Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 17 September 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB26

PUAN Hasnah termenung panjang di meja makan di ruang dapur rumahnya. Fikirannya menerawang mengingati peristiwa semalam ketika dia menghadiri kelas mengaji yang memang diadakan setiap hari di masjid kampungnya. Di sana, dia terserempak dengan Hajah Karimah, besan tak jadinya. Puas dia mengelak tapi nak buat macam mana. Jauh mana dia lari, mereka tetap bertembung juga.

“Nah, awalnya nak balik,” tegur Hajah Karimah perlahan. Puan Hasnah terpaksa memaniskan muka dengan senyuman palsu walaupun dalam hati nak sangat cepat-cepat beredar dari situ.

“Err.. Oh, ada tetamu nak datang ke rumah malam ni, hajah. Tu yang terpaksa balik awal. Nak juga sediakan makan-makan sikit,” tiba-tiba idea itu terlintas difikirannya. Hentam jelah labu. Tipu sunat!

“Oo... Macam tu,” panjang harakat ‘o’ Hajah Karimah. “Husna ada balik hari ni. Hmm... Rancangnya nak ajak dia ke rumah Nah petang ni tapi Nah pulak ada tetamu. Tak apalah, mungkin lain kali.” Tutur Hajah Karimah lembut. Dia masih tak dapat menghidu tingkah Puan Hasnah yang sedikit gelisah itu.

‘Hajah, ruginya saya tak dapat berbesan dengan hajah.’ Keluh Puan Hasnah di dalam hati. Nak buat macam mana, perkara dah jadi. Takkan dia kena suruh Harith berkahwin dua pula. Tak mungkin dan tak akan!

“Alahai, tak dapatlah kita bertemu. Mungkin lain kali,” balas Puan Hasnah dengan senyum masih melebar di bibir. “Err.. Hajah, saya minta diri dulu ya. Assalamualaikum,” selepas bersalam dengan Hajah Karimah, Puan Hasnah terus menyarung selipar ke kaki dan perlahan-lahan berjalan beredar dari perkarangan masjid. Tiada guna dia berlama-lama di situ. Lagi menambahkan dosa pula kerana banyak cerita bohong dari yang betulnya.

Hajah Karimah tergeleng-geleng melihat tingkah pelik sahabatnya itu. Seperti sedang kejarkan sesuatu. Ah, perasaan aku saja ni. Desis hati kecil Hajah Karimah dan berlalu ke keretanya.

“Amboi, jauh termenung!” Suara teguran Haji Ahmad mematikan lamunan Puan Hasnah. Terpinga-pinga dia sebentar. Paras suaminya dia jeling sekali.

“Amboi, main jeling-jeling pulak. Juling mata tu nanti baru tahu,” usik Haji Ahmad.

Puan Hasnah tetap beku. Diam tak mahu bercakap. Sememangnya dia sedang melancarkan mogok suara. Tindakan suaminya menerima setiap tindakan Harith buat hatinya terbakar. Lantas, dia mengambil langkah membisu. Malas dia nak layan setiap usikan Haji Ahmad.

“Awak masak apa hari ni, Nah?” Tudung saji di atas meja dia buka. “Eh, awak tak masak ke?” Terlontar soalan itu dari bibir.

Puan Hasnah angkat punggung. Soalan si suami tidak dia hiraukan.

“Eh, saya tanya ni. Ha, bagus sangatlah tu. Awak marahkan along sampai dengan saya sekali terheret sama. Bagus!” Keras suara Haji Ahmad. “Jangan nanti saya pulak yang bawa balik isteri sorang lagi baru padan muka awak!” Dan Haji Ahmad berlalu keluar dari rumah. Panas hatinya saat itu.

Puan Hasnah terlopong. Tidak disangka suaminya sanggup berkata begitu. Matanya merenung pintu dapur.

SEMALAM Arlyssa menerima panggilan dari Puan Aini yang menyuruh dia dan Harith pulang ke rumahnya segera. Ada perkara penting yang ingin dia bincangkan dengan Arlyssa. Kelam-kabut dia dan Harith memohon cuti dan sekarang mereka sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Sempadan Terengganu-Pahang sudah dilepasi dan sekarang sudah berada di atas Lebuhraya Pantai Timur(LPT).

Sepanjang tiga jam pertama, Arlyssa diam melayan rasa kantuk yang masih menguasai diri. Sebaik kereta memasuki LPT, dia terpisat-pisat di kerusi sebelah pemandu.

“Kat mana ni?” Tiba-tiba mulutnya menyoal.

“Dah atas LPT.” Balas Harith. “Nak berhenti kat R&R ke?” Wajah orang sebelah yang masih mamai dia jeling dengan hujung mata.

“Tak kot,” Arlyssa masih blur.

Harith meneruskan pemanduan sambil ditemani alunan lagu dari CD yang terpasang. Dua jam kemudian, mereka melepasi Plaza Tol Gombak. Harith memandu masuk kereta Arlyssa terus ke dalam garaj, tempat parkir milik Arlyssa sejak dulu lagi. Sebaik enjin kereta dimatikan, Puan Aini terus meluru ke arah mereka.

“Ada hal apa mama?” Tanpa sabar, Arlyssa terus menyoal.

“Kita masuk dulu,” Puan Aini memimpin tangan Arlyssa. Manakala Harith sibuk mengeluarkan beg pakaian dari bonet kereta.

“Lys rehat dulu, mesti penatkan berjalan jauh. Malam nanti kita ada tetamu,” ujar Puan Aini.

“Tetamu? Siapa?”

“Lys tunggu je ya. Dah, pergi rehat dulu,”

Arlyssa kecewa dengan jawapan mamanya. Lambat-lambat dia masuk ke dalam biliknya. Sudah lama sangat dirasakan dia meninggalkan bilik itu. Rindu! Langsir yang menghalang cahaya matahari daripada menerombos masuk dia tolak ke tepi. Pintu gelungsur dia buka perlahan. Angin petang menyapa pipi. Nyamannya!

Harith tolak perlahan pintu bilik guna kaki kanan. Beg Arlyssa ni berat giler. Entah apa yang dia letak dalam beg ni tak taulah. Letak batu ke? Beg itu dia sandarkan pada kaki katil. Badan dah terasa melekit semacam. Kalau dapat mandi best jugak ni. Lantas dia bawa keluar tuala dari beg pakaian dan disangkutkan di bahu. Tapi langkahnya tidak terus ke arah bilik air. Terasa ringan kakinya merapati batang tubuh Arlyssa.

Lama dia berdiri di situ sambil memandang sisi belakang isterinya. Arlyssa berpusing, mahu masuk ke dalam biliknya tapi matanya bertembung pandang dengan sepasang mata coklat milik Harith Habiburrahman. Dia ke kiri, Harith ke kiri. Dia ke kanan, Harith ke kanan. Eh, apasal pulak ni? Nak main galah panjang ke apa ni?

“Hisy, sampai bila nak main macam ni?” Arlyssa kegeraman.

“Sampai esok boleh?” Bibir itu menguntum senyum lagi.

Akhirnya Arlyssa dapat peluang meloloskan diri dari permainan Harith. Harith hanya memandang tingkah Arlyssa yang sudah berbaring di atas katil. Tangan dia depakan menelentang di atas katil dan mata terpejam.

“Jangan tidur sayang. Baik mandi dulu, baru tidur.” Bisik Harith sambil menyentuh pipi Arlyssa dengan bibir. Sempat lagi tu. Pantas mata Arlyssa terbuka tapi Harith sudah menghilang ke dalam bilik air. Semerta tangannya menyentuh pipi, tempat Harith cium tadi.

MALAM menjelma jua. Sejak sebelum maghrib lagi Arlyssa sibuk di dapur membantu Bibik Nor dan Puan Aini menyediakan hidangan makan malam. Harith dan Syed Yusri sedang sibuk berbual di ruang tamu. Entah apa topik yang mereka bualkan tapi apa yang Arlyssa perasan, alongnya sungguh rapat dengan Harith. Sudah berulang kali dia soal mamanya, siapa tetamu yang akan datang malam ni tapi mamanya setia berdiam diri. Isy. Tak sukalah main rahsia-rahsia macam ni.

Tepat jam 8.00 malam, tetamu yang Puan Aini sebutkan itu sampai jua. Tika itu dia masih lagi sedang bersiap di dalam bilik. Jadi Puan Aini, Syed Yusri dan Harith yang menyambut kedatangan tetamu itu. Terkejut juga Harith ketika terpandangkan wajah tetamu. Dan tetamu mereka juga dengan riak yang sama.

“Harith, panggil Lys turun,” arah Syed Yusri dan Harith akur.

Tanpa mengetuk terlebih dulu pintu bilik, Harith terus masuk. Tercengang Arlyssa yang sedang membetulkan sanggul di hadapan meja solek. Pandangan mereka bertemu. Bagaikan terpanggil, Harith merapati Arlyssa. Spontan tangannya mendarat di pinggang isterinya tanpa menghiraukan pandangan mata Arlyssa.

“Hmmm... Wangi.” Bisik Harith. Bibirnya singgah di tepi telinga Arlyssa.

Entah kenapa Arlyssa hanya merelakan setiap perlakuan Harith. Jika sebelum ini, Harith sentuh tangan pun dia dah melenting. Bibir Harith menjalar hingga ke leher jinjang Arlyssa. Mereka saling tergoda dan menggoda.

“Lys!” laungan suara Puan Aini dari tingkat bawah mematikan tingkah Harith. Spontan pelukan di pinggang Arlyssa longgar.

“Ehem.. Err... Tetamu mama dah sampai,” itu yang sepatutnya keluar dari mulut Harith tapi lain pulak yang jadi.

Bagai tersedar dari mimpi, pantas tangan Arlyssa mencapai tudung ekspres dan disarung ke kepala. Harith terlebih dahulu ke ruang makan. Arlyssa menghampiri meja makan. Terkejut dia melihat tetamu istimewa mamanya.

“Pak Cu?” Haji Jamal senyum dengan riak terperanjat itu.

“Lys,” tegur satu suara milik seorang wanita.

“Mak Usu!” Teriak Arlyssa kesukaan. Pantas dia memeluk wanita pertengahan 40-an itu.

Mak Usu atau nama sebenarnya Hajah Melur dan merupakan isteri kepada Haji Jamal.

“Dah-dah, jom makan dulu. Lepas ni kalau nak berborak sampai pagi pun boleh,” ujar Haji Jamal.

Mereka melangkah ke meja makan dan menikmati makan malam sambil diselangi dengan pelbagai cerita. Selepas makan, Arlyssa membantu Bibik Nor mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi.

“Lys, meh sini dulu. Bawaklah kopi dan buah kat dapur tu,” laung Syed Yusri yang telah berkumpul di halaman rumah bersama Puan Aini, Harith, Haji Jamal dan Hajah Melur.

“Ya, sekejap.” Balas Arlyssa.

“Tak apa cik, tinggalkan aje. Bibik boleh buat.”

“Tak apa ke, bik?”

“Tak apa, cik.”

Lantas Arlyssa menatang dulang berisi set teko kopi dan buah-buahan yang telah dipotong untuk dibawa ke depan. Bibik Nor hanya memandang. Dia bersyukur sangat sikap anak bongsu majikannya itu sudah berubah. Tiada lagi sikap berangin macam dulu. Lagi satu, Arlyssa dah ringan tulang membantu di dapur. Alhamdulillah, Bibik Nor mengucap syukur. Dia menyambung kembali kerja-kerja yang tertangguh tadi.

Arlyssa menghidang di atas meja taman.

“Mari duduk sekali, Lys,” ajak Haji Jamal. Arlyssa akur, dia duduk di sebelah Harith.

Mereka diam seketika sebelum suara Haji Jamal memecah ruang sunyi.

“Apa cerita sebenarnya ni Lys?”

Dahi Arlyssa berkerut tanda tak faham. Semua pasang mata terarah pada Haji Jamal. “Errr... Cerita apa?”

“Alahai, buat-buat tak faham pulak. Sudah-sudahlah tu Lys, Pak Cu dah tahu hubungan kamu dengan Harith tapi rasanya lebih baik Pak Cu dengar dari mulut kamu sendiri kan? Hmmm.... Atau Harith yang nak buka cerita?”

Arlyssa pandang Harith. Harith diam seperti tak tahu nak kata apa. Harith angkat kepala dan pandangan mereka bertemu.

“Eh, kalau nak main mata tunggu lepas ni ya. Jawab dulu soalan Pak Cu tu.” Suara Syed Yusri tiba-tiba menyampuk.

Aduh along ni, sibuk je!

“Err... Macam mana nak mula ni? Hmm.. Ceritanya macam ni....” Empat pasang mata tak henti merenung Arlyssa. Dalam rasa gemuruh yang menguasai diri, Arlyssa memulakan juga cerita yang mungkin Haji Jamal sudah tahu tapi tidak sepenuhnya. Arlyssa ceritakan dari awal bagaimana perjalanan kisah dia dan Harith bertemu, ditangkap basah dan dipaksa kahwin. Tidak tertinggal satu pun.

“Lys tak tahu siapa yang cuba perangkap kamu berdua malam tu?” Pak Cu bertanya.

“Mungkin Najwan,” mendatar suara Arlyssa. Pandangannya jauh dibuang ke depan. Dia hanya meneka kerana Najwan salah seorang dari lelaki yang suka mengejarnya.

Najwan lagi? Hati Harith menyoal tidak enak.

“Siapa Najwan?” belum sempat Haji Jamal bertanya, Syed Yusri lebih laju menyoal. Nama lelaki yang baru Arlyssa sebut tu macam dia pernah dengar.

“Lelaki yang Lys anggap sebagai teman sahaja. Tak lebih dari tu. He’s admire me since Lys study di Aussie dulu. Macam-macam cara yang dia buat supaya Lys jatuh dalam dakapannya tapi Lys tak pernah layan. Mungkin sebab itu dia berdendam dan merancang perkara bodoh tu.” Luah Arlyssa satu-persatu.

“Lys tak buat report balik?”

“Tak. Sebab Lys tak ada bukti.” Dia berjeda seketika. “Hmm... Well, kalau Lys ada bukti, perkahwinan ni mungkin tak terjadi.” Lepas kata-kata Arlyssa. Tanpa disedari kata-katanya telah mengguris satu hati.

“Tak apalah Lys, benda dah jadikan.” Hajah Melur menepuk perlahan tangan Arlyssa, meredakan rasa hati Arlyssa. Ruang antara mereka sunyi seketika.

“Oh ya, hampir terlupa pula. Ni hadiah yang Pak Cu janjikan tu. Bukalah,” sampul surat putih bertukar tangan. Tanpa sabar Arlyssa terus membuka lipatan surat itu. Bait kata yang tertulis di atas kertas putih itu dia baca satu-satu. Wajahnya tercengang tiba-tiba. Pantas wajah Haji Jamal dia pandang.

“Betul ke ni Pak Cu? Tapi kenapa saya?” Arlyssa keliru. Bagai mimpi apa yang tertulis di atas kertas itu adalah untuknya.

“Kerana inilah janji Pak Cu pada diri sendiri. Kalau Lys berjaya selesaikan kes pecah amanah ni, jawatan pengurus cawangan Hajra di Terengganu milik Lys.” Beritahu Haji Jamal.

“Tapi Lys rasa Lys tak layak untuk terima semua ni. Ia terlalu mendadak.” Arlyssa masih tak percaya.

“Terima ajelah dik. Bukan senang tau nak dapatkan kepercayaan Pak Cu,” separuh bergurau Syed Yusri menyampuk. Puan Aini dan Hajah Melur turut mengangguk, bersetuju dengan tindakan Haji Jamal. Hanya Harith yang membisu sejak tadi. Seperti tenggelam di dalam dunianya sendiri. Dia terasa hati dengan kenyataan Arlyssa.

Arlyssa terdiam. Berfikir barangkali.

“Dah tak payahlah nak fikir-fikir. Terima ajelah Lys,”

Akhirnya Arlyssa akur.

“Okey, kes Lys dah selesai. Sekarang giliran saya pulak nak beritahu sesuatu,” Syed Yusri bersuara.

“Along nak beritahu apa pulak ni?”

“Hmm.. Begini, bermula minggu depan along terpaksa berkursus selama dua bulan di Sabah. Jadi, sepanjang along berkursus, mama akan tinggal dengan korang. Boleh kan?”

“Habis tu, bibik macam mana?” Mama kena tinggal dengan aku? Aduh! Masak macam ni. Habislah rahsia aku terbongkar. Kalau dua hari bolehlah cover apa yang patut. Ni dua bulan! Aduh! Mati macam ni!

“Bibik akan bercuti selama dua bulan tu dan bibik akan pulang ke kampungnya. Amacam?”

“Boleh, apa tak boleh pulak,” tiba-tiba Harith bersuara. Dia yang hanya menjadi pemerhati sejak tadi, menyampuk mendadak. Laju kepala Arlyssa tertoleh memandang Harith. Isyarat mata dia hantar tapi Harith hanya buat bodoh. Macam tak ada apa yang berlaku.

“Baguslah macam tu,” lega Syed Yusri mengucap kata.

“Eh, dah lewat benar ni. Kami mintak diri dululah.” Haji Jamal dan Hajah Melur bangun. Mereka sudah bersiap-siap untuk beredar.

“Terima kasih Pak Cu kerana datang,” ucap Syed Yusri sebagai wakil tuan rumah. Mereka semua menghantar kepulangan pasangan suami isteri itu hingga ke pintu pagar.

Kerana kepenatan melayan tetamu, Arlyssa terus memanjat tangga untuk ke bilik. Matanya sudah kuyu benar.

“Eh, nak ke mana tu?”

Kaki Arlyssa yang sudah berada di anak tangga terakhir terhenti melangkah kerana soalan Syed Yusri yang mendadak itu. Dia pandang Alongnya yang berdiri di anak tangga pertama.

“Bilik, nak tidur.”

“Harith?”

“Kat atas kut.” Arlyssa pun tak pasti kat mana Harith sekarang ni. Hentam ajelah.

“Hmm.. Pergilah naik.” Dan kaki terus diatur ke arah bilik.

Syed Yusri sebenarnya ada satu lagi kejutan untuk Harith dan Arlyssa tapi disebabkan sudah lewat malam dan Harith mungkin sudah tidur, dia mematikan hasrat hati. Mungkin esok saja dia khabarkan kepada pasangan suami isteri itu.

Pintu bilik Arlyssa tolak dengan mata yang benar-benar mengantuk. Selepas sampai pagi tadi sekejap sangat dia dapat berehat. Tanpa menunggu lama, dia terus merebahkan badan di atas katil. Ah, leganya. Tangannya meraba ke ruang sebelah, mencari bantal peluk. Tapi tiba-tiba dia terpegang sesuatu benda keras. Benda apa pulak ni?

Tangannya meraba lagi. Akalnya tiba-tiba terfikirkan sesuatu. Pantas matanya terbeliak.

“Hei, bangun!” Jerit Arlyssa. Dia terlupa di mana mereka berada tika ini. Mereka bukan di rumah sendiri yang Arlyssa boleh tengking sesuka hati.

Harith pegun tak bergerak. Macam sengaja nak buat Arlyssa naik angin. Amboi, makin sedap landing nampak! Mata yang tadinya sangat mengantuk, terus segar semula.

“Harith bangun!” ton suara Arlyssa masih tinggi. “Hei! Bangun!” Badan Arlyssa sudah menegak dan tangan sedang bercekak pinggang.

“Hmm... Kenapa dengan awak ni? Nak mama dengan along bangun ke?” Harith membalas sambil memeluk bantal. Malas dia nak layan angin Arlyssa yang tak tahu bila nak redanya. Asyik nak marah orang je memanjang!

“Bangunlah! Pergi tidur kat sofa tu!” arah Arlyssa.

“Buat apa nak tidur atas sofa sedangkan katil ni ada. Katil ni besarlah. Ruang awak kat sini dah ada, tidur jelah kat sini. Buat letih mulut je bising malam-malam buta.” Rungut Harith. Pak cik ni dah pandai merungut nampak!

“Huh!”

Kerana malas nak bercakap banyak, Arlyssa angkut bantal dan selimut sebelum dihumban ke atas sofa. Punggung dia hempas kasar di atas sofa. Harap ni rumah mama, kalau rumah sana, dah lama aku buat kecoh! Dengus Arlyssa. Tanpa menunggu lama, dia berbaring dan terus memejamkan mata. Layan tidur lagi baik!

6 ulasan:

  1. Best...#^_^
    Waiting for the next chapter...

    BalasPadam
  2. tq dear... insya Allah nanti akan ada lg new chapter..:)

    BalasPadam
  3. ish..lys nie kjap ok kjap ko..ble nk baik2 btul nie x sbar tw

    BalasPadam
  4. mereka betul2 baik d bab 28.. nk tau mcm mna diorg blh berbaik? tggu!!:D

    BalasPadam
  5. cpt la...for next bab...:)

    BalasPadam