Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Jumaat, 19 Oktober 2012

EPISOD CINTA HarLys : BAB 31


SUDAH tiga hari mereka menjejak kembali bumi Terengganu. Harith dan Arlyssa pun dah mula bekerja. Terkejut jugak Arlyssa saat melangkah masuk ke pejabat pagi tu selepas bercuti panjang. Macam cuti kahwin pulak. Tak henti-henti para pekerja di situ mengajukan soalan kepadanya. Jawapan yang dilemparkan adalah, kerana melawat keluarga di Kuala Lumpur. Tapi betul apa. Dia tak tipu pun. Memang dia melawat mama dan alongnya di sana. Tapi tak disangka pulak mendapat hadiah honeymoon ke pulau lagenda. Honeymoon? Arlyssa mengukir senyum. Di sana dia sebenar-benarnya bergelar seorang isteri. Luar dan dalam. Apasal tetiba rasa kebas pulak muka ni? Hisy!
“Puan, wakil bos dah sampai,” suara Linda mematikan lamunan panjangnya.
Pagi itu ada mesyuarat penting di pejabat. Mesyuarat yang akan mengumumkan dia sebagai Pengurus Besar di sini. Tapi dia lebih dulu masuk ke bilik lamanya. Bilik baru yang akan didiami selepas ini belum lagi dia jejak. Tak naklah menimbulkan prasangka. Nampak sangat dia kemaruk sangat dengan jawatan tu.
“Okey, terima kasih Linda.” Laju dia mengangkat punggung. Sebiji buku catatan dia bawa bersama.
Bersama Linda, Arlyssa masuk ke dalam bilik mesyuarat yang tak besar mana itu. Hanya pejabat cawangan, pekerja pun berapa keratlah sangat. Di kerusi paling hujung, berdekatan dengan papan putih, seorang lelaki telah mendiami kerusi itu. Arlyssa berlakon macam tak tahu tujuan mesyuarat itu. Lelaki itu pun dia tak tegur sedangkan dia sangat kenal akan lelaki itu.
Setelah semua pekerja mengambil tempat di atas kerusi, mesyuarat pun dimulakan oleh Hafiz, wakil bos seperti yang dikatakan oleh Linda tadi. Juga sepupunya dan anak sulung kepada Haji Jamal. Arlyssa memanggilnya Abang Hafiz.
“Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengumumkan pengurus besar yang baru. Kita semua sedia maklum dengan kes penyelewengan yang telah dilakukan oleh pengurus lama. Rasanya tak perlu saya sebutkan tentang kes itu, biarlah pihak berkuasa yang selesaikan semuanya. Berkenaan jawatan pengurus besar yang masih kosong ni, orang yang akan memikul tugas penting ni ada bersama dengan kita sekarang ni. Orangnya di kalangan kakitangan syarikat jugak,” Hafiz berjeda seketika. Masa inilah kedengaran suara soseh-soseh antara pada pekerja yang sibuk mahu tahu siapalah gerangan yang disebutkan itu.
“Sebenarnya jawatan ini akan diisi oleh Puan Sharifah Arlyssa Waheeda manakala jawatan yang dikosongkan oleh Puan Arlyssa akan diisi oleh seorang pegawai yang baru ditukarkan dari Pulau Pinang iaitu Encik Shahdan. Tetapi Encik Shahdan tidak dapat bersama dengan kita hari ini kerana ada beberapa perkara yang masih belum selesai di sana. Okey, ini sahaja yang saya ingin umumkan. Harap tiada yang bermasam muka dengan pemilihan Puan Arlyssa kerana bagi kami, panel-panel sumber manusia di HQ sudah sebulat suara dengan keputusan ini,” sambung Hafiz. Dia sudah bersiap-siap mahu berlalu dari bilik itu. Dia melintasi kerusi yang Arlyssa duduki.
“Tahniah dan selamat menjalankan tugas baru,” ucap Hafiz bersama seulas senyuman sebelum berlalu.
Sebaik Hafiz berlalu keluar dari bilik mesyuarat, Arlyssa tak putus-putus menerima ucapan tahniah dari teman-teman sekerja. Selepas itu Arlyssa kembali ke bilik lamanya. Dia mengemas segala barang-barang miliknya untuk dibawa masuk ke dalam bilik baru. Dia sedar ada beberapa  rakan sekerja yang tak sukakan perlantikan barunya ini kerana dia tersangat baru di sini. Baru hampir enam bulan bekerja di sini tapi sudah dinaikkan pangkat, siapa tak angin? Orang yang dah lama bekerja kat sini pun tak dapat apa-apa ganjaran. Biarlah, mulut orang. Bukan kita boleh tutup.

ARLYSSA berbaring keletihan di atas katil. Kerja yang bertimbun di pejabat sangat-sangat meletihkannya. Tambah lagi dia baru dinaikkan pangkat. Jam menginjak ke pukul 8.00 malam barulah dia sampai ke rumah. Hari itu dia menumpang Harith ke tempat kerja kerana Puan Aini sudah memaklumkan mahu menggunakan keretanya malam semalam. Mahu ke rumah adiknya.
“Lys, dah solat maghrib ke belum?” Soalan Harith menyapa telinga. Arlyssa anggukkan kepala. Kalau ikut hati, dia nak terus tidur aje. Tapi sebabkan tak solat isyak lagi, dia tahan mata supaya jangan tidur.
Beg tangan Arlyssa yang terdampar di atas sofa Harith letak di atas meja. Dia merapati katil, kepala Arlyssa dia angkatkan sedikit dan tudung yang melilit kepala Arlyssa dia tanggalkan. Letih sangat sampai tak melawan bila Harith tanggalkan tudung macam tu. Harith gelengkan kepala.
“Lys, bangun. Awak pergi mandi dulu barulah segar badan tu,” Harith sudah siap dengan tuala di tangan. Mata Arlyssa tetap pejam, tubuhnya tetap tak bergerak.
“Lys,” Harith panggil lagi. Bahu Arlyssa dia goncang sedikit.
“Malas mandi, ngantuklah,” gumam Arlyssa perlahan dan bantal peluk dia tarik rapat ke dada.
“Eh, mana boleh macam tu.” Harith cuba menarik bantal dari pelukan isterinya. Dia tak boleh biarkan Arlyssa terus hanyut. Nanti solat ke mana, apa ke mana. “Atau awak nak saya mandikan awak? Sekali awak setuju, seribu kali saya sanggup!” Bisik Harith perlahan.
Mata Arlyssa terbeliak. Badannya menegak tiba-tiba. “Tak nak!”
“Kalau tak nak, pergi mandi. Segarkan badan tu.” Harith tarik tangan Arlyssa. “Saya dukung kang,” ugut Harith apabila tarikkannya sedikit pun tak bergerak.
“Yalah, yalah.” Balas Arlyssa malas. “Orang nak tidur sekejap pun tak boleh,” gumam Arlyssa perlahan, antara dengar dan tidak.
“Apa dia? Cuba ulang sekali lagi?”
“Huh! Tak ada apalah.” Laju mulut Arlyssa menjawab. Telinga lintah ke apa? Dengar aje apa yang orang cakap!
“Lys,” langkah kaki Arlyssa mati. Dia pandang Harith yang masih duduk di birai katil.
“Bila awak nak bayar hutang awak ni?”
Heh! Hutang? Ya Allah! Dia ingat lagi pasal ‘hutang’ tu. Aku dah lupa dah. Desis hati kecil Arlyssa. Sungguh, dia dah lupa terus pasal ‘hutang’ tu. Hutang yang tak perlu dibayar dengan wang ringgit.
“Kalau awak bayar sekarang okey tak? Alang-alang awak pun nak mandi jugak tu.”
Harith mengenyitkan mata. Dia sudah mara mendekati Arlyssa. Tapi Arlyssa lagi bijak. Pantas dia berlari mendapatkan pintu bilik air dan ditolak sebelum cepat-cepat dia masuk ke dalam bilik air. Tapi cubaannya tak berhasil. Entah di mana silapnya, dia tergelincir dan hampir-hampir punggungnya menerima hentakan permukaan lantai. Dia sudah memejamkan mata dan hanya menyerah jika rasa sakit sebagai ‘hadiah’ untuknya. Niat tak elok terus dibayar tunai.
Tiba-tiba dia terasa tubuhnya melayang. Pantas dia membuka mata. Mata dia dan Harith bertembung. Arlyssa kelu tanpa kata. Spontan bibir mereka bertemu agak lama. Arlyssa tidak menolak, malah membalas kucupan sang suami.
“Kat mana lagi awak nak lari? Allah dah bayar cash tau.” Ujar Harith selepas melepaskan bibir Arlyssa. Merona merah muka Arlyssa.
Akhirnya malam itu Arlyssa menurut permintaan Harith. Segala hutang yang dikatakan itu dibayar terus. Susah tau kalau hidup terus diburu oleh pemiutang ni. Hisy! Tak aman hidup selalu mengungkit.

USAI mandi, kepala Arlyssa tiba-tiba teringatkan sesuatu. Lalu, laju kakinya melangkah mendekati laci kecil. Dia keluarkan sebuah kotak kecil. Isi dalam kotak itu dia beli di Langkawi. Sempatlah dia rembat mana yang sempat tengah hari sebelum bertolak balik pada hari terakhir tu. Hadiah untuk suami kerana terasa tak enak pula jika tak balas balik hadiah Harith itu. Dia baring kembali sambil belek kotak yang sudah berbungkus kemas itu.
“Apa tu?” soal Harith sambil lap rambut dengan tuala kecil.
“Ni? Awak, mari kat saya jap.” Gamit Arlyssa. Dan Harith merapati.
“Apa dia?”
Isi dari dalam kotak Arlyssa bawa keluar. Soalan Harith dibiarkan sepi. Usai menyangkut hadiah itu di leher Harith, Arlyssa senyum.
“Lawa tak?” Harith tarik tali leher yang sudah membelit tengkuknya.
“Hmm.. Not bad. Beli kat mana ni Lys?” Macam sutera, desis Harith.
“Beli kat Langkawi dulu. Special for you!”
Thank you sayang, I like it!” ujar Harith sambil senyum. Dia peluk Arlyssa kemas.

BREEP! Breep!
Getaran telefon bimbit Arlyssa tanda ada mesej baru masuk mengganggu lenanya. Dengan mata yang masih mengantuk, Arlyssa bawa keluar telefon dari bawah bantal. Dia alihkan sedikit kepala dari pelukan Harith, bimbang jika Harith terjaga. Matanya mengecil memandang skrin yang menyilaukan mata itu. 

Lys, u free x esok?
I need to see u. URGENT
Massage from Najwan.
Time: 03:34 am

Najwan? Apa yang dia hendak pagi-pagi ni? Nak jumpa aku pulak tu esok. Gumam Arlyssa. Kembalinya Najwan benar-benar menyerabutkan kepala Arlyssa. Lelaki itu seakan menjadi bayangnya. Mengejar ke mana saja dia berada. Dulu di Kuala Lumpur, di Australia pun dia mengejar dan sekarang di Terengganu. Najwan terus-terusan mengekori langkahnya, seakan dia punya hutang dengan Najwan.
“Lys,” suara serak Harith mengganggu lamunan Arlyssa. Pantas Arlyssa mendekati Harith. Telefon sudah disorokkan kembali di bawah bantal.
“Tak ada apa-apa,” balas Arlyssa. Tubuh Harith dia paut kembali, menyambung lena yang terbantut sebentar tadi. Dia seboleh mungkin mahu menghalau wajah Najwan dari kotak ingatan.

“HARI ni awak pergi mahkamah ke?” soal Arlyssa sambil membetulkan lilitan selendang panjang di kepalanya. Kerongsang yang tersemat di kiri bahu terasa senget pula. Dari biasan cermin, dia lihat Harith sedang membetulkan baju kemejanya.
“Hmm... Ada satu kes je,”
“Meh sini,” gamit Arlyssa.
Tali leher di tangan Harith bertukar tangan. Kolar kemeja Harith dia tegakkan ke atas. Dan tangannya ligat bekerja, menyimpul ikatan tali leher. Tangan Harith sudah merangkul tubuh Arlyssa. Tak sampai lima minit, siap sudah. Akhir sekali dia turunkan kembali kolar kemeja Harith. Dan tangannya mendarat di bahu suaminya. Sejak dah berbaik ni, kerja memakaikan tali leher sudah menjadi sebahagian tugas Arlyssa.
“Kita lunch sama-sama?”
“Okey, insya-Allah. Nanti saya confirmkan balik, takut nanti kes tu kena tunda ke petang.” Jawab Harith.
“Okey,”
“Hari ni awak drive ke?”
“Haah, saya ada urusan kat bank pukul 10.00 nanti. Kalau tak drive, susah jugak nak bergerak. Lagi pun mama tak ada pun cakap nak guna kereta,” Arlyssa melepaskan diri dari pelukan Harith. Dia bukan tak kenal suaminya itu. Nanti ada tindakan yang tak dijangka.
“Jom,” Harith tarik tangan Arlyssa, mengajak ke ruang makan. Mama Arlyssa pasti sudah menyiapkan sarapan.
Di meja makan, Harith begitu berselera sekali menjamu nasi goreng. Manakala Arlyssa setia dengan dua keping rotinya. Sekarang Harith dah tak perlu keluar mencari sarapan. Biasalah. Tekaknya tak sama dengan Arlyssa. Pagi-pagi begitu dia memang mencari menu berat. Tak kiralah nasi goreng atau nasi lemak. Di rumah orang tuanya dia sudah diajar begitu. Bangu pagi-pagi, hidangan nasi sudah ada di atas nasi. Senyum melebar Puan Aini melihat menantunya makan. Nampak berselera sekali.
Selesai makan, mereka berdua menyalami tangan Puan Aini sebelum berlalu ke muka pintu. Harith dan Arlyssa menghampiri kereta masing-masing. Enjin kereta dipanaskan seketika dan beg kerja sudah selemat di dalam kereta. Arlyssa menghampiri Harith. Tangan suaminya disalami sebelum dahi dan pipinya pula menerima habuan.
Take care,” pesan Harith sebelum kereta milik isterinya berlalu keluar dari pintu pagar. Kemudian barulah dia bertolak ke tempat kerja setelah menghantar pemergian isteri tercinta dengan pandangan mata.
Puan Aini yang dari tadi mengintai gelagat pasangan suami isteri itu di sebalik tingkap tersenyum panjang. Sejak tinggal bersama Harith dan Arlyssa, dia lihat sudah banyak perubahan yang Harith bawa ke dalam hidup anak bongsunya itu. Solat Arlyssa setakat ini penuh dan tiap kali selepas solat, Arlyssa pasti akan mengaji walau untuk satu muka surat. Hubungan mereka juga semakin mesra. Di mata tuanya, dia lihat Arlyssa bukannya sedang berlakon. Tapi apa yang dia lakukan itu datang dari hatinya sendiri.
“Alhamdulillah,” tak putus-putus Puan Aini memanjat kesyukuran kepada-Nya.

TENGAH hari itu Arlyssa betul-betul keluar makan dengan Harith. Nasib baik. Itu yang dia rancangkan sebab dia nak larikan diri dari berjumpa dengan Najwan. Ketika dia berada di bank, Najwan sibuk menghantar mesej. Mahu berjumpa di Mayang Village katanya. Huh, sebelum dia cari aku di pejabat, baik aku cabut! Desis hati Arlyssa.
Najwan ni memang betul-betul buat dia seriau. Dulu tak ada pun rasa macam ni tapi selepas Harith muncul, Arlyssa rasa kehadiran Najwan sebagai perosak hubungan baiknya dengan Harith. Hubungan yang masih baru ni akan hancur jika dibadai ombak kecil. Itu belum lagi datang gempa bumi atau tsunami.
Ya Allah, kau rahmatilah ikatan perkahwinan ini. Kau kuatkanlah hati kami menempuh dugaan yang bakal mendatang. Janganlah ada di antara kami cepat melenting, terburu-buru dalam membuat keputusan. Peliharalah ikatan suci ini. Jangan sampai ke lembah penceraian. Aku bermohon padaMu, ya Allah.
Setiap kali selepas solat, dia tak putus-putus memanjatkan doa. Dia tidak mahu apa-apa yang tak diingini menimpa keluarga kecil ini.

KEESOKKANNYA, Arlyssa pulang awal dari pejabat. Dia melakukan pemantauan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud sebentar tadi berkaitan pakej umrah yang diikuti oleh para pelanggan syarikatnya. Sesekali dia perlu juga turun padang, memantau para pekerjanya melakukan kerja. Juga bertanyakan tahap kepuasan pelanggan dengan perkidmatan yang syarikat mereka tawarkan.
Badan dia sandarkan dia atas sofa. Menghilangkan rasa lelah. Peluh di dahi dia seka dengan hujung jari.
“Eh, Lys. Awal balik hari ni?” Puan Aini menyapa kepelikan. Jam di dinding baru menginjak ke pukul 3.00 petang tapi batang tubuh Arlyssa sudah sampai di rumah. Sakit ke? Dahi Arlyssa dia rasa dengan belakang telapak tangan. Tak panas.
“Lys dari airport, tengok-tengokkan pekerja kita buat kerja. Lepas tu rasa letih sangat, tu yang Lys terus balik.” Cerita Arlyssa.
Ruang antara mereka sunyi seketika. Membiarkan Arlyssa melayan perasaan. Manakala di dalam kepala Puan Aini ligat mencari punca tentang soalan yang sedang berlegar di dalam kepalanya. Sudah dua minggu dia sini tapi tidak nampak pun mereka keluar berdua selain ke tempat kerja.
“Lys, kalau mama tanya satu perkara boleh tak?”
“Kenapa kena mintak izin pulak? Tanya aje ma,” jawab Arlyssa sambil mata terpejam.
“Err.. Lys dah jumpa keluarga Harith?” Lambat-lambat Puan Aini menyoal. Bimbang juga soalan itu akan mengguris hati Arlyssa. Manalah tahu dengan penolakkan dari keluarga sana.
Arlyssa mencelikkan mata. Wajah yang sedang menunggu jawapan darinya dia pandang. Dia tak tahu mahu menyusun dari mana jalan cerita itu.
“Sudah,” sepatah perkataan terbit dari bibir Arlyssa.
“Macam mana penerimaan mereka?”
“Semua menerima elok kecuali emak Harith. Dia.. Dia terang-terang menolak kehadiran Lys ke dalam keluarga itu.” Peristiwa pada hari itu kembali terbayang di ruang mata. Walau dia tak mahu ingatkan sangat cerita sakit itu tapi kepalanya tetap terbayangkan kelibat emak Harith yang benar-benar marah.
“Sabar Lys. Mungkin ini ujian untuk Lys. Lys kena kuat untuk menempuhi dugaan ini. Dari ujian ini, pasti Allah janjikan kebahagian di hujung nanti, percayalah. Lys perlu banyak-banyakkan bersabar dan berdoa supaya hati emak mertua Lys lembut, dapat menerima Lys seadanya,” Puan Aini memberikan nasihat kepada anaknya. Tubuh itu sudah dipeluknya.
“Tapi Lys takut akan kehilangan Harith suatu hari nanti,” lirih suara Arlyssa. Air mata sudah mengalir dari tubir mata.
“Kenapa? Emaknya sudah ada calon untuk dia?”
Arlyssa anggukkan kepala.
“Macam mana Lys tau, dia ada cakap ke?” Puan Aini mahu juga tahu bangun duduk perkara ini. Kalau tidak, Arlyssa tak boleh serkap jarang begitu.
“Walaupun mak dia tak cakap terang-terang tapi Lys faham maksud kiasan dia tu,” kepala Arlyssa masih mendarat pada bahu Puan Aini. Dia mahu mencari kekuatan wanita itu.
Dan Puan Aini melepaskan nafas yang seakan menyesakkan dada. Bahu Arlyssa dia usap perlahan.
“Banyakkan bersabar dan berdoa, Lys.” Hanya itu yang dapat dia titipkan untuk anak tersayang. Mengadu dengan Allah adalah lebih baik jika sesama manusia tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah. 

8 ulasan:

  1. Bagusnya Harith ngan lis dah berbaik..lps nih, lys kena ambik hati mak mertua pulak, biar cpt2 mak mertua suka..xnak harith kawen ngan org lain..

    BalasPadam
  2. Harith mmg xkan kawen dgn org lain... rancangan mak dia tu burn mcm tu je nanti... yalah kan, Harith tu kan anak sedara mam Lys, mau kena kejar dgn parang nanti.. hehehehe

    BalasPadam
  3. jauhkan si NAjwan tu dari lys..
    cian dia...
    tapi kenapa dia tak cirita pada harith?
    nanti kalau harith dapat tahukan lagi boleh jadi masalah besar...
    bukan setakat badai kecil...
    tu dah boleh jdi tsunami dah tu...
    bahaya lah kalau sesuatu perkara boleh jadi penyebab retaknya sesebuah mahligai tu...

    BalasPadam
  4. liza; mereka sedang berbhagian saat ni..:)

    najiehah; panjangnya komen syg... hehehe..
    masa ni Lys x ckp lg kat Harith sbb dia x rasa Najwan akan terus kacau, nanti lepas dh x tahan, dia repot jgk..:D

    BalasPadam
  5. Harap Lyss kekal dengan Harith sampai bila-bila....

    BalasPadam
  6. agar kebahgian n jodoh lys ngan harith kekal hingga akhir hayat...hope najwan usah jadi makhluk perosak!!!

    BalasPadam
  7. harapnya macam tulah.. tp org cakap, kalau takt dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai.. setiap perhubungan ada pasang surutnya.. x gaduh, xde la trill kan..:) tq dear...

    BalasPadam