~BAB 4~
salam.... bajet asal nak letak bab ni lepas balik dr KL... tp malam ni berubah hati pulak.. so sy up naik bab ni malam ni.. hehehe.. harap suka n enjoy.. permulaan cerita ni sedikit slow.. huhuhu
SURIYA
bersiap-siap mahu ke pejabat. Sejurus jam menunjukkan pukul 5.30 pagi, matanya
sudah celik. Tindakan refleks akibat bunyi jam yang diset di telefon bimbit.
Kalau dulu, dia akan terus sambung tidur selepas mematikan bunyi penggera.
Kini, dia akan merenung siling seketika, menantikan azan subuh berkumandang.
Selepas itu barulah dia bangun dan bergerak ke bilik air.
Siap
segala-galanya, tepat pukul 6.30 pagi, dia akan berangkat ke pejabat. Pak Mail
memang sudah terpacak di depan pintu pagar waktu-waktu macam ni. Sengaja dia
keluar awal kerana tak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya. Keluar
awal, sempatlah dia sampai kat pejabat dalam pukul 8.00 pagi. Waktu bekerja
bermula pukul 9.00 pagi.
Suriya
tarik sedikit tudung agar kemas di kepala. Okey, siap! Selepas puas menilik
wajah sendiri di cermin, dia berlalu ke tingkat bawah. Jam dipergelangan tangan
dia pandang sekilas. Sudah pukul 6.35 pagi. Mesti Pak Mail dah tunggu kat luar.
Getus hati kecilnya.
“Su,” langkah
kaki Suriya mati. Dia mengeraskan tubuh, menanti bicara Rozairul seterusnya.
“Jom, along hantar Su pergi kerja.” Sambung Rozairul, ditangannya sudah
menggenggam kunci kereta.
“Tak
payahlah, Su naik teksi saja,” tolak Suriya. Jelas, masih ada nada berjauh hati
di situ.
“Driver teksi tu dah balik. Along yang
suruh dia balik.” Mendatar suara Rozairul.
“What?!” Spontan Suriya meninggi suara.
Matanya bersinar garang membalas pandang mata Rozairul.
“Sepanjang
along ada kat sini, along yang akan hantar Su. Nanti, bila along dah start terbang, Su pergi kerja dengan
teksi tu.” Selamba Rozairul berkata. Dia sudah menekan penggera keretanya. “Jomlah,”
Along
memang suka buat keputusan sendiri! Dengus Suriya. Hatinya berdongkol geram.
“Nak
pergi ke tak ni? Pintu tu jangan lupa kunci.” Rozairul masih macam tadi.
Huh!
Dalam marah, dalam geram, Suriya turutkan juga arahan Rozairul. Pintu kereta
dia tarik kasar. Bertentum bunyinya.
“Oit,
along tahulah Su tengah marah. Tercabut pintu tu nanti siapa nak tanggung?”
Gantilah
sendiri! Tak kuasa aku nak tanggung! Sahut hati Suriya. Hatinya kalau sudah
panas, janganlah nak usik ke nak pujuk ke, memang tak jalan. Sepanjang
perjalanan ke tempat kerja Suriya, tiada sepatah kata pun yang keluar dari
mulut mereka. Baik Suriya mahu pun Rozairul. Dua-dua ambil langkah membisu
seribu bahasa.
“Dah
sampai,” suara Rozairul mencantas lamunan Suriya.
Suriya
tersentak sekejap. Dia membuka kereta dan menolak pintu kereta.
“Eh,
dah lupa ke?” Rozairul menyoal sambil hulur tangan untuk bersalam. Nak jugak?
Cepat-cepat Suriya capai hujung jari dan dicium sekilas. Tak kuasa nak
berlama-lama. Dia sibuk melayan rajuk di hati.
Rozairul
menggelengkan kepala melihat telatah Suriya. Kalau dah merajuk, memang macam
tu. Suka tunjuk protes bagai. Bukan baru sehari dua dia kenal Suriya tapi dah
bertahun-tahun. Dah masak sangat dengan perangai adiknya ini. Gear dimasukkan
dan kereta mula bergerak, meninggalkan bangunan IMIA Sendirian Berhad.
IDDIN
tercengang. Terhenti langkahnya seketika kerana adegan itu. Siapa lelaki itu?
Adakah Suriya sudah berkahwin? Tapi, seingat aku dalam resume dia tak ada pun
status sudah berkahwin. Yang ada hanya status bujang. Kalau masih bujang, siapa
lelaki itu pada Suriya? Tunang? Takkan baru bertunang dah cium tangan bagai,
kalah suami isteri! Suriya pakai tudung. Sangat tak berpadanan status dengan
tingkahnya.
“Eh,
bos. Apasal tercegat bagai ni?” Badrul menegur. Tetiba bos aku jadi tiang
elektrik kat tengah-tengah lobi syarikat. Apa kes? Hati Badrul tertanya-tanya.
“Hah?
Tak ada apa-apalah. Hmm… Macam mana holiday?
Enjoy? Opss… silap, bukan holiday. Honeymoon right?” Iddin sengaja mengalihkan topik. Pandangannya
juga sudah tertumpu pada Badrul di sebelah. Kaki juga kembali menyambung
langkah, menghala ke lif.
Apa
punya soalan bos aku ni? Macam perli aku aje. “Hmm… bolehlah.” Sepatah Badrul
menjawab.
“Bolehlah
aje? Apa kes pulak? Gaduh ke?” Mereka kini di dalam lif. Hanya mereka berdua
saja kerana jam baru menginjak ke angka 7.40 pagi. Waktu kerja bermula pukul
9.00 pagi.
“Oit,
mulut cabul betul! Apa gaduh-gaduh? Mintak simpanglah bos! Kalau nak tahu macam
mana rasanya, cuba bos kahwin dulu. Baru tahu.” Badrul sudah mengeluarkan
cadangan gila-gila. Konon cadangannya tu sangat-sangat bergeliga. Dia siap
tayang sengih lagi.
“Kahwin
mana boleh cuba-cuba. Macam nak main-main pulak.” Sanggah Iddin. Sejahil-jahil
dia, tak pernah lagi terlintas nak buat semua tu.
“Dah
tu, bos tanya sangat. Saya jawablah.”
“Ah,
sudahlah. Kerja, kerja.” Mereka terpisah diruangan depan pintu bilik Iddin.
Iddin masuk ke dalam biliknya dan Badrul merapati mejanya.
Di
dalam biliknya, Iddin masih tak lepas memikirkan siapakah gerangan lelaki yang
menghantar Suriya itu. Kepala dia sandarkan pada kerusinya. Eh, kejap. Suriya
ni budak MSU. Aku belajar kat sana jugak dulu. Maknanya kami satu universiti.
Tapi dia ni intake tahun bila eh?
Hmm… ha! Resume dia! Tangannya ligat membelek timbunan fail di atas mejanya.
Mana tahu kalau-kalau ada kat atas meja tu.
Eh,
resume semua pekerja mestilah ada dengan HR? Apasal ngok sangat aku ni! Iddin tepuk dahi. Ganggang telefon dia capai
dan nombor bilik Mimi, HR di syarikat itu. Kurang sepuluh minit kemudian, fail
berisi resume pekerja baru bernama Suriya Anggerik sudah berada di atas
mejanya.
Fail
yang bertimbun di atas mejanya sikit pun dia tak pandang. Ada hal yang lagi
penting dari semua fail itu.
“KAK,
Su nak tanya sikit boleh tak?” Suriya merapati meja Noraini. Kerusi dari meja
sebelah dia tarik dan terus duduk.
“Hmm…
apa dia?” Mata Noraini tak berkalih dari sebuah fail. Tengah banyak kerja ni.
“Tapi
akak macam sibuk aje,” tangan Suriya gatal mengusik salah satu fail yang
bertimbun.
“La,
biasalah. Tak apa, tak ganggu pun. Ha, apa yang Su nak tanya tadi tu?” Noraini
memang kaki kepoh. Mana tahu soalan Suriya ni akan bawa satu cerita baru.
“Tak
ada. Saya konfius ni. Setiausaha Encik Iddin tu memang lelaki ke?” Suriya
tayang muka keliru.
“La,
imgatkan apalah tadi. Hmm… betullah tu. Memang si Bad tu setiausaha Encik
Iddin. Bukan setiausaha aje tau tapi merangkap PA jugak. Dia baru masuk hari ni
lepas cuti dua minggu.” Beritahu Noraini.
“Oh,”
setiausaha lelaki? Patutlah Kak Ani cakap orang dalam ofis ni cop dia gay! Desis hati Suriya. Dia senyap
sambil melihat Noraini siapkan kerjanya. “Lamanya dia cuti.”
“Cuti
kahwin, Su.” Balas Noraini pendek. Erk! Kelu lidah Suriya sekejap.
“Eh,
tapi…” ayat Suriya mati kerana ada suara yang tiba-tiba mencelah.
“Kak
Ani, siapkan dokumen ni. Encik Iddin nak hari ni jugak.” Meja Noraini dihampiri
seseorang. Pantas kepala Suriya mendongak, mahu melihat siapa si empunya diri.
“Alahai
Bad sayang, akak tak tahulah sempat siap ke tak ni. Yang tengah tunggu giliran
pun dah berlambak ni.” Ujar Noraini lemah.
“Lisa
mana kak?” Mata Badrul melilau mencari kelibat Lisa yang dia sebutkan itu.
“Lisa
MC hari ni, tu yang akak kelam-kabut sangat ni. Semua nak cepat, haih.” Noraini
mengeluh di hujung kata-katanya. “Eh, lupa akak nak kenalkan. Bad, ni Suriya.
Su, ini Badrul. Badrul ni setiausaha merangkap PA kepada Encik Iddin. Su ni
pulak web developer baru. Korang kenal-kenallah ye,” Badrul dan Suriya hanya berbalas
anggukkan kepala.
“Selamat
datang ke IMIA Technology Sendirian Berhad.” Ucap Badrul sambil senyum manis.
Kalau aku tak kahwin lagi, memang dah lama aku rembat minah ni. Hati kecilnya
berkata-kata.
“Terima
kasih,” Suriya lempar senyuman kepada Badrul.
“Oh
ya kak, tolonglah kak. Kalau boleh siapkan hari ni ya. Kalau tak, takut Encik
Iddin tu mengamuk. Akak kenalkan dia macam mana. Haih, kalau tak siap hari ni
susah kerja saya. Saya nak tolong akak pun kerja saya sendiri berlambak kat
atas meja tu.” Kata-kata Badrul tertuju kepada Noraini.
“Yalah,
yalah.” Balas Noraini. Dia dah malas nak berbalas cakap dengan Badrul. Akhirnya
bukan dia yang menang.
“Terima
kasih akak sayang!” Girang suara Badrul sebelum berlalu ke mejanya. Suriya
pulak memang menjadi pemerhati tak bergaji kat situ. Sudah dia bosan, nak buat
kerja, tak ada kerja. Setelah dipastikan Badrul benar-benar jauh dari meja
Noraini, Suriya terus mengajukan soalan. Tak menyempat!
“Kak,
akak cakap orang cop Encik Iddin tu gay,
macam mana tu?” Suriya berminat sangat nak tahu pasal Iddin dan gelaran yang
diberikan orang itu. Hmm…
“Kalau
akak jawab, apa yang akak dapat? Su nak tolong akak siapkan semua kerja ni ke?”
Haa… tu dia. Dah keluar ayat minta pengeras!
“Eh,
taklah macam tu…” Ayat Suriya terhenti kerana namanya dipanggil Badrul. Tak
sedar langsung Badrul merapati tempat duduknya. Agak-agak Badrul dengar tak
perbualan dia dengan Noraini tadi? Kalau Badrul dengar, masak aku! Desis hati
kecil Suriya.
“Err…
Suriya, big boss nak jumpa awak.”
“Big boss?” Kening Suriya sudah
terjongket sama.
“Encik
Iddin tu ha, dia nak jumpa awak.”
“Sekarang
ke?”
“Eh,
taklah. Semalam! Apa punya soalanlah awak ni, mestilah sekarang.” Ada aura
merungut nada Badrul tu. Habis, Suriya banyak tanya sangat!
“Hmm…
yalah.”
Suriya
anggat punggung dan berlalu ke bilik Iddin. Terlupa terus soalan yang dia
ajukan kepada Noraini tadi. Pintu bilik di ketuk. Sejurus mendengar laungan
penghuni dalam bilik, terus dia memulas tombol pintu dan menapak perlahan masuk
ke dalam bilik besar itu.
“Err…
Encik nak jumpa saya?”
“Hmm…”
Mata dan tangan Iddin masih tertumpu pada sebuah fail. “Saya nak awak uruskan
pelanggan ini,” fail yang dia belek tadi dia hulurkan kepada Suriya.
“Hah?”
“Saya
tahu awak tak ada pengalaman kerja. Tapi ini tugas pertama awak di sini. Anggap
ini sebagai cabaran pertama awak di dalam dunia IT.” Dingin seperti ais suara
lelaki tu. Macam orang tak ada perasaan!
Dia
tengah nak uji kau tu. Tak apa, kau ambil aje tugasan dia. Kau buktikan pada
dia yang kau boleh buat! Jangan biarkan dia pandang kau sebelah mata. Hei, ini
Suriyalah! Suara hatinya menyuruh. “Okey, saya sahut cabaran encik. Ada apa-apa
lagi?”
“Dah
tak ada apa-apa. Segala maklumat tentang syarikat tersebut dah ada dalam fail
tu. Nombor telefon pegawai yang patut berurusan dengan awak pun dah ada kat
dalam tu. Awak boleh mulakan kerja sekarang. Selamat bekerja!”
“Terima
kasih,” Suriya angkat punggung dan berlalu keluar dari bilik itu. Tidak betah
dia berlama-lama di dalam sana. Silap-silap, dia bertukar jadi ais! Sejuk
sangat!
“Apa
kes?” Laju Noraini menyoal. Kalau dah mulut kepoh tu, memang akan selamanya
kepoh! Hahaha…
“Eh,
akak kan banyak kerja. Ada masa pulak nak dengar kisah saya?” Terang-terang
Suriya menyindir.
“Amboi,
dah pandai ya sekarang!” Noraini cubit kasar lengan Suriya. Alah, cubit-cubit
manja saja.
“Aduh!”
Sengaja Suriya mengaduh.
“Mengada-adalah
tu. Bukan sakit pun!” Kata Noraini sambil berlalu ke mejanya. Baik aku buat
kerja aku dari melayan makcik ni.
Yes!
Berjaya dia patahkan soalan demi soalan dari Noraini yang bakal menyerangnya.
Hahaha… Suriya berlalu ke mejanya. Fail di tangan perlu diteliti. Ini tugasan
pertamanya. Harap-harap pelanggan ni tak banyak kerenah.
BEST.
BalasPadammacam pendek ja fieyza bab 4 ni hehehe...apa2 pun tq...iddin macam jeles ja haha
BalasPadamalongnani
baby mio; tq dear..:)
BalasPadamalongnani; adakah ayat akak itu menandakan yg akak nak n3 yg lagi panjang? kehkehkeh... part ni Iddin dah mula rasa bunga2 cinta dgn Suriya... hehehe :)