Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 10 November 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 33

**salam semua.. maaf jika terpaksa menunggu lama utk entry ni.. selamat membaca dan moga terhibur..:)


PUAN Aini tercengang. Telefon diletak kembali di atas meja solek. Bibirnya mengukir senyum lebar. Alhamdulillah, akhirnya anak sulungnya terbuka hati untuk berkahwin. Moga dia tidak sedingin dulu.
Arlyssa menguak pintu bilik mamanya tanpa mengetuk terlebih dahulu. Pagi tadi mereka sudah berjanji mahu ke Mengabang Telipot untuk pekena ICT. ICT tu singkatan bagi ikan celup tepunglah. Bukan maksud yang satu lagi tu atau I-City kat Shah Alam sana. Hehehe..
“Amboi, senyum lebar mama. Ada apa-apa ke?” Arlyssa menyoal.
“Along nak kahwin.” Puan Aini pandang wajah Arlyssa dengan senyum yang masih belum padam.
What! Along nak kahwin? Serius ke ma? Dengan siapa? Orang mana?” Bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Arlyssa. Macam bertih jagung!
“Hisy, kamu ni tak sabar-sabar,” tegur Arlyssa.
“Kahwin? Siapa nak kahwin?” Harith yang terdengar Puan Aini dan Arlyssa berbual pasal kahwin terus menyampuk. Tak tahu hujung pangkal pun dia ni. “Err.. Mama ke yang nak kahwin?” Spontan soalan itu keluar dari mulutnya.
“Hisy, mulut! Tak ada insurans ke?” Arlyssa tampar lengan Harith perlahan. Heh, dia tak boleh terima kalau mama berkahwin lain. Tempat abah hanya satu. Tak boleh diganti dengan orang lain. Puan Aini pula sudah mengekek ketawa. Apalah menantu aku ni. Aku pulak yang dikatanya nak kahwin. Hisy, buang tebiat sungguh! Gerutu Puan Aini di dalam hati.
“Bukan mamalah. Kalau nak tengok Lys naik hantu, cubalah suruh mama kahwin. Along yang nak kahwin sebenarnya,” jawab Puan Aini selepas ketawanya reda.
“Mama tak jawab lagi soalan Lys. Along nak kahwin dengan siapa? Orang mana?” Arlyssa mengulang soal.
“Dengan Hasnida, cinta terhalangnya dulu.”
“Hasnida? Kak Nida? Tapi bukan ke Kak Nida dah kahwin dulu? Sebab tu kan dia putus dengan along,” Arlyssa pelik. Dulu, Hasnida yang minta putus dengan alongnya sebab dia telah dijodohkan dengan pilihan keluarga. Tapi sekarang, macam ada yang tak kena.
“Itu memang betul tapi, entahlah. Mama tak sempat nak sembang panjang dengan along tadi. Cuma itu sahaja yang dia bagi tahu,”
“Hmm... Macam kena siasat je ni,” Arlyssa mengusap dagu, lagak seperti sedang terfikirkan sebuah rancangan.
“Eh, dah tak payah nak jadi James Bond pulak. Cukuplah jadi pengurus besar kat pejabat tu. Ma, dah siap ke? Jomlah,” suara Harith mematikan angan Arlyssa. Bukan boleh dibiarkan sangat makcik sorang ni.
“Alah, sibuklah dia ni. Orang baru nak berangan-angan,” protes Arlyssa sambil tayang muncung panjang sedepa.
“Dah, dah. Tak payah nak gaduh-gaduh. Jom,” pantas Puan Aini meleraikan ketegangan antara anak menantunya. Hisy, macam budak-budak.
Harith memandu ke destinasi yang ingin dituju. Usai memakir kereta, mereka berjalan ke arah deretan meja makan.
“Mak aih, ramainya orang.” Rungut Arlyssa.
“Hari jumaat, memanglah ramai orang.” Balas Harith.
Nasib mereka baik, ada sebuah meja yang baru ditinggal pergi oleh sebuah keluarga. Lantas mereka menarik kerusi di meja itu walaupun pinggan dan gelas yang pelanggan tadi gunakan masih tak diambil oleh pelayan. Seketika kemudian, barulah datang seorang pelayan dan terus membersihkan meja itu. Pesanan juga diambil terus.
“Awak, kita pergi pantai nanti boleh tak?” Arlyssa mengusulkan cadangan.
“Pantai mana?”
“Pantai airport,” Arlyssa mengerdipkan mata, tengah beli jiwa suami tu. Hahaha..
“Okey,”
Makanan yang dipesan sampai ke meja mereka. Usai membayar harga makanan, mereka mula bergerak ke pantai, seperti mana permintaan Arlyssa tadi. Puan Aini hanya memandang teletah anak bongsunya bermain dengan ombak.
“Ma, tak nak join ke?” Harith bertanya.
Puan Aini menggelengkan kepala. “Lys kalau dah jumpa pantai macam tulah dia. Sebenarnya semasa mama mengandungkan dia dulu, mama suka sangat ke pantai. Tak sangka pulak menurun kat Lys sampai ke besar,” Puan Aini membuka cerita lama.
“Oh. Patutlah masa pertama kali saya bawak dia ke pantai, sampai tak nak balik. Macam dah melepas gian pun ada,” cerita Harith.
“Kat sana susah nak jumpa pantai. Paling dekat pun kat PD tapi pantai sana tak sama dengan pantai kat sini.” Betul cakap Puan Aini tu. Lain tempat lain muka buminya.
“Awak!” Panggilan Arlyssa mematikan perbualan antara mereka.
Harith mendekati Arlyssa. “Kenapa?”
“Ambil gambar nak?”
“Orang ramailah,” Harith segan.
“Alah, sekali-sekala. Bukannya selalu,”
“Siapa yang pegang kamera?”
“Tak payah, kita buat macam ni,” Arlyssa tarik rapat tubuh Harith. Dia paksa tangan Harith memeluk pinggangnya dari belakang dan telefon bimbit dibawa sedikit ke atas. Klik!
Owesome!”
Harith pandang ke arah Puan Aini. Ada seorang lelaki yang berbual dengan Puan Aini. Dia mengerutkan dahi. Macam kenal tapi... Dia tarik tangan Arlyssa yang masih sibuk menilik gambar yang diambil tadi.
“Siapa tu?” Arlyssa pandang ke arah Puan Aini. Riak mukanya berubah. Najwan! Bala apa pulak ni?!
“Jom,” Harith menarik tangan Arlyssa selepas lama Arlyssa diam membisu.
“Ehem,” Harith berdehem, mahu menyedarkan Puan Aini yang sedang rancak berborak.
“Eh, Harith. Ni mama kenalkan, Najwan. Kawan seuniversiti Lys. Eh, Lys tak kenal ke Najwan?” Puan Aini ramah memperkenalkan. Walaupun antara Najwan dan Arlyssa ada sejarah hitam, tapi takkan selamanya mereka nak bermasam muka. Mungkin Najwan sudah berubah. Peristiwa tu dah 6 tahun berlalu. Puan Aini bersangka baik di dalam hati.
Harith dan Najwan berbalas salam. Najwan perasankan riak muka Arlyssa yang sudah berubah warna. Pucat!
“Tak apalah aunty, saya minta diri dulu.” Pinta Najwan, berlagak baik di depan Puan Aini. Sepasang mata itu sempat menikam tajam pandangan Arlyssa tapi Arlyssa sempat melarikan pandangan mata ke arah lain.
“Okey,” Puan Aini menghantar kelibat Najwan dengan pandangan mata.
Sebelum senja melabuhkan tirai, mereka berlalu dari kawasan pantai. Orang dulu-dulu cakap, tak elok duduk di tepi pantai waktu senja. Nanti ada sesuatu yang menumpang balik. Entah betul entahkan tidak, wallah hualam.

SEPANJANG di meja makan Harith membisu. Dia hanya makan sedikit sebelum berlalu ke bilik. Arlyssa pun pelik.
“Kenapa tu?” soal Puan Aini.
“Entahlah, ma.” Balas Arlyssa lemah.
Usai mencuci pinggan di dalam singki, Arlyssa meminta diri untuk ke bilik. Biasanya malam-malam minggu macam ni dia akan menonton TV selepas makan malam tapi malam ni semacam tiada mood. Tambah Harith membisu begitu.
Arlyssa duduk di birai katil. Batang tubuh Harith yang sedang termenung di tingkap dia pandang. Kenapa pulak tu? Mesti pasal Najwan petang tadi. Duga hati Arlyssa.
“Awak,” panggil Arlyssa, lembut. Namun tiada reaksi. Harith mengeraskan diri.
Arlyssa capai Iphone 4S miliknya dan dihulurkan kepada Harith. Harith pandang pelik. Arlyssa sebenarnya mahu Harith tahu kebenarannya.
“Buka dan baca mesej dari Najwan,” suruh Arlyssa.
Lambat-lambat Harith menyambut huluran Arlyssa. Usai membaca semua mesej tersebut, dia memandang Arlyssa kembali. Keningnya terjongket menghantar pertanyaan. Arlyssa tarik tangan Harith supaya mereka duduk di atas katil, boleh berbincang secara tenang.
“Sebenarnya dia masih lagi mengejar saya. Saya tak tahu apa yang dia mahukan lagi dari saya. Minggu lepas dia ajak saya jumpa dia tapi saya tak pergi. Saya keluar dengan awak hari tu. Selepas dari hari tu, tak putus-putus dia hantar SMS kepada saya. Dia buat saya naik rimas!” Terang Arlyssa.
“Rimas ke suka?” Perli bercampur sindiran si Harith ni.
“Kalau saya suka, baik saya layan aje. SMS dia tak ada satu pun saya balas. Saya biarkan macam tu aje. Dan kalau saya suka, tak adanya saya sibuk nak berterus-terang kat awak macam sekarang ni. Huh!” Arlyssa mendengus. Dia tak suka kalau niat baiknya disalah erti.
“Okey, saya percaya. Isteri saya tak akan buat kerja bodoh macam tu.” Harith tarik bibir, mengukir senyum. “Tapi siapa sebenarnya Najwan tu? Nampak macam berbahaya!”
“Eh, bukan saya dah cerita ke dulu?”
“Bila? Masa kat rumah mama? Sikit je awak cerita, tak sepenuhnya.”
“Okey, okey. Saya cerita.” Arlyssa membuka kembali kisah perkenalan dia dengan Najwan. Dari universiti hinggalah sekarang. Paling penting, siapa sebenarnya Najwan itu.
So, apa perasaan awak sekarang untuk dia?” Mereka sudah sama-sama berbaring di atas katil.
“Perasaan apa? Cinta? Sayang? No! Tak pernah dan tak akan!” Tegas Arlyssa menjawab.
“Habis tu, saya ni?” Harith memasang perangkap.
“Err..” Arlyssa kematian kata.
“Hah, kenapa? Dah tak ada mulut ke?” Usik Harith.
“Uh, malaslah nak jawab!” Arlyssa pusing tubuh menghadap dinding.
“Eh, Puan Arlyssa merajuk ke?” Harith cuit pinggang Arlyssa.
“Hmm...”
“Kalau awak sayang, cakap sayang. Kalau cinta, cakap cinta. Tidak saya ternanti-nanti,” Harith berkias bagai. Heh! Encik peguam sudah bertukar menjadi doktor chenta!
“Jom tidur!” Tiba-tiba Harith berbisik.
“Awalnya!” Baru pukul 9.30 la. Sambung Arlyssa di dalam hati.
“Eh, dia ada mulut la.”
“Awak nak apa ni?” Arlyssa dah malas melayan. Harith tu ada aje akal nak kenakan dia.
“Bukan awak tapi abang. Kan sedap bunyinya tu,” tegur Harith.
Erk! Abang pulak! Geli tekak pulak nak sebut.
“Kenapa abang pulak? Awak bukan abang saya.”
“Awak ni, ada aje yang nak dijawab. Asal saya suruh tu ikut aje tak boleh ke. Suka betul menjawab.” Protes Harith. Rasa macam nak cium aje bibir makcik ni.
“Tapi betullah. Kenapa abang? Awak bukan abang saya tapi suami saya.”
“Panggilan tu kan tanda hormat. Jadi biarlah elok didengar. Awak-awak tu macam panggilan untuk kawan-kawan pulak,” jelas Harith.
Arlyssa berfikir.
“Okey tapi saya tak naklah pangil abang. Macam orang dolu-dolu,”
“Habis tu?”
“Hmm.. Macam ni. Awak panggil saya Da singkatan daripada darling. Lagi pun nama saya ada Da jugak dalam Waheeda. Saya panggil awak... Hmm.. Nak panggil apa ek?” Isy, fikir nama panggilan pun susah.
“Abang!”
“Tak naklah! Tadikan dah cakap. Ha, saya panggil awak Hubby, singkatan dari husband. Amacam?”
“Macam orang putihlah.” Menunjuk rasa tak setuju.
“Alaa... Bolehlah. Hanya saya aje panggil awak ops.. Hubby macam tu. Please, please.” Arlyssa memujuk rayu.
“Yalah, yalah makcik.” Harith tarik pipi Arlyssa.
“Eh makcik apa pulak ni? Da okey!” Marah Arlyssa sambil gosok pipinya.
“Yalah, yalah Da sayang. Intan payung. Dah, dah. Jom tidur.”
“Eh, siapa pulak nak tidur ni?” Badan Arlyssa menegak, bangun dari pembaringan. “Da nak tengok movie kat You Tube. Hubby nak join sekali pun boleh.” Pelawa Arlyssa. Tapi dia tahu, Harith tak layan filem-filem kat Internet. Dia lagi suka tidur.
“Isy, ada-ada saja aw.. Err.. Da ni. Malaslah, sa.. Eh, Hubby tidur dulu.” Agak kekok dia menggunakan ganti nama baru ini. Isy, mahu tergeliat lidah nak menyebut.
“Okey,” Arlyssa sudah siap-sedia di hadapan komputer ribanya. Menanti sambungan Internet.

9 ulasan:

  1. hehehehe panggilan dah berubah ya.........malu-malu pula Harith nak bergambar...tapi cemburu tak boleh tahan

    alongnani

    BalasPadam
  2. #alongnanni
    > eh, dah boleh komen ye.. hehehe...
    haah, panggilan dah berubah.. tapi si najwan tu ada balik.. haih..
    sabo je la Lys...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la...tak sangka boleh pulak komen ni masuk...hehehe

      si najwan ni memang masalah betul...sbb ada si najwan ni la cerita ni lagi menarik.....baru ada suspen2 sikit :))

      Padam
    2. Hehehe... Yup.. Klau xde najwan, cerita mendatar je.... X syok le nk bca...;)

      Padam
  3. Ada lagi si Najwan ni....
    Dah start panggil panggilan manja pula... hehehe #^_^

    BalasPadam
  4. Hehehe... Najwan mesti ade... Perencah cerita ni..

    BalasPadam
  5. cewahhh...D dan Hubby ye... sweet la

    BalasPadam
  6. sje nk bg idea ckt ttg pglan manje.,tok d mse2 akn dtg bley try B = mean sgkatan baby (pmpn) n D = sgkatan dear (laki),slain ayang, anje.. :D

    centanoree

    BalasPadam