Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 1 Oktober 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB 29


**ehem3.. bab yg paling ditunggu2.. selamat membaca.. moga terhibur...:D

TRIP hari kedua di Pulau Langkawi amat-amat memenatkan Arlyssa. Pada sebelah pagi mereka mengikuti trip menjelajah ke pulau-pulau sekitar tanah Mahsuri itu dengan bot laju yang disewa. Semuanya diatur oleh Harith. Daripada jeti, mereka dibawa ke Gua Kelawar. Di sana, Arlyssa dan Harith sempat menjelajah sekitar gua dan tangan Harith ligat duk snap gambar yang dirasakan menarik. Nikon D90 sentiasa disangkut di leher.
Selepas menjelajah Gua Kelawar. Mereka dibawa oleh Abang Ajim, pemandu bot yang juga bertindak sebagai pemandu pelancong ke petak-petak sangkar yang menempatkan hidupan laut yang unik. Di sana, mereka diterangkan tentang spesies-spesies hiduan laut yang sangat unik dan jarang dijumpai.
“Nak pegang kak?” tanya budak lelaki yang dari tadi menerangkan semua spesies hidupan laut di situ.
Seekor belangkas di tangan dia hulur kepada Arlyssa. Arlyssa sudah ketakutan. Tekstur badan belangkas yang sedikit berduri disekelilingnya buat Arlyssa gerun. Spontan dia menarik baju Harith, berharap agar dapat bersembunyi di sebalik tubuh Harith. Tapi Harith pulak tarik tangan Arlyssa.
“Dia tak akan gigit awak. Dia okey je la,”
“Tak nak!” Arlyssa tak sudah-sudah menggelengkan kepala. Mukanya sudah menunjukkan reaksi gelabah. Pucat.
Harith ambil belangkas di tangan budak lelaki tu dan hulurkan kepada Arlyssa. “Ha, tengok. Okey je saya pegang. Mehlah, pegang dia.” Harith tak sudah-sudah memujuk Arlyssa.
“Eii! Tak naklah.” Arlyssa buat muka geli tanda memang tak suka dan tak nak pegang binatang alah kat tangan Harith tu.
“Mehlah pegang, saya nak ambik gambar ni. Dia tak akan apa-apakan awak. Serius, percayalah.” Pujuk Harith lagi sambil capai tangan kiri Arlyssa.
Selepas dipujuk berkali-kali akhirnya Arlyssa hulurkan juga tangannya dan Harith terus letak belangkas di atas telapak tangan isterinya. Dan tanpa membuang masa, dia terus menangkap gambar-gambar Arlyssa bersama belangkas. Sempat jugak dia menangkap gambar candid wajah Arlyssa yang menunjukkan riak sangat-sangat pelik itu. Walau dalam hati mahu ketawa tapi dia tahankan. Kalau ketawa depan-depan nanti ada jugak yang benjol dahi ni.
Kemudian, mereka dibawa menjelajah ke tempat yang boleh tengok banyak burung helang berterbangan di udara dan akan turun menyambar makanan yang muncul dipermukaan air. Sepanjang berada di atas bot, tangan Arlyssa tak lepas-lepas memegang tangan Harith dan sebelah tangan lagi selamba memeluk Arlyss dari belakang. Tanda dia takut. Alah, Arlyssakan memang penakut. Takutkan air. Hujan renyai-renyai dia takut. Tapi yang peliknya, main ombak okey pulak. Tak pernah takut pun. Siap boleh gelak-gelak lagi. Abang Ajim hanya senyum melihat telatah mereka. Maklumlah, pasangan yang sedang honeymoonlah katakan.
“Awak, cepatlah snap gambar!” Suara girang Arlyssa mematikan lamunan pendek Harith. Lantas, kamera di leher dia angkat sedikit untuk menangkap gambar burung-burung helang yang sedang ligat menyambar kulit ayam yang ditabur oleh Abang Ajim.
Wajah Arlyssa juga menjadi mangsa kamera Harith. Wajah teruja itu bawa damai di hatinya. Selepas hampir setengah jam mereka di situ, Abang Ajim membawa mereka ke sebuah kawasan yang mana ikan di situ akan makan roti yang dilempar oleh para pelancong. Mereka panggil ‘ikan roti’. Sekali lagi mata Arlyssa bersinar. Dia terasa teruja dan takjub dengan pemandangan di hadapan mata. Tidak pernah lagi dia melihat pemandangan seperti itu. Kalau peluk koala tu dah jemu pulak rasa sebab bertahun-tahun dia tinggal kat Australia dulu atas tiket belajar.
Dan Harith sekali lagi rancak mengambil gambar. Setelah puas melayan ikan-ikan tersebut makan, mereka dibawa ke sebuah pulau.
“Sekarang kita sudah memasuki Laut Andaman dan telah keluar dari perairan Malaysia. Sekarang ni kita telah memasuki perairan Thailand dan pulau ni jugak milik Thailand. Abang akan tinggalkan korang kat sini, sejam lagi abang datang balik. Ikut koranglah nak mandi ka apa ka, tapi yang pasti sejam lagi abang datang. Toksah risau, abang ada kat bawah pohon tu ja,” terang Abang Ajim yang sesekali terdengar loghat Kedah keluar dari bibirnya.
“Okey,” sahut Harith sambil menarik beg sandang yang dibawa tadi. Dalam tu dah ada baju spare untuk mereka mandi nanti.
Harith melompat turun. Lelaki, memanglah senang bab-bab turun tu. Dia letakkan beg sandang dan kamera di tepi pantai, tempat yang sedikit jauh dari ombak. Tinggal Arlyssa je yang tercengang atas bot. Hoi, agak-agaklah kalau nak tinggalkan aku kat dalam bot ni! Arlyssa bersuara geram di dalam hati.
“Lys, jom.” Harith hulur tangan kanannya, sudah bersedia menyambut si isteri.
Lambat-lambat Arlyssa sambut huluran Harith. Eleh, buat malu-malu pulak. Tadi tak malu pun pegang tangan Harith masa kat atas  bot. Harith peluk pun kau tak marah. Kat mulut je cakap tak nak, sedangkan dalam hati? Apalah kau ni Lys! Satu suara memberi komen di dalam hatinya. Sengaja nak buat Arlyssa bengang. Shut up! Satu suara lagi menyambut. Pertelingkahan di dalam hati sendiri buat Arlyssa rasa panas.
Sedang elok Harith menarik Arlyssa supaya dapat turun dari bot dengan selamat, entah kenapa, Arlyssa tiba-tiba hilang imbangan. Harith cuak. Lalu, laju tangannya menyambut tubuh Arlyssa dari terus jatuh ke dalam air laut. Hisy, kalau jatuh tak ke naya! Dan Arlyssa selamat jatuh ke dalam dakapan Harith. Mata mereka beradu. Aduh! Saja buat aku makin jatuh chenta ke apa ni. Gumam Harith di dalam hati. Dia senyum manis.
“Ehem,” Abang Ajim mendehem. “Nanti selepas sejam abang datang na,” Abang Ajim nampak drama swasta sebabak tadi tapi saja je buat-buat tak nampak. Biaq pi la dengan depa tu. Yang penting depa dah halal. Abang Ajim menghidupkan enjin bot dan berlalu ke bawah pohon yang dia cakapkan tadi tu.
Err... Abang Ajim nampak ke? Aduh! Malu dowh! Gumam Arlyssa. Harith melepaskan perlahan tubuh Arlyssa dari cempungannya. Wajah itu biasa saja. Macam tak ada apa-apa yang berlaku sedangkan muka Arlyssa dah rasa berbahang semacam je.
Harith melilau ke seluruh pulau. Dia mencari tempat yang boleh mereka berlindung sedikit sebab nak salin baju. Akhirnya Harith ternampak bongkah batu yang agak besar. Situ jelah yang boleh jadi tempat berlindung sementara waktu.
Sejam berlalu dan Abang Ajim muncul kembali, membawa mereka kembali ke tempat mereka mula naik bot tadi. Sepanjang tempoh sejam yang Abang Ajim berikan, tiada sepatah perbualan pun antara mereka. Cuma isyarat gerak laku sahaja yang menjadi medan komunikasi antara mereka. Dan kat dalam bot pun sama. Jika tadi Arlyssa tak lepaskan pegangan tangan Harith tapi kini Arlyssa buat-buat berani. Tangan Harith pun dia tak pegang dan kedudukan mereka ada jarak sedikit.
Tiba-tiba, alunan air laut yang terbentuk daripada laluan bot lain telah membadai bot. Arlyssa terperanjat dan tersentak.
“Mak!” Jerit Arlyssa perlahan. Spontan dia paut lengan Harith. Hilang terus rasa malu ke apa ke. Yang penting dia tengah takut sekarang ni. Harith senyum. Keras-keras makcik ni akhirnya mengalah jugak.
Sepanjang perjalanan balik, Abang Ajim terus lancar bercerita tentang setiap pemandangan yang mereka lalui.  Ada Klim Geopark, ada bukit batu yang membentuk rupa gorilla dan macam-macam lagi. Walau sebelah tangan Harith sudah dikunci oleh pautan tangan Arlyssa yang kemas, sebelah tangan lagi ligat menangkap gambar tempat-tempat sekitar yang sangat cantik.
Sampai di jeti, mereka masih membisu dan Arlyssa kembali mengeraskan hati. Dan Harith jugak malas nak tanya apa-apa. Tanpa bertanya dengan Arlyssa terlebih dahulu, Harith mendadak berhenti di sebelah sebuah bangunan. Arlyssa baca signboard kedai. IDAMAN SURI.
“Nak buat apa kat sini?” Tanpa nada Arlyssa menyoal. Akhirnya, keluar juga suara dari ulas bibir itu.
“Mandi kut!” Arlyssa kerut dahi dengan jawapan Harith. “Dah nampak kita berhenti kat sini, maknanya nak shoppinglah.” Harith keluar dari perut kereta. Nak tak nak Arlyssa ikut jugak langkah Harith.
“Nak beli apa?” Gumam Arlyssa perlahan tapi masih didengari oleh Harith.
“Belilah untuk mama ke, kat kawan awak ke. Orang perempuan kan suka dengan benda-benda macam ni,” jawab Harith sambil tangan memegang cawan yang dijadikan display. Dia pandang tanda harga. RM 339. Mak oi! Mahalnya. Dia letak balik cawan itu. Dengan harga set ni, macam benda boleh beli.
“Tu perempuan lain, bukan saya.” Balas Arlyssa mendatar. Serius, dia memang tak suka beli benda-benda alah macam ni. Tak suka dan tak pandai! Selalunya Puan Aini yang beli sendiri. Dia cuma tau guna aje.
“Hmm.. Macam yang saya cakap tadi. Kalau bukan untuk awak, mungkin untuk dihadiahkan kepada mama atau kawan karib awak.” Harith pandang sekeliling ruang dalam bangunan itu. Tangan dia seluk ke dalam poket seluar. Wah! Luas giler. Kalau aku perempuan, dah tak menang tangan aku capai itu ini. Desis Harith.
Macam orang kebingungan Arlyssa melangkah sebab tak tahu nak beli apa. Dan untuk siapa. Hmm... Mama, along, bibik, kak Ina. Mungkin untuk mama je kot sebab yang lain-lain tu manalah guna pinggan mangkuk ni. Kak Ina bukannya ada kat sini. Nun jauh kat Dubai. Entah bila nak balik pun dia tak tahu. Siapa lagi ni? Keluarga belah Harith? Mak Harith? Erk! Hubungan dia dengan mak Harith bukannya elok. Haih. Spontan bibir Arlyssa mengeluh.
 “Kenapa?” Tanya Harith spontan.
“Hmm..” Hanya itu yang keluar dari mulut Arlyssa. Dia pura-pura membetulkan tali beg tangan di bahu.
“Yang ni pun okey jugak,” suara Harith menampan telinga Arlyssa. Dia pandang arah Harith. Set cawan dan teko. Macam cantik jugak. Bisik hati Arlyssa.
Akhirnya Arlyssa memborong beberapa set cawan untuk dihadiahkan kepada mama, Linda dan untuk hiasan rumah sendiri. Dan untuk mak Harith jugak. Tak apalah, nanti-nanti dia suruh Harith bagi kat mak dia. Walaupun dia tak diterima dalam keluarga tu. Tapi Harith masih mempunyai pertalian anak dan emak.
Selepas ke situ, mereka kembali ke hotel. Sepanjang petang hingga ke malam, mereka terperap di dalam bilik hotel saja. Keesokkannya mereka keluar lagi. Menaiki kereta cable di Gunung Mat Cincang, membeli belah di Beras Terbakar, ke Underwater World dan ke kedai Haji Ismai Group. Bersebelahan dengan Underwater World ada pusat jualan barangan berjenama bebas cukai. Dan sekali lagi Arlyssa membeli-belah di sana. Semasa di kedai Haji Ismail Group, dia memborong coklat. Banyak jugak yang di borong dan yang paling penting coklat Daim wajib dibeli. Ibarat signnature, tanda mereka ke pulau lagenda ini.
Mereka kembali ke hotel saat jam hampir menginjak ke pukul 5.00 petang. Dari pagi berjalan sampai tak hingat! Masuk saja ke dalam bilik hotel, Harith terus menuju ke bilik air. Nak berwuduk dan solat jamak. Manakala Arlyssa sempat lagi baring atas katil. Melepaskan lenguh kaki.
Usai solat, Harith mengunjukkan beg kertas ke arahnya. Arlyssa yang ligat melipat telekung, memandang pelik wajah Harith. Apa pulak ni? Kening Arlyssa terjongket menghantar pertanyaan. Harith datang kepada Arlyssa. Wajah dia rapatkan ke tepi telinga Arlyssa.
“Malam ni pakai ya, kita dinner bersama.” Bisik Harith, betul-betul di tepi telinga Arlyssa. Dan spontan bibirnya menjamah pipi gebu itu.
Arlyssa senyap tak berreaksi. Dia pegun di situ. Manakala Harith hanya senyum. Dia punya perancangan yang indah malam ni. Harap-harap sangat indah dan janganlah Arlyssa spoilkan semua ni.
Malam pun menjelma. Usai solat isyak, Arlyssa terus masuk ke dalam bilik air bersama dengan beg kertas pemberian Harith. Isi dalamnya masih dia tak tahu. Hati sedang berdebar-debar kerana tingkah Harith amat pelik di tubir matanya. Setelah beberapa ketika merenung muka sendiri di cermin besar bilik air, matanya tertancap pada beg kertas yang diam di tepi sinki.
Lalu, tangan kanan diseluk ke dalam beg kertas. Sehelai gaun labuh terdampar di hadapan mata. Cantik! Pujinya sepatah. Kerana terpesona dengan kecantikkan gaun malam itu, Arlyssa terus menyarung ke tubuh. Muat. Gaun rona biru gelap itu melekap elok di tubuh Arlyssa. Bukaan leher yang luas berbentuk V yang menampakkan lurah dada dan tanpa lengan membuatkan Arlyssa sangat seksi!
“Tapi dia nak bawa aku pergi mana? Kan dia tak suka aku pakai baju macam ni.” Kata Arlyssa perlahan. Dia ingat lagi, awal-awal dulu Harith menyuruh dia ubah penampilan. Dari berpakaian tak cukup kain, Arlyssa menutup aurat dan bertudung.
Tiba-tiba pintu bilik air diketuk dari luar. Arlyssa kaget. Hatinya berdebar-debar. Terasa mahu menanggalkan kembali baju yang sedang melekap di tubuh tika itu.
“Lys, tak siap lagi ke?” soal Harith. Arlyssa diam. Tak tahu nak balas apa.
“Lys.” Panggil Harith lagi.
“Hmm..” Akhirnya Arlyssa menyahut perlahan.
Nak keluar jugak ke? Arlyssa tak tahu nak buat apa. Lalu, dia menarik nafas dan hembus perlahan, mencari kekuatan diri. Sepit rambut yang berada di atas kepala dia cabut dan terserlah rambut blond semula jadinya. Tambah cantik!
Dengan kekuatan yang tak berapa nak banyak, tangannya menarik selak pintu bilik air. Dia menapak perlahan masuk ke dalam ruang bilik hotel. Bunyi alunan muzik perlahan dari pemain DVD membuai perasaan. Dia lihat Harith seperti sedang termenung di balkoni bilik. Lantas dia berlalu ke arah Harith. Suaminya sedang asyik memandang pekat langit malam yang kosong, tiada bulan, tiada bintang.
“Ehem,” Arlyssa berdehem perlahan setelah agak lama memandang belakang si suami.
Harith memusingkan tubuh. Dia terperanjat. Matanya tajam merenung bidadari di hadapan mata. Dia menelan liur. Arlyssa sangat-sangat cantik malam tu. Dengan gaun itu, dengan rambut beralun yang sengaja dilepas bebas. Tersangat cantik! Arlyssa sudah gelisah kerana pandangan mata Harith seperti nak makan orang. Arlyssa terpukau melihat pakaian yang tersarung di tubuh Harith. Kemeja rona yang sama dengan gaun Arlyssa dan slack hitam. Handsome!
You look so gorgeous!” Puji Harith spontan.
Makin buat Arlyssa gelabah. Dia merapati Arlyssa. Kedua-dua belah lengan Arlyssa yang terdedah dia usap perlahan. Arlyssa hanya merelakan. Tangan Arlyssa dia bawa ke bibir. Dicium lama. Tiba-tiba...
Ding dong!
Bunyi loceng mengejutkan mereka. Kerana terkejut, terhinjut sedikit bahu Arlyssa. Mata mereka berpadu sedikit. Harith senyum. Tangan Arlyssa dia lepaskan perlahan. Kaki menapak ke pintu bilik. Pintu dia buka perlahan sebelum muncul seorang pekerja hotel menolak masuk troli berisi makanan.
Arlyssa terkaku. Dia tak sangka begitu sekali layanan Harith malam tu. Meja makan yang ada di dalam bilik itu telah dihias cantik. Siap dengan sejambak bunga lagi dan lilin. Usai memberikan tips, pekerja hotel itu pun berlalu.
Shall we?” Pelawa Harith. Tangan Arlyssa dia tarik sedikit selepas dia melihat Arlyssa tak bergerak walau seinci.
Dia dudukkan Arlyssa dan berlalu ke kerusinya. Mereka sedang duduk secara berhadapan. Arlyssa masih macam orang bingung. Yalah, siapa tak terkejut dengan kejutan demi kejutan dari Harith.
“Err.. Kenapa? Awak tak suka ke?” Harith tanya sebab muka di hadapnnya itu langsung tak tunjuk apa-apa reaksi. Beku. Spoil!
“Kalau awak tak suka, saya panggil pekerja hotel. Suruh dia orang bawak turun semua ni,” perlahan suara Harith. Yalah, orang tak suka. Buat apa lagi nak teruskan semua ni. Harith sedikit berjauh hati.
Sedang Harith mahu mendapatkan telefon, tangannya tiba-tiba disambar. Arlyssa menghantar senyuman. Dia menggelengkan kepala.
“Kenapa awak nak hancurkan malam yang indah ni? Susah-susah awak aturkan agenda malam ni, takkan nak batalkan macam tu je?” Tutur Arlyssa perlahan.
So awak suka ke?” Harith duduk kembali.
Arlyssa angguk kepala. Harith ukir senyum, suka!
“Awak tahu tak hari ni hari apa?”
“Hari? Selasa. Kenapa?” Tulus Arlyssa menjawab.
“Bukan tu maksud saya. Hmm.. Takkan awak tak ingat langsung hari ni hari apa? Cuba ingat balik.” Suruh Harith.
“Hari jadi awak ke? Sorry, saya tak tahu pulak hari ni hari jadi awak.” Macam mana nak tahu, Harithkan suami yang tak disukai. Kahwin pun kerana tangkap basah.
“Bukanlah. Haih,” Harith mengeluh. Arlyssa memang betul-betul lupakan tarikh penting ini. Dia sedikit kecewa.
“Habis tu? Hari jadi saya dah lama lepas. So?”
“Hari ni ulang tahun perkahwinan kita,” ujar Harith berterus-terang.
Arlyssa terkejut lagi. “Oh, sorry. Saya lupa,” balasnya perlahan. Sungguh, dia langsung tak ingat dengan tarikh ini. Lagi pun peristiwa tu dah enam tahun berlalu.
“Tak apa,” dia tak salahkan Arlyssa. Benda dah lama berlalu. “Jom, makan.” Ajak Harith, cuba menceriakan suasana. Dia tak nak merosakkan malam yang sungguh indah ini. Malam yang mana dia dan Arlyssa duduk makan semeja, dalam persalinan yang sangat menawan kalbu. Ah!
Usai makan, Harith tarik tangan Arlyssa, memaksa isterinya bangun. Wajah putih bersih itu dia pandang lama. Hujung jari Arlyssa dia angkat sedikit dan sebelah tangan lagi menyeluk poket seluar. Kotak kecil bersegi empat bertanda Habib Jewels dia keluarkan dari poket.
Will you be my wife forever?” Kotak kecil itu dia buka di hadapan Arlyssa.
Arlyssa terkesima. Dia speechless! Bersinar matanya memandang cincin emas bertatah batu permata itu. Mesti mahal! Dia angguk akhirnya. Dan Harith senyum sampai ke telinga. Suka sangat dia!
Cincin disarung ke jari Arlyssa sebelum dikucup jemari itu. “Jangan tanggalkan cincin ni,” pesan Harith. Dan tubuh kecil itu dia peluk erat. Arlyssa membalas pelukan si suami. Nyaman!
“Tapi saya tak ada hadiah untuk awak,” bisik Arlyssa. Terasa bersalah pulak sebab Harith sudah bersungguh untuk hari ini. Agak lama mereka begitu.
“Hmm... Tapi saya nak jugak hadiah malam ni. Bukan benda, tapi....” Meleret suara Harith.
“Tapi?” Arlyssa renggangkan sedikit pelukan. Wajah Harith dia pandang dengan dahi berlapis.
Be mine tonight!” Bisik Harith di tepi telinga Arlyssa.
Muka Arlyssa semerta merah padam. Wajahnya terasa kebas kerana permintaan Harith. Kalau dia nak menyorok dalam selimut boleh tak? Cadangan luar alam terbit di kepala.
“Okey,” bisik Arlyssa perlahan.
“Betul ni? Saya tak paksa,” Harith memang tak percaya. Arlyssa anggukkan kepala.
“Berdosa besar jika seorang isteri menolak kemahuan suaminya dan akan dilaknat malaikat sepanjang malam. Jadi, saya tak nak terus berdosa,” tutur Arlyssa perlahan. Sungguh! Dia pernah terbaca di Internet seminggu yang lepas. Asalnya nak mencari perkara lain tapi info lain pula yang dia jumpa.
“Alhamdulillah,” banyak perubahan yang telah Arlyssa lalui.
Lalu, dia cempung tubuh genit itu. Lampu dipadam, hanya tinggal alunan muzik berentak perlahan saja. Harith membaca sepotong doa sebelum rebah di sebelah Arlyssa. Dan malam itu menyaksikan penyatuan dua jiwa. Selepas enam tahun melalui debar ijab dan kabul, baru sekarang mereka merasai manisnya berumah tangga. Moga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Insya-Allah.


14 ulasan:

  1. baca smbl tersenyum dan malu2...romantik jugak harith nih..

    BalasPadam
  2. hahahahaha.. tq dear... well.. nilah Harith..:D

    BalasPadam
  3. Yeay.... akhirnya... penantian 6 tahun berakhir dgn jayanya.... hahahaha.....

    BalasPadam
  4. kan ganjaran utk org yg sabar adalah manis dihujungnya.. ceeewahh.. hahahahaha

    BalasPadam
  5. keke senyum lebar smpai ke mata hehe

    BalasPadam
  6. menyerah jugak akhirnya. bagus, bagus. berbaloi kesabaran Harith. moga depa tak gadoh2 lg naa.

    BalasPadam
  7. mayang; hehehehehe...
    Wan ruzana; hahahaha.. sampai ke mata tuuuu:D
    tanpa nama; insya-Allah.. harapnya mcm tu la...:D

    BalasPadam
  8. pergh..tak sangka pulak..Arlyssa telah betul betul berubah dan merelakan dirinya berada didalam pelukan Harith..untuk melalui malam pertama mereka..selepas 6 tahun dalam ikatan perkawenan yg tidak dingini oleh mereka berdua....

    Bagaimanakah perhubuingan mereka selepas ini..adakah Arlyssa mmg betul dapat menerima Harith sebagai suaminya dunia akhirat..

    BalasPadam
  9. kak ida; bg Arlyssa macam ni, sekali dia serahkan hati dia kat seseorang, selamanya untuk si dia... cuma permulaan dia menilai Harith tu macam mana sebab bagi dia semua orang yang dia sayang pergi selamanya. seperti abahnya... dia tak nak macam tu.. sedangkan dia x sedar dengan takdir Allah..:)

    BalasPadam
  10. So sweet.... #^_^
    Akhirnya Lyss terima Harith dalam hidup dia.... :)

    BalasPadam
  11. hehehehehe... harap2nya macam tu..:D

    BalasPadam
  12. wah! akhirnya...lys time jgk harith..ph tu pe yg jd? x sabo nk tau next n3..cpt2 smbg...hehehe

    BalasPadam
  13. tq dear.. sambungan dah ada... awak refresh blog ye..:)

    BalasPadam