Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Rabu, 16 Mei 2012

JOM BACA SEDIKIT INTIPATI ECH BAB14

WAJAH Arlyssa dia tenung lama walaupun sepasang mata itu tajam merenung ke luar cermin kereta.

“Kenapa awak tanya macam tu?” Hati Harith berdetak tidak enak saat soalan Arlyssa menyapa telinganya.

“Kalau betul Tuhan tu ada, kenapa abah pergi? Kenapa semua orang yang saya sayang pergi tinggalkan saya? Kenapa?!” Beremosi Arlyssa menyoal.

Harith diam. Kepalanya ligat berfikir mencari jawapan terbaik untuk Arlyssa. Jika tersalah jawab, teruk dia kena bidas dengan Arlyssa nanti. Badan dia kalihkan menghadap Arlyssa. Mahu memandang wajah putih bersih itu. “Okey, macam ni, awak nak dengar satu cerita tak? Ceritanya ringkas je. Macam ni, seorang lelaki datang jumpa Abu dan Abu hidangkan secawan air teh. Abu tanya kat lelaki tu. ‘Teh tu manis tak?’ Awak rasa apa lelaki tu jawab?” Harith menyoal balas Arlyssa.

“Mestilah dia jawab manis. Air teh kan biasanya manis.” Lurus Arlyssa menjawab. Harith tersenyum mendengarkan jawapan Arlyssa.

“Betul! Tepat sekali jawapan awak. Pandai betul, isteri siapalah ni. Okey, lepas tu, Abu tanya lagi. ‘Macam mana teh tu jadi manis?’ Sebab air teh tu manis mestilah sebab ada gula kan?” Laju kepala Arlyssa mengangguk. Harith senyum lagi melihat tindak balas Arlyssa. Cute sangat muka Arlyssa sekarang ni di pandangan matanya.

“Lepas tu apa yang jadi?” Arlyssa jadi teruja pula nak dengar cerita Harith.

“Lepas tu Abu tanya lagi, ‘jadi, dalam teh tu ada gula la?’ Lelaki tu bersungguh angguk kepala dan menjawab ‘ya’. Abu suruh lelaki tu tunjukkan kepada dia gula yang lelaki tu cakap ada dalam teh yang buat air tu jadi manis. Rasa-rasa awak lelaki tu dapat tak tunjukkan gula dalam teh tu?” wajah Arlyssa dia pandang lagi sambil dahi berkerut.

Gula dalam teh? Mana ada! Akal Arlyssa menjawab.

“Gula mana ada dalam air teh tu. Dah terang-terang gula tu dah terlarut sebab tu air teh jadi manis. Apalah awak ni,” ujar Arlyssa sedikit memperlekehkan soalan Harith. Tapi Harith hanya senyum sebab dia dah agak jawapan Arlyssa.

“Samalah jugak dengan…” Kata-kata Harith mati apabila Arlyssa tiba-tiba menyoal.

“Tapi kenapa dengan cerita awak ni? Apa kena mengena dengan kisah saya?” Arlyssa sangat pelik dengan cerita Harith. Rasanya tak ada kaitan langsung.

“Nilah yang saya nak bagi tahu kat awak. Cerita saya tu samalah jugak dengan soalan awak. Awak tanya kat saya, Tuhan tu wujud ke? Dan dari cerita saya tu apa yang awak faham?” Harith menyoal balas Arlyssa.

“Tak ada apa yang sama pun, soalan saya berkaitan dengan Tuhan. Tapi cerita awak pasal tehlah, pasal gulalah. Entah apa-apa.” Rungut Arlyssa. Siapa cakap anak orang kaya tu bijak? Tengok kat depan aku ni, anak orang kaya jugak tapi tak bijak pun. Tak boleh tangkap lagi maksud cerita aku tu. Bisik hati kecil Harith. Tangan Arlyssa dia genggam lembut.

“Kalau saya suruh awak buat macam Abu buat kat lelaki tu, awak rasa awak boleh jumpa ke gula yang Abu suruh cari kat dalam teh tu?” Harith bertanya lagi. Dia masih belum jemu selagi Arlyssa tak faham muslihat sebenar cerita yang dia ceritakan tadi.

“Mestilah tak! Gula tu sah-sah dah terlarut dalam air teh tu, macam manalah nak jumpa!” Nada Arlyssa naik sedikit tinggi. Gula lagi! Teh lagi!

“Dan macam tulah jugak dengan Allah. Secara mata kasar kita tak nampak kewujudanNya tapi sebenarnya Dia memang ada. Samalah macam gula dan teh tadi. Lelaki tu minum air teh rasa manis tapi bila Abu suruh dia cari gula dalam teh tu memanglah dia tak akan jumpa. Begitu jugak dengan macam mana Bumi ni wujud. Kita tak akan terfikir macam mana Bumi wujud, macam mana sistem cakerawala kita ni boleh wujud kan?” Ujar Harith.

Arlyssa ligat berfikir. Mencerakinkan segala penerangan yang Harith baru berikan.

7 ulasan:

  1. Harith mmg pndai.. Hehehe.. Pnerangan cara halus..:-)

    BalasPadam
  2. really good explanation! i like!! :D

    BalasPadam
  3. satu penjelasan yang bagus...macam mana adik fiza boleh terfikirkan cerita ni?hehehe

    BalasPadam
  4. Sy ska cara awk..sdikit sbyk org akn tpikir blik ttg kewujudan tuhan2.....tp akk....pndeklaa...1 scene pn xabes lg..isk99..xsbq sguh sy ni..heee keep it up..gud..☆☆☆☆☆

    BalasPadam
  5. yup.. betul tu.. kita, kalau nak ajak org mendekati Allah, x blh kasar2 or paksa2.. kena guna cara lembut n halus.. barulah org tertarik... mmg scene ni sy sengaja biarkan tergantung.. hehehe.. nk lg kena tunggguuuuu...:D

    BalasPadam