**salam semua... ini sambungan cerpen sy yg hari tu... jenuh nak fikir sbb sy x jumpa ending yg sesuai.. huhuhu... so inilah hasilnya.. ada
yg cadang sruh buat novel penuh.. hmmm.. blh dipertimbangkan tp sy kena
peram dulu sbb nak beli laluan kepada ECH dan novel ke-4... harap suka..tq...(^_^)
SEBULAN SEBELUM ITU
QUSHRI
memandang kosong meja kerjanya yang tak pernah kosong. Sentiasa menimbun dengan
fail-fail yang entah bila akan surut. Mata dikalih ke arah pintu bilik pula.
Pemilik sebaris nama Adilla Nur Aisyah ada di luar. Huh!
Bercakap
tentang gadis itu, bukan dia tidak mengenali Adilla tapi sikap Adilla yang
memaksa dia bertindak begini. Pura-pura sombong dan tidak mengenali Adilla.
Sudah berkali-kali dia menghantar isyarat bermaksud mahu memiliki hati Adilla
ketika sama-sama menuntut dahulu tapi apa yang dia dapat? Jawapan yang sangat
mendukacitakan. Dia ditolak dengan jawapan, Adilla mahu membahagiakan emak
saudara yang telah memebesarkannya, mahu membalas jasa wanita lewat 30-an itu.
Jika
berkahwin pun, Adilla masih boleh membalas budi Maria. Dia tidak akan
menghalang niat murni Adilla. Sekarang sudah sebulan lebih Adilla berkhidmat
dengan Qushri. Dikelilingi ruang yang sangat formal antara pekerja dan bos buat
Qushri rasa muak. Dia rindukan saat-saat berdampingan dengan Adilla waktu belajar
dahulu. Mereka bebas ke mana sahaja dengan ikatan persahabatan. Usia Qushri tua
lima tahun dari Adilla. Ketika di kolej, Adilla mengambil diploma manakala Qushri
mengambil ijazah. Tapi mereka bertemu kerana berkongsi pensyarah yang sama. Dan
bermula dari situ mereka mula berkawan. Adilla lebih suka menggunakan ganti
nama kau aku dalam berkawan.
“Hoi!
Dah sampai ke mana? London?” Sergahan satu suara secara mendadak, mengejutkan
Qushri.
“Apa
ni? Masuk tak ketuk pintu, macam penyamun!”
“Kalau
penyamun, aku dah tak sergah kau. Aku angkut aje semua barang-barang dalam
bilik ni.” Balas Johan, sepupu merangkap kawan baik sejak kecil. Dia duduk
tanpa dipelawa. “Kau ni kenapa? Termenung bagai, kalah orang angau. Eh, siapa
kat luar tu? Cantik siot! Boleh jadi lauk baru!”
“Kalau
nak buat lauk kau cari orang lain. Kat luar tu dah berpunya!” Tegas nada Qushri.
Mendengar perkataan ‘lauk’ dari mulut Johan, tangannya sudah terketar-ketar.
Rasa ringan saja mahu hadiahkan penumbuk kepada lelaki itu! Johan, seorang player. Semua perempuan dia nak cuba.
“Berpunya?
Isteri orang ke?”
“Hmm..”
“Melepas
aku. Tapikan, tunang orang lagikan dirampas, inikan pula isteri orang.” Johan
seperti sedang fikirkan sesuatu.
“Eh
kau ni. Tak boleh tengok orang senang. Kau tau tak apa hukumnya runtuhkan rumah
tangga orang. Berdosa besar tau!”
“Yalah,
yalah pak ustaz. Kepohlah kau ni. Aku cakap aje,”
“Kau
nak apa ni?” Qushri malas nak melayan si Johan ni.
“Adoi.
Lupa pulak aku lepas tengok awek cun. Makan jom! Kau tak pandai lapar ke? Dah
tengah hari ni.”
“Kau
pergilah makan sorang. Aku ada banyak kerja ni,” jawab Qushri. Fail di hadapan
dia belek sehelai dua. Sengaja nak tunjukkan kerjanya yang berlambak tu.
“Eleh,
tadi elok je mengelamun. Sekarang
banyak kerja pulak. Blah la kau!”
Johan
berlalu keluar dari bilik Qushri. Bukan Qushri tak nak keluar makan tengah hari
tapi dia ada agenda baik punya. Nak tahu apa agendanya? Jom ikut Qushri.
Selepas pasti kelibat Johan betul-betul hilang, Qushri pantas keluar dari
bilik. Sudah kosong ruang pejabatnya itu. Kaki di hala ke arah pantri. Nasib
baik ada ruang yang agak tersorok di situ. Bolehlah dia mengintai apa yang
sedang tuan puteri pujaan hati sedang lakukan.
Inilah
kerjanya setiap masuk waktu tengah hari. Mengintai Adilla yang sedang menjamu
selera bekal yang dia bawa. Kadang-kadang kesian juga pada Adilla kerana
terpaksa bawa bekal setiap hari ke tempat kerja. Tapi dia faham. Inilah susah
payah hidup di kota besar. Segalanya mahal, jadi bawa bekal adalah salah satu
cara untuk berjimat.
Adilla
sudah bangun ke singki dan Qushri mahu lekas-lekas beredar dari situ.
Berlama-lama nanti akan disedari Adilla pula. Tapi..
“Eh,
tuan. Nak air ke?” Qushri tertangkap!
“Err..
haah. Buatkan saya Nescafe 3 in 1,”
Qushri berlalu dengan langkah yang sumbang. Fuh! Harapnya Adilla tak perasan
apa-apa.
SEMINGGU SEBELUM ITU
“MUMMY! Mummy!”
“Apa
dia Man? Terpekik panggil mummy macam
tu.” Hajah Amna menjenguk dari taman mininya. Sakit apa anak aku hari ni sampai
balik awal dari pejabat.
“Mi,
mummy kena tolong Man.”
“Tolong?
Tolong apa pulak ni?” Rerumput yang mula meliar di dalam pasu bunganya dicabut.
“Tolong
pinangkan perempuan untuk Man.”
“Hah?!” Terhenti terus tangan Hajah Amna
melakukan kerjanya. Wajah si anak dia pandang. “Perempuan mana?”
Qushri
mula membuka cerita. Siapa perempuan itu, bagaimana mereka boleh kenal dan
segala-galanya. Idea menghantar peminangan ke rumah keluarga Adilla lantaran
sikap Johan yang suka mengacau Adilla sejak akhir-akhir ni. Amaran yang Qushri
berikan dulunya langsung tak diambil kisah. Elok-elok Adilla ada depan mata,
parah kalau jatuh ke tangan orang. Lagi-lagi orang seperti Johan! Sebelum
dikebas orang, baik dia dulu yang masuk jarum.
“Tapi
kita tak boleh pergi sekarang. Abi kan tak ada.”
Qushri
tepuk dahi. Lupa yang abinya ke Singapura kerana menghadiri seminar usahawan
negara Asia Tenggara.
“Tak
apa. Lepas abi balik, mummy terus
bagi tahu abi ye. Please.” Pujuk Qushri.
“Yalah,
yalah!”
SELEPAS
kes pinang-meminang tu, Adilla masuk pejabat macam biasa. Bagai tak ada apa
yang berlaku. Lagi pun dia tak ada terima apa-apa notis dari orang atasan
berupa surat pemecatannya. Jadi maknanya, dia masih lagi bergelar kakitangan
syarikat ini. Kerjanya dilakukan seperti tiada apa yang berlaku. Dia masih
layan Qushri sama seperti sebelum ni. Apa-apa hal, Qushri tetap bosnya.
Interkom
berbunyi. Adilla dipanggil masuk ke bilik tuan besarnya. Dia mengeluh. Ini yang
lemah ni. Dia mengelak tapi terkena juga. Buku tebal seakan dairi diangkut
sama.
“So, what’s your decision?” Itu soalan
pertama yang menyapa telinga. Bukannya disuruh duduk dahulu.
“Keputusan
apa?” Adilla bertanya bagai orang bodoh.
“Takkan
awak nak saya cerita dari awal sampai akhir kot.” Perli Qushri. Dia dah bagi
masa untuk Adilla fikir, takkan tak ada jawapan lagi?
“Bagaimana
pula dengan pertanyaan saya semasa di kampung beberapa hari lepas?” Jika Qushri
menagih jawapan, Adilla juga perlukan kepastian dan jawapan.
Qushri
tarik nafas dan dihela kemudian. Jika itu yang Adilla mahukan, baik. Dia akan
berterus terang.
“Memang
saya masih Qushri yang awak kenal dulu. Awak kenal macam mana saya kan? Saya
buat semua ni bukan sebab nak sombong dengan awak. Saya ada alasan sendiri. Ini
semua perancangan saya. Tapi pemilihan awak masuk ke syarikat ini bukan bidang
kuasa saya. Itu semua kerja bahagian HR dan semasa awak mula bekerja di sini,
saya terpaksa mengikuti seminar di Sabah. Masuk-masuk saja hari yang saya nampak
awak kat pantri dengan Wanda tu, memang saya terkejut. Dan segalanya bermula
selepas itu. Orang yang awak lihat sombong, angkuh, berlagak itu adalah
sebahagian dari lakonan saya.” Dia berjeda seketika. Dia bersandar pada
belakang kerusinya.
Adilla
pandang tajam Qushri. Penerangan lelaki itu masih belum lengkap.
“Kenapa?”
“Awak
tanya kenapa? Okey, saya akan ceritakan kenapa saya buat itu semua. Awak yang
paksa saya berlakon! Semuanya kerana awak!”
“Heh,
saya? Kenapa saya?” Qushri renung tajam mata Adilla. Tapi Adilla pantas
melarikan pandangan matanya.
“Dua
kali saya propose awak. Berkali-kali
saya bagi hint. Tapi semuanya
menghampakan saya. Jawapan yang saya terima sangat mengecewakan saya.
Balik-balik awak cakap nak bahagiakan usu awak, nak balas budi usu awak. Kalau
awak kahwin dengan saya, saya takkan halang awak nak buat semua tu. Itu hak
awak. Saya tak ada hak nak halang. Kenapa susah sangat awak nak faham saya?”
Adilla
terdiam. Kepalanya ligat berfikir mencari jawapan kepada persoalan Qushri itu.
Namun, belum pun sempat mulutnya terbuka untuk menjawab, telefon di atas meja
Qushri berbunyi. Agak lama dia menunggu sehingga dia kebosanan. Akhirnya dengan
bahasa isyarat, dia meminta diri keluar dahulu dari bilik Qushri.
TENGAH
hari itu, Qushri keluar awal kerana ada temujanji khas dengan pelanggan
terbesar syarikat abinya. Rasanya jika terlepas untuk mengintai Adilla rehat
tengah hari ini tidak apalah, dia sudah meluahkan apa yang dia rasa. Hanya
menunggu tindak balas Adilla saja selepas ini. Itu pun jika Adilla faham akan
perasaannya. Jika tak, tak tahulah.
Qushri
masuk kembali ke pejabat sedikit lewat. Perbincangan dengan pelanggan tadi
berlanjutan lama. Nasib baik jugak selepas itu dia tak ada temujanji lain.
Masuk saja dalam bilik, ada sepucuk surat di atas meja. Hanya tertulis namanya
di atas sampul surat. Isi dalam dibawa keluar walau terasa pelik.
Tuan
Arman Qushri Haji Adnan,
Assalamualaikum,(tak
jawab dosa..)
Okey,
straight to the point je ye.
1) Suruh
emak awak jumpa usu saya.
2) Saya
tak nak bercinta. Bercinta lepas kahwin lagi afdal.
3) Saya
tak nak kahwin ekspres. Nanti orang cakap kena tangkap basah pulak.
4) Saya
nak ada proses merisik, bertunang, nikah dan sanding. Orang Melayu mestilah
beradab.
Rasanya
saya dah tak perlu bagi tahu jawapannya. Semuanya sudah tertulis seperti di
atas. So, faham-faham sendirilah.
Wassalam.
Kertas
di tangan dia lipat kembali. Bibir tak sudah-sudah mengukir senyum lebar.
Adilla, Adilla, Adilla. Pandai awak pura-pura masa saya lalu depan meja awak
tadi ya, bisik hatinya. Lalu ganggang telefon dia capai.
“Mummy, hujung minggu ni kita ke rumah
Adilla sekali lagi boleh tak?” Di hujung talian jelas suara Hajah Amna yang
terkejut.
Qushri
terus senyum. Akhirnya Adilla Nur Aisyah miliknya! Alhamdulillah.
TAMAT.
Ringkas tapi tepat...
BalasPadamTQ utk sambungannya..
fuh! lega.. akhirnya.. tq dear...:)
BalasPadamCerita yg relax dan santai... I like...
BalasPadamTerima kasih sebab berusaha menyambung.
BalasPadamOkey, saya senyum dan puas hati dengan penamatnya :)
best,best n best akak suke pd cerite yg ending nye hepy...hehe
BalasPadamtanpa nama; terima kasih krn baca..:)
BalasPadampena tumpoi; sama-sama.. kiranya penantian untuk siapkan sambungan cerpen ni berbaloi jugak.. hehehehe:D
kak norihan; saya memang x pandai tulis cerita endingnya sedih.. sy susah nak bermain dengan character yg begitu.. huhuhu
cerita dye pendek tapi best
BalasPadamand saya suka...... tq sbb smbung
ur wlcme.... terima kasih jugak sbb baca n suka... :)
BalasPadambest....
BalasPadamtq^_^
BalasPadamtq epy lina kerana baca..:)
BalasPadamtanpa nama; ur wlcme..:)
pendeknye...sambung la lg kak...huhu...=)
BalasPadambest2....xsabar nk tunggu jadi novel...
boleh buat dr zaman bljr-keje-da kawen...
hee...thanks..=)
ringkas sangat. tapi jalan cerita dia dah best. takda sambungan ke? haha! ok gurau.
BalasPadamEndingnya kurang ok
BalasPadam