HARITH
tiba-tiba terjaga. Dia pandang ruang sebelahnya yang tiada orang. Hmm.. keras
hati betul ‘mak cik’ ni! Badannya menegak. Belakang tangan ligat menggosok mata
yang masih kabur. Telefon bimbit di sebelah bantal dia capai. Jam di skrin
telefon dia pandang sekilas. 2.30 pagi. Kemudian matanya meliar mencari batang
tubuh Arlyssa. Bola matanya terpaku pada sofa berangkai dua.
“Haih,
sanggup sakit-sakit badan sebab tak nak tidur kat atas katil.” Rungut Harith
pada diri sendiri.
Bantal
peluk dia tolak ke hujung katil dan langkah menghala ke arah sofa itu. Sampai
didepan sofa, Harith mencangkung memandang Arlyssa. Wajah polos seakan bayi
yang sedang tidur dia pandang lama. Tangan ringan menyentuh pipi mulus itu.
Pipi Arlyssa diusap perlahan. Rambut yang menutup dahi dia selak ke tepi dan
bibir singgah di situ, lama. Biasanya dia mencuri cium pipi Arlyssa.
Melihat
Arlyssa diam tak terkutik, Harith cempung tubuh Arlyssa. Tubuh Arlyssa dia
letak perlahan di atas katil dan mengambil tempat di sebelah Arlyssa. Arlyssa
bergerak sedikit. Adoi... Macam baby
dia tidur. Oh, sweetnya!
Arlyssa
tidur mati. Kalau bom meletup tepi telinga pun belum tentu dia akan terjaga.
Harith mencium dahi Arlyssa sekali lagi. Kemudian beralih ke pipi pulak. Bibir
Harith mengukir senyum. Sayangnya, hanya itu sahaja yang dapat dia lakukan.
Tika Arlyssa diam tidur. Kalau dia cium Arlyssa tika isterinya sedar, mau kena
pelangkung free! Haih, nasib badan! Sabo jelah!
Dan
dengan tangan melilit di pinggang Arlyssa, dia terus dibuai mimpi indah. Bau
haruman rambut Arlyssa menjadi peneman tidurnya.
ARLYSSA
terjaga kerana terasa ada angin yang meniup pipinya. Angin apa pulak ni? Siapa
pulak pasang kipas ni? Eh, kejap. Rumah mama mana ada kipas, semua ruang pakai air-cond selain dapur. Walau mata
memberat, dia gagahkan jua supaya dapat dicelikkan. Membulat matanya melihat
orang sebelah. Wajah Harith betul-betul di depan muka Arlyssa. Patutlah terasa
ada angin, rupanya hembusan nafas Harith.
Tangannya
yang sedang memeluk tubuh Harith dia tarik laju. Hisy! Tangan ni. sesuka hati je nak peluk orang. Arlyssa cuba bangun
tapi tangan Harith yang melilit pinggang menghalangnya dari bangun. Dia cuba
mengalihkan tangan Harith dari pinggang tapi Harith makin mengemaskan pelukan.
Tak memberi peluang langsung kepada Arlyssa untuk bangun.
“Harith,
bangunlah!”
“Hmmm..”
pipi Arlyssa dia cium dengan mata yang masih terpejam.
“Cepatlah.
Dah lewat ni.” Wajah Harith dia tolak menjauh tapi gagal.
“Hmm...”
“Harith!”
Arlyssa sudah hilang sabar. Matanya mengecil memandang Harith.
“Hmm...
Awak nak saya bangun?”
“Yalah!”
Apa kes pulak main tanya-tanya ni?
“Ada
syaratnya.”
“Syarat
apa pulak ni? Tolonglah jangan nak main-main. Dah lewat ni.”
“Panggil
saya ‘abang’ dulu.”
Erk!
Ni saja nak main-main dengan aku ke apa ni! Kepala Arlyssa dah rasa macam nak
berapi ni.
“Apa
ni Harith?! Saya tak ada masa nak layan awak. Selalu je main-main.”
“Say it first if you want let go from me.
If not, we will be like this until you
call me ‘abang’.” Kening Harith terjongket menanti panggilan ‘abang’.
“Huh!”
Arlyssa mengetap bibir kegeraman. Kalau bukan sebab gelaran SUAMI, rasanya dah
lama Arlyssa sekeh-sekeh kepala Harith. Grrrr.... rasa macam nak makan orang je!
“I’m waiting dear,”
Arlyssa
diam. Harith tahu, Arlyssa sedang berperang dalam diri sendiri. Hati Harith
sudah senyum setaman. Dia menunggu reaksi Arlyssa seterusnya. Janganlah keras
hati sangat sayang oi!
Sementara
itu, Arlyssa kegelisahan. Nak kena panggil jugak ke? Aduh! Amenda la duk request
benda-benda luar alam ni. Kalau aku tak ikut syarat mengarut tu, sah-sah
terlepas solat subuh ni. Ah, aci
redah jelah.
“Yalah,
yalah. Err.... Abang,” perlahan Arlyssa menurut syarat Harith. Macam berbisik
pun ada.
“Apa
dia? Tak dengarlah.” Harith masih mahu main-main.
“Eiii...
tolonglah jangan nak mengada-ada. Lepaslah!” Mata Arlyssa mencerun memandang
wajah Harith. Kalau Harith ni boleh dimakan, dah lama dia ngap!
“Alaaaa....
Sekali je lagi.”
“No!” Aku dah panggil sekali tu dah kira
baik. Ni nak melebih pulak!
“Lys,
Harith. Dah bangun ke belum? Subuh dah nak habis ni,” ketukan beserta pertanyaan
dari Puan Aini mematikan pertelingkahan antara Harith dan Arlyssa.
Mata
Harith terbuka secara automatik. “Dah bangun, ma.” Sahut Harith. Dan Arlyssa
mengambil kesempatan melepaskan diri dari pelukan Harith. Terima kasih mama!
Laju Arlyssa masuk ke dalam bilik air.
HARITH
menyanyi kecil sambil mengemaskan rambut di hadapan cermin. Baju tak pakai
lagi. Hanya tuala yang masih melilit di pinggang. Pintu bilik dibuka mendadak
dari luar.
“Opss!”
Arlyssa mahu tutup kembali pintu bilik. Dia datang salah waktu daa..
“Nak
ke mana? Masuk jelah.” Suara Harith
mematikan langkah Arlyssa.
“Err..
tak apalah.”
Harith
menghampiri pintu bilik. Pantas tangannya mencapai tangan Arlyssa sebelum
sempat Arlyssa angkat kaki. Dia tarik Arlyssa masuk ke dalam bilik. Arlyssa
duduk di atas katil. Tak tahu dia nak buat apa. Katil sudah dia kemaskan lepas
solat tadi. Bantal dia tarik dan dipeluk erat.
“Err..
saya ada benda nak bincang dengan awak.” Kerana ruang sunyi di dalam bilik itu,
Arlyssa membuka mulut akhirnya.
“Hmm..
Apa dia?” Baju T warna hitam dia sarungkan ke tubuh.
“Pasal
mama yang kena tinggal dengan kita.” Luah Arlyssa perlahan. Belakang tubuh
Harith yang sudah lengkap berpakaian dia pandang.
“So?”
“Awak
boleh tanya so? Tolonglah fikir. Mama
nak tinggal bukan untuk dua hari, tapi dua bulan. Awak fikirlah sikit. Lama tu.
Takkan selama dua bulan tu kita kena berlakon?!” Arlyssa gigit bibir. Reaksi
Harith selalu buat dia naik angin. Dan selama dua bulan tu mereka akan
berkongsi bilik. Ni yang sebenarnya buat Arlyssa lemah.
“Berlakon?
Siapa yang berlakon selama ni? Bukan kita. Tapi awak! Awak yang berlakon. Saya
tak pernah pun berlakon. Perkahwinan kita bukan sebuah drama swasta yang mana
saya dan awak menjadi pelakon utama!” Luah Harith satu per satu. Memang pun.
Selama ni setiap apa yang dia buat bukannya lakonan tapi lahir dari hatinya.
Susah sangat ke Arlyssa nak faham? “Jangan kata dua bulan, kalau mama nak
tinggal selama-lamanya dengan kita pun saya sanggup.” Harith sudah berkira-kira
mahu angkat kaki. Dia dah malas nak dengar plot-plot cerita yang akan Arlyssa
bentangkan dalam hubungan mereka.
Arlyssa
terkedu. Mulutnya jadi bisu untuk membalas kata-kata Harith. Tau-tau je, batang tubuh Harith dah tak ada
dalam bilik. Dah turun ke bawah ke? Lambat-lambat berlalu keluar dari bilik.
Dia mengeluh perlahan.
Di
meja makan, Arlyssa duduk di sebelah Harith. Tak nak bagi Puan Aini dan Syed
Yusri syak apa-apa, dia pura-pura macam tak ada apa-apa yang berlaku. Dia
menyenduk nasi lemak yang Puan Aini masak ke dalam pinggan Harith.
“Along
nak tak?”
“Tak
nak. Along nak minum je,” Syed Yusri
memang tak makan makanan berat waktu pagi. Cukup sekadar secawan minuman serat.
Kadang-kadang saja dia mengalas perut dengan sekeping roti.
Arlyssa
menyenduk nasi ke dalam pinggan Puan Aini pula.
“Ma,
along pergi dulu.” Syed Yusri tiba-tiba bersuara selepas meneguk airnya. Dia
sudah siap sedia bangun dari kerusi. Tangan Puan Aini dia salami dan beralih
kepada Arlyssa dan Harith.
“Oh
ya, sebelum along terlupa.” Syed Yusri menyeluk beg sandangnya. “Ni ada hadiah
dari along. Tarikh dah tetap tu. Part
cuti Lys, Pak Cu dah luluskan. Cuma Harith je.
Jangan tak dapat cuti pulak ye,”
sekeping sampul surat putih Syed Yusri hulurkan kepada Harith.
“Terima
kasih, long.” Balas Harith dan Syed Yusri terus berlalu ke tempat kerja.
“Wajib
pergi tu!” laung Syed Yusri dari luar rumah dan bunyi kereta Syed Yusri menderu
keluar dari halaman rumah selepas itu.
Sampul
surat itu Harith letak di sebelah pinggannya dan meneruskan suapan. Arlyssa
pula sibuk merenung sampul putih itu. Hatinya meronta mahu melihat isi dalam
sampul itu. Nasi di dalam pinggan sudah tidak terusik.
“Lys,
kenapa tak makan nasi tu?” tegur Puan Aini tiba-tiba.
“Hah?
Err... terasa kenyang pulak lepas minum air,” tergagap-gagap Arlyssa menjawab.
Nasi di dalam pinggan dia letakkan kembali ke dalam mangkuk besar. Nasib baik
nasi tu belum lagi diletak sambalnya. Kalau tak membazir je kena buang.
Usai
mencuci pinggan dan cawan, Arlyssa terus berlalu ke bilik. Iphone 4 dia capai
dan badan direbahkan di atas katil. Laman Facebook dia buka tapi tak ada satu
pun yang berjaya menarik minatnya. Huh! Boring.
Telefon pintar itu dia lempar ke tepi. Dan mata memejam rapat.
Harith
memandang ke luar rumah melalui pintu besar itu. Selepas sarapan, kakinya
ringan menghala ke sini. Udara pagi yang nyaman dia hirup perlahan. Terasa
tenang seketika. Tiba-tiba perihal sampul surat putih yang Syed Yusri hulur
ketika bersarapan tadi terlintas di kepala. Lantas sampul itu dia bawa keluar dari
poket seluar track. Isi dalam sampul
dia bawa keluar.
Hadiah bulan madu ke Pulau
Langkawi.
P/s: Sorry lambat bagi
hadiah. Tapi tarikh along dah tetapkan. Harap dapat cuti.
HAPPY HONEYMOON!!
Harith
menggelengkan kepala sambil senyum. Tiket kapal terbang dan voucher hotel dia tatap lama. Haih,
ada-ada aje along ni. Segala isi yang dikeluarkan tadi dia masukkan kembali ke
dalam sampul. Laju kaki memijak anak tangga menuju ke bilik. Pintu bilik dia
tolak perlahan.
Mata
Arlyssa pantas terbuka kerana mendengar bunyi pintu bilik ditolak. Dia tak
tidur pun tadi. Sekadar menutup mata sahaja. Mata mereka betembung pandang.
Hati Arlyssa meronta mahu tahu apakah isi sampul itu. Harith meletak sampul itu
di atas meja kecil dan berlalu ke bilik air. Dan Arlyssa apa lagi, terus dia
menyambar sampul itu. Tanpa menunggu sesaat dua, isi dalam sampul dia bawa
keluar. Alangkah terkejutnya dia membaca setiap patah perkataan yang tercoret.
Saat dia mengangkat muka, kelibat Harith sudah berdiri di hadapannya.
“Apa
ni?” Arlyssa tanya bagai orang bodoh.
“Awak
tak pandai baca ke? Kata ada ijazah dari luar negara, takkan tak faham kot.”
Sempat Harith menyindir.
“Saya
taulah. Tapi awak nak pergi ke?”
Lepas
satu, satu lagi masalah timbul. Kes mama nak tinggal dengan mereka masih lagi
tak habis dibincangkan dengan Harith. Harith macam nak mengelak je! Tu yang buat Arlyssa bengang.
“Kenapa
tak nak pergi pulak? Dah rezeki depan mata, rembat
jelah.” Selamba badak Harith
menjawab. Langsir dan pintu balkoni dia tolak ke tepi, memberi ruang kepada cahaya
matahari menerombos masuk. “Kenapa? Awak tak nak pergi ke?”
Arlyssa
bungkam. Kalau ikut hati, dia memang tak nak pergi. Kalau pergi mesti kena
duduk sebilik dengan Harith. Dah nama pun honeymoon,
mestilah kena tidur sebilik. Apalah kau ni, Lys! Erk! Honeymoon? Seram sejuk Arlyssa dengar perkataan tu. Adoi! Mati aku.
Baru suruh pergi berbulan madu dan sebut mati. Haih Arlyssa ni.
“Lys,”
panggil Harith. Tangan Arlyssa dia capai. Eh, sejak bila pulak mamat ni bersila
bagai depan aku? Arlyssa mengomel di dalam hati. “Kita pergi ya?” Harith cuba
melembutkan hati Arlyssa. Bukan dia tak tahu. Diam Arlyssa tadi tu tanda tak
nak pergi.
“Kalau
duduk bilik asing-asing baru saya pergi.” Dah keluar cadangan luar alam dari
Arlyssa.
“Eh,
kalau duduk bilik asing-asing tu bukannya honeymoon
sayang oi! Lagi pun along dah uruskan semuanya kat sana. Takkan nak macam-macam
pulak, Lys.” Adoi! Bini sapelah ni. Selalu
keluarkan cadangan luar alam macam ni. Harith menggaru kepala yang tak gatal.
“Kalau
macam tu, tak payah pergi!” Arlyssa berpeluk tubuh. Dia memang malas nak ikut
rancangan yang entah apa-apa ni.
“Alaa..
Kita pergi ye. Membazirlah kalau tak
pergi. Hmm... Okey, macam ni, saya janji takkan usik awak sepanjang kat sana.
Dan kita tidur sama macam kat rumah sana. Saya tidur atas sofa, awak tidur atas
katil.” Cadang Harith.
Arlyssa
menimbang cadangan Harith. Lama dia terdiam.
“Boleh
tak? Kalau tak boleh, buat jelah
boleh,” Harith pamer muka yang penuh mengharap.
“Hmm..”
Harith kerut kening.
“Hmm..
Awak tu maksudnya awak setuju ke?” Arlyssa anggukkan kepala perlahan. Lantas
pipi Arlyssa dia kucup sekali.
“Horrayy!” Bising mulut Harith bersorak.
Macam pasukan bola kegemarannya menang pulak malam tu.
“Tapi
awak janji awak takkan usik saya ye!”
“Ya,
saya janji,” tutur Harith sambil tayang senyum kembang setaman. Eleh sekarang
bolehlah berjanji macan-macam. Tapi bila dah sampai ke sana, dia tak jamin. Lain
di mulut, lain di hati. Harith masih tak henti senyum. Senyum ada makna tu.
Hehehe...
okey... dah ada sedikit kemajuan... gie honeymoon kat Langkawi... Harap2 ada kisah2 manis dan lemak berkrim... hihihi...
BalasPadamo yeah.. sudah semestinya... sabar ye..:D
BalasPadamBest....#^_^
BalasPadamTak sabar nak tunggu next entry.... XD
Sabar2.. Hehehe;)
BalasPadampengsan sat..rasanya ada sikit kemajuan dalam perhubungan mereka ni..Tuan Syed tu mcm tau tau aja..yg hubungan adiknya tu dah ada perkembangan kan..Harap minah tu akan tersedar dari kesilapannya..sebab nafkah batin kena kasi kat suami tu..dah lama mamat tu menangut menunggu sentuhan dari sang isteri...cukuplah selama ini dia asyik ikut kata hati dan perasaannya sahaja..sekali kali tu kena ikut kata suami yg mendambakan kemesraan seorg yg bergelar isteri..
BalasPadamAdakah ari tu akan berlaku dimana mereka ini akan hanyut melayari dan melatari ertikata honeymoon tu..teruja nak tahu...
Rasa boring pulak dgn lys ni....mcm x blh terima hakikat sbg isteri perlu ada tggungjawab kpd suami...dah la tak hormat langsung dgn suami. Bila la lys ni nak sedar....Harith harus lebih tegas sbg suami....kena terangkan tggung jwb suami isteri kpd Lys...kan dia penguam syariah....
BalasPadamSatu lagi persoalan, betul ke suami sanggup berbulan2@bertahun menahan nafsunya kepada yg hak dan halal buatnya? Kita kan manusia biasa yg punya nafsu.....untuk berkasih sayang...
Harap ada perkembangan lanjut ttg mereka ni....
teruja nak taw ni..dah lama kan utang si lyss ni kat harith..hope lyss x keras hati sgt lah dgn harith..
BalasPadamOkeh semua... Masa honeymoon nanti smuanya akan berubah.. Ye betul as a normal person, kita mesti terfikir Harith ni sanggup pulak tahan nafsu berbulan2.... Harith fikir mcm ni; tarik rambut dlm tepung.. Rambut jgn putus tepung x berselerak... Sebab dia tahu mcm mna perangai Arlyssa.. Suka memberontak.. Klau dia paksa jgk Lys buat bnda yg dia x suka, makin jauh Lys lari.. Nanti dia jgk yg gigit jari...;)
BalasPadamsuka suka..akak agreed...200% ngan apa yg adik cakap.. biarlah Harith ni takzirah sikit kat minah tu..nak dengar cakap dia aja..kan..kan..
Padamyup betul3 tu kak... hehehehehe.. perempuan ni kan nak org manja2 dgn dia, nak org belai2 dia.. baru la jalan misi seterusnya.. hehehe.. lg pun Harith ni jenis yg suka mengusik n nakal.. lg Lys tarik muncung, lg suka Harith usik..:)
Padamx sabar nk tau apa yg blaku masa honeymoon....cpt2 update ye..
BalasPadamapa jadi masa honeymoon?? jeng3... hehehehehe... something will be happen!! sabar okeh.. hehehe
BalasPadam