**salam.... bab ni saya update malam pulak.. so harap enjoy... tidak nakal bukan Harith namanya.. hehehe..:D
ARLYSSA
terpisat-pisat. Pandangan matanya masih berbalam-balam. Peristiwa semalam
kembali berputar di dalam kepala dan mukanya serta-merta memerah. Malu!
Hembusan nafas orang sebelah yang sangat dekat di pipinya dia pandang. Wajah
itu sangat sempurna di matanya. Punya dagu yang berlekuk, alis mata yang
terbentuk elok. Tambah lagi dengan ulas bibir yang.. Fuh! Mengancam!
Tapi
jika bukan dia yang memiliki lelaki ini, siapa yang sepatutnya mendampingi
Harith tika ini? Sebelum dia hadir ke dalam hidup Harith, pasti lelaki ini
sudah punya kekasih hati. Tapi siapa? Adakah kehadiran dia di dalam hidup
Harith telah melukakan satu hati lain? Seperti mana penerimaan emak Harith
terhadapnya. Arlyssa mengeluh berat. Tiba-tiba tubuh Harith bergerak sedikit.
Tubuhnya dipaut erat. Dia menerima ciuman di pipi. Harith mencapai telefon
bimbit dari tepi bantal. 3.00 pagi.
“Awalnya
bangun,” tegur Harith dengan suara yang masih serak.
Arlyssa
diam. Rasa malu masih menebal dan mukanya kembali merona merah. Dia cuba
menyorokkan wajahnya di sebalik dada bidang si suami.
“Sempat
lagi kalau kita buat sekali lagi,” cadang Harith gatal.
“Tak...”
Patah kata Arlyssa mati kerana Harith lebih laju memagut bibirnya. Dan mereka
sekali lagi tenggelam dalam lautan kasih.
USAI
menunaikan solat subuh berjemaah, Harith merebahkan kembali badan di atas
katil. Matanya tak lepas dari memandang belakang tubuh Arlyssa yang sedang
termenung di balkoni. Tengah hari nanti mereka akan bertolak balik menaiki
kapal terbang. Mereka akan singgah di Kuala Lumpur seketika untuk mengambil
kereta dan Puan Aini sebelum bertolak kembali ke Kuala Terengganu. Dan pada
sebelah malam pula Syed Yusri akan berlepas ke negeri di bawah bayu, mengikuti
kursus yang dikatakan itu.
“Sayang,”
panggil Harith sambil meletak dagu di atas bantal.
Arlyssa
berpaling. Rambut yang masih basah dia biarkan lepas bebas. Lambat-lambat dia
menghampiri katil. Kemeja bersaiz besar dan legging
yang tersarung ditubuh Arlyssa menampakkan dia sangat seksi. Buat Harith makin
tergoda. Fuh! Goyah iman cik abang ni! Arlyssa duduk dibirai katil, agak jauh
dari tempat Harith berbaring. Matanya masih malu untuk berlawan pandang dengan
sepasang mata bundar milik Harith.
Harith
berguling hingga rapat ke tubuh Arlyssa. Tubuh kecil itu dia paut erat dan
memaksa Arlyssa sama-sama rebah di atas katil. Terjerit kecil Arlyssa.
“Terima
kasih sayang!”
“Terima
kasih untuk apa?”
“Terima
kasih kerana sudi menjadi isteri saya, kerana menjaga hak saya,” tutur Harith
lembut. Dia tahu hidup Arlyssa yang dahulunya bebas. Ke kelab malam sudah
menjadi perkara wajib. Pakaian tak cukup kain, usah cakaplah. Tapi syukur.
Arlyssa tak pernah terjerumus ke lembah maksiat. Dan wajah isterinya sudah
bertukar merah padam.
“Amboi!
Merahnya muka dia. Kena simbah dengan cat merah ke sayang?” Harith mengusik.
Sepanjang Arlyssa hidup dengan pak cik ni, dia memang suka mengusik. Kena cium
kat pipi dan dahi tu dah terbiasa sangat.
Pipi
Arlyssa dia cium. Dan bibirnya mula meliar.
“Eh,
janganlah. Kita dah nak bertolak balik ni. Baju tak kemas lagi, nanti lambat
pulak sampai kat airport,” muka
Harith dia tolak sedikit menjauh. Tak boleh sangat melayan pak cik ni. Takut
nanti dengan dia sekali turut terbabas!
“Haih,
mulut ni dah pandai nak merungut. Nak kena cium ye,”
Arlyssa
bingkas bangun dari pembaringan apabila mendapat peluang. “Eh, betullah. Flight kita pukul 1.00 kan? Sekarang dah
pukul 10.00. breakfast pun tak lagi
ni,”
Arlyssa
menghampiri almari pakaian. Beg beroda dia bawa keluar dari ruang paling bawah
dalam almari itu. Kemudian tangannya lincah menyusun pakaian milik mereka di
dalam beg itu.
“Awal
lagi la,” sungguh! Harith masih tak puas bermesra dengan Arlyssa. Baru nak
manja-manja, dah kena bertolak balik.
“Eh,
awal tak awal. Cepat bangun, saya tak nak kita terlepas flight ni. Kesian mama sorang-sorang kat rumah,” lembut Arlyssa
bertutur. Rasanya sejak semalam, tutur kata isterinya mula lembut. Tiada lagi
tengkingan atau muka yang cemberut tanda tak puas hati. Bibir tu, dah tak
muncung lagi.
“Awak
nak saya cepat siap? Boleh aje. Tapi dengan syarat.” Harith memasang taktik.
“Syarat?”
Kening Arlyssa turut sama terjongket ke atas.
“Awak
mandikan saya boleh?” Harith mengerdipkan matanya dengan bibir senyum, senyum
gatal! Budget cute la tu!
Arlyssa
membeliakkan mata. “No!” Kuat
suaranya bermaksud dia memang tak bersetuju dengan syarat Harith. Selalu nak
main-main! “Awak bukannya sakit. Sihat walafiat aje ni, kenapa nak saya
mandikan bagai pulak?” Ton suara Arlyssa mengendur.
“Ala...
Boleh la...” Sengaja dia lunakkan suara. Merengek pun ya jugak. Aduh, teruk benor mamat ni. Laki siapa la ni!
“Hmm..
Nak saya mandikan ya?” Arlyssa mendapat satu akal.
“Nak,
nak!” Terlebih teruja Harith menyahut.
“Okey,
jom!”
Arlyssa
mencapai tuala dan disangkut ke bahu Harith. Tangan lelaki itu dia tarik supaya
mengikut langkahnya. Pintu bilik ditolak perlahan dan tiba-tiba Arlyssa
berpusing. Serta-merta dia menolak tubuh Harith masuk ke dalam bilik air.
Lantas, pintu bilik air dia tutup dan diselak dari luar.
“Heh!
Taktik jahat!” Laung Harith kegeraman dari dalam bilik air. Manakala Arlyssa di
sebelah sana sudah mengekek ketawa. Geli hati sungguh!
SEJAK
melangkah keluar dari hotel, ke lapangan terbang hinggalah sampai di rumah Puan
Aini, Harith masih tak bercakap dengan Arlyssa. Melancarkan mogok suara
barangkali. Dahlah Harith macam tu, Arlyssa pulak tak ada langsung rasa nak
pujuk si suami yang sedang merajuk. Sebabkan Arlyssa tak mandikan dia pagi
tadi, muka orang sebelah asyik tayang muka masam aje. Macam tertelan segenggam
asam jawa!
Arlyssa
bukan tak nak pujuk tapi dia nak tengok sejauh mana pak cik tu nak melayan
rajuk. Alah, tak ke mananya tu. Malam karang cari aku jugak! Bisik hati
kecilnya. Dalam diam, nak tertawa jugak dia sebabkam muka cemberut tu tapi mana
boleh ketawa. Layan jelah! Sepanjang
enam bulan mereka duduk sebumbung, ini kali pertama Arlyssa dihidangkan dengan
rajuk panjang Harith.
Usai
menyalin pakaian, Arlyssa turun ke dapur. Menyertai mamanya. Bibik Nor sudah
pun berangkat pulang ke kampung halamannya pagi tadi. Dan pagi esok giliran
dia, Harith dan Puan Aini berangkat ke Kuala Terengganu. Rumah di sini akan
dibiarkan kosong untuk sementara waktu.
“Mama,
flight along pukul berapa?”
“Kalau
tak salah mama dalam pukul 9.30 macam tu,”
“Oh,”
Arlyssa
melihat mamanya yang sedang mengacau kari ayam di atas dapur. Kemudian Arlyssa
berlalu ke rak pinggan. Beberapa biji pinggan dia ambil dan disusun di atas
meja makan. Siap Puan Aini memasak, makanan dihidang ke atas meja pula. Makan
malam mereka sedikit awal hari ini kerana Syed Yusri akan bertolak ke Sabah.
Puan Aini memang begitu, dia selalu risaukan Syed Yusri yang kadang-kadang tak
sempat nak makan. Lantaran sibuk sangat dengan kerjanya.
“Dik,
panggil Harith dan along turun,” pinta Puan Aini.
Sudah
agak lama Arlyssa tidak mendengar panggilan ‘adik’ itu. Sememangnya dari dulu,
ahli keluarga ini memanggilnya adik kerana dia anak bongsu. Dari kecil
hinggalah sekarang. Tapi sejak dia mengikut Harith tinggal di kampung halaman
mereka, panggilan adik itu seakan sudah lenyap.
Dia
melintasi bilik Syed Yusri. Pintu bilik itu dia ketuk sekali dua.
“Along,
mama panggil makan,”
“Okey,”
sahut suara di dalam.
Dan
Arlyssa berlalu ke biliknya. Pintu bilik yang sedikit renggang dia tolak
perlahan. Si dia sedang tidur sambil peluk bantal. Merajuk lagilah tu. Arlyssa
merapati katil dan duduk berdekatan dengan tempat Harith berbaring.
“Awak,
awak. Bangunlah, tak elok tidur waktu senja macam ni,” Arlyssa cuba kejutkan
Harith tapi nampak gaya macam tak jalan aje. Makin keras tidur pulak!
“Awak,
bangunlah. Mama dan along dah tunggu tu,”
Akhirnya
Harith bangun tapi wajah isterinya sikit pun dia tak pandang. Dia berlalu ke
tingkat bawah, meninggalkan Arlyssa termanggu di dalam bilik. Heh! Merajuk
lagi? Aiyoh! Susahlah nak pujuk pakcik ni. Bila dah pandai nak
merajuk-rajuk ni malas Arlyssa nak layan. Macamlah dia pandai sangat nak pujuk
orang.
Mereka
menjamu selera di meja makan. Hanya sesekali suara Puan Aini dan Syed Yusri
bertanya itu dan ini. Bertanya tentang apa? Mestilah tentang percutian mereka
di Pulau Langkawi. Dan tak semena-mena muka Arlyssa merah padam. Syed Yusri apa
lagi, makin ligatlah dia mengusik.
“Amacam
honeymoon? Okey?” Kening Syed Yusri
terjongket ke atas.
Erk!
Soalan apa along ni? Ada pulak tanya macam tu? Arlyssa menggerutu di dalam hati
dan tanpa sedar mukanya sudah bertukar warna.
“Best!” Laju dan teruja Harith menjawab.
Terhinjut bahu Arlyssa kerana terkejut. Hampir tersembur nasi di dalam mulut.
Aduh!
Apa punya jawapan ni? Arlyssa rasa macam nak zip je mulut orang sebelah ni! Geramnya hanya Allah je yang tau! Tajam matanya merenung
wajah itu.
“Amboi!
Apa yang best sangat tu?”
Melihat
Harith yang mahu membuka mulut menjawab soalan alongnya, Arlyssa pantas
mencubit perut Harith. Takut nanti terkeluar jawapan tak diduga dari Harith.
“Aduh!”
Harith mengaduh perlahan. Bekas cubitan Arlyssa dia gosok perlahan.
“Kenapa
Harith?” Puan Aini laju menyoal.
“Err..
Tak ada apa-apa, ma. Tiba-tiba rasa sakit perut pulak,” Harith gigit hujung
bibir. Dia jeling orang sebelah. Main kasar nampak!
Sedangkan
Syed Yusri tahu kenapa adik iparnya mengaduh tadi. Senyuman sinis terukir di
bibir Syed Yusri. Suara azan dari masjid berhampiran kedengaran sayup-sayup.
Bicara antara mereka terhenti seketika.
“Dah,
dah. Cepat makan. Kat luar tu dah azan. Lepas ni solat, along nak ke airport pulak.” Ujar Puan Aini
memecahkan kebisuan di antara mereka.
Usai
makan dan bersolat, mereka semua menghantar Syed Yusri ke lapangan terbang.
SESAMPAI
di rumah setelah menghantar Syed Yusri, mereka bergegas masuk ke bilik
masing-masing. Mahu menunaikan solat isyak. Usai bersolat, Arlyssa pandang ke
arah Harith yang sedang berbaring di atas katil dengan baju Melayu dan kain
pelikat masih tersarung di tubuh. Merajuk lagi la tu. Selepas menyidai telekung
di rak, Arlyssa menyertai Harith, sama-sama berbaring di atas katil.
Dia
lirik pada Harith yang sengaja memejam mata. Lantas dia genggam tangan Harith.
Jemari mereka bersilang. Belakang tangan
Harith dia bawa ke bibir. Dikucup lama.
“Cik
abang saya merajuk lagi ke ni?” Bisik Arlyssa betul-betul di tepi telinga
Harith tapi si suami masih mematung.
Eh,
tak jalan jugak? Amboi! Nak aku pujuk macam mana lagi ni?! Rungut Arlyssa di
dalam hati. Dalam sedang berfikir, tiba-tiba Arlyssa mendapat satu akal.
Bibirnya senyum nakal. Tangan Arlyssa mula bekerja, mencari sasaran. Dia
menggeletek Harith!
Harith
belum tidur dan sedang elok melayan rajuk terkejut. Tiba-tiba saja dia terasa
ada benda yang merayap di pinggangnya. Pantas matanya terbuka. Dia kegelian.
“Lys!
Janganlah!” Dia melarang. Tapi larangannya bagai mencurah air ke daun keladi.
Sia-sia saja. Tangan kecil isterinya makin ligat menggeletek.
“Lys!
Saya gelilah!” Dia digeletek lagi. Dan di luar sedar bibirnya tersenyum kerana
rasa geli.
“Akhirnya,
awak senyum jugak. Taktik saya berjaya, yes!”
Sorak Arlyssa.
“Ceh!
Pakai taktik kotor! Tapi saya senyum tak bermakna saya dah berbaik dengan awak.
Hutang tetap hutang.”
“Pulak
dah! Eh, hutang apa pulak ni?” Mata Arlyssa mengecil memandang Harith. Bila
pulak aku berhutang dengan dia ni? Kepala Arlyssa ligat berfikir tentang hutang
yang Harith cakap tu.
“Hutang
mandikan saya!” Bisik Harith.
“Erk!
Choi! Tak naklah!” Lalu dia
melepaskan tangan Harith. Kalau nak tuntut hutang tu, malas dia nak layan.
“Tak
nak tak apa, biar kita macam ni sampai bila-bila.” Harith pusing tubuh
membelakangi Arlyssa.
Arlyssa
diam. Berfikir sejenak.
“Okeylah,
okeylah, saya bayar hutang tu.” Lambat-lambat dia membalas.
“Sungguh?
Okey, jom!” Laju Harith bangun dari pembaringan dan menarik tangan Arlyssa.
“Jom?
Nak pergi mana pulak ni?” Arlyssa jadi blur dengan tindakan mendadak Harith tu.
Kan dah malam-malam buta ni.
“Kata
nak ‘bayar’ hutang, jomlah. Saya dah lama ready
ni!”
Arlyssa
membeliakkan mata. Perut Harith dicubit seperti di meja makan tadi. Gatal!
Miang! Harith mengaduh perlahan. Apa kena bini aku ni? Dia menggumam perlahan
sambil menggosok perut. Tangan besi ke? Sakit dowh!
“Awak
ni pun agak-agaklah. Hutang awak tu saya ‘bayar’ kat rumah sana. Dah malam
sangat ni. Dah-dah tidur!” Arlyssa sudah siap sedia melabuhkan kepala di atas
bantal.
“Saya
sambung merajuklah kalau macam tu,”
“Heh!
Jangan nak merajuk sangatlah. Kang
saya tarik balik kata-kata saya tu, kempunan awak!” Arlyssa tak mahu kalah.
“Yalah,
yalah!”
Harith
menurut. Dia bukan apa. Susah tau nak buat Arlyssa jatuh ke dalam genggamannya.
Bila dah jatuh ni, terpaksalah jaga elok-elok. Nanti dia buat hal macam dulu,
baru orang cakap sengaja cari penyakit. Dia menutup suis lampu. Tubuh Arlyssa
di atas katil dia paut ke dalam pelukannya dan mata dipejam. Sementara itu,
Arlyssa sudah mengukir senyum lebar. Kan dia dah cakap, malam-malam pasti
Harith akan cari dia jugak.
nakalnyer..baca ambil senyum sampai langit...pipi pon dh blushing...hehehe...
BalasPadamCWEET KAPEL!
BalasPadamwida; hahahahaha.. well... mereka saling melengkapi sebenarnya.. ada Harith n Arlyssa...:)
BalasPadamblinkalltheday; peewiit!! kehkehkeh..:D
Btl ape wida taip tu...
BalasPadamBc smbil sengih sorg2...
Sweet dorg nie
suweeeeet :)
BalasPadamtq dear...:)
BalasPadamknpe ini jdi novel tngah sok bce smpai x tdo 1 mlm dh x de lgi smbungan.
BalasPadamdear, novel ni dah keluar dlm bentuk cetakan.. sila dapatkan di kedai buku ye untuk tahu kesudahannya.. terima kasih..
BalasPadam