Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Isnin, 19 Mac 2012

KYKS SPECIAL EDITION

Baju Melayu hasil jahitan Kak Lah dan baju kurung pesak hasil tangan aku sendiri aku belek. Aku takut sebenarnya nak bagi kat Aril. Yalah, lepas bergaduh petang tadi, takkan tiba-tiba malam ni nak bagi baju pula. Tak logik pula aku rasa. Setelah dipastikan Aril sedang sibuk menyiapkan kerja-kerjanya di ruang tamu, dengan kekuatan yang sedikit ni, aku melangkah keluar dari bilik. Meja kopi di ruang tamu aku hampiri. Baju yang di tangan aku sembunyikan ke belakang.

“Err.. awak dah ada baju Melayu untuk raya ke?” tanyaku takut-takut.

“Emmm… baju tahun-tahun lepas ada lagi. Kenapa pulak?” dia mendongak memandangku. Terpegun aku seketika. Kacaknya dia dengan kaca mata di wajahnya. Pujiku di dalam hati. Pertama kali memuji Aril walaupun di dalam hati.

“Err.. ni ada baju Melayu, ambillah.” Ujarku sambil menghulurkan baju di tanganku itu. Tanpa menunggu dia menjawab apa-apa, aku terus berlalu ke bilik.

Pintu bilik aku tutup rapat. Aku bersandar pada pintu bilik dengan tangan disilang ke belakang. Bibirku terukir seulas senyuman tanpa disuruh. Malam itu aku tak perlu menjahit kerana kebanyakkan baju tempahan pelanggan sudah siap. Raya tinggal beberapa hari aje lagi. Aku berlalu ke sofa, setelah 2 malam tidur di atas katil, aku kembali tidur di atas sofa. Sehinggalah mata tertutup rapat, senyuman masih lagi belum padam di bibirku.

-------------------------------------------------------------------------------------

Sedang enak aku melayan perasaan yang sudah dikuasai kantuk, aku terasa ada orang menghenyak katil.

Pantas aku membuka mata. Tak mahu kejadian yang sama berulang lagi. Aril yang sedang enak berbaring disebelahku, menghimpit ruang yang ada. Aku terasa rimas! Pantas aku bangun. Katilku di rumah emak hanya katil bujang, bukannya katil berkembar seperti di rumah dia.

“Kenapa awak tidur kat sini?” soalku dengan perasaan marah yang ditahan-tahan.

“Emmm…”

“Hei, bangun! Siapa suruh awak tidur kat sini?” aku menyoal kasar. Aku tanya elok-elok dia buat-buat tidur pulak.
Laju Aril bangun kerana terkejut. “Ada apa?” Aril menyoal, dia masih mamai lagi. Tangannya ligat menggaru kepala.

“Siapa suruh awak tidur kat sini?” aku mengulang soalan yang telah ditanya tadi.

“Habis, kalau saya tak tidur kat sini, kat mana lagi saya nak tidur?” soal Aril sambil menguap.

Huh, buruk betul menguap! Tutuplah mulut tu. Ni tak, duk biar ternganga aje! Dah berapa ekor syaitan yang masuk pun aku tak tahu. Omelku di dalam hati.

“Awak tidur kat bawah. Awak tak nampak ke katil ni sempit. Mana muat nak tidur 2 orang.” Ujarku dengan suara yang sedikit mengendur.
Dia pandang aku. Kemudian pandang katil. Lantai pula dia pandang selepas tu.

“Awak gila ke? Habislah sakit belakang saya kalau berbaring atas lantai.” Banyak pulak cekadaknya.

Huh! Aku bangun dan berlalu ke arah almari. Narita, bantal dan selimut aku keluarkan dari dalam almari. Pintu almari aku tolak dengan siku. Narita aku bentangkan di atas lantai bersebelahan dengan katil dan bantal aku aturkan di situ.

“Cepatlah!” gesaku.

Aku berpaling ke arah katil. Dah tidur ke? Huh, menyusahkan betul! Kat sana kena tidur kat atas sofa, kat sini kena tidur kat atas lantai pula. Apalah nasib badan. Nak tak nak aku terpaksa juga berbaring di atas narita itu. Kalau bukan kat sini, kat mana lagi aku nak tidur? Tadi mengantuk sangat. Tapi bila dah berbaring di atas narita, mataku tidak mahu tertutup. Puas aku pusing ke kiri dan ke kanan.

-------------------------------------------------------------------------------------

Selesai mandi, aku melangkah keluar dari bilik air. Serentak dengan itu, pintu bilikku ditolak dari luar. Aku pandang dia. Dia pandang aku. Kakiku terpaku di depan pintu bilik air. Aku tersedar bagai baru bangun dari tidur, mulutku pantas menjerit. Pantas aku berlari masuk ke dalam bilik air semula. Aku baru tersedar, aku hanya melilit tuala menutup tubuhku. Tambah lagi tuala yang ada cuma tuala pendek sebab aku terlupa nak bawa tualaku ke sini.

“Awak buat apa kat sini?” soalku dari dalam bilik air. Pintu bilik air aku pegang sambil menyorok di belakangnya.

“Dah saya bosan duduk kat bawah, saya naiklah ke atas. Kenapa? Bilik ni ada pantang larang ke?”

Ek eleh, boleh pulak dia tanya kenapa! Haih, tak nampak ke aku tengah seksi-meksi macam ni? Dasar lelaki tak ada perasaan! Kutukku di dalam hati.

“Keluar!” jeritku kuat dan dengan nada tinggi. Aku naik angin dengan soalannya tadi.

“Kenapa pulak saya kena keluar? Tak ada yang kurang pun kalau saya tengok awak bertuala macam tu. Kalau awak tak pakai apa pun, masih macam tu. Tak ada kurang sikit pun.” Balas Aril selamba. Langsung tak ada perasaan bersalah.

“Awak nak saya jerit lebih kuat ke? Biar semua isi rumah dengar? Biar mak dan adik-beradik saya dengar? Keluar saya cakap!” aku menjerit lagi. Aku sudah tak tahan.

-------------------------------------------------------------------------------------

“Insya Allah, lusa nak minta Sya masuk pejabat. Jadi setiausaha saya untuk sementara waktu sebab setiausaha saya sedang cuti bersalin. Baru 3 hari dia cuti, saya dah tak menang tangan nak siapkan kerja kat pejabat.” Penuh tertib, Aril menyatakan hasrat hati. Perancangan tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu.

“Uhuk… uhuk…” Masuk suapan ketiga, aku tersedak apabila mendengar butir perbualan antara Aril dan Abang Din yang ada menyebut namaku. Terasa perit kerongkongku.

“Ya Allah, Fiza. Makan tu cubalah perlahan-lahan sikit. Ni tak, gelojoh aje. Nah minum air ni,” emak menghulurkan segelas air masak.

Laju tanganku menyambut huluran emak, terasa lega saat air mengalir menuruni rengkung. Mulut terasa mahu saja membalas setiap kata emak. Mak, anak mak ni tak pernah makan gelojoh. Tapi disebabkan menantu lelaki mak tu, tak pasal-pasal Fiza tersedak. Suka-suka hati buat keputusan sendiri. Lain kali, bincanglah dulu dengan aku, ni tak.

“Ha, apa yang Aril cakap tadi? Nak suruh Fiza jadi setiausaha sementara ke? Jadi setiausaha tetap pun mak setuju sangat. Mak bukan tak sokong kerja dia sekarang tapi, orang berniaga ni banyak dugaannya. Dahlah tu, kadang-kadang lewat malam baru sampai rumah. Bahaya tu.” Mak mula menunjukkan sokongannya. Makin naik lemaklah si Aril tu.

p/s: harap anda semua suka dgn n3 ni...:)

12 ulasan:

  1. haah best2,akak suka..tp nak sambungannya lagilah..adui

    BalasPadam
  2. Best cuma x brpa nak gemar dgn fiza yg suka sgt bercakap kasar dgn suami dia....tengking2 bagai....walaupun aril tu bukan suami pilihan tp jgnlah jadi isteri derhaka....rasa aril cuba nak rapatkan diri dgn isteri dia saja...apa2 pun harap post la sedutan2 yg fiza tu dah terima aril....hehehe

    BalasPadam
  3. terima kasih semua.. nak babak mereka berbaik.. kena cari lagi ni.. huhuhu.. insya allah, ada nanti ye..

    BalasPadam
  4. alahai fiza..terubat rindu akak kat citer ni..
    bila lah nak keluaq dan berada dipasaran..angaunya akak ngan perangai aril..yg sengal tu..

    BalasPadam
  5. terima kasih kak ida.. sy masih menunggu respon dr publisher.. huhuhu..

    BalasPadam
  6. Wah... best2...
    nak lagi kak boleh tak? yg sweet2 gitu... haha...
    tak sabar nak tunggu keluar versi cetak... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dear.. insya allah, nanti akan ada lg n3 psl KYKS tp x janji la bila.. huhuhu
      *sy pun x sbr jgk ni.. huhuhu

      Padam
  7. bila cerita ni akan dibukukan..dan under terbitan mana?

    BalasPadam
  8. x tau lg bila.. sedang dlm proses penilaian.. sama2 mnunggu ye..:)

    BalasPadam
  9. tak sabar nak tunggu cerita ni keluar sebagai buku kat pasaran...cerita kalau sudah sayang saya dah beli.....saya minat dengan penulisan fieyza...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih krn beli KSS,,, n terima kasih jugak krn sukakan gya penulisan sy yg kdg2 byk meleret.. tqsm dear..:)

      Padam