Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 27 Oktober 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 32


~....SALAM AIDILADHA....~

KERETA diparkir betul-betul berhadapan pejabatnya, petak yang dikhaskan untuk pengurus besar. Sedang dia sibuk mahu mengeluarkan beg kerja dari tempat duduk belakang, tiba-tiba terasa ada yang mendekat. Pantas dia berpaling. Takut juga jika ada penjahat yang mahu mengambil kesempatan. Terperanjat dia melihat batang tubuh Najwan di depan mata. Tak dinafikan Najwan memang segak dan sentiasa kemas. Tapi Harithnya lagi kacak!
Arlyssa pusing kembali, mengambil beg kerjanya. Kehadiran Najwan tidak dihiraukan. Dia buat macam Najwan tak ada di situ.
“Kenapa you tak datang  jumpa I semalam?” Nada suara Najwan kedengaran seperti mahu marah.
Arlyssa tetap menyibukkan diri. Soalan Najwan dianggap bagai angin lalu. Pintu ditutup dan alarm kereta ditekan.
“Lys, I tanya you ni!” Ton suara sudah meninggi.
So apa masalahnya kalau I tak datang? You siapa pada I? Kekasih? Sejak bila kita berkasih bagai? Sejak dulu, I tak pernah anggap you sebagai kawan I. You yang muka tak malu sibuk mengendeng kat I. Najwan, sedarlah. I dah bersuami. Suami I lebih tinggi darjatnya dari you!” Sembur Arlyssa. Dia rimas jika terus di asak begitu.
Lalu, Arlyssa pantas mengatur langkah masuk ke dalam pejabat. Meninggalkan Najwan yang macam orang gila bayang itu. Makin dilayan, makin menyerabutkan kepala Arlyssa.
Sementara itu, Najwan memandang belakang tubuh Arlyssa yang semakin hilang di pandangan mata. Dalam hati dia bertekad. Arlyssa harus direbut kembali. Walau dengan cara apa sekali pun. Tak kiralah cara baik atau cara jahat!
Sekarang kau menyombong dengan aku. Kau tunggulah. Nanti baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah! Ni Najwanlah. Semua benda yang aku nak pasti akan jadi milik aku! Tekad Najwan bersemangat.

“HAI sayang, lenanya tidur. Tak sihat ke?” Harith menyapa sebaik masuk ke dalam bilik.
Dia lihat badan Arlyssa bergerak sedikit sebab itu dia menegur. Tali leher yang pagi tadi elok menjerut batang leher sudah hilang entah ke mana. Lengan baju juga sudah disinsing ke pangkal siku. Dia duduk di sebelah Arlyssa. Pipi isterinya diusap perlahan. Tak panas pun, gumam Harith. Mata Arlyssa terbuka sedikit. Pipi itu dia kucup sekali.
“Hmmm..” Arlyssa tarik tangan Harith dan dipeluk erat. Terpinga-pinga Harith seketika.
“Eh, ada pulak macam ni?” Harith ukir senyum. Arlyssa dah pandai nak manja-manja. Harith apa lagi, terus dia rebahkan badan di sebelah Arlyssa. Tangannya mula memeluk pinggang si isteri.
“Eh, apa pulak ni? Saya peluk lengan awak aje. Yang awak peluk pinggang saya ni kenapa?” ujar Arlyssa sambil tepuk perlahan belakang tapak tangan Harith. “Masam-masam peluk orang, pergilah mandi dulu,” sambung Arlyssa.
Spontan pelukan di pinggang makin longgar. Dan terasa tubuh Harith makin menjauh. Arlyssa pelik. Harith bangun dan terus mencapai tuala sebelum berlalu ke bilik air. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulut Harith. Diam terus. Merajuk ke? Adoyai! Suami siapa ni? Baru tegur sikit dah merajuk bagai. Hisy.
Arlyssa garu kepala yang tak gatal. Kenapalah sikap Harith sejak akhir-akhir ni suka betul merajuk. Tak boleh Arlyssa usik sikit pun. Dulu dia yang sibuk usik Arlyssa. Haih. Pelik sungguh!
Pintu bilik air terkuak, Harith berjalan merapati almari pakaian. Arlyssa hanya memandang. Sejadah dihampar dan takbir diangkat. Selesai menunaikan suruhan kepadaNya, Harith melipat kembali sejadah dan disidai di tempatnya. Dia sudah berkira-kira mahu keluar dari bilik itu. Suka-suki cakap orang busuk! Tadi dia jugak yang peluk aku. Habis tu, malam-malam tu cari aku jugak. Peluk aku jugak! Tukas Harith di dalam hati.
Tiba-tiba terasa sepasang tangan melingkar di pinggangnya. Langkah kakinya mati.
“Olololo... Merajuk ke sayang?” tegur Arlyssa.
Harith diam. Tak mahu melayan kata-kata Arlyssa. Merajuk! Melihat Harith tak berkutik, Arlyssa berdiri di depan Harith pula. Tangannya masih setia di pinggang Harith.
“Alahai... Tak handsome la hubby saya kalau merajuk macam ni,” Arlyssa mengusik sambil mencubit kedua-dua belah pipi Harith.
Harith kalih muka ke dinding. Mulutnya sudah tarik muncung panjang. Amboi pakcik ni! Aku pujuk pun tak jalan. Habis, nak pujuk macam mana lagi ni? susah jugak lelaki bila suka merajuk macam ni. Berpusing-pusing otak Arlyssa mencari idea. Dan satu idea menjelma. Idea yang sangat berani. Err.. Boleh ke aku buat ni? Idea okey tapi hati pulak terlebih gusar.
Buat aje la. Suami kau jugakkan. Arlyssa meniupkan semangat di dalam hati. Mengumpul kekuatan dalaman pun ya jugak. Pipi Harith dia pegang dengan kedua-dua belah tapak tangan. Mata mereka beradu. Arlyssa dengan mata bundar manakala Harith dengan mata tajam manikam. Apa pulak dia nak buat ni? Harith berfikir-fikir.
Kau boleh buat! Sahut suara hati Arlyssa tanda menyokong. Arlyssa mendekatkan wajahnya dengan wajah Harith. Hati yang sedang berdebar-debar ditolak ke tepi. Yang penting pujuk pakcik ni dulu. dekat, dekat dan semakin dekat. Tiba-tiba bibirnya dipagut laju. Memberi dan menerima. Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum Arlyssa melarikan wajah.
Eh, siapa yang cium siapa ni? Rasanya aku belum pun sampai ke muka dia tapi dia... Amboi! Dalam merajuk sempat lagi tu! Arlyssa kegeraman. Wajah Harith yang sedang senyum lebar itu pandang kecik besar kecik besar.
“Sukalah tu! Mengelat!” Arlyssa lepaskan tangannya dari pinggang Harith dan kembali berbaring di atas katil.
Asalnya Arlyssa nak main-main aje sebab dia memang tak berani nak buat misi gila tu. Tapi sekali Harith buat betul-betul. Huh!
“Mengelat apa pulak, dah awak nak bagi saya ambil aje la. Rugi tolak rezeki tau,” balas Harith sambil senyum kambing.
Arlyssa peluk bantal. Malas nak layan!
Tadi aku yang merajuk, sekarang dia pulak yang merajuk. Adoi! Hari merajuk sedunia ke apa ni? Gerutu Harith sambil garu kepala yang tak gatal. Lambat-lambat dia merapati Arlyssa. Tubuh kecil itu dia peluk dari belakang. Dia hanya peluk, tak kata apa-apa pun.
Tuk.. Tuk.. Tuk.. Ketukan di pintu mengejutkan mereka yang sedang melayan perasaan masing-masing.
“Harith, Lys, dah solat ke belum? Mama ada sediakan minum petang ni, nanti turun ya,” beritahu Puan Aini.
“Okey, ma.” Sahut Harith sebelum Puan Aini berlalu ke ruang tamu. Minum petang yang dikatakan itu sudah siap dihidangkan di atas meja. Cuma tunggu budak berdua tu saja.
“Lys, jom. Kesian biarkan mama sorang-sorang kat luar.” Harith rasa tak selesa pula biarkan Puan Aini seorang diri di ruang tamu sedangkan mereka berkurung di dalam bilik.
Arlyssa bangun dan terus berlalu ke ruang tamu. Huluran tangan Harith dia tak sambut. Sengaja menunjuk rasa memberontak. Sedangkan dia malu! Malu bertentang mata dengan Harith. Mesti dalam hati Harith tengah kata apa aje kat dia.
“Ma, nak minum petang kat mana? Kat luar boleh?” Arlyssa sudah terkeluar aura suara manjanya dengan Puan Aini. Anak bongsu, biasalah. Manja!
“Tak panas ke?” soal Puan Aini. Bukan dia tak tahu, panas petang memang menyengat.
“Tak la, matahari dah condong ke Barat tu. Kejap,”
Arlyssa berlari anak ke arah bilik. Selendang panjang pashmina dia capai dan dililit ringkas menutup kepala. Dia sudah berazam. Sekali dia bertudung, dia tak akan tanggalkan. Dia tak mahu Harith terbeban kerana terpaksa menanggung dosanya. Dia menyertai Puan Aini yang sedang berborak kosong dengan menantu kesayangannya tu. Siapa lagi kalau bukan Harith.
“Ma, along ada telefon tak?”
Puan Aini menyisip sedikit air teh sebelum diletak kembali cawan di tangan. “Ada, dua hari lepas. Kenapa?”
“Tak adalah, dah hampir sebulan along kursus kat sana. Rasa macam sekejap aje masa berjalan.” Arlyssa gigit hujung cekodok pisang yang masih panas itu. “Ma, Kak Ina bila nak balik ke sini? Dah lama mereka tak balik, adik rindulah.” Luah Arlyssa. Lengan mamanya dia peluk erat dan kepala didaratkan di atas bahu Puan Aini. Sudah lama rasanya dia tak bermanja dengan mamanya begitu.
Puan Aini mengeluh perlahan. Mellina, anak keduanya ini paling degil dalam tiga orang anaknya ini. Sudah berkahwin dan menetap di Dubai. Tapi dia tahu, Mellina membawa diri ke sana sebabkan Puan Aini tidak bersetuju dengan pilihannya yang telah manjadi suaminya kini. Puan Aini bukan apa, faktor perbezaan umur yang terlalu ketara itu yang buat dia kurang bersetuju. Tapi nak buat macam mana, sudah anaknya berkenan. Diturutkan juga kemahuan Mellina. Rasanya sudah empat tahun dia tak pulang ke sini. Raya ke tak raya terasa sama sahaja.
“Entahlah, adik.”
Arlyssa sedar. Mamanya sedih setiap kali cerita Kak Mellinanya dibangkitkan. Tapi nak buat macam mana, Kak Mellina degil. Dengan mama pun tak nak beralah.
“Mama janganlah sedih, adik tanya saja.” Ujar Arlyssa.
Sedang mereka melayan perasaan, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti di hadapan pintu pagar rumah sebelah. Harith melemparkan senyuman kepada orang itu kerana sudah beberapa kali dia melihat orang itu melawat rumah sebelah. Hanya sekadar berbalas senyuman, tak pernah pun Harith berbual dengan lelaki yang sudah melebihi separuh abad itu.
“Assalamualaikum,”
Harith panjangkan leher, mencari si pemberi salam. Laju dia melangkah ke arah pintu pagar. Lelaki tadi yang memberi salam. Setelah bersalaman, Harith menjemput lelaki itu menyertai mereka.
“Kak Ani ke ni?” Lelaki itu tiba-tiba menyoal kepada Puan Aini.
“Ya. Eh, Zainal ke ni? Hampir-hampir kak dok kenal mu,” jawab Puan Aini dengan loghat Terengganunya. Dia mempersilakan Zainal duduk.
Mama dan abah Arlyssa orang Terengganu tapi anak-anak langsung tak pandai bertutur loghat negeri ini. Harith dan Arlyssa tercengang. Mereka pelik, macam mana mama kenal dengan lelaki ni?
Lame doh ke kak balik sini? Saya ingatkan kak jual doh rumoh ni sebab saya mari dulu tengok orang lain duduk rumoh ni. Doh ni sape pulok?” Ramah sekali Zainal bertanya itu ini dengan Puan Aini.
“Eh, doklah. Kak dok jual. Kak beri anok duduk. Ni anok kak, Arlyssa. Ni pulok nantu kak, Harith. Orang sini gok,” Puan Aini menuang air ke dalam cawan dan dihulur ke arah Zainal. “Harith, Lys, ni Pak Zainal. Dia ni kawan sekampung mama dulu. Eh, Zainal. Rumoh sebeloh ni sape duduk?”
“Tak dok sape duduk. Anok-anok tak mboh duduk. Ingatkan dari lok saje, baik wak homestay, ade jugok masuk hasil.”
“Molek jugok tu,”
Arlyssa hanya menjadi pendengar setia perbualan mamanya dengan Zainal. Dia tak tahu nak menyampuk apa sebabnya dia tak faham pun perbualan mereka. Walaupun dah lama tinggal di sini, dia masih tak boleh menguasai loghat orang-orang di sini. Terasa kelakar dan pelik.
Selepas habis secawan air teh, Zainal meminta diri. Dia mahu menjenguk rumahnya dahulu sebab dalam beberapa hari lagi ada orang mahu menginap di situ. Manakala mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah kerana rembang senda sudah kelihatan. Tanda siang akan melabuhkan tirai diganti dengan malam pula.

DR. Syed Yusri. Itulah nama yang tertulis di atas tag kerjanya. Dia memandang skrin komputer yang sedang memaparkan rekod pesakit-pesakit di hospital itu. Dia dihantar ke hospital ini untuk berkursus sambil bekerja. Dia mengeluh perlahan. Kemudian kepala dikalihkan ke arah kalendar di atas meja. Kalendar itu dia capai dan memandang tarikh-tarikh yang sudah dipangkah. Tinggal sebulan saja lagi, dia berkira-kira di dalam hati. Terasa lambat pula masa berjalan.
Ketukan di pintu mengejutkan Syed Yusri. “Masuk!” Laungnya.
Pintu terkuak. Terperanjat dia memandang wanita yang sedang berdiri di hadapannya kini. Serta-merta kenangan silam kembali menerjah kotak fikiran. Ya Allah, kenapa kau hantar dia bertemu dengan aku?
Doc, dia mahu berjumpa dengan doc,” beritahu Anglene, staf hospital yang mengenakan seragam putih.
“Terima kasih,” ucap Syed Yusri dan Anglene berlalu keluar dari bilik kecil itu.
Syed Yusri merenung wajah itu. Wajah yang pernah dia rindui suatu ketika dulu.
So, ada apa you nak jumpa I ni? Suami you tak marah ke jumpa I?” Setelah membisu seketika, Syed Yusri akhirnya menyoal. Dia bersandar sambil berpeluk tubuh.
Hasnida menggelengkan kepala.
“I datang jumpa you pasal pesakit bernama Puan Dariatun. Dia di bawah seliaan you kan?” Hasnida sudah tidak mahu berbasa-basi lagi. Baik straight to the point! Dia terkejut juga kerana tak disangka akan bertembung dengan Syed Yusri, bekas kekasihnya dulu.
“Hmm.. Sekejap,” Syed Yusri mencari maklumat tentang Puan Dariatun yang Hasnida sebutkan itu. Dahinya berkerut semasa membaca tahap kesihatan pesakit tersebut.
“Puan Darriatun. Apa yang I tengok, kandungan gula dalam darah dia tinggi sangat ni. Hmm.. dah lama ke dia ada kencing manis?” Sekejap dia pandang skrin, sekejap dia pandang muka Hasnida.
Hasnida melepas keluhan. “Tiga tahun,” jawab Hasnida sambil menunduk. Dia membawa Puan Dariatun yang juga uminya ke Sabah ni kerana mahu menggembirakan hati uminya. Dia mahu membawa uminya jalan-jalan. Sejak kematian babah dua tahun lalu, uminya langsung tak mahu bercampur dengan orang lain. Dengan saudara-mara pun dia tak nak jumpa. Dia tenggelam di dalam dunianya sahaja. Dunia yang hanya ada dia dan kenangan. Sepanjang tempoh itu, Hasnidalah yang menjaga Puan Dariatun.
“Bagaimana dengan kakinya yang terluka tu?” Syed Yusri pandang skrin lagi.
Seorang penghidap diabetis atau bahasa kampungnya, penyakit kencing manis mempunyai risiko untuk dipotong kaki jika tahap gula dalam darah yang tinggi dan mengalami luka. Walaupun hanya luka kecil.
Setelah mendengar penerangan terperinci tentang tahap kesihatan Puan Dariatun, Hasnida meminta diri untuk pulang. Nampaknya penerbangan kembali ke Semenanjung akan ditunda lagi. Sudah dua hari uminya ditahan di wad.
“Err... Can I ask you something?” Tiba-tiba Syed Yusri menyoal ketika Hasnida sudah memgang tombol pintu.
Yes?”
“You tak kahwin lagi kan?” Hati kecil Syed Yusri kuat mengatakan yang Hasnida tak kahwin lagi. Kalau dah kahwin kenapa jari dia tak ada sebentuk cincin pun.
Hasnida membisu. Dia terus melangkah pergi tanpa menjawab soalan tuan doktor ini terlebih dahulu. Termanggu-maggu Syed Yusri kerana terpinga-pinga. Tapi hanya untuk seketika. Dia yakin. Hasnida masih belum berpunya. Dia tak akan menunggu lama lagi selepas ini. Peluang yang ada mesti direbut!
Telefon bimbit dia bawa keluar dari poket seluar. Selepas berbalas salam, dia terus meluahkan apa yang dirasa.
“Ma, along nak kahwin!”

12 ulasan:

  1. yay! org first komen!
    aik hasnida??

    BalasPadam
  2. hahahahaha... haah.. tp just selit skit2 je kisah hasnida+syed yusri ni..:)

    BalasPadam
  3. Suka bila Harith merajuk ;) *mood gediks* :p

    SZ

    BalasPadam
  4. Hahahaha.... Akak mmg le.......:P

    BalasPadam
  5. suka2...tp nape ngan najwan tuh, gile ke..nnt mula la kacau harith n lisa..

    BalasPadam
  6. hehe suke nye kat harith,dalam merajuk leh jerrrrr amek kesempatan kat wife tersayang....

    BalasPadam
  7. wida; najwan mmg dicipta utk merosakkan hubungan HarLys... tp happy ending yep..:D
    norihan; sape x kenal harith kan... hehehehehe

    BalasPadam
  8. Best....
    Najwan still tak nak lepaskan Lyss ke????
    Tak suke lah cam ni....

    BalasPadam
  9. aduh...
    sibuk btl la si najwan nie...
    baik lyss bgtau kat haris awl2...
    nti xde la gado2..
    xmo la haris ngn lyss gadoh..
    huhuhu..

    BalasPadam
  10. nuratiza; najwan diciptakan utk merosakkan hubungan HarLys.. sabo je la..:)

    nursya; yeee.. lys akan bgtau hubby dia.. tunggu next entry kay.. gaduh2 adat berumah tangga..:D

    BalasPadam
  11. kak, lupa nak ckp, minggu depan xde n3 ECH sbb sy nak rehatkan sekejap ECH.. nak promote KYKS dulu...:)

    BalasPadam