Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 23 September 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB27


HARITH tiba-tiba terjaga. Dia pandang ruang sebelahnya yang tiada orang. Hmm.. keras hati betul ‘mak cik’ ni! Badannya menegak. Belakang tangan ligat menggosok mata yang masih kabur. Telefon bimbit di sebelah bantal dia capai. Jam di skrin telefon dia pandang sekilas. 2.30 pagi. Kemudian matanya meliar mencari batang tubuh Arlyssa. Bola matanya terpaku pada sofa berangkai dua.
“Haih, sanggup sakit-sakit badan sebab tak nak tidur kat atas katil.” Rungut Harith pada diri sendiri.
Bantal peluk dia tolak ke hujung katil dan langkah menghala ke arah sofa itu. Sampai didepan sofa, Harith mencangkung memandang Arlyssa. Wajah polos seakan bayi yang sedang tidur dia pandang lama. Tangan ringan menyentuh pipi mulus itu. Pipi Arlyssa diusap perlahan. Rambut yang menutup dahi dia selak ke tepi dan bibir singgah di situ, lama. Biasanya dia mencuri cium pipi Arlyssa.
Melihat Arlyssa diam tak terkutik, Harith cempung tubuh Arlyssa. Tubuh Arlyssa dia letak perlahan di atas katil dan mengambil tempat di sebelah Arlyssa. Arlyssa bergerak sedikit. Adoi... Macam baby dia tidur. Oh, sweetnya!
Arlyssa tidur mati. Kalau bom meletup tepi telinga pun belum tentu dia akan terjaga. Harith mencium dahi Arlyssa sekali lagi. Kemudian beralih ke pipi pulak. Bibir Harith mengukir senyum. Sayangnya, hanya itu sahaja yang dapat dia lakukan. Tika Arlyssa diam tidur. Kalau dia cium Arlyssa tika isterinya sedar, mau kena pelangkung free! Haih, nasib badan! Sabo jelah!
Dan dengan tangan melilit di pinggang Arlyssa, dia terus dibuai mimpi indah. Bau haruman rambut Arlyssa menjadi peneman tidurnya.

ARLYSSA terjaga kerana terasa ada angin yang meniup pipinya. Angin apa pulak ni? Siapa pulak pasang kipas ni? Eh, kejap. Rumah mama mana ada kipas, semua ruang pakai air-cond selain dapur. Walau mata memberat, dia gagahkan jua supaya dapat dicelikkan. Membulat matanya melihat orang sebelah. Wajah Harith betul-betul di depan muka Arlyssa. Patutlah terasa ada angin, rupanya hembusan nafas Harith.
Tangannya yang sedang memeluk tubuh Harith dia tarik laju. Hisy! Tangan ni. sesuka hati je nak peluk orang. Arlyssa cuba bangun tapi tangan Harith yang melilit pinggang menghalangnya dari bangun. Dia cuba mengalihkan tangan Harith dari pinggang tapi Harith makin mengemaskan pelukan. Tak memberi peluang langsung kepada Arlyssa untuk bangun.
“Harith, bangunlah!”
“Hmmm..” pipi Arlyssa dia cium dengan mata yang masih terpejam.
“Cepatlah. Dah lewat ni.” Wajah Harith dia tolak menjauh tapi gagal.
“Hmm...”
“Harith!” Arlyssa sudah hilang sabar. Matanya mengecil memandang Harith.
“Hmm... Awak nak saya bangun?”
“Yalah!” Apa kes pulak main tanya-tanya ni?
“Ada syaratnya.”
“Syarat apa pulak ni? Tolonglah jangan nak main-main. Dah lewat ni.”
“Panggil saya ‘abang’ dulu.”
Erk! Ni saja nak main-main dengan aku ke apa ni! Kepala Arlyssa dah rasa macam nak berapi ni.
“Apa ni Harith?! Saya tak ada masa nak layan awak. Selalu je main-main.”
Say it first if you want let go from me. If not, we will be like this until you call me ‘abang’.” Kening Harith terjongket menanti panggilan ‘abang’.
“Huh!” Arlyssa mengetap bibir kegeraman. Kalau bukan sebab gelaran SUAMI, rasanya dah lama Arlyssa sekeh-sekeh kepala Harith. Grrrr.... rasa macam nak makan orang je!
I’m waiting dear,”
Arlyssa diam. Harith tahu, Arlyssa sedang berperang dalam diri sendiri. Hati Harith sudah senyum setaman. Dia menunggu reaksi Arlyssa seterusnya. Janganlah keras hati sangat sayang oi!
Sementara itu, Arlyssa kegelisahan. Nak kena panggil jugak ke? Aduh! Amenda la duk request benda-benda luar alam ni. Kalau aku tak ikut syarat mengarut tu, sah-sah terlepas solat subuh ni. Ah, aci redah jelah.
“Yalah, yalah. Err.... Abang,” perlahan Arlyssa menurut syarat Harith. Macam berbisik pun ada.
“Apa dia? Tak dengarlah.” Harith masih mahu main-main.
“Eiii... tolonglah jangan nak mengada-ada. Lepaslah!” Mata Arlyssa mencerun memandang wajah Harith. Kalau Harith ni boleh dimakan, dah lama dia ngap!
“Alaaaa.... Sekali je lagi.”
No!” Aku dah panggil sekali tu dah kira baik. Ni nak melebih pulak!
“Lys, Harith. Dah bangun ke belum? Subuh dah nak habis ni,” ketukan beserta pertanyaan dari Puan Aini mematikan pertelingkahan antara Harith dan Arlyssa.
Mata Harith terbuka secara automatik. “Dah bangun, ma.” Sahut Harith. Dan Arlyssa mengambil kesempatan melepaskan diri dari pelukan Harith. Terima kasih mama! Laju Arlyssa masuk ke dalam bilik air.

HARITH menyanyi kecil sambil mengemaskan rambut di hadapan cermin. Baju tak pakai lagi. Hanya tuala yang masih melilit di pinggang. Pintu bilik dibuka mendadak dari luar.
“Opss!” Arlyssa mahu tutup kembali pintu bilik. Dia datang salah waktu daa..
“Nak ke mana? Masuk jelah.” Suara Harith mematikan langkah Arlyssa.
“Err.. tak apalah.”
Harith menghampiri pintu bilik. Pantas tangannya mencapai tangan Arlyssa sebelum sempat Arlyssa angkat kaki. Dia tarik Arlyssa masuk ke dalam bilik. Arlyssa duduk di atas katil. Tak tahu dia nak buat apa. Katil sudah dia kemaskan lepas solat tadi. Bantal dia tarik dan dipeluk erat.
“Err.. saya ada benda nak bincang dengan awak.” Kerana ruang sunyi di dalam bilik itu, Arlyssa membuka mulut akhirnya.
“Hmm.. Apa dia?” Baju T warna hitam dia sarungkan ke tubuh.
“Pasal mama yang kena tinggal dengan kita.” Luah Arlyssa perlahan. Belakang tubuh Harith yang sudah lengkap berpakaian dia pandang.
So?”
“Awak boleh tanya so? Tolonglah fikir. Mama nak tinggal bukan untuk dua hari, tapi dua bulan. Awak fikirlah sikit. Lama tu. Takkan selama dua bulan tu kita kena berlakon?!” Arlyssa gigit bibir. Reaksi Harith selalu buat dia naik angin. Dan selama dua bulan tu mereka akan berkongsi bilik. Ni yang sebenarnya buat Arlyssa lemah.
“Berlakon? Siapa yang berlakon selama ni? Bukan kita. Tapi awak! Awak yang berlakon. Saya tak pernah pun berlakon. Perkahwinan kita bukan sebuah drama swasta yang mana saya dan awak menjadi pelakon utama!” Luah Harith satu per satu. Memang pun. Selama ni setiap apa yang dia buat bukannya lakonan tapi lahir dari hatinya. Susah sangat ke Arlyssa nak faham? “Jangan kata dua bulan, kalau mama nak tinggal selama-lamanya dengan kita pun saya sanggup.” Harith sudah berkira-kira mahu angkat kaki. Dia dah malas nak dengar plot-plot cerita yang akan Arlyssa bentangkan dalam hubungan mereka.
Arlyssa terkedu. Mulutnya jadi bisu untuk membalas kata-kata Harith. Tau-tau je, batang tubuh Harith dah tak ada dalam bilik. Dah turun ke bawah ke? Lambat-lambat berlalu keluar dari bilik. Dia mengeluh perlahan.
Di meja makan, Arlyssa duduk di sebelah Harith. Tak nak bagi Puan Aini dan Syed Yusri syak apa-apa, dia pura-pura macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia menyenduk nasi lemak yang Puan Aini masak ke dalam pinggan Harith.
“Along nak tak?”
“Tak nak. Along nak minum je,” Syed Yusri memang tak makan makanan berat waktu pagi. Cukup sekadar secawan minuman serat. Kadang-kadang saja dia mengalas perut dengan sekeping roti.
Arlyssa menyenduk nasi ke dalam pinggan Puan Aini pula.
“Ma, along pergi dulu.” Syed Yusri tiba-tiba bersuara selepas meneguk airnya. Dia sudah siap sedia bangun dari kerusi. Tangan Puan Aini dia salami dan beralih kepada Arlyssa dan Harith.
“Oh ya, sebelum along terlupa.” Syed Yusri menyeluk beg sandangnya. “Ni ada hadiah dari along. Tarikh dah tetap tu. Part cuti Lys, Pak Cu dah luluskan. Cuma Harith je. Jangan tak dapat cuti pulak ye,” sekeping sampul surat putih Syed Yusri hulurkan kepada Harith.
“Terima kasih, long.” Balas Harith dan Syed Yusri terus berlalu ke tempat kerja.
“Wajib pergi tu!” laung Syed Yusri dari luar rumah dan bunyi kereta Syed Yusri menderu keluar dari halaman rumah selepas itu.
Sampul surat itu Harith letak di sebelah pinggannya dan meneruskan suapan. Arlyssa pula sibuk merenung sampul putih itu. Hatinya meronta mahu melihat isi dalam sampul itu. Nasi di dalam pinggan sudah tidak terusik.
“Lys, kenapa tak makan nasi tu?” tegur Puan Aini tiba-tiba.
“Hah? Err... terasa kenyang pulak lepas minum air,” tergagap-gagap Arlyssa menjawab. Nasi di dalam pinggan dia letakkan kembali ke dalam mangkuk besar. Nasib baik nasi tu belum lagi diletak sambalnya. Kalau tak membazir je kena buang.
Usai mencuci pinggan dan cawan, Arlyssa terus berlalu ke bilik. Iphone 4 dia capai dan badan direbahkan di atas katil. Laman Facebook dia buka tapi tak ada satu pun yang berjaya menarik minatnya. Huh! Boring. Telefon pintar itu dia lempar ke tepi. Dan mata memejam rapat.
Harith memandang ke luar rumah melalui pintu besar itu. Selepas sarapan, kakinya ringan menghala ke sini. Udara pagi yang nyaman dia hirup perlahan. Terasa tenang seketika. Tiba-tiba perihal sampul surat putih yang Syed Yusri hulur ketika bersarapan tadi terlintas di kepala. Lantas sampul itu dia bawa keluar dari poket seluar track. Isi dalam sampul dia bawa keluar.

Hadiah bulan madu ke Pulau Langkawi.
P/s: Sorry lambat bagi hadiah. Tapi tarikh along dah tetapkan. Harap dapat cuti.
HAPPY HONEYMOON!!

Harith menggelengkan kepala sambil senyum. Tiket kapal terbang dan voucher hotel dia tatap lama. Haih, ada-ada aje along ni. Segala isi yang dikeluarkan tadi dia masukkan kembali ke dalam sampul. Laju kaki memijak anak tangga menuju ke bilik. Pintu bilik dia tolak perlahan.
Mata Arlyssa pantas terbuka kerana mendengar bunyi pintu bilik ditolak. Dia tak tidur pun tadi. Sekadar menutup mata sahaja. Mata mereka betembung pandang. Hati Arlyssa meronta mahu tahu apakah isi sampul itu. Harith meletak sampul itu di atas meja kecil dan berlalu ke bilik air. Dan Arlyssa apa lagi, terus dia menyambar sampul itu. Tanpa menunggu sesaat dua, isi dalam sampul dia bawa keluar. Alangkah terkejutnya dia membaca setiap patah perkataan yang tercoret. Saat dia mengangkat muka, kelibat Harith sudah berdiri di hadapannya.
“Apa ni?” Arlyssa tanya bagai orang bodoh.
“Awak tak pandai baca ke? Kata ada ijazah dari luar negara, takkan tak faham kot.” Sempat Harith menyindir.
“Saya taulah. Tapi awak nak pergi ke?”
Lepas satu, satu lagi masalah timbul. Kes mama nak tinggal dengan mereka masih lagi tak habis dibincangkan dengan Harith. Harith macam nak mengelak je! Tu yang buat Arlyssa bengang.
“Kenapa tak nak pergi pulak? Dah rezeki depan mata, rembat jelah.” Selamba badak Harith menjawab. Langsir dan pintu balkoni dia tolak ke tepi, memberi ruang kepada cahaya matahari menerombos masuk. “Kenapa? Awak tak nak pergi ke?”
Arlyssa bungkam. Kalau ikut hati, dia memang tak nak pergi. Kalau pergi mesti kena duduk sebilik dengan Harith. Dah nama pun honeymoon, mestilah kena tidur sebilik. Apalah kau ni, Lys! Erk! Honeymoon? Seram sejuk Arlyssa dengar perkataan tu. Adoi! Mati aku. Baru suruh pergi berbulan madu dan sebut mati. Haih Arlyssa ni.
“Lys,” panggil Harith. Tangan Arlyssa dia capai. Eh, sejak bila pulak mamat ni bersila bagai depan aku? Arlyssa mengomel di dalam hati. “Kita pergi ya?” Harith cuba melembutkan hati Arlyssa. Bukan dia tak tahu. Diam Arlyssa tadi tu tanda tak nak pergi.
“Kalau duduk bilik asing-asing baru saya pergi.” Dah keluar cadangan luar alam dari Arlyssa.
“Eh, kalau duduk bilik asing-asing tu bukannya honeymoon sayang oi! Lagi pun along dah uruskan semuanya kat sana. Takkan nak macam-macam pulak, Lys.” Adoi! Bini sapelah ni. Selalu keluarkan cadangan luar alam macam ni. Harith menggaru kepala yang tak gatal.
“Kalau macam tu, tak payah pergi!” Arlyssa berpeluk tubuh. Dia memang malas nak ikut rancangan yang entah apa-apa ni.
“Alaa.. Kita pergi ye. Membazirlah kalau tak pergi. Hmm... Okey, macam ni, saya janji takkan usik awak sepanjang kat sana. Dan kita tidur sama macam kat rumah sana. Saya tidur atas sofa, awak tidur atas katil.” Cadang Harith.
Arlyssa menimbang cadangan Harith. Lama dia terdiam.
“Boleh tak? Kalau tak boleh, buat jelah boleh,” Harith pamer muka yang penuh mengharap.
“Hmm..” Harith kerut kening.
“Hmm.. Awak tu maksudnya awak setuju ke?” Arlyssa anggukkan kepala perlahan. Lantas pipi Arlyssa dia kucup sekali.
Horrayy!” Bising mulut Harith bersorak. Macam pasukan bola kegemarannya menang pulak malam tu.
“Tapi awak janji awak takkan usik saya ye!”
“Ya, saya janji,” tutur Harith sambil tayang senyum kembang setaman. Eleh sekarang bolehlah berjanji macan-macam. Tapi bila dah sampai ke sana, dia tak jamin. Lain di mulut, lain di hati. Harith masih tak henti senyum. Senyum ada makna tu. Hehehe...

12 ulasan:

  1. okey... dah ada sedikit kemajuan... gie honeymoon kat Langkawi... Harap2 ada kisah2 manis dan lemak berkrim... hihihi...

    BalasPadam
  2. o yeah.. sudah semestinya... sabar ye..:D

    BalasPadam
  3. Best....#^_^
    Tak sabar nak tunggu next entry.... XD

    BalasPadam
  4. pengsan sat..rasanya ada sikit kemajuan dalam perhubungan mereka ni..Tuan Syed tu mcm tau tau aja..yg hubungan adiknya tu dah ada perkembangan kan..Harap minah tu akan tersedar dari kesilapannya..sebab nafkah batin kena kasi kat suami tu..dah lama mamat tu menangut menunggu sentuhan dari sang isteri...cukuplah selama ini dia asyik ikut kata hati dan perasaannya sahaja..sekali kali tu kena ikut kata suami yg mendambakan kemesraan seorg yg bergelar isteri..
    Adakah ari tu akan berlaku dimana mereka ini akan hanyut melayari dan melatari ertikata honeymoon tu..teruja nak tahu...

    BalasPadam
  5. Rasa boring pulak dgn lys ni....mcm x blh terima hakikat sbg isteri perlu ada tggungjawab kpd suami...dah la tak hormat langsung dgn suami. Bila la lys ni nak sedar....Harith harus lebih tegas sbg suami....kena terangkan tggung jwb suami isteri kpd Lys...kan dia penguam syariah....

    Satu lagi persoalan, betul ke suami sanggup berbulan2@bertahun menahan nafsunya kepada yg hak dan halal buatnya? Kita kan manusia biasa yg punya nafsu.....untuk berkasih sayang...

    Harap ada perkembangan lanjut ttg mereka ni....

    BalasPadam
  6. teruja nak taw ni..dah lama kan utang si lyss ni kat harith..hope lyss x keras hati sgt lah dgn harith..

    BalasPadam
  7. Okeh semua... Masa honeymoon nanti smuanya akan berubah.. Ye betul as a normal person, kita mesti terfikir Harith ni sanggup pulak tahan nafsu berbulan2.... Harith fikir mcm ni; tarik rambut dlm tepung.. Rambut jgn putus tepung x berselerak... Sebab dia tahu mcm mna perangai Arlyssa.. Suka memberontak.. Klau dia paksa jgk Lys buat bnda yg dia x suka, makin jauh Lys lari.. Nanti dia jgk yg gigit jari...;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. suka suka..akak agreed...200% ngan apa yg adik cakap.. biarlah Harith ni takzirah sikit kat minah tu..nak dengar cakap dia aja..kan..kan..

      Padam
    2. yup betul3 tu kak... hehehehehe.. perempuan ni kan nak org manja2 dgn dia, nak org belai2 dia.. baru la jalan misi seterusnya.. hehehe.. lg pun Harith ni jenis yg suka mengusik n nakal.. lg Lys tarik muncung, lg suka Harith usik..:)

      Padam
  8. x sabar nk tau apa yg blaku masa honeymoon....cpt2 update ye..

    BalasPadam
  9. apa jadi masa honeymoon?? jeng3... hehehehehe... something will be happen!! sabar okeh.. hehehe

    BalasPadam