Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 8 Oktober 2012

CERPEN:BFF a.k.a BOSS


**SALAM.. MINGGU NI MEMANG TAK ADA ENTRY ECH SEBAB SAYA NAK REHATKAN SEKEJAP ECH. TAPI NI ADA SEBUAH CERPEN DARI SAYA. CERPEN PERTAMA.. TAK TAHU LE BEST KE TAK.. HUHUHU.. MOHON KOMEN YE..TQ..:)

ADILLA melewati bangunan kolejnya. Hari ini merupakan hari bersejarah untuknya. Di dewan besar itu telah menjadi saksi dia menggenggam skrol warna biru yang masih kemas di dalam tangan. Usai mengembalikan jubah graduasinya, dia mengikut langkah usunya, satu-satu saudara yang dia ada selepas kematian ibu dan babah.
           “Adilla, kau dah nak balik ke?” sapaan dari Qushri mematikan langkahnya. Teman baik sejak dari semester pertama lagi.
            “Baliklah, dah lewat ni. Usu aku pun dah tunggu tu,”
“Aku doakan kau cepat-cepat dapat kerja,”
“Kau pun sama, harap-harap cepatlah kahwin.” Selamba Adilla membalas dengan niat bergurau sebelum masuk ke dalam perut kereta usunya.
Qushri telan liur. Dia hanya memandang kereta itu berlalu. Takkan dia tak faham dengan perasaan aku? Sudah banyak kali aku bagi hint tapi dia buat bodoh aje. Bisik hati kecilnya. Dia mengeluh. Bunganya akan terbang jauh dari sisinya. Dah tak boleh jumpa hari-hari macam di kolej sebelum ni. Kahwin? Aku hanya akan kahwin dengan kau saja Adilla Nur Aisyah!


SEMINGGU SELEPAS ITU
“USU, Dilla dapat kerja!” Girang Adilla berlari mendapatkan usunya yang baru sahaja sampai di rumah. Surat di tangan diberikan kepada Maria.
Maria membaca setiap bait yang tertulis wajah cerianya bertukar mendung.
“Tapi kenapa sampai ke Kuala Lumpur?” Ada rasa gusar di situ.
“Alah, Dilla ada kawan di sana,” pujuk Adilla menyedapkan hati Maria. Dia cuma ada seorang sahaja kawan yang tinggal di kota besar itu, Ameera. Itu pun kenal kerana menyiapkan assignment dulu. Adilla tak ramai kawan kerana dia susah nak berkawan.
“Siapa?”
“Ameera. Dia tinggal kat Damansara.”
Maria diam. Dia berfikir sebenarnya. Hatinya berat mahu melepaskan anak saudaranya ini terbang jauh. Kepercayaan tu terasa menipis dan jika Adilla ke sana, dia akan keseorangan. Sunyi pula nanti.
“Usu, bolehlah. Please, please, please...” Meleret Adilla merayu.
“Yalah, yalah.” Akhirnya kata setuju keluar dari mulut Maria. Bersorak Adilla kesukaan. Sudahlah dapat kerja pertama, usu bagi green light lagi. “Tapi usu nak bercakap dengan Ameera dulu, usu nak pastikan semuanya okey.”
“Alah usu ni. Macam tak percaya pulak.” Syarat Maria dia turuti walau ada rasa tak puas hati.


EMPAT HARI KEMUDIAN
ADILLA berdiri di hadapan bangunan tinggi itu. Kertas di tangan dipandang sekilas sebelum dipandang ke arah papan tanda besar yang tertulis nama syarikat itu. Debaran di dada usah cakaplah. Hatinya terasa mahu balik saja. Takut pula perlu ditemu duga untuk pertama kali. Ah, mana boleh balik! Dia memberanikan diri melangkah masuk ke ruang lobi bangunan itu.
Si penyambut tetamu menyuruhnya naik ke tingkat tiga, temu duga akan berlangsung di sana. Tidak ramai calon yang terlibat, hanya dia dan seorang perempuan yang menunggu giliran. Selepas menunggu dan ditemu duga, akhirnya hari yang mendebarkan ini berlalu dengan jayanya. Alhamdulillah. Di antara beberapa calon yang dipanggil, dia yang terpilih.
Hari pertama dia masuk kerja, awal-awal pagi lagi dia sudah bersiap. Maklumlah, bekerja di kota besar. Lambat sedikit, terperangkap dalam kesesakan jalan rayalah jawabnya. Dia bekerja sebagai setiausaha kepada seorang pegawai. Sesuailah dengan kursus yang dia pelajari ketika belajar dahulu. Tinggi jugaklah jawatan pegawai ni. Chief Operation Officer(COO). Dengar-dengarnya bos dia ni anak bos. Hari pertama tu dia dilatih oleh Kak Mia, setiausaha jugak di pejabat ni tapi di bahagian lain.
Sekarang sudah hampir seminggu Adilla bekerja tapi dia tak pernah tahu macam mana rupa Tuan Arman Haji Adnan ni sebab tak pernah nampak batang hidung si empunya nama. Dia juga sudah bosan. Datang pejabat tak ada kerja yang nak dibuat. Mejanya masih licin tanpa timbunan fail. Kalau ada panggilan, dia akan jawab. Itu ajelah. Deringan telefon mengejutkan Adilla.
“Helo. Ya, cik. Err.. Tuan Arman masih tak masuk pejabat. Okey, nanti saya sampaikan. Bye.” Ganggang di letak kembali ke tempatnya. Ha, itu sajalah kerjanya. Menjadi telefonis tak bergaji. Eh, tak bergaji pulak. Telefonis tak rasmi sebenarnya.
Huh, semalam orang lain. Hari ni orang lain. Esok siapa pulak entah! Patut buka syarikat baru aje ni. Agensi Mencari Tuan Arman! Dia mengeluh. Sampai bila aku kena jadi macam ni? Rasa macam makan gaji buta pula. Melewati tengah hari, Adilla tak keluar makan di luar. Dia ada bawa bekal. Bangun pagi tadi awal, jadi sempatlah dia sediakan nasi goreng. Dia makan di pantri saja sambil bertemankan semug Nescafe 3 in 1.
“Eh kak, tak keluar makan ke?” Adilla bertanyakan Wanda, pegawai pemasaran di pejabat itu. Wanda ni agak ramah juga, tidaklah buat Adilla rasa canggung.
“Tak Dilla, akak kena jumpa customer pukul dua nanti. Kalau keluar makan nanti takut tak sempat pulak.” Jawab Wanda sambil mengacau air di dalam mug.
“Ooo..” Mereka duduk semeja dan Adilla kembali menyambung makan. Dia ada juga mempelawa Wanda makan tapi Wanda menolak. Katanya mahu minum saja.
“Ehem,” bunyi deheman satu suara mengejutkan Adilla dan Wanda. Adilla pucat. Qushri? Dia?
“Eh, tuan.” Mata Adilla laju memandang Wanda. Adilla pelik, kenapa Kak Wanda panggil Qushri tuan? Don’t say he is my boss!
“Hmm, kak. And you, make me a cup of coffee please.” Dan Qushri pun berlalu. Adilla dilayan seperti tak pernah kenal langsung. Adilla tercengang.
“Okeylah, Dilla. Akak gerak dulu. Jangan lupa buatkan air untuk encik bos tu.” Wanda sengih sambil bangun.
“Err.. Kak, siapa dia tu?”
“Dia? Dia tu bos awak, Tuan Arman. Jaga-jaga.” Kata-kata berupa peringatan di akhir ayat Wanda menimbulkan kerisauan pada Adilla. Batang tubuh Wanda dah lesap.
Adilla mengetuk pintu besar itu. Sudah pelbagai doa dia baca. Walau jauh dilubuk hati ada rasa geram. Siapa tak geram kalau buat-buat tak kenal macam ni? Huh!
“Masuk!” Adilla tolak pintu kayu jati itu.
“Air, Qushri.”
Qushri paling muka dari memandang ke luar dinding cermin itu. Muka itu serius. Tiada langsung senyuman di wajah itu seperti mana Qushri yang Adilla kenal.
Don’t call me Qushri. Dalam pejabat ni, semua orang panggil saya Tuan Arman.” Adilla terpempam mendengarkan arahan itu. Tegas, berlagak, sombong. Cukup pakej!
Amboi, muka aku pun tak nak pandang. Pandang dinding pulak tu. Okey, kalau kau nak main-main, aku suka! Bisik hati Adilla.
“Kalau tak ada apa-apa lagi saya keluar dulu,” pinta Adilla dengan hati bengang.
“Eh, ambil fail ni. Semua yang diperlukan saya dah tulis kat dalam tu.” Fail dihulur dia ambil sebelum mengatur langkah keluar.
Fail dia hempas di atas meja. Oh, kau pura-pura tak kenal aku ye? Okey, fine! Aku bukan hadap sangat pun!


HARI-hari seterusnya dilalui oleh Adilla dengan rasa tertekan. Dengan muka tak bersalah Qushi tu siapa tak bengang. Lepas tu kalau Adilla silap buat kerja sikit, pemilik bilik besar tu mulalah mengamuk sakan. Habis dia kena bambu. Lepas tu mulalah rakan sekerja di meja lain pandang-pandang. Malu tau!
Adilla rasa nak berhenti kerja aje. Dia dah tak tahan kerja kat sini. Balik kampung, duduk dengan usu lagi best! Hati pun tak sakit.
“Mera, aku rasa nak berhenti kerjalah.” Adunya pada Ameera.
“Eh, kenapa pulak?” Mata yang memandang laman Facebook terus beralih kepada temannya ini.
“Aku dah tak sanggup dengan bos macam tu. Aku bengang!” luah Adilla beremosi. Bantal di atas riba dia renyuk-renyukkan seperti sedang mengganyang muka Qushri.
“La, aku ingat apalah tadi. Kau tak boleh macam tu. Kalau kau fikir perangai bos kau tu buat kau rasa nak berhenti, baik kau fikir elok-elok. Berapa ramai yang kat luar sana berebut nakkan kerja kau sekarang ni kalau kau berhenti. Berduyun-duyun tau. Dahlah dapat bos muda, handsome macam tu. Rugilah wei kalau kau berhenti.” Ameera memberi pendapat di pihaknya pula.
Ini bukan pertama kali dia mendengar teman serumahnya itu mengadu tentang perkara yang sama. Bukan dia tak sokong niat Adilla yang nak berhenti tapi temannya itu perlu berfikir banyak perkara. Jika berhenti, lepas tu dia balik duduk dengan usunya di kampung. Tak kerja, sah-sah menyusahkan usunya pula. Kerja sekarang bukannya senang nak dapat.
“Ah, kau bukan ada kat tempat aku. Yang tanggungnya aku ni ha!” Ton suara Adilla sudah naik kerana tak puas hati.
Tak berjaya cakap dengan Ameera, dia mengadu pada Maria pula. Simpati yang diminta, lain pula yang dia dapat. Isy, usu pun tak boleh membantu.
“Tu la. Usu dah cakap dulu. Tengok sekarang, mulalah nak merengek nak balik ke sini. Isy. Balik ajelah, usu boleh lagi tanggung makan minum kamu.” Dan panjang lagi leteran Maria. Usu tak faham sungguh!


DUA BULAN KEMUDIAN
“DILLA, balik kampung sekarang!” sebaik mengangkat telefon, arahan itu yang menyapa telinga. Kenapa dengan usu ni?
“Orang kerjalah, usu. Mana boleh balik suka-suka hati.” Fail masih berlambak di atas mejanya. Isy, usu pun kalau nak buat lawak luar alam agak-agaklah.
“Ah, tak kira kerja banyak ke, sikit ke, usu nak kamu balik ke kampung sekarang!”
Dan kerana arahan itu tak boleh dibangkang, Adilla pulang juga ke kampung. Isy, kerja gila apalah yang aku buat ni. Terpaksa ambik EL lagi. Biarlah bos besar tu nak kata apa pun. Dia dah tak peduli. Dia pulang dengan teksi kerana bas perjalanan jauh memang tak ada waktu-waktu macam ni. Malam jugak baru dia sampai ke kampung.
“Usu, usu!” Panggil Adilla sejurus sampai di rumah Maria.
“Akhirnya, sampai jugak kamu.”
Selepas peluk cium usu, dia terus bertanya.
“Hmm.. Pergilah masuk mandi, berehat dulu.” Lain yang ditanya, lain yang dijawab.
“Tak nak! Okey, kalau usu tak nak cakap, Dilla balik KL semula kang.” Dah pandai mengugut Adilla ni.
“Yalah, yalah. Siang tadi ada orang datang rumah. Mereka tanyakan pasal Dilla.” Maria baru mengusulkan mukadimah tapi sudah dipotong oleh Adilla.
Wait, wait! Mereka? Mereka tu maksudnya ramai. Siapa mereka tu? Kenapa pulak mereka tanyakan Dilla? Usu, apa ni? Jangan buat Dilla pening.”
“Tulah, biarlah usu habis cakap dulu. Huh! Mereka datang tu nak pinang Dilla. Mereka tanyakan untuk anak mereka.”
“Siapa?”
“Apa yang siapa?”
“Anak dia tu siapa? Entah-entah penagih tepi jalan ke.”
“Eh, mulut, cabul! Usu tenyeh dengan cabai kang!” Adilla pantas tekup mulut. “Usu tak kenal mereka semua tu. Anak mereka tak datang. Cuma wakilkan kepada dua orang tua tu saja. So, Dilla nak terima tak?”
“Terima apanya usu? Kenal pun tak! Isy, apa ni. Macam drama melayu terakhir pulak. Tak sukalah.”
“Usu tak tahu. Diorang datang tanya cara baik. Takkan nak hampakan harapan orang.”
“Hampa-mampa! Tak kenallah usu!”
“Dah, pegi masuk berehat. Fikir-fikirkan jugak harapan orang sana tu,” Maria berlalu ke biliknya. Harapan? Isy, malas nak fikir!


“DILLA, ada orang nak jumpa ni.”
“Siapa?” Ketenteraman Adilla terganggu. Sudahlah terpaksa cuti mengejut selama tiga hari. Cuti untuk tenangkan fikiran tapi bala pula yang datang. Ni siapa pulak yang datang ni? takkan orang yang sama macam semalam kot! Amboi, tak sabar-sabar nakkan keputusan nampak! Kutuk Adilla.
“Keluarlah dulu.” Dengan malas, Adilla keluar dari bilik bersama tudung ringkas di kepala. Maria entah sudah menghilang ke mana.
“Tuan? Buat apa tuan datang ke rumah saya?” Adilla terkejut. Bos aku datang buat apa pulak ni? Lepas satu-satu perkara jadi, hisy. Sakit jantung jugak aku kalau macam ni hari-hari.
“Kita cakap kat luar, boleh?” Adilla menurut. Mereka duduk di pangkin di bawah pokok jambu air.
“Apa yang penting sangat sampai tuan ke sini?” Adilla rimas bila senyap-sunyi macam ni. ajak aku cakap kat luar tapi tak nak cakap pulak!
Don’t call me tuan, Dilla. We’re not at office now.”
“Huh! Mana boleh macam tu, walau ke mana saja saya pergi. Tuan masih bos saya. So kenalah panggil tuan dengan panggilan tuan.” Sinis Adilla menyindir. Ah, bos aku ke apa ke, aku tak peduli. Dia nak pecat pun aku rela. “Apa yang membawa tuan ke sini?”
“Awak.”
“Saya? Kenapa saya pulak? Oh, pasal saya ambil EL dan cuti mengejut tu? Saya mintak maaf banyak-banyak. Saya tak sempat nak beritahu sendiri kat tuan, ada hal penting.” Terang Adilla.
Qushri a.k.a Tuan Arman masih berdiam. Sampai bila nak diam ni. Aku masuk dalam rumah kang.
“Sebenarnya saya yang hantar rombongan meminang semalam tu,”
“Hah?” Aku tak salah dengar kan?
“Saya yang hantar rombongan meminang ke rumah awak semalam.” Ulangnya sedikit kuat. Adilla jadi bisu terus. “So awak terima tak?”
“Hah?”
“Apsal jadi pekak pulak ni? Selama ni okey aje.” Adilla pandang orang di sebelah macam nak mkaan orang. Huh!
“Kata orang tua-tua, diam tu tandanya setuju. Kan?”
“Heh. Bila pulak saya kata setuju?” Ada rasa geram di situ. “Why me? Where your Julia, Elia, Fify and all of them?”
Because I want you. Not Julia, Elia or all of the women in the world. Just you.”
“Saya tak nak beri apa-apa keputusan. Tapi saya nak tanya satu soalan.”
“Apa dia?”
“Ke mana Qushri yang saya kenal dulu? Kalau awak kenal, tolong kembalikan dia.” Dan Adilla mengatur langkah masuk ke dalam rumah. Dia buntu.
Qushri terpempam. Kata-kata Adilla jelas menyindirnya. Dia punya alasan sendiri kenapa dia pilih untuk buat begitu.

14 ulasan:

  1. Balasan
    1. sambung ar..tak puas..nak tau kesudahan dia..pls Fieyza..(dgn muka baudget cute) ;P

      SZ

      Padam
  2. apsal macam tergantung ni.. tak puas membacanya;
    persoalan, kenapa Q berubah sikap?
    please cik penulis, tolong sambung lagi..

    BalasPadam
  3. insya-Allah akan ada sambungan sebabkan ramia permintaan supaya sambungkan cerpen ni.. okey2.. sy try ye.. dah ada nanti sy up kat sini... tq semua krn sudi baca..:)

    BalasPadam
  4. mcm x logik la kalo cerpen ni berenti kat sini..ni bukannya ending yg blh pembaca fikir sndiri.banyak persoalan yang masih belum terjawab n mcm tergesa2 untuk menyiapkan cerpen ni..
    cuba lagi buat yang terbaik...da nama pun cerpen pertama kan?

    >><<

    BalasPadam
  5. betul2..cerita ni tergantung la sis...kena la bgtau sebab musabab qushri berubah perwatkan...hihi

    BalasPadam
  6. tanpa nama; cerpen ni sy taip dalam masa 3 jam je.. sbb tu tergesa2 n atas permintaan sorag peminat.. klau ikut sy, mmg sy x tulis cerpen sebab sy x boleh buat cerita yg padat n pendek mcm cerpen.... huhuhuhu

    neesa; okey2.. sdg try buat mengakhirannya....

    BalasPadam
  7. byk sgt persoalan yg tergantung, kenalah sambung ya.

    BalasPadam
  8. dah ada sambungan ye.. pls refresh blog.. tq...

    BalasPadam
  9. Ahhh...best btl!!! X sabar nk bace sambungan de...ade sambungankn

    BalasPadam
  10. Ahhh...best btl!!! X sabar nk bace sambungan de...ade sambungankn

    BalasPadam
  11. To be continue ke? Lah..siap ade part2 rupenye...ok..nk cri smbungnnya! Go to next page..eh slh..next part!!

    BalasPadam