Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 5 Mei 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB12

WHAT?! Kau biar benar!” melenking suara Malik. Harith sudah mengagak begitu reaksi Malik. Harith hanya menayangkan muka tenang dan tak bersalah. Dah memang dia tak bersalah, nak takut buat apa.

“Apa yang kau dengar, semuanya betul. Tak ada yang tipu.”

Malik menggelengkan kepala. Dia memang tak dapat menerima berita yang baru dikhabarkan oleh Harith ini. Tak logik dan tak masuk akal!

“Jadi, rumah yang kau suruh aku ikut masa kau nak hantar kereta Honda CR-V tu rumah bini kau? Dan kereta tu kereta bini kau?” Malik menyoal lagi. Nampak sangat akalnya masih tak dapa menerima kenyataan yang satu ini.

Yup!”

Malik terdiam seketika dan Harith juga turut ikut diam. Mereka seperti sudah kekeringan idea untuk bercakap lagi. Bagai orang asing pula.

“Macam mana dengan Humaira? Takkan kau nak tinggal dia macam tu aje?” Malik menyoal dengan menggunakan nama Humaira pula. Humaira, seorang perempuan yang sangat patuh pada suruhan agama. Seorang sangat sesuai untuk dijadikan seorang isteri. Dahulu, Harith pernah menyimpan perasaan kepada Humaira. Sejak dari zaman universiti lagi. Humaira ni sebenarnya junior Harith ketika belajar dulu. Harith di tahun akhir manakala Humaira di tahun pertama.

Humaira? Sudah lama sebaris nama itu itu bagai menyepi dari kotak ingatannya. Wajah pemilik nama penuh Aisya Humaira itu menari-nari di ruang matanya. Hubungan mereka tidaklah seperti mana pasangan kekasih yang lain. Ruangan sembang di internet menjadi medan perhubungan mereka kerana masing-masing sangat menjaga batas-batas pergaulan. Mereka selalu berhubung tetapi seingat Harith, dia tak pernah pun memberikan janji kepada Humaira. Atau pun menyuruh Humaira menunggunya. Dia cuma anggap Humaira macam.. err.. macam adik aje.

“Kenapa dengan Humaira? Aku rasa aku tak pernah pun berjanji apa-apa dengan dia,” dengan yakinnya Harith menjawab.

Malik yang mendengar jawapan Harith, naik berang tiba-tiba. Dulu bukan main lagi, Humaira itu, Humaira ini. Tapi sekarang, mengaku tak ada apa-apa hubungan pulak!

“Apa kau cakap? Tak pernah janji apa-apa? Habis, dulu tu yang kau layan dia chat, selalu minta tolong dia. Semua tu apa?!” Sekali lagi Malik meninggikan suara. Jawapan Harith dia memang tak dapat terima.

“Aku cuma anggap dia macam adik aje, tak lebih dari tu.” Perlahan Harith menjawab. Keluhan berat dia lepaskan dari bibirnya.

What? Sebagai adik? Kalau kau anggap dia sebagai adik, kenapa sampai sekarang dia tak kahwin lagi? Dia tengah tunggu kau! Kenapa sampai sekarang dia masih berhubung dengan kau? Ah, mengarutlah!” Malik mendengus kasar.

“Itu aku tak tahu. Dah dia yang selalu hantar emel kat aku, aku layan ajelah. Kenapa pulak dia tunggu aku? Aku tak pernah suruh pun dia tunggu aku. Dan aku tak pernah berjanji apa-apa!” Kesabaran Harith juga ada hadnya. Kalau selalu diserang begini, memang naik angin Harith.

Perbualan antara mereka terhenti apabila pintu bilik Harith tiba-tiba diketuk dari luar. Pantas mata mereka memandang ke arah pintu. “Masuk!” Laung Harith.

Mastura masuk dan Maik keluar tanpa dihalau. Tanpa pamita, mali terus melangkah keluar. Teragak-agak Mastura mengatur langkah masuk ke dalam bilik Harith. Bukan dia tak dengar suara dua orang majikannya itu yang kuat berlawan cakap. Pejabat kecil jadi sampai ke luarlah dapat dengar. Bergaduh ke mereka berdua ni? Dari riak muka Encik Malik macam ada yang tak kena. Mastura membuat telahan sendiri.

“Ada apa kak Mas?” Soal Harith. Matanya berpura-pura memandang ke arah fail di atas meja.

HARITH bersandar keletihan di atas sofa di ruang tamu, melepaskan lelah dan mahu mententeramkan otak yang sedang berserabut. Kata-kata Malik masih terngiang-ngiang di tepi teligannya. Setiap patah kata Malik memang betul. Tak ada satu pun yang salah. Tapi Harith hanya menyayangi Humaira seperti adik. Tak lebih dari itu. Rasa sayang pada Humaira tidak melibatkan perasaan seperti mana sayang sepasang kekasih. Tak ada!

Arlyssa yang baru selesai mandi, mahu melangkah ke arah dapur. Nak intai-intai juga kalau-kalau ada makanan yang boleh dimakan di dapur. Namun langkahnya mati kerana ternampak seperti batang tubuh orang di atas sofa. Tangan yang ligat menggosok kepala kerana mahu mengeringkan rambut turut berhenti bekerja. Letih sangat ke dia ni sampai tertidur kat sini? Raut wajah yang masih memejamkan mata itu dia pandang lama.

Tanpa menegur Harith, Arlyssa terus ke dapur. Isi dalam peti dia geledah. Malangnya, dia hanya menjumpai semua barang basah yang perlu dimasak sebelum boleh dimakan. Arlyssa mengeluh. Peti saja besar tapi tak ada satu pun yang boleh terus dimakan. Inilah bahananya kalau tak pandai masak. Tak ada ke makanan yang tak perlu dimasak? Yang boleh makan terus. Soalan bodoh mula menguasai ruang fikirannya.

Pintu peti sejuk dia tutup. Tangannya laju mencapai pemegang pintu kabinet. Manalah tau kut-kut ada makanan kering dalam kabinet ni. Sebungkus biskut kering dia bawa keluar.

“Biskut? Ah, bolehlah dari tak ada langsung.” Arlyssa bercakap dengan diri sendiri. Selepas kes sesat pagi tadi, Arlyssa memang dah tak berani nak memandu seorang diri. Takut sesat lagi.

Tapi takkan biskut aje. Ada biskut kena ada air. Baru betul lawannya. Tapi….. macam mana nak buat air? Panjang harakat tapi tu. Kalaulah bakal-bakal mak mertua yang lihat ni pasti awal-awal kena reject. Malang betul. Tapi Arlyssa dah ada mak mertua, cuma dia masih tak kenal yang mana satu mak mertuanya. Ah, tutup cerita pasal mak mertua. Sekarang dia nak buat air. Kalau nak buat air kena jerang air dulu kan? Matanya ligat bekerja menjadi jag air elektrik. Sebaik jumpa, dia terus mengisi air ke dalam jag itu. Hmm… tak payah banyak sangatlah sebab aku aje yang nak minum. Fikir Arlyssa.

Sementara menanti air masak, Arlyssa ligat menyelongkar ruangan kabinet kecil yang bersebelahan dengan ruangan kabinet biskut. Rasanya semalam dia ternamak paket kopi segera. Senang je bancuh air pakai kopi segera. Cara-cara nak buatnya sudah ada tulis kat belakang paket tu. Ha, jumpa.

“Ehem!” Harith berdehem perlahan.

“Oh, mak kau!” Arlyssa melatah akibat terkejut. Hampir terlucut bungkusan kopi segera di tangannya. Buat terkejut aku aje. Tegur elok-elok tak boleh ke? Arlyssa agak tak senang dengan cara Harith.

“Awak buat apa?” Tanya Harith. Bunyi Arlyssa menyelongkar kabinet dapur telah membawa Harith ke ruang dapur ini.

“Tengah mandi.” Selamba mulut Arlyssa menjawab. Dah nampak, lagi mau tanya. Kalau macam nilah cara nak mengorat, awal-awal lagi aku reject. Gerutu hati Arlyssa. Eh, macam mana kau nak reject, dia dah jadi suami kau pun. Sahut satu suara lagi. Terkedu Arlyssa seketika.

Mandi? Harith pandang Arlyssa pelik. Pandai jugak perempuan ni nak bergurau. Di bawah sedar, bibir Harith melorek senyum. Dalam fikiran yang kusut, hatinya sedikit terhibur dengan kata-kata Arlyssa. Alhamdulillah, Arlyssa sudah tidak marah-marah seperti pertama kali mereka jumpa dulu. Harith perasan sejak pagi tadi masa dia pergi ambil Arlyssa yang sesat. Tulah, pandai-pandai sendiri je. Kan dah sesat. Mungkin sebab sedar salah sendiri kut.

“Oh, kalau macam tu bolehlah saya join sekali kan,” tangan Harith sudah bersandar pada singki.

Ekor mata Arlyssa melirik memandang Harith. Dia tak selesa sebenarnya dengan kelakuan Harith. Nampak pelik dan canggung. Ting! Bunyi jag elektrik mematikan lirikan Arlyssa. Tanpa lengah, Arlyssa terus membancuh air. Hanya satu mug. Siap membancuh air, dia mencari piring kecil nak letak biskut kat atas piring tu.

“Untuk saya ke? Terima kasih,” ujar Harith dan terus menonong ke ruang depan.

Arlyssa yang sedang terbongkok-bongkok mencari piring laju mengangkat kepala. Berdesing telinganya mendengar kata-kata Harith.

“Hei, tu air saya! Nak, buatlah sendiri!” Melenking suara Arlyssa melepaskan amarah. Kakinya laju mengekori langkah Harith.

Harith berhenti melangkah mendadak apabila telinganya menangkap nada tinggi Arlyssa. Arlyssa hampir-hampir terpeluk orang di depan akibat brek mengejut dari Harith.

“Tak ada tulis pun kat mug ni nama awak. So, saya boleh mengaku air ni air saya kan.” Selamba Harith menbalas. Senyum mengejek jelas terukir di bibirnya.

“Tapi saya yang buat air tu, maknanya untuk sayalah air tu!” Perasaan Arlyssa benar-benar terbakar dengan reaksi Harith.

“Ya? Ada saya kisah?” Sengaja Harith mahu menyakitkan hati Arlyssa. Dia kembali menyambung langkah ke depan. Dia sikit pun tak heran dengan muka tak puas hati Arlyssa. Ada aku kisah?

“Huh!” Arlyssa mendengus. Nak rebut memang tak berbaloilah. Tapi rasa tak puas hati masih belum surut. Dia mencapai kasar mug dari rak. Berdenting bunyi mug berlaga.

“MALAM ni awak nak makan apa?” Harith menyoal. Dia baru saja selesai menunaikan solat Maghrib.

Tanya nak makan apa ni, dia nak masak ke? Hati Arlyssa menyoal. Kalau nak harap dia masak memang taklah. Langsung tak ada bakat masuk dapur.

“Siapa nak masak?” Soalan berbalas soalan. Kedengaran nada Arlyssa masih lagi dingin. Rasa sakit hati petang tadi tak hilang lagi.

“Saya,” tenang Harith menjawab. Kerana jawapan Harith, kepala Arlyssa laju berpusing memandang wajah Harith. Biar betul mamat ni? Pandai ke dia masak? Nanti kang tak pasal-pasal dapur tu terbakar. Jadi satu kerja pulak kena panggil bomba bagai. Arlyssa bermonolog sendiri. Tang dapur terbakar tu wajib ada.

“Kenapa tak percaya?” Dari riak wajah Arlyssa dia sudah dapat mengagak yang isterinya itu tak percaya dengan jawapannya. Apa dia ingat lelaki tak boleh masak? Berapa ramai chef kat luar sana tu terdiri daripada golongan lelaki?

“Hmm.. memang tak percaya pun.”

“Kalau tak percaya, jom.” Dia sudah siap sedia menarik tangan Arlyssa. Arlyssa yang terpinga-pinga cuba menarik kembali tangannya dari cengkaman Harith.

“Hei, apa ni? Jom nak pergi ke mana?” Cara Arlyssa menyoal bagai orang nak ajak bergaduh.

“Ke dapurlah, takkan ke disko pulak.”

Ke disko? Memang taklah! Dengan baju melayu dan kain pelikat dia tu. Awal-awal lagi kena halau keluar. Getus hati Arlyssa.

“Duk melangut apa lagi ni? Cepatlah!” Desak Harith.

“Yalah, yalah.” Kerana terpaksa, Arlyssa akur juga. Sama macam along, suka mendesak!

Di dapur, Arlyssa memeluk tubuh sambil bersandar pada belakang kerusi makan. Dia hanya memandang gelagat Harith yang sedang mengeluarkan barang basah dari dalam peti sejuk. Dia nak masak apalah ni. Pandai masak ke tak ni? Kalau beli kat kedai kan senang, tak payah nak pening-pening masak.

“Nah. Awak kupas kulit bawang ni, saya nak blend sekejap lagi,” Harith meletakkan beberapa biji bawang besar di depan Arlyssa. Kening Arlyssa terjongket memandang bawang dan Harith bersilih ganti. Manakala Harith sibuk mengeluarkan potongan ayam dan seekor ikan dari dalam peti dan diletak ke dalam singki. Apa, ingat aku tak pandai masak ke? Tengok kakilah. Kata hati Harith.

“Kenapa duk tengok aje bawang tu? Kalau awak tengok aje, bawang tu tak bergerak. Dia statik je kat situ.” Tegur Harith. Dia pelik apabila Arlyssa asyik pandang aje bawang tu. Macamlah bawang tu suatu benda yang sangat menakutkan.

“Hah? Err… macam mana nak kupas kulit bawang ni?” Arlyssa teragak-agak bertanya. Dah dia memang tak tahu jadi kenalah tanya.

Ya Allah! Takkan kupas kulit bawang pun tak tahu? Adoi!

“Nak kupas kulit bawang ni senang aje, tengok saya buat ni.” Arlyssa mencapai pisau dari atas meja dan mengikut setiap langkah yang Harith tunjukkan.

SELEPAS hampir sejam bertungkus-lumus memasak di dapur, akhirnya siap jugak dia memasak lauk untuk makan malam. Asam pedas ikan merah, ayam goreng berempah dan paprik ayam sudah terhidang di atas meja makan.

“Dah boleh makan ke?” Arlyssa menyoal. Lagaknya sudah tidak sabar nak makan. Eh, tadi bukan dia ke yang perlekehkan kebolehan Harith?

“Dah, jemput duduk.”

Arlyssa menyenduk nasi ke dalam pinggan Harith. Pertama kali dia menjalankan tugas di meja makan untuk seorang lelaki bergelar suami. Harith tersenyum menerima layanan Arlyssa. Lapang hatinya.

“Dah, dah. Cukuplah tu, jangan banyak sangat.” Harith menegah Arlyssa dari terus menambah nasi ke dalam pinggannya.

“Sikitnya makan,” komen Arlyssa. Yalah, badan besar tapi makan sikit.

“Malam-malam saya tak makan banyak, tak elok untuk kesihatan.” Balas Harith.

Harith membacakan doa makan sebelum mereka mula menjamah makan malam hasil air tangan Harith. Sedikit lari dari kebiasaan. Biasanya isteri yang masak, tapi sekarang suami pulak yang masak. Tapi okeylah. Arlyssa sampai dua kali menambah nasi. Mesti sedap tu, kalau takkan dia makan banyak malam tu. Harith tersenyum lagi melihat Arlyssa makan. Baru kau tahu, lelaki pun pandai masak jugaklah. Desis hati kecil Harith.

7 ulasan:

  1. Alahai Lyss wat malu je jadi isteri x pandai nak masak...... #^_^

    BalasPadam
  2. anak org kaya+berlagak.. biasa la tu.. tp bukan Lyss je yg mcm ni, rmai lg yg kat luar sna mcm lyss..:)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. HAHAHA... LUCU BEBENOR HARLYS NI!! SUKEEEE...

      Padam
  4. x perlu kata apa2.. hehehe.. *smile..:)

    BalasPadam