Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 14 Mei 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB13

“MA, hujung minggu depan along nak ke Terengganu. Mama nak ikut?” Syed Yusri bertanya dengan Puan Aini ketika di meja makan pada suatu pagi.

“Along kena kursus ke kat sana?”

“Tak, bukan along kena kursus. Tapi along nak pergi tengok-tengok cawangan Hajra kat sana.” Syed Yusri menjawab sambil menyudu nasi ke dalam mulut.

“Kenapa dengan cawangan Hajra di sana?” Hati Puan Aini sudah berdetak tidak enak.

“Ya Allah, along lupa nak cakap kat mama,” Syed Yusri menepuk dahinya. “Baru-baru ni Pak Cu suruh along ke pejabat abah. Kat sanalah dia cakap yang cawangan Hajra di Terengganu ada masalah. Banyak juga kerugian yang cawangan sana alami. Sebab tu along nak pergi melawat cawangan Hajra di Terengganu. Sedang elok Lys dah ada kat sana, nanti bolehlah kita suruh Lys pantau.”

“Nak ke dia?” Puan Aini gusar dengan cadangan Syed Yusri. Macamlah dia tak kenal dengan Arlyssa tu. Tengok pada peristiwa dua bulan lepas sudah. Tu baru suruh pergi ke pejabat utama di Kuala Lumpur, dah tunjuk perangai. Kalau ke cawangan di Terengganu, entah macam manalah pulak cara dia nak protes.

“Insya Allah, ma. Kalau cara kita tak jalan, kita suruh Harith cuba nasihatkan dia. Mungkin dia akan dengar cakap Harith.” Syed Yusri sudah bersiap-sedia dengan perisai baru iaitu Harith.

Puan Aini diam. Dia bimbang jika rancangan Syed Yusri tak menjadi. Entah kenapa, hati tuanya kuat mengatakan yang Arlyssa akan menolak cadangan Syed Yusri. Tidak mungkin Arlyssa akan berubah dalam masa yang sangat singkat.

“Ma,” panggil Syed Yusri apabila melihat mamanya diam tanpa reaksi.

“Hmm…”

“Mama nak ikut tak?” Syed Yusri mengulang soalannya tadi.

“Hmm.. bolehlah.” Puan Aini memberikan persetujuan. Alang-alang Syed Yusri nak melawat cawangan kat sana, bolehlah dia menjenguk kehidupan Arlyssa dan Harith di sana.

“Okeylah ma, along pergi kerja dulu,” Syed Yusri meminta diri dan menyalami tangan mamanya. Puan Aini menghantar pemergian Syed Yusri dengan pandangan mata.

PAGI hujung minggu itu Harith bercadang untuk buat sesuatu perkara yang baru. Perkara yang boleh merapatkan dia dan Arlyssa. Mungkin dia boleh korek serba sedikit perihal Arlyssa yang cuba Arlyssa sembunyikan. Selepas solat subuh, dia terus menyarung seluar track dan baju T ke tubuh. Tengah bersemangat berkobar-kobarlah katakan. Tanpa lengah, dia mengetuk pintu bilik Arlyssa. Si isterinya ni sangat culas bangun pagi. Itu yang dia belajar tentang perangai Arlyssa selain tak pandai masak.

“Hmm…” Sahut Arlyssa kemalasan. Sekarang ni dia sudah berubah sedikit demi sedikit. Sikap yang suka melenting tu dah mula berkurang.

“Haih, tidur lagi? Macam manalah nak murah rezeki kalau macam ni,” rungut Harith. Tombol pintu bilik dia pulas. Eh, tak berkunci? Biasanya punyalah penakut nak biarkan pintu tak berkunci tapi ni elok aje tak kunci. Takut sangat Harith menceroboh masuk. Macam-macamlah minah sorang ni.

Daun pintu Harith tolak perlahan. Gelapnya bilik ni. Mata Harith memandang langsir. Patutlah gelap. Semua tingkap masih bertutup dengan langsir. Ringan kaki Harith menghampiri tingkap. Langsir dia tolak ke tepi, memberi ruang kepada cahaya mnerombos masuk ke dalam bilik itu. Suis penghawa dingin dia tutup. Kepalanya tergeleng-geleng memandang sekujur tubuh Arlyssa yang masih enak berlingkar di atas katil.

“Ya Allah! Lys, bangunlah! Burung-burung kat luar sana dah lama terbang cari makanan. Tapi awak masih jugak berlingkar kat atas katil. Hisy, apa nak jadilah dengan awak ni.” Bebel Harith sambil tangannya ligat menarik selimut yang masih membungkus Arlyssa.

“Hmm… awal lagilah.” Balas Arlyssa sambil menarik kembali selimut yang Harith alih. Dengan mata tertutup, tangannya mengagau mencari selimut. Tapi Harith lebih pantas membawa selimut menjauh.

“Awal apanya? Cuba awak buka mata awak tu, tengok kat luar sana. Orang kalau nak murah rezeki, kena bangun awal-awal. Kalau macam awak ni, rezeki pun culas nak datang dekat.” Bidas Harith.

“Huh!” Dengus Arlyssa. Dia tak suka betul dengan Harith ni. Suka betul membebel. Rimas!

“Nak buat apa bangun pagi-pagi buta ni?” Arlyssa bangun dari pembaringan dan menegakkan badannya. Dia cuba melawan rasa mengantuk dari terus menguasai diri. Tangannya spontan menggosok kepala. Terasa gatal pulak.

“Jom teman saya jogging,” jawab Harith. Selimut sudah dia lipat dan diletak di penjuru katil.

Jogging? Awak demam ke tiba-tiba ajak saya pergi jogging? Sebelum ni tak pernah-pernah pun ajak.” Arlyssa kepelikan dengan ajakkan Harith. Dia sudah terasa mahu berbaring kembali. Perkataan jogging tu saja sudah buat dia rasa bosan.

“Jomlah. Kalau awak tak nak jogging, jalan aje. Saya tak paksa, saya nak awak teman saya aje,” Harith menarik tangan Arlyssa, menghalang Arlyssa meneruskan niatnya mahu kembai berbaring. Dia masak sangat dengan perangai Arlyssa ni.

Please..” rayu Harith. Dia sengaja buat-buat muka sedih. Arlyssa yang malas nak tengok Harith terus berdrama akhirnya bersetuju.

“Yalah, yalah. Tunggu saya kat luar, saya nak bersiap dulu.” Arah Arlyssa.

“Ala, bersiap ajelah kat sini. Saya tak kacau pun.” Sengaja Harith berkata begitu dengan niat mahu mengusik Arlyssa. Bibirnya sudah melorekkan seulas senyuman.

Arlyssa memandang tajam Harith selepas mendengarkan kata-kata lelaki itu. Amboi, boleh tahan gatal jugak mamat ni! Peristiwa ketika dia berkemban di rumah mamanya ketika pertama kali bertemu dengan Harith dulu kembali terlayar di ruang matanya. Hisy, tak boleh, tak boleh! Mata Harith bukan main terbeliak lagi masa tu. Kalau sekarang dia buat macam tu lagi, sah Harith akan terus terkam. Mereka kan berdua aje kat rumah ni. Bahaya, bahaya! Pelbagai kemungkinan berlegar-legar di ruang fikiran Arlyssa.

“Keluarlah. Awak tak nak keluar, saya tak nak bersiap!” Arlyssa sudah pandai mengugut. Tangan memeluk tubuh dan wajah sengaja dimasamkan tanda protes.

“Okeylah, saya keluar. Tak boleh nak usik sikit pun awak ni,” Harith mengalah. Dia bangun dan berlalu keluar dari bilik Arlyssa.

“Lagi satu, awak tak payahlah mandi. Kita nak pergi jogging je, bukan nak pergi ke shopping complex. Lawa-lawa pun nanti berpeluh, habis cair semua mekap tu.” Sempat lagi Harith menambah.

“Saya taulah!” Laung Arlyssa. Dalam malas-malas, dia cuba merajinkan diri menyalin baju tidur kepada tracksuit.

“AWAK, awak. Bila nak berhenti ni? Fuhh!” Arlyssa tercungap-cungap mencari oksigen. Itulah akibatnya kalau dah lama tak jogging. Sekali kena kejar Harith mulalah tak cukup udara nak sedut.

Langkah Harith terhenti. Dia pandang Arlyssa yang sedang terbongkok-bongkok sambil tercungap-cungap mencari udara. “Cepatnya dah pancit. Tulah, awak kena selalu bersenam, barulah bila berjogging macam ni tak cepat pancit.” Tegur Harith.

Alah, dia yang bercakap bolehlah. Tapi badan dia memang tegap. Mesti selalu bersukan ni. Rumus Arlyssa.

“Jom rehat kat sana sekejap.” Ajak Harith sambil menarik tangan Arlyssa ke arah sebuah bangku yang berdekatan. “Awak duduk sekejap, saya nak ambil air dalam kereta.”

“Okey,”

Sementara menunggu Harith pergi ambil air, Arlyssa meliarkan mata memandang ke sekeliling kawasan riadah itu. Taman Awam Batu Buruk. Pertama kali dia sampai di situ. Cantik juga tempat itu. Berhampiran tempat riadah ini terdapat beberapa buah hotel pelancongan. Kedudukan hotel itu sangat strategik kerana menghadap Pantai Baru Buruk. Di Kuala Lumpur ada banyak kawasan riadah seperti Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri dan Taman Bukit Jalil tapi Arlyssa tak pernah pun ke sana. Entah, bagi dia tak ada apa-apa yang istimewa kat sana.

“Nah,” suara Harith mematikan lamunan Arlyssa. Botol air mineral di tangan Harith dia ambil dan diteguk perlahan. Terasa lega tekaknya saat air menuruni kerongkongnya.

“Awak menungkan apa tadi?” Harith bertanya sambil mengambil tempat di sebelah Arlyssa.

“Tak ada apa-apalah. Saya saja-saja tengok sekitar taman ni,”

“Err.. kalau saya tanya sikit, awak tak marahkan?” Teragak-agak Harith mahu bertanya. Takut juga kalau dia terus tanya nanti ada yang tunjuk protes balik.

“Apa dia? Bergantung jugak kepada soalan awak tu,”

Bergantung kepada soalan aku? Aduh, kalau aku terus soal macam tu je, mesti dia takkan jawab. Harith berkira-kira di dalam hati. Tanya salah, tak tanya lagi salah. Serba-salah dia jadinya.

“Yang awak senyap ni kenapa? Tadi cakap nak tanya saya, tapi kenapa diam pulak?” Arlyssa pelik apabila Harith tiba-tiba diam. Tadi beria sangat nak bertanya, siap minta izin lagi.

“Err.. tak ada apalah.” Akhirnya Harith tak jadi nak tanya. Takut soalannya nanti tak kena dengan angin Arlyssa.

“Mana boleh tak ada apa, mesti ada apa-apa ni. Cepat cakap, apa yang awak nak tanya saya tadi. Cepat!” Macam orang meroyan pulak Arlyssa ni.

“Tapi awak kena janji dengan saya, awak akan jawab soalan saya nanti. Janji?”

“Ya, saya janji. Apa soalan awak tu?” Bosan betul Arlyssa dengan Harith. Kena berjanji bagai, macam budak-budak.

“Kita bercakap sebagai orang dewasa bukan macam budak-budak. Soalan saya satu je. Err.. kenapa awak tak solat?” Terkeluar juga soalan keramat itu dari bibir Harith.

Tanpa menjawab soalan Harith, Arlyssa terus angkat punggung. Terpinga-pinga Harith memandang Arlyssa yang mula mengatur langkah ke arah kereta. Kan dia dah cakap, baik tak tanya daripada tanya. Tengok, apa reaksi dia. Pasti nak mengelak punya. Ni yang Harith malas ni.

“Lys,” panggil Harith sambil menarik tangan Arlyssa. Arlyssa mematungkan tubuh. Botol air mineral di tangan dia ramas-ramas.

“Apa dia?” Sedikit berangin Arlyssa menyoal balas.

“Awak tak jawab lagi soalan saya.” Harith menagih jawapan.

Arlyssa diam. Perkara yang memang dia mahu elakkan tapi Harith terus-terus mendesak. Dia tak suka.

“Kenapa awak diam? Soalan saya tak susah.” Wajah Arlyssa dia pandang. Tapi Arlyssa masih juga diam membisu.

Menunggu Arlyssa buka mulut, entah bila akan terbuka. Akhirnya Harith menekan alarm kereta dan pintu kereta dia buka. Dia mengisyaratkan kepada Arlyssa supaya masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dia hidupkan tapi kereta tidak terus bergerak. Harith menyandarkan pada kerusi pemandu. Akalnya ligat berfikir, mencari jalan supaya Arlyssa berterus-terang dengannya. Badan dia pusingkan menghadap Arlyssa.

“Err.. sebenarnya dah lama saya nak tanya pasal ni. Dah lama jugak saya perhatikan awak. Saya tak nak buat tanggapan sendiri, sebab tu saya tanya sendiri kat awak.” Harith bersuara selepas diam seketika.

Arlyssa yang memeluk tubuh hanya mematungkan diri. Mulutnya tak terasa mahu membalas kata-kata Harith. Harith mengeluh perlahan. Dia sedar, mengeluh tu tak baik sebab salah satu dari tanda-tanda putus asa. Tapi mukadimahnya tak jalan. Dan dia tak pandai nak pujuk perempuan. Dia tak pernah pujuk-memujuk ni. Perempuan pulak tu. Dah nasib dapat isteri manja dan keras kepala macam ni.

“Lys…” Harith menarik tangan Arlyssa perlahan. Mulanya Arlyssa mahu menepis tangan Harith tapi Harith lebih pantas bertindak. Arlyssa jeling Harith dengan rasa geram yang berdongkol di dalam hati. Dia ni saja je kan, gerutu Arlyssa.

“Awak…” Sekali lagi Harith mencuba nasib memujuk Arlyssa. Kalau kena dengan cara, hati keras Arlyssa tu lembut juga akhirnya. Harith melepaskan keluhan perlahan. Caranya tak berjaya hari ni. Mungkin hari lain aku boleh cuba lagi, desis hati Harith, mahu menyedapkan hati sendiri.

Tangan Arlyssa dia lepaskan dan tangannya beralih memegang gear. Baliklah kalau nak main senyap macam ni.

“Tuhan tu wujud ke?” Tangan Harith yang baru saja mahu memasukkan gear terhenti mendadak. Wajah Arlyssa dia pandang. Rasanya telinganya masih lagi tak pekak. Dan jelas sekali soalan Arlyssa menampan telinganya.

p/s: okey ke tak ni?

10 ulasan:

  1. pendik sngt...hehehe

    BalasPadam
  2. sy rsa mcm dh pnjg... xpe2... tggu bab 14 plk ye..:)

    BalasPadam
  3. isy lyss ni, ade ke plk soklan tu yg die tnya.

    BalasPadam
  4. sambung lagi.makin menarik..hope harith boleh bimbing lyss slowly...

    BalasPadam
  5. Tanpa nma; sngaja sy msukkn isu ni sebabnya bru la nmpk tugas seorg suami itu berat.. Kna bimbing isteri yg byk mslh ni..:-)
    Blinkalltheday; insya Allah.. Cara harith senang, x pyh paksa2 ni tp.dgn cra perlhn2..:-D

    BalasPadam
  6. Sis pendeklah....
    Harap Harith dapat merubah hidup Lyss...

    BalasPadam
  7. ye3.. sy tau.. xpe2, next n3 sy bg kaw2 ye..:)

    BalasPadam
  8. tak puas!! hu hu hu...
    shaz

    BalasPadam
  9. semakin menarik isu pun lain dari kebiasaan please cepatkan sikit en3 nyer yek tq

    BalasPadam
  10. Shaz;tanda seru tu.. Ye3.. Nanti ada smbung lg..:-)
    JO; insya Allah, itu gunanya sy bina watak harith, seorg pguam syarie yg blh bimbing isterinya..:-D

    BalasPadam