Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 8 September 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB25

**salam semua... new chapter, new entry... Harith still buat kita tergoda kan.... hehehehe.. harap enjoy.....:D

********************************************************************

“JOM solat sekali,” ajak Harith sambil memegang sejadah di tangan.

Arlyssa pandang wajah Harith. Pertama kali Harith mengajaknya solat sama-sama. Arlyssa terasa tak percaya.

“Solat berjemaah?”

Yup. Ada masalah ke?”

“Err.. tak.” Cuma tak selesa je, sambung Arlyssa di dalam hati.

“Okey, jom.” Sejadah Harith bentangkan dan kemudian mengangkat takbir, mula mengimamkan solat.

Entah kenapa, sepanjang bersolat, perasaan Arlyssa terbuai. Mungkin kerana pertama kali solat berjemaah. Diimamkan oleh lelaki bergelar suami pula. Tiba-tiba perasaan sejuk menyelubungi rongga hatinya. Tiada rasa amarah yang sentiasa menggunung untuk Harith.

Usai berdoa, Arlyssa menghulurkan tangan untuk bersalam tapi ditolak lembut oleh Harith.

“Err.. Sementara masih ada wuduk ni, apa kata kita mengaji bersama. Boleh?” Usul Harith.

Mengaji? Erk! Dah lama giler dia tinggalkan bacaan kitab suci Allah itu. Banyak harakat bacaan yang dia dah lupa. Mana tak lupanya kalau sejak masuk tingkatan satu, dia dah berhenti mengaji. Lama tu. Kalau mula balik mesti bacaan merangkak-rangkak. Buat malu je.

Harith sudah bangun dan berlalu ke meja kecil sebelah kepala katil. Dua buah kitab dia bawa keluar dari dalam laci meja dan kembali duduk di depan Arlyssa. Batas masih terjaga kerana takut terbatal wuduk. Kitab suci di tangan kanan dia hulurkan kepada Arlyssa. Teragak-agak isterinya menyambut.

“Kita mulakan dengan surah-surah lazim dahulu,” putus Harith. Dari air muka Arlyssa dia dah tahu yang Arlyssa tak selesa dengan cadangannya. Jadi, salah satu cara nak mengajar, kita kena berlembut. Kalau berkeras, makin susah nak dibentuk. Dan kerana itu juga Harith mengusulkan cadangan mengaji dengan Arlyssa tapi mulakan dengan sudah lazim. Di antara kita pasti akan ingat surah-surah lazim kerana pendek dan selalu diulang baca dalam solat lima waktu.

Harith mulakan bacaan pertama dengan surah Al-Fatihah, nadi Al-Quran. Dan Arlyssa mengikut bersama walaupun sedikit tersekat-sekat. Alunan surah-surah pendek terus menghiasi kediaman itu. Insya Allah, semoga dengan langkah yang baru ini dapat mengeratkan hubungan mereka suami isteri dan dapat menghalang perkara-perkara yang tidak diingini berlaku ke atas mereka dan rumah itu. Insya Allah, mudah-mudahan.

Usai menunaikan solat isyak, Arlyssa ke dapur. Tekaknya terasa dahaga pula. Mug di rak kayu dia capai dan air masak dituang ke dalam mug itu. Terasa sangat selesa tika air menuruni rengkung. Bestnya!

“Ehem! Perempuan tak elok minum sambil berdiri. Kurang-kurang duduk mencangkung,” tegur Harith tiba-tiba. Terkejut Arlyssa sampai terbatuk.

“Uhuhk... uhuk...” Spontan tangan Harith mengurut belakang Arlyssa.

“Ada makanan tak?” Harith menyoal setelah batuk Arlyssa hilang.

“Entah,” dia sampai kat rumah dah hampir sangat dengan maghrib. Lepas mandi, terus dengar orang azan.

Harith menyelongkar isi dalam almari barang-barang kering. Ada kulit roti pita. Kalau ada roti pita kena ada daging kisar. Tak ada daging kisar, daging burger pun jadilah. Isi peti dia selongkar lagi. Mayonis, roti pita, segala jenis sos dan daging burger dia letakkan di atas meja. Memang dia tak nak makan nasi. Dah hampir 9.30 malam, tak elok pulak kalau makan nasi malam-malam macam ni.

“Err.. awak nak buat apa?” Mug di atas meja dia pusing-pusingkan.

“Tengok je apa yang jadi nanti,” Harith senyum. Whoaa... senyuman yang mahal khas untuk isteri terchenta tu.

Lima belas minit kemudian, siap dua biji roti pita bersama daging cincang lada hitam. Hasil air tangan Harith seorang. Arlyssa ada tolong jugak. Tolong tengok! Pinggan berisi roti pita dia tolak ke depan Arlyssa.

“Nak makan kat sini ke?”

“Hmm... Alang-alang awak dah tanya, bolehlah saya request tempat makan. Kat luar jom,” cadang Harith dengan muka berseri-seri. Pinggan berisi hidangan yang baru siap dimasak dia tatang. “Lys, awak buat air boleh?”

“Hmm?”

“Air Milo sudah,” putus Harith sambil berlalu ke laman rumah.

Siap menyediakan air Milo seperti yang dipinta oleh Harith, dia berlalu ke depan. Arlyssa duduk berhadapan dengan Harith. Dia pandang Harith yang sedang enak memandang langit. Lelaki pun tengok bulan dan bintang? Erk! Macam kejadian luar alam je!

“Apa yang syok sangat kat atas tu?” Arlyssa tolak mug Milo ke depan Harith.

“Cantikkan keindahan kat atas sana tu. Ruang langit gelap diterangi bulan dan bintang.” Balas Harith. Dia senyum.

“Hmm..”

“Bermula malam ni dan malam-malam seterusnya, kita akan sama-sama mengaji tiap-tiap malam. Boleh, kan?” Harith mengubah topik.

Mengaji tiap-tiap malam?! Hadoi! Muka Arlyssa yang cemberut buat Harith tersenyum lagi. Dia faham sangat makna muka tak sudah macam tu. Haih Lys, Lys. Tak sudah-sudah awak buat muka macam tu. Cute pulak saya nampak. Bisik hati kecil Harith.

“Sudah-sudahlah buat muka macam tu. Awak buat saya makin geram pulak.” Usik Harith. Mug di depan dia bawa ke bibir.

“Kalau saya tak nak?” Arlyssa cuba menduga Harith.

“Lys, saya ajak awak buat baik. Bukannya suruh awak merompak. Mengaji bukannya susah. Kena tahu tekniknya saja. Dan untuk pengetahuan awak, dengan hanya memandang Al-Quran kita dah dapat pahala tau. Inikan pulak kita membaca kalimah-kalimah suci di dalamnya.”

“Saya tak pandai mengaji,” Arlyssa melepaskan nafas yang seakan menyesakkan dada.

“Yang tak pandai tulah kena belajar, sayang. Kan dalam hidup ni kita kena banyak belajar. Insya-Allah, saya akan tunjukkan yang mana saya tahu. Lagipun bulan ramadhan akan tiba tak lama lagi. Besar harapan saya agar kita dapat khatamkan sebuah Al-Quran sepanjang bulan ramadhan nanti.” Besarnya harapan Harith.

Arlyssa diam. Tak tahu nak kata apa.

“Dah, tak payah nak fikir sangat. Saya ada, tak perlu risau ya. Jom kita makan dulu.” Malam makin lewat. Tak elok pulak kalau makan lewat malam.

Arlyssa menuruti ajakkan Harith. Saat roti pita masuk ke dalam mulut, dengan sepenuh hati dia menghayati roti pita itu. Oh, sedapnya. Yummy!

BUNYI kecoh di luar bilik mengejutkan Arlyssa yang sedang sibuk menyemak fail di atas mejanya. Pantas dia menjengah. Semua pekerja lain seakan kalut. Dia pandang Linda yang juga seperti terkejut. Dia menghantar isyarat kepada Linda bertanyakan ‘kenapa’. Linda tidak membalas. Tiga orang anggota polis yang lengkap beruniform menarik perhatian Arlyssa.

Di suatu sudut, dia lihat ada susuk tubuh yang sangat dia kenali. Pak Cu? Apa Pak Cu buat kat sini? Arlyssa merapati Linda.

“Kenapa?” Bisik Arlyssa bertanya.

“Entah.” Jawab Linda sepatah. Dan kami akhirnya sekadar menjadi pemerhati.

Dia lihat dua orang anggota polis menggari Encik Hairi dan Encik Hairi seperti melawan kerana tak mahu digari. Manakala seorang lagi anggota polis sedang berbual dengan Pak Cu. Aku pandang Pak Cu. Pandangan mereka bertembung tapi sekejap sahaja.

Selepas Encik Hairi dibawa keluar, Pak Cu menyuruh kami semua bersurai dan dia berlalu keluar, mengiringi anggota polis yang berbual dengannya tadi. Tanpa banyak soal, aku berlalu ke bilikku walaupun ada tanda soal besar di atas kepalaku.

Dia duduk di atas kerusi. Ruang meja yang agak kosong dia renung lama. Kepalanya masih ligat berfikir. Rasanya dia tak pernah pun beritahu perkembangan kes ni kepada Pak Cu. Semua maklumat yang dia kumpul dia letakkan di dalam satu fail. Eh, fail? Lantas, dia mencapai beg kerjanya. Seluruh isi beg dia bawa keluar. Puas dia mencari fail berwarna kuning itu tapi hampa. Fail itu tiada dalam beg kerjanya! Ke mana pulak fail penting ni?

Harith! Sebaris nama menerpa ke benak fikiran Arlyssa. Hanya suaminya sahaja yang tahu tentang Encik Hairi. Adoyai! Mamat ni suka-suki buat keputusan sendiri.

Tiba-tiba pintu bilik Arlyssa diketuk. Pantas matanya terarah ke arah daun pintu. Lambat-lambat dia memberikan arahan ‘masuk’.

“Pak Cu,” seru Arlyssa. Alangkah terkejutnya dia menerima kunjungan Pak Cu. Tegak dia berdiri.

“Hmmm... Tak nak jemput Pak Cu duduk ke?” Haji Jamal bersuara. Dia dapat rasakan Arlyssa seakan gementar menerima kunjungan mengejutnya ini.

“Err.. Jemput duduk, Pak Cu.” Arlyssa juga ikut duduk.

“Macam mana Pak Cu boleh ke sini? Macam mana Pak Cu tahu tentang Encik Hairi?” Akhirnya terhambur keluar jugak soalan yang menyerabutkan kepalanya ketika ini.

Haji Jamal pandang wajah Arlyssa yang sudah menunjukkan riak ingin tahu.

“Kamu patut berterima kasih dengan Encik Harith, dia yang hantarkan segala maklumat berkenaan kes ni kepada Pak Cu. Maklumat dalam fail tu Lys yang kumpulkan?”

Encik Harith? Aku dah agak dah! Memang kerja dia. Getus Arlyssa kegeraman.

“Lys ada nombor telefon Encik Harith tak? Pak Cu rasa nak jumpa dia dan nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab dah banyak tolong syarikat kita,”

“Rasanya ada, jap ya Pak Cu.”

Arlyssa mencari-cari nombor telefon Harith dan diberikan kepada Haji Jamal. Semerta Haji Jamal terus menghubungi Harith. Haila... Pak Cu call depan aku la pulak.

Harith pandang skrin telefonnya yang sedang berlagu rancak. Sebaris nombor yang tak dikenali terpapar di situ. Siapa pulak ni? Keningnya turut terangkat. Ah, angkat jelah. Mungkin panggilan penting.

“Saya Haji Jamal, pengerusi Hajra Travel & Tours. Kenal lagi tak?”

“Oh, kenal, kenal. Ada apa-apa yang saya boleh tolong?” Senyuman terukir elok di hujung bibir Harith.

“Tak ada apa. Saya just nak ajak Harith dinner. Kalau malam ni boleh? Sebab pagi esok saya sudah mahu bertolak ke KL.” Usul Haji Jamal.

Malam ni? Haila..makan sorang-soranglah cik adik kat rumah tu.

“Insya-Allah boleh. Kat mana ya?”

“Di TER boleh?” TER adalah singkatan kepada Terengganu Ekuestrien Resort.

“Boleh,” putus Harith. Sempat mereka berbual seketika selepas itu sebelum Harith meminta diri kerana ada kerja yang perlu diselesaikan.

Arlyssa yang setia duduk di hadapan Haji Jamal hanya menjadi pemerhati dan pendengar setia. Pak Cu ajak Harith keluar makan malam ni? Nak ikut jugak boleh tak? Hati Arlyssa gatal menyoal.

“Lys, malam ni Pak Cu ajak Harith dinner kat TER. Kalau Lys nak join sekali pun boleh,” tiba-tiba Haji Jamal bersuara. Mempelawa Arlyssa juga.

“Hah?” terpinga-pinga Arlyssa menyoal balas. Sungguh, tak ada satu pun kata-kata Haji Jamal singgah di fikirannya. Sempat lagi berangan tu.

“Pak Cu cakap, malam ni Pak Cu ajak Harith dinner. Lys nak join tak?” ulang Haji Jamal.

“Err... Malam ni? Huh. Tak kot. Banyak kerja yang Lys kena siapkan ni,” tolak Arlyssa perlahan.

“Lys tinggal kat mana?” Soalan yang tak dijangka meluncur laju dari bibir Haji Jamal. Arlyssa menelan air liur yang seperti tersekat di kerongkong. Ah, aku nak jawab apa ni? Goreng jelah!

“Err.. Lys tinggal dengan kawan,” tergagap dia menjawab. Harapnya Haji Jamal tak curiga. Kalau tak mampus dia!

“Tak apalah kalau macam tu. By the way, syabas kerana Lys berjaya selesaikan kes ni dan terima kasih banyak-banyak. Rasanya Pak Cu ada ganjaran setimpal dengan kejayaan Lys ni.” Kening Arlyssa terjongket.

“Apa dia?” Tak sabar Arlyssa menyoal.

“Yang tu Lys kena tunggu. Okeylah, Pak Cu gerak dulu.” Dia senyum ke arah Arlyssa.

Haji Jamal meminta diri. Arlyssa menghantar Haji Jamal hingga ke pintu biliknya. Dia perasankan pandangan beberapa orang staf yang memandang pelik tingkah mereka. Ah biarlah. Bukan masanya untuk dia berterus-terang tentang segalanya.

SEJURUS sampai di rumah, Arlyssa menonong masuk ke dalam rumah. Kelibat Harith dicari. Puas matanya melilau memandang ruang tamu. Kosong. Harith tiada di situ. Ke mana pulak mamat ni? Rasa marah yang ditahan sejak dari pejabat lagi seakan mahu muntah tika itu juga. Telinganya menangkap bunyi air dari bilik air, pantas kepalanya tertoleh ke arah sana. La, mandi ke?

Sementara menunggu Harith selesai mandi, Arlyssa menapak ke dalam bilik. Beg tangan dan beg komputer riba dia sandarkan di kaki katil. Bahu yang terasa sengal dia urut dengan hujung jari sambil kepala dipusing ke kiri dan ke kanan. Terasa lega sedikit.

“Ehem...” Deheman dari Harith mengejutkan Arlyssa. Spontan tubuhnya berpusing berhadapan dengan sang suami.

Tiba-tiba mukanya terasa kebas dan berbahang. Mulutnya automatik membisu. Ya Allah! Aku taulah baru lepas mandi, boleh tak kalau pakai baju? Ni selamba badak je pakai tuala depan aku. HANYA BERTUALA! Dada bidang Harith menjamu pandangan matanya. Aduhai... Mata ni pun. Tolonglah jangan sibuk nak buat ‘kerja’ jugak!

“Dah puas ke awak tilik badan saya yang seksi ni? Saya taulah saya handsome plus seksi tapi janganlah tengok macam nak makan orang. Dah berapa hari awak tak makan?” Suara Harith menampan tepi telinganya. Betul-betul di tepi telinga.

“Huh!” Perasan! Sambung hati Arlyssa. “Siapa suruh awak usik barang saya? Kenapa awak bagi kat Pak Cu fail penting syarikat? Tu maklumat sulit! Awak tak ada hak nak buat apa-apa.” Hah, angin Arlyssa datang balik!

Harith tarik keluar baju T berkolar dari dalam almari. Seluar slack dah ada kat tangan.

“Salah ke?” Riak tak bersalah langsung Harith ni. Sengaja nak buat Arlyssa makin geram.

“Memang salah!” Laju mulut kecil itu menjawab.

“Kat mana salahnya?” Harith pandang Arlyssa. Kedudukan mereka sangat dekat. Amat-amat dekat. Sekali lagi Arlyssa terdiam. Harith ni sengaja nak menggoda ke apa? Saja je nak bagi aku cepat dapat sakit jantung!

“Salah sebab maklumat dalam Fail tu masih tak cukup. Masih ada ruang-ruang yang kosong,” suara Arlyssa mengendur. Tahu pun takut! Takut Harith apa-apakan dia.

“Tapi orang yang salah tetap orang yang sama kan? So tak ada apa lagi yang perlu ditangguh. Perkara yang boleh selesaikan dengan cepat lebih baik kita selesaikan cepat, nanti tak adalah melarat. Saya takut kalau lambat, Hairi akan melarikan diri. Tak pasal-pasal awak berputih mata!” Harith menjauh sedikit dari Arlyssa. Dia menyarung baju dan seluar.

“Awak nak pergi mana?” Soalan Arlyssa kali ni menyimpang jauh.

“Keluar.” Sepatah Harith menjawab sambil menyisir sambut di hadapan cermin.

“Dengan siapa?” Pertanyaan Arlyssa terasa lain macam di telinga Harith. Cemburu ke sayang? Jika betul, hati Harith sudah berbunga mekar.

“Dengan bapak sedara isteri saya. Hmmm.... Awak jelous ke sayang?” Senyuman menguntum di bibir Harith.

Me? Jelous? Awak silap orang!” Selamba Arlyssa menjawab. Sedangkan tadi rasa cemburu sudah menguasai diri. Terlupa pulak yang Pak Cu ada mengajak Harith keluar siang tadi.

Harith sudah siap-siap mahu keluar dan Arlyssa mahu berlalu ke bilik air.

“Awak tak nak ikut ke?”

Arlyssa menggelengkan kepala. Dia penat. Rasanya mahu tidur awal malam ni.

“Okey, tak payah tunggu saya. saya bawak kunci spare.”

Sebelum sempat Arlyssa melangkah masuk ke dalam bilik air, sempat Harith mencuri cium pipi putih gebu itu. Buat bekal! Hahaha....

8 ulasan:

  1. Adui Harith dah jadi semakin nakal dan menggoda...hehehe #^_^

    BalasPadam
  2. hehehehe... misi menggoda isteri sendiri...:D

    BalasPadam
  3. Oklah tu, si Harith tolong selesaikan masalah si Arlyssa... Kurang sikit masalah kerja si Arlyssa....

    BalasPadam
  4. I want Harith! Hu hu hu...

    BalasPadam
  5. tanpa nama; yup... dia x nak masalah berpanjangan... ambik masa yg lama nanti yg nuat salah tu sempat cabut lari... alih2 Lys jugak yg melopong.... jgnkan awak, sy pun nk Harith.... but in our dream je la.... ekekekekeke

    BalasPadam
  6. nk bab yg seterusnya..:)

    BalasPadam