Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Rabu, 26 September 2012

EPISOD CINTA Harlys : BAB 28


**salam... selamat pagiiii... wah2.. pagi2 lg dh letak n3.. yela, sy ni x sampai hati pulak bila kiri kanan sy org tanya, bila nak letak n3... okeh.. sekarang bab 28 dah ada.. tp ni 1st day ye.. bab 29 lg best.. hehehehe.. enjoy!

ARLYSSA merebahkan tubuh yang kepenatan di atas katil. Tudung di kepala sudah dia sangkutkan di kepala kerusi. Mereka baru saja mendaftar masuk ke dalam bilik hotel setelah menempuh perjalanan menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur. Dia membiarkan Harith mengangkat beg pakaian mereka. Dia mahu melegakan belakang badan yang lenguh akibat duduk lama di dalam kapal terbang.
Harith membiarkan beg pakaian terdampar di tepi almari baju. Amboi, sedap-sedap landing nampak! Bisik hati kecil Harith. Tanpa menunggu lama, dia terus merebahkan badan di sebelah Arlyssa. Ah, leganya. Hilang sekejap sakit belakang badannya.
“Eh, apa tidur kat sini pulak? Tidurlah kat tempat lain,” dengan mata tertutup Arlyssa tolak tubuh Harith yang semakin menghimpit badannya.
“Hmm..” sahut Harith perlahan. Rasa penat sudah menguasai dirinya.
“Harith,”
Dan akhirnya mereka berdua dibuai mimpi. Arlyssa hanya membiarkan Harith berbaring di sebelahnya. Dia sudah tiada tenaga mahu melarang Harith kerana rasa penat yang amat. Spontan tangan sasa Harith memeluk kemas tubuh Arlyssa. Isterinya langsung tak sedar sebabkan sibuk melayan kantuk.

HARITH terpisat-pisat terjaga dari tidur yang seketika cuma. Belakang tangan sibuk menggosok mata. Dan wajah wanita di hadapannya ini adalah wajah pertama yang dia tatap. Terbayang diruang matanya riak Arlyssa yang sedang senyum, marah, tercengang dan yang paling best saat muka itu menunjukkan riak tak selesa. Bagi Harith, sesosial hidup Arlyssa, dia masih belum tersasar jauh. Alhamdulillah. Masih boleh diselamatkan lagi. Arlyssa hanya mahu menunjukkan rasa memberontaknya melalui sikap begitu.
Harith mendaratkan bibirnya di pipi Arlyssa sebelum beralih ke dahi, hidung dan berakhir di leher. Arlyssa yang belum terjaga sepenuhnya menepis muka Harith. Gerak-geri bibir Harith mengacau lenanya. Harith senyum. Isy, makin lama dia berbaring begitu, makin lambat dia bangun. Sedangkan kat luar sana mungkin sudah masuk maghrib kerana melalui celah-celah cermin kaca dia lihat cahaya matahari sudah berganti dengan gelap pekat malam.
Dia merapati beg pakaian yang masih terdampar di tepi almari. Haih, tak berkemas lagi? ‘Untung’ sangat aku dapat bini macam ni. Omel Harith. Lantas, dia bawa keluar sehelai tuala dan berlalu ke bilik air.
Arlyssa terjaga. Telinganya menangkap bunyi pancuran air dari bilik air. Kepala dia kalih ke arah bilik air. Lama dia pandang pintu bilik air hinggalah pintu dibuka dari dalam. Dan mata kembali terpejam, berpura-pura sedang tidur.
Harith merapati katil. Dia senyum. Eleh, nak pura-pura tidur pulak. Dia suka kalau ada yang nak main-main macam ni. Lantas timbul idea jahat di kepalanya. Air yang menitis dari hujung rerambut dia cekup dengan tapak tangan. Lalu air itu dia alirkan ke hujung jari dan menitik jatuh ke wajah Arlyssa. Arlyssa terkejut. Dia tak sangka Harith akan buat macam tu. Amboi, main kasar nampak!
“Apa ni? Basahlah!” Dengus Arlyssa sambil menepis air yang jatuh di atas pipi dan dahi.
“Dah tau basah, tak reti-reti bangun? Hari dah senja tu!” Tutur Harith tegas.
Arlyssa buat-buat tak dengar. Bantal peluk dia paut rapat ke dada dan mata kembali terpejam. Mahu tidur lagi.
“Lys! Awak nak saya cium awak baru awak nak bangun ke?” ugut Harith spontan. Dia kejut elok-elok, Arlyssa tak nak bangun.
Dengar aje perkataan cium, badan Arlyssa sudah bangun menegak. Nampak sangat takut Harith cium dia.
“Tak boleh tengok orang senang langsung!” rungut Arlyssa perlahan.
“Tak payah nak merungut sangat. Pergi mandi, lepas tu kita solat sama-sama.” Ujar Harith sambil menyarung kain pelikat, menggantikan lilitan tuala di pinggang.
Isy, tak malu sungguh! Nak salin tu kat lainlah. Dengus Arlyssa. Dengan bibir memuncung, dia merapati beg pakaian. Dia mencari-cari tualanya. Eh, apasal tak ada? Dia pandang Harith kerana mahu bertanyakan ke mana menghilang tualanya. Tapi... Ehhh... Tu bukan tuala aku ke?!
“Awak pakai tuala saya?” Tangan Arlyssa sudah mencapai tuala yang terdampar di atas katil. Mata Arlyssa mencerlung merenung Harith dan suaminya buat-buat selamba, bagai tak ada apa yang berlaku.
“Hmm...” Sahut Harith selamba.
“Tuala awak kan ada, pakai jelah tuala sendiri!” Dengus Arlyssa. Nak tak nak terpaksalah dia capai tuala yang sudah digunakan oleh Harith itu. Sebelum kaki memijak lantai bilik air, sempat telinganya mendengar jawapan Harith.
Sharing is caring sayang!”
Caringlah sangat!” Sempat lagi mulut comel itu menyahut.

“KITA nak ke mana malam ni?” Harith menyoal sambil berbaring di atas katil. Mereka baru sahaja selesai menunaikan solat isyak.
Arlyssa menyidai kain telekung yang baru dia gunakan sebentar tadi. Sambil merungkai ikatan belakang telekung, sambil bibirnya menyoal. “Entah. Ada perancangan ke?” Dia bukannya arif sangat dengan pulau lagenda ni. Tak pernah pun jejak bumi Mahsuri ni.
“Nak jalan-jalan tak? Makan malam pun belum lagi ni,”
Kening Arlyssa terjongket. “Hmm... Bolehlah kut,” Arlyssa bersetuju aje dengan cadangan Harith.
“Jom, siap-siap.”
Usai mengunci pintu bilik, mereka beriringan melangkah ke lobi hotel. Spontan Harith menggenggam tangan Arlyssa. Arlyssa pandang tangan kanannya yang sudah berada di dalam pautan Harith.
“Perlu ke?”
“Kenapa? Berdosa ke?” Soalan berbalas soalan.
Arlyssa terdiam. Kalau Harith dah keluar ayat ‘berdosa ke’, dia diam. Kalau dia jawab apa-apa, pasti makin panjang pulak soal jawab dia dan Harith. Tak pasal-pasal kena ceramah dengan Harith. Perkara kecil diperbesar-besarkan.
Mereka menikmati makan malam di restoran hotel. Harith malas pula berjalan jauh kerana segala perancangan untuk bersiar-siar sekitar Pulau Langkawi akan bermula esok. Selesai makan, Harith menarik tangan Arlyssa supaya mengikutnya. Pantai hala tujunya kerana dia tahu, Arlyssa sangat sukakan pantai.
Arlyssa tanggalkan selipar dan terus menerpa ke arah buih-buih air laut yang sedang membadai pantai. Sebenarnya Arlyssa bukanlah seperti kebanyakan wanita yang akan pakai high heel setiap masa. Tengok keadaanlah. Takkan nak bersiar-siar atau ke pantai macam ni kena pakai high heel. Mau rasa macam otak senget!
“Lys, hati-hati. Jangan pergi jauh sangat.” Pesan Harith. Dia hanya memandang Arlyssa yang sedang dibuai keasyikkan.
Harith menalakan pandangan ke sekitar kawasan pantai itu. Tidak ramai yang suka mengambil angin pantai macam dia dan Arlyssa. Hanya beberapa kerat saja. Sekitar kawasan pantai diterangi dengan cahaya spotlight yang dipasang selang beberapa meter antara satu sama lain.
Tiba-tiba bunyi guruh mematikan lamunan pendek Harith. Kepala dia dongak ke atas. Sesekali pancaran kilat menerangi ruang langit tanda hujan akan turun. Lalu, dia merapati isterinya yang sedang ligat menguis pasir pantai dengan hujung jari kaki.
“Lys, jom balik bilik. Hari nak hujan,” ajak Harith sambil menghulurkan selipar milik Arlyssa.
“Ala, sekejapnya.” Rengek Arlyssa, diluar sedar. Terdengar manja pula di telinga Harith. Isy, apalah aku ni. Tepis suara hatinya.
“Esok ada lagi, esok kita datang lagi ya. Dah, jom.” Pujuk Harith bagai sedang memujuk anak kecil pula.
Lambat-lambat Arlyssa turuti juga saranan Harith. Mereka berlenggang ke arah lobi hotel yang boleh tahan juga jauhnya. Sekali lagi guruh berdentum dan spontan Arlyssa memaut lengan Harith. Tubuhnya sedikit menggigil.
“Kenapa? Takut ke?” Soal Harith dengan senyuman di bibir. Tapi kerana kegelapan malam, Arlyssa tidak dapat melihat senyuman itu. Nasib baik jugak Arlyssa tak nampak, kalau tak, ada jugak yang kena jeling.
Sedang mereka berjalan menghampiri lobi hotel, hujan turun dengan lebatnya. Terkoncoh-koncoh mereka berlari masuk ke dalam ruang hotel. Walau hanya sekejap tapi sempat jugalah baju mereka basah kerana hujan. Mereka terus meluru ke arah pintu lif yang telah terbuka. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam kotak lif. Harith pandang Arlyssa. Ternyata Arlyssa sedang menggigil kesejukan. Baju T di tubuh Arlyssa juga sudah basah kuyup.
Lantas, Harith memaut tubuh kecil itu ke dalam pelukannya. Menyalurkan sedikit haba agar Arlyssa tidak kesejukkan. Arlyssa tak membantah, hanya menurut. Ting! Pintu lif terbuka dan Harith menarik Arlyssa sama-sama melangkah keluar.
“Pergilah mandi, takut melarat pulak. Kalau demam, honeymoon dalam bilik jelah kita,” sempat Harith mengusik Arlyssa selepas membuka pintu bilik.
Arlyssa hanya menurut dan malas melawan. Badannya masih terasa sejuk. Selesai mandi, Arlyssa merebahkan badan di atas katil. Kepalanya terasa memberat. Mata dipejam rapat. Giliran Harith pula masuk ke dalam bilik air.
“Demam ke?” Tangan Harith mendarat di atas dahi Arlyssa. Sejuk. Kemudian dia kalihkan ke leher dan belakang tengkuk Arlyssa pula. Kerana terasa seperti lenanya terganggu, Arlyssa tolak tangan Harith yang tak reti nak duduk diam.
Harith berlalu ke arah beg silangnya. Kalau dia berjalan jauh, beg silang wajib dibawa. Bukan apa, senang untuk dia letakkan apa-apa keperluan di dalam beg itu. Sepaket Panadol dia bawa keluar dan kembali semula ke katil.
“Awak, bangun dulu, makan ubat.” Dia cuba mengejutkan Arlyssa. Kalau dibiarkan takut melarat pulak. Bekalan air masak yang dibawa dari rumah Puan Aini dia bawa keluar.
“Lys, bangunlah. Makan Panadol dulu. Kalau tak, demam awak makin melarat ni,” akhirnya Arlyssa membuka mata. Harith membantu Arlyssa bangun sedikit dan ubat di tangan dia hulur.
Sejurus menelan dua biji Panadol dan meneguk sedikit air, Arlyssa kembali berbaring. Harith menarik selimut dan menyelimuti tubuh isterinya. Harapnya esok Arlyssa kembali sihat. Kalau tak, sia-sialah honeymoon mereka jika Arlyssa demam.

ARLYSSA terpisat-pisat kerana baru terjaga dari tidur. Kepala yang semalam berdenyut-denyut kini sudah hilang. Dia mahu bangun tapi pergerakannya terbatas. Lilitan sepasang tangan Harith menghalangnya dari bangun. Eh, sejak bila pulak mamat ni baring kat sebelah aku? Semalam aku sorang je yang tidur kat atas katil ni. Hati Arlyssa digaru perasaan aneh.
Tanpa menunggu sesaat dua, Arlyssa menepuk tangan Harith dan secara tak langsung mengejutkan Harith agar bangun.
“Emm... Morning sunshine,” bisik Harith perlahan. Sunshine la sangat!
“Bila nak bangun ni?” Soal Arlyssa. “Eh, macam mana pulak awak boleh tidur kat atas ni? Sebelum ke sini, awakkan dah janji nak tidur atas sofa. Ni kenapa pulak sesedap rasa landing sebelah saya ni? Siap peluk orang lagi,” rungut Arlyssa nada tak puas hati.
“Awak meracaulah semalam, sayang. Sebab tu saya peluk awak. Entah apa yang awak sebutkan semalam saya pun tak faham.” Beritahu Harith dengan suara yang masih serak.
Aku? Meracau?  Biar betul! Macam tak logik aje. Alasan Harith sukar diterima akal Arlyssa.
“Banyaklah alasan awak. Dahlah, bangun!”
“Hmm...” Harith melepaskan pautan di pinggang Arlyssa.
Arlyssa pantas mengambil tuala dan pakaian sebelum berlalu ke bilik air.
Mereka melangkah ke restoran di tingkat bawah hotel ketika pukul 8.00 pagi. Aktiviti mereka bermula pukul 9.00 pagi yang mana semuanya sudah diatur oleh Harith. Sebuah kereta sewa juga sudah ditempah kerana di sini tiada pengangkutan awam seperti di Kuala Lumpur. Jadi, satu-satu cara untuk menjelajah setiap pelusuk pulau adalah dengan menyewa kenderaan. Daripada basikal hinggalah kepada bas persiaran disediakan untuk disewa.

9 ulasan:

  1. nampak ada perubahan pada perhubungan mereka..

    benar benar mengharap agar Arlyssa berlembut dengan Harith..dan lama dia membiarkan si Harith tu kan.. just go with d flow..mungkin apa yg dicari oleh dirinya akan dijumpai dalam diri Harith..

    Semoga honeymoon mereka akan menjadi lakaran sejarah bagi mereka berdua..akan termetri mereka menjalani tanggungjawab masing masing ..merealisasikan kehendak alam berumahtangga...
    nafkah batin...

    BalasPadam
  2. pensil comot; insya-Allah nanti akan ada lg smbungan.. tungguuu..:)
    kak ida; semuanya akan terjawab dlm bab 29.. tungguuuuu... hehehehe:)

    BalasPadam
  3. mesti lpas ni hubungan dorang jdi hubungan yg betul2 suami isteri.. xsabar nak entry seterusnya...

    BalasPadam
  4. insya-Allah.. Syed Yusri bg hadiah honeymoon ni ada maksud tersendiri tau.. apa2 hal kna tggu bab29 nanti.. hehehe:)

    BalasPadam
  5. hahahha...ni yg x sabar nk tggu next episode....

    BalasPadam
  6. Fieyza, bl dorg nie nk wat wedding dorg nie.nti timbul lak mslh len sbb x ramai tau status dorg.da la si harith tu pefuam syarie.
    Huhuhu...

    Hai x sbr tggu n3 br...

    BalasPadam
  7. ada part tu.. insya-Allah.. diorg kena settle kan masalah dgn mak harith dulu.. mak harith kan x suka dgn Arlyssa, so yg tu kena betulkan dulu baru boleh buat wedding.. tp yg pasti wedding tu kena buat sblum perut Lys ke depan.. hehehehe

    BalasPadam