang hinggalah sampai di rumah Puan Aini, Harith masih tak bercakap dengan Arlyssa. Melancarkan mogok suara barangkali. Dahlah Harith macam tu, Arlyssa pulak tak ada langsung rasa nak pujuk si suami yang sedang merajuk. Sebabkan Arlyssa tak mandikan dia pagi tadi, muka orang sebelah asyik tayang muka masam aje. Macam tertelan segenggam asam jawa!
Arlyssa bukan tak nak pujuk tapi dia nak tengok sejauh mana pak cik tu nak melayan rajuk. Alah, tak ke mananya tu. Malam karang cari aku jugak! Bisik hati kecilnya. Dalam diam, nak tertawa jugak dia sebabkam muka cemberut tu tapi mana boleh ketawa. Layan jelah! Sepanjang enam bulan mereka duduk sebumbung, ini kali pertama Arlyssa dihidangkan dengan rajuk panjang Harith.
Usai menyalin pakaian, Arlyssa turun ke dapur. Menyertai mamanya. Bibik Nor sudah pun berangkat pulang ke kampung halamannya pagi tadi. Dan pagi esok giliran dia, Harith dan Puan Aini berangkat ke Kuala Terengganu. Rumah di sini akan dibiarkan kosong untuk sementara waktu.
“Mama, flight along pukul berapa?”
“Kalau tak salah mama dalam pukul 9.30 macam tu,”
“Oh,”
Arlyssa melihat mamanya yang sedang mengacau kari ayam di atas dapur. Kemudian Arlyssa berlalu ke rak pinggan. Beberapa biji pinggan dia ambil dan disusun di atas meja makan. Siap Puan Aini memasak, makanan dihidang ke atas meja pula. Makan malam mereka sedikit awal hari ini kerana Syed Yusri akan bertolak ke Sabah. Puan Aini memang begitu, dia selalu risaukan Syed Yusri yang kadang-kadang tak sempat nak makan. Lantaran sibuk sangat dengan kerjanya.
“Dik, panggil Harith dan along turun,” pinta Puan Aini.
Sudah agak lama Arlyssa tidak mendengar panggilan ‘adik’ itu. Sememangnya dari dulu, ahli keluarga ini memanggilnya adik kerana dia anak bongsu. Dari kecil hinggalah sekarang. Tapi sejak dia mengikut Harith tinggal di kampung halaman mereka, panggilan adik itu seakan sudah lenyap.
Dia melintasi bilik Syed Yusri. Pintu bilik itu dia ketuk sekali dua.
“Along, mama panggil makan,”
“Okey,” sahut suara di dalam.
Dan Arlyssa berlalu ke biliknya. Pintu bilik yang sedikit renggang dia tolak perlahan. Si dia sedang tidur sambil peluk bantal. Merajuk lagilah tu. Arlyssa merapati katil dan duduk berdekatan dengan tempat Harith berbaring.
“Awak, awak. Bangunlah, tak elok tidur waktu senja macam ni,” Arlyssa cuba kejutkan Harith tapi nampak gaya macam tak jalan aje. Makin keras tidur pulak!
“Awak, bangunlah. Mama dan along dah tunggu tu,”
Akhirnya Harith bangun tapi wajah isterinya sikit pun dia tak pandang. Dia berlalu ke tingkat bawah, meninggalkan Arlyssa termanggu di dalam bilik. Heh! Merajuk lagi? Aiyoh! Susahlah nak pujuk pakcik ni. Bila dah pandai nak merajuk-rajuk ni malas Arlyssa nak layan. Macamlah dia pandai sangat nak pujuk orang.
Mereka menjamu selera di meja makan. Hanya sesekali suara Puan Aini dan Syed Yusri bertanya itu dan ini. Bertanya tentang apa? Mestilah tentang percutian mereka di Pulau Langkawi. Dan tak semena-mena muka Arlyssa merah padam. Syed Yusri apa lagi, makin ligatlah dia mengusik.
“Amacam honeymoon? Okey?” Kening Syed Yusri terjongket ke atas.
Erk! Soalan apa along ni? Ada pulak tanya macam tu? Arlyssa menggerutu di dalam hati dan tanpa sedar mukanya sudah bertukar warna.
Best!” Laju dan teruja Harith menjawab. Terhinjut bahu Arlyssa kerana terkejut. Hampir tersembur nasi di dalam mulut.
Aduh! Apa punya jawapan ni? Arlyssa rasa macam nak zip je mulut orang sebelah ni! Geramnya hanya Allah je yang tau! Tajam matanya merenung wajah itu.
“Amboi! Apa yang best sangat tu?”
Melihat Harith yang mahu membuka mulut menjawab soalan alongnya, Arlyssa pantas mencubit perut Harith. Takut nanti terkeluar jawapan tak diduga dari Harith.
“Aduh!” Harith mengaduh perlahan. Bekas cubitan Arlyssa dia gosok perlahan.
“Kenapa Harith?” Puan Aini laju menyoal.
“Err.. Tak ada apa-apa, ma. Tiba-tiba rasa sakit perut pulak,” Harith gigit hujung bibir. Dia jeling orang sebelah. Main kasar nampak!
Sedangkan Syed Yusri tahu kenapa adik iparnya mengaduh tadi. Senyuman sinis terukir di bibir Syed Yusri. Suara azan dari masjid berhampiran kedengaran sayup-sayup. Bicara antara mereka terhenti seketika.
“Dah, dah. Cepat makan. Kat luar tu dah azan. Lepas ni solat, along nak ke airport pulak.” Ujar Puan Aini memecahkan kebisuan di antara mereka.
Usai makan dan bersolat, mereka semua menghantar Syed Yusri ke lapangan terbang.

SESAMPAI di rumah setelah menghantar Syed Yusri, mereka bergegas masuk ke bilik masing-masing. Mahu menunaikan solat isyak. Usai bersolat, Arlyssa pandang ke arah Harith yang sedang berbaring di atas katil dengan baju Melayu dan kain pelikat masih tersarung di tubuh. Merajuk lagi la tu. Selepas menyidai telekung di rak, Arlyssa menyertai Harith, sama-sama berbaring di atas katil.
Dia lirik pada Harith yang sengaja memejam mata. Lantas dia genggam tangan Harith. Jemari mereka bersilang.  Belakang tangan Harith dia bawa ke bibir. Dikucup lama.
“Cik abang saya merajuk lagi ke ni?” Bisik Arlyssa betul-betul di tepi telinga Harith tapi si suami masih mematung.
Eh, tak jalan jugak? Amboi! Nak aku pujuk macam mana lagi ni?! Rungut Arlyssa di dalam hati. Dalam sedang berfikir, tiba-tiba Arlyssa mendapat satu akal. Bibirnya senyum nakal. Tangan Arlyssa mula bekerja, mencari sasaran. Dia menggeletek Harith!
Harith belum tidur dan sedang elok melayan rajuk terkejut. Tiba-tiba saja dia terasa ada benda yang merayap di pinggangnya. Pantas matanya terbuka. Dia kegelian.
“Lys! Janganlah!” Dia melarang. Tapi larangannya bagai mencurah air ke daun keladi. Sia-sia saja. Tangan kecil isterinya makin ligat menggeletek.
“Lys! Saya gelilah!” Dia digeletek lagi. Dan di luar sedar bibirnya tersenyum kerana rasa geli.
“Akhirnya, awak senyum jugak. Taktik saya berjaya, yes!” Sorak Arlyssa.
“Ceh! Pakai taktik kotor! Tapi saya senyum tak bermakna saya dah berbaik dengan awak. Hutang tetap hutang.”
“Pulak dah! Eh, hutang apa pulak ni?” Mata Arlyssa mengecil memandang Harith. Bila pulak aku berhutang dengan dia ni? Kepala Arlyssa ligat berfikir tentang hutang yang Harith cakap tu.
“Hutang mandikan saya!” Bisik Harith.
“Erk! Choi! Tak naklah!” Lalu dia melepaskan tangan Harith. Kalau nak tuntut hutang tu, malas dia nak layan.
“Tak nak tak apa, biar kita macam ni sampai bila-bila.” Harith pusing tubuh membelakangi Arlyssa.
Arlyssa diam. Berfikir sejenak.
“Okeylah, okeylah, saya bayar hutang tu.” Lambat-lambat dia membalas.
“Sungguh? Okey, jom!” Laju Harith bangun dari pembaringan dan menarik tangan Arlyssa.
“Jom? Nak pergi mana pulak ni?” Arlyssa jadi blur dengan tindakan mendadak Harith tu. Kan dah malam-malam buta ni.
“Kata nak ‘bayar’ hutang, jomlah. Saya dah lama ready ni!”
Arlyssa membeliakkan mata. Perut Harith dicubit seperti di meja makan tadi. Gatal! Miang! Harith mengaduh perlahan. Apa kena bini aku ni? Dia menggumam perlahan sambil menggosok perut. Tangan besi ke? Sakit dowh!
“Awak ni pun agak-agaklah. Hutang awak tu saya ‘bayar’ kat rumah sana. Dah malam sangat ni. Dah-dah tidur!” Arlyssa sudah siap sedia melabuhkan kepala di atas bantal.
“Saya sambung merajuklah kalau macam tu,”
“Heh! Jangan nak merajuk sangatlah. Kang saya tarik balik kata-kata saya tu, kempunan awak!” Arlyssa tak mahu kalah.
“Yalah, yalah!”
Harith menurut. Dia bukan apa. Susah tau nak buat Arlyssa jatuh ke dalam genggamannya. Bila dah jatuh ni, terpaksalah jaga elok-elok. Nanti dia buat hal macam dulu, baru orang cakap sengaja cari penyakit. Dia menutup suis lampu. Tubuh Arlyssa di atas katil dia paut ke dalam pelukannya dan mata dipejam. Sementara itu, Arlyssa sudah mengukir senyum lebar. Kan dia dah cakap, malam-malam pasti Harith akan cari dia jugak. 

8 ulasan:

  1. nakalnyer..baca ambil senyum sampai langit...pipi pon dh blushing...hehehe...

    BalasPadam
  2. wida; hahahahaha.. well... mereka saling melengkapi sebenarnya.. ada Harith n Arlyssa...:)

    blinkalltheday; peewiit!! kehkehkeh..:D

    BalasPadam
  3. Btl ape wida taip tu...
    Bc smbil sengih sorg2...
    Sweet dorg nie

    BalasPadam
  4. knpe ini jdi novel tngah sok bce smpai x tdo 1 mlm dh x de lgi smbungan.

    BalasPadam
  5. dear, novel ni dah keluar dlm bentuk cetakan.. sila dapatkan di kedai buku ye untuk tahu kesudahannya.. terima kasih..

    BalasPadam