Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Rabu, 31 Oktober 2012

NOVEL KAU YANG KUSAYANG MENEMUI ANDA!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.....

Pertama sekali, berjuta kesyukuran saya panjatkan kepada yang maha esa. Akhirnya novel kedua saya menjengah pasaran. Bermula bulan depan, anda semua boleh dapatkan novel KYKS di pasaran. Nak beli dengan saya pun boleh tapi PM saya kat FB saya ye.(tengok kat sebelah kanan blog ni..)

**lepas ni bolehlah peluk Aril+Fiza puas-puas.. hehehehe

SINOPSIS


Aril dan Syafiza. pertemuan pertama mereka sungguh haru-biru. Boleh pulak mereka buat kecoh tengah-tengah orang ramai disebuah pasar raya.

“Oi! Buta ke?”
“Err… maaf, encik. Saya tak perasan encik ada kat depan tadi.”
“Tak perasan? Mata awak letak kat mana? Kat lutut?”
“Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!”
“Apa? Apa kau cakap?”
“Eh, saya cakap apa? Saya tak ada cakap apa-apa pun,”
Namun, kalau sudah dikatakan jodoh, maka lari ke mana pun, memang akan bertemu jua. Mereka bersatu kerana;

>Cellicia, si bakal pengantin tanpa rela Aril melarikan diri disaat-saat akhir..
>Syafiza pulak terpaksa menerima pinangan ekspres Datin Sharida, mama Aril jika mahu abahnya menerima pinangan dari kekasih adiknya selepas tempoh sebulan yang diberi kepada Syafiza supaya mencari calon suami berakhir...

Maka bermulalah hidup mereka yang tak berapa nak elok tu. Sekejap okey, sekejap KO.. Tak sampai sebulan diijab kabul, Syafiza dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta. Dunia dirasakan gelap seketika. Nasib baik dia punya Aril sebagai penyokong kuat di belakangnya. Lalu bermulah yang OK-OK tanpa KO-KO.

Kebahagiaan yang dikecapi rupanya bukan untuk selamanya. Benar seperti yang selalu dikatakan orang, orang akan iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Hubungan yang masih lagi baru dan dalam proses mengenali hati masing-masing, diganggu insan yang punya hati yang sangat busuk! Kemunculan Cellicia dengan azam mahu memporak-perandakan hidup Syazril dan Syafiza benar-benar mengacau-bilaukan keadaan. Sayang yang baru bermula, akan patahkah sebelum tumbuh suburnya ia?






13 ulasan:

  1. bln depan...meaning bln 11 la yew?

    BalasPadam
  2. yup.. esok dah masuk bulan depan.. hehehe

    BalasPadam
  3. akak... hrga btul dye bg smenanjung rm22 ekk lau dgn syrkt fp..???

    BalasPadam
  4. Yup.. kalau beli dgn FP, rm22...
    klau beli dgn sy, rm26 semenanjung.. rm29 sabah n swak...
    hrga sy termasuk poslaju+autoghraph+gift....

    BalasPadam
  5. kalu nak beli dgn akak kene buat mcm mane...?

    BalasPadam
  6. pm saya kat facebook ye.. kat sebelah kanan ni ada account facebook sy...:)

    BalasPadam
  7. saya nak beli novel kau yang kusayang dan kalau sudah sayang kat akaka , boleh?

    BalasPadam
  8. boleh je.. pm kat facebook sy ye..:)

    BalasPadam
  9. berapa yea semuanya (novel kau yang kusayang dan kalau sudah sayang?

    BalasPadam
  10. kau yang kusayang; rm22
    kalau sudah sayang; rm19

    belum masuk pos.. nak pos ke mana ni?

    BalasPadam
  11. pos ke selangor. total RM 47 ke termasuk poslaju?

    BalasPadam
  12. rm45 inc poslaju ke selangor.. ada less skit..
    awak pm sy kat FB ye, senang sy nak bg no acc...:)

    BalasPadam
  13. owh,tp saya fikirkan dulu, bleh?, kalau saya nak saya pm kat fb awak.

    BalasPadam