Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 19 November 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 34


ARLYSSA menapak ke dapur. Kelibat Puan Aini tiada di situ. Mama tak sihat ke? Dia berfikir-fikir. Lalu dia merapati bilik Puan Aini. Pintu diketuk sebelum tombol pintu dipulas perlahan.
“Mama,”
“Ya, Lys. Ada apa sayang?” Puan Aini melipat sejadah yang baru digunakan tadi. Dia baru sahaja selesai mengaji. Lys duduk di birai katil.
“Lys ingatkan mama tak sihat, Lys cari mama kat dapur tak ada,” Puan Aini senyum.
“Mama tak masak hari ni. Ingat nak ajak kamu dan Harith makan kat luar.” Puan Aini mengeluarkan cadangan. Dia menyertai anaknya duduk di birai katil.
“Makan kat luar? Kat mana?”
“Pergi panggil Harith dulu, nanti mama bagi tahu. Lys pergi siap-siap ya,”
“Alah mama ni. Nak rahsia-rahsia pulak. Bagi tahu ajelah,” rungut Arlyssa.
No! Pergi panggil Harith cepat. Dah lewat ni,” Puan Aini sudah mengeluarkan arahan yang wajib dituruti.
“Yalah, yalah.”Arlyssa malas-malas bergerak keluar dari bilik itu. Puan Aini menggelengkan kepala. Hisy, dah jadi bini orang pun masih macam tu. Sebenarnya Puan Aini mahu mengajak mereka semua bersarapan di Pasar Payang tapi Arlyssa tak boleh tahu. Sebabnya Arlyssa tak suka ke pasar. Kalau bercakap tentang pasar, di dalam kepala Arlyssa sudah terbayangkan tempat yang kotor dan jijik. Tapi dia tak tahu, Pasar Payang ni lain.
Pintu bilik dia tolak dengan kaki. Dah malas nak guna tangan. Batang tubuh Harith yang sedang berbaring di atas katil menjamu pandangan mata.
Hubby, Hubby.” Bahu Harith dia goncangkan sedikit tapi macam tak bergerak pun. Statik macam tadi aje.
Hubby, bangunlah. Mama ajak sarapan kat luar,” ujar Arlyssa. Dia tahu Harith tak tidur. Pura-pura tengah tidur aje tu.
“Hmmm...” Harith mengantuk lagi sebenarnya.
Hubby! Bangunlah!” Arlyssa dah hilang sabar. Orang kejut elok-elok tak nak bangun. Kena jerit baru nak bangun.
Automatik tubuh Harith menegak kerana terkejut. Dia pandang Arlyssa degan pandangan yang masih mamai. Arlyssa bergerak ke almari. Pakaian Harith dia tarik keluar dan disuakan kepada tuan empunya diri.
“Nah, tukar. Mama dah tunggu kat luar tu,”
Arlyssa bergerak ke meja solek. Bedak disapu ke seluruh muka dan dicalit sedikit penggaris mata serta pelembab bibir. Akhir sekali dia sarungkan tudung ekspres ke kepala. Rasanya skirt labuh dan baju T lengan panjang yang tersarung ditubuh sudah sesuai, tak perlu ditukar lain.
“Mama nak ajak sarapan kat mana?” soal Harith sambil menyikat rambut di hadapan cermin.
“Entah,” Arlyssa capai beg silang dan disilang terus ke tubuh. Inilah dirinya yang sebenar. Jika mahu keluar bersantai, dia tak suka bawa beg bimbit. Merimaskan sebab beg bimbit akan sentiasa mahu melurut jatuh.
“Ma, kita nak ke mana ni?” Arlyssa bertanya. Tika itu mereka sudah pun di atas jalan raya.
“Ke Pasar Payang,” selamba Puan Aini menjawab.
What?! Sarapan apa kat pasar tu? Mana ada kedai!” Di dalam benak Arlyssa sudah membayangkan ruang dalam pasar yang penuh dengan barang basah. Dengan sayur-sayuran, ikan, ayam dan seangkatan dengannya. Habis nak makan kat mana? Takkan mama nak buat lawak makan kat tengah-tengah pasar tu. Hatinya mengomel sendirian.
“Ada,”
“Tak naklah ma, tukar tempat lain. Tak sukalah makan kat tempat macam tu,” Kotor! Sambung Arlyssa di dalam hati.
Puan Aini senyum. Dia sudah agak dengan penolakan Arlyssa ni. “Tak payah, terus ke pasar, Harith.” Dia memberikan arahan kepada menantunya. Wajah Arlyssa yang cemberut tidak dia ambil peduli. Biarlah. Sampai bila Arlyssa nak mendabik dada. Mentaliti Arlyssa perlu diubah. Jangan ingat semua pasar sama sahaja.
Sampai di Pasar Payang, Harith letak kereta di bangunan parking yang terketak bersebelahan dengan pasar. Arlyssa mula tunjuk perangai apabila Harith dan Puan Aini sudah keluar dari perut kereta. Dia tak nak keluar. Siap berpeluk tubuh lagi.
“Lys, janganlah buat perangai macam budak-budak. Malulah orang tengok.” Pujuk Harith. Sedangkan kat situ ada satu keluarga aje yang sedang berjalan ke arah kereta mereka. Gaya Harith cakap tu macam ramai sangat!
“Tinggalkan aje dia kat sini,” selamba Puan Aini berkata. Dia malas nak layan Arlyssa yang sedang berdrama itu.
Akhirnya lambat-lambat dia mengikut juga langkah Harith. Okeh, Arlyssa melangkah masuk ke dalam pasar dengan kasut tumit tingginya. Tak pernah dibuat orang!
Puan Aini berjalan di hadapan manakala Harith dan Arlyssa membontoti di belakang sambil berpimpin tangan. Lagak macam pasangan baru berkahwin. Sedangkan...
Arlyssa pernah ke pasar ini sekali dulu, itu pun kerana mamanya mahu mencari kain sutera. Dan yang dia tahu, kat pasar ni ada jual barangan tradisional dan barang basah. Tak tahu pun ada gerai makan bagai. Kalau sekadar penjaja tu dia memang tahu ada kat sini. Puan Aini masuk ke sebuah kedai makan dan duduk. Anak dan menantunya hanya mengikut.
Pesanan dibuat. Nak tahu apa yang Harith pesan? Dia mahukan semangkuk mi sup anggota dalaman lembu. Erk! Arlyssa yang dengar terasa mahu muntah. Semasa Harith bertanya yang dia nak makan apa, dia hanya menggelengkan kepala. Isy, apa kes entah minah ni. Semua tak kena dengan tekaknya.
Beberapa minit kemudian, pesanan mereka pun sampai. Puan Aini dan Harith begitu berselera menjamu selera. Sedangkan Arlyssa hanya memandang sambil menelan liur. Tadi tak nak sekarang terliur pulak! Sedang mereka enak makan, meja mereka dihampiri seseorang. Perempuan berjilbab labuh.
“Assalamualaikum, abang Harith kan?” Tegur perempuan itu. Abang?! Arlyssa rasa berapi aje dalam kepalanya!
“Wa’alaikumussalam. Eh, Mera. Bila balik sini?” Ramah Harith menyoal. Terlupa sudah pada si isteri di sebelah yang dari tadi menjadi penonton tak bergaji.
“Mera dah seminggu balik ke sini. Ni siapa? Mak abang ke?”
“Eh, taklah. Ni mak mertua abang. Ma, ni adik angkat saya, Humaira. Dan yang ni pulak isteri abang, Kak Lys,” perkenal Harith. Dia serba-salah jugak sebenarnya masa nak beritahu statusnya kini yang sudah bergelar suami orang.
Riak muka Humaira berubah. Mak mertua? Isteri? Sejak bila? Dia terasa dunianya gelap seketika. Tapi cepat-cepat dikawal perasaan itu. Jangan bagi nampak sangat. Humaira menyalami tangan Puan Aini dan Arlyssa. Tapi Arlyssa hanya sambut hujung jari sahaja. Tak kuasa dia nak berkenal-kenalan dengan ‘adik angkat’ Harith ni!
“Abang dah kahwin? Bila? Tak jemput pun,” balas Humaira, konon-konon sedang berjauh hati. Senyum paksa diukir di bibir.
“Nikahnya sudah, majlisnya belum lagi. Insya-Allah akan menyusul selepas ini. Eh, Mera sorang aje ke? Duduklah,” Harith ajak duduk pulak. Dia tak nampak ke muka Arlyssa dah bertukar warna ni? Sikit lagi nak bertukar jadi si hijau Hulk!
“Eh, tak apalah. Mera datang dengan kakak, dia ada kat kedai songket tadi. Err.. Mera minta diri dulu, assalamualaikum,” pinta Humaira sebelum berlalu pergi. Nampak seperti tergesa-gesa. Harith pandang kelibat Humaira yang semakin menjauh.
“Amboi, tak puas-puas lagi ke? Adik angkatlah sangat!” Arlyssa bersuara tiba-tiba.
“Lys, saya tak nak gaduh kat sini. Ni tempat awam,” hilang sudah ganti nama Hubby dan Da. Jadi saya dan Lys pulak!
“Yalah, saya ni siapa. Budak sosial asalnya. Dia tu dah pakai tudung labuh, cukup lengkap pakej isteri mithali.” Arlyssa tak mahu kalah.
“Lys, sudah-sudahlah tu. Tempat awamkan ni, itu pun nak gaduh.” Tegur Puan Aini dan Arlyssa tarik muncung.
Selepas makan, Puan Aini mula menjalankan misi menjelajah ke dalam pasar. Sudah lama dia tidak membeli barangan dapur yang segar di situ. Kalau ikut Arlyssa lebih suka jejak pasar raya dari pasar ini. Yalah, pasar raya ada penghawa dingin. Kat pasar terbuka macam ni, memanglah busuk. Usai membeli barangan dapur, mereka pulang. Dan sejak kena tegur oleh mamanya di kedai makan tadi, Arlyssa terus lancar mogok suara. Dia membisu seribu bahasa walau kaki mengikut langkah mamanya.

ARLYSSA lempar beg silangnya ke atas sofa. Dengan tudung masih membalut kepala, dia baring di atas katil. Tidak dihiraukan Harith dan Puan Aini yang sedang mengeluarkan barang-barang yang dibeli tadi dari perut kereta. Dia sakit hati! Sangat-sangat!
Harith pula, sesudah membantu Puan Aini terus menelefon Malik. Telefon dibawa ke telinga sebelum disambut dengan huluran salam beberapa minit kemudian.
“Weh, Mera dah balik sini ke?” Harith mengajukan soalan tanpa menunggu lama.
“Dah balik? Tak tahu pulak aku. Bukan dia selalu emel kau ke?” Malik kepelikkan. Dia menggaru kepala yang tak gatal.
“Aku dah lama tak check inbox. Isy, masalah betul!”
“Kau ni kenapa? Kau ada jumpa dia ke?”
“Hmm.. Terserempak kat pasar tadi. Depan bini aku pulak tu. Huh!”
“Nak buat macam mana. Lambat-laun kau jumpa dia jugak, lambat dengan cepat aje. Hadap ajelah,” selamba Malik berkata.
Dia sekadar dapat meluahkan rasa dengan Malik. Kawannya itu tak dapat membantu apa-apa. Beberapa minit kemudian, talian terputus. Harith tenung skrin telefon yang kian malap sebelum gelap. Nak buat macam mana ni? Kalau dia naik ke atas pasti Arlyssa akan mengajukan macam-macam soalan. Bukan dia tak kenal Arlyssa, hinggakan soalan luar alam pun dia tanya nanti. Harith mengeluh.
“Harith,” suara Puan Aini memanggilnya perlahan.
“Ya, ma.” Harith memalingkan tubuh.
“Boleh mama tanya sikit?”
Harith cuak. Mama nak tanya pasal mereka ke?
“Err.. Boleh, apa dia ma?”
Puan Aini tarik nafas seketika. “Dah masuk sebulan mama tinggal dengan kamu berdua. Tapi mama tak pernah lagi nampak Harith bawa Lys jumpa keluarga Harith. Kenapa ya? Keluarga Harith dah tahu ke belum pasal perkahwinan ni?”
Harith terkedu. Tak sangka soalan itu keluar dari mulut Puan Aini. Mungkin selama ini mama Arlyssa hanya memerhatikan tingkah mereka berdua. Dan sudah sampai masanya dia menyoal. Harith mengeluh lagi. Dia mencari punca untuk menjawab soalan Puan Aini. Lambat-lambat dia membuka cerita itu. Peristiwa pertama kali dia membawa Arlyssa pulang berjumpa orang tuanya. Segalanya diceritakan, tak tertinggal walau satu pun.
“Habis tu, sampai bila nak macam ni?”
“Saya buntu, ma. Di sana emak, di sini isteri.” Luah Harith.
Giliran Puan Aini pula yang menghela nafas.
“Kalau mama nak jumpa keluarga Harith, boleh? Biarkan mama slow talk dengan mereka. Insya-Allah, terbuka hati mereka nanti.” Puan Aini mengeluarkan cadangan.
“Mama nak jumpa mak ayah saya? Betul ke?” Puan Aini menganggukkan kepala.
“Kalau itu dapat menyelesaikan masalah ni, kenapa kita tak cuba kan,”
“Insya-Allah, hujung minggu ni saya bawa mama ke sana.” Putus Harith dan Puan Aini mahu bergerak ke dapur.
“Ma,” kaki Puan Aini terhenti. Dia pandang Harith. “Terima kasih,” ucap Harith dengan jiwa penuh lega. Akhirnya masalahnya hampir selesai.
“Sama-sama,” Puan Aini senyum sebelum masuk ke dalam rumah.

8 ulasan:

  1. sabar menunggu n3 seterusnya ya..:)

    BalasPadam
  2. best dek...tk sabar nk baca cam ner harris nk pujuk alisya yg merajuk n cemburu...suke nyer!

    BalasPadam
  3. tq kak... hehehe.. tunggu bab 35 ye..:)

    BalasPadam
  4. ganasnya arlyssa, tolak pintu guna kaki, rasa lucu la pulak * sambil membayangkan lys tolak pintu guna kaki hehehe*. amboi cemburu kuat rupanya arlyssa ni ya, tak sabar nak tengok harith bawa mak mertua dia jumpa keluarga harith jeng..jeng..jeng ..pasti pn aini dan mak harith terkejut....hehehe ada pertalian

    alongnani

    BalasPadam
  5. hahahaha.. bayangkan je.. lys bila dah marah, dah x fikir apa dah.. dia fikirkan perasaan dia je.. reaksi puan aini okey2 je.. tp mak harith mmg terkejut beruk.. hahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe...tak sabar pulak nak tunggu episod seterusnya pan aini ngan mak harith.....:))) bila fieyza cakap terkejut beruk tu dah dapat bayagkan macam mana muka mak harith hahaha

      alongnani

      Padam
    2. hahahahaha.. sabo je la.. lihat macam mana penerimaan mak dia dulu... then bayangkan pula penerimaan kali ni... hmmm....:)

      Padam