Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Sabtu, 21 Januari 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB1(PART-2)

“HARITH!”

Harith yang sedang mengemas fail-fail penting di dalam kereta setelah selesai tugasnya di mahkamah pantas berpaling. Dia ni lagi! Nak apa lagi ni?! Mahkamah kan dah keluarkan keputusan. Harta tu memang tak boleh dibahagi dua sebab Datuk Hamadi beli sebelum mereka kahwin. Takkan tak faham-faham lagi. Bosan betul Harith dengan ‘mak cik’ ni!

“Hmmm…”

“Kenapa I tak dapat tuntutan tu? Kenapa mahkamah tolak?” Datin Maya bertanya. Jelas sekali nada tak puas hati pada suaranya.

“Kan dah jelas-jelas hakim cakap tadi. Harta tu bukannya harta sepencarian sebaliknya harta yang telah datuk beli ketika belum berkahwin dengan datin. Jadi harta tu memang tak boleh dibahagi dua. Cuma harta yang dibeli sepanjang perkahwinan sahaja dikira sebagai harta sepencarian dan boleh dibahagi dua.” Panjang lebar Harith menjawab. Terpaksa dia mengulang perkara yang telah diterangkan oleh tuan hakim ketika di dalam mahkamah tadi.

“Habis, takkan you tak boleh guna kuasa you untuk dapatkan harta tu? Cakap peguam terkenal, takkan benda sekecil ini pun you tak dapat handle.” Sindir Datin Maya. Memang mata duitan betul Datin Maya ni! Dahlah harta yang direbutkan tu cuma tanah sekangkang kera saja. Bukannya tanah yang berekar-ekar. Beginilah manusia, tak beryukur dengan apa yang telah dimiliki.

“Datin, saya tak pernah cakap pun saya ni peguam terkenal.” Harith menarik pintu kereta di bahagian pemandu dan masuk ke dalam perut kereta. “Kalau susah-susah sangat, datin cari orang lain sajalah. Saya memang tak dapat membantu kali ni,” ujar Harith sebelum kereta berlalu dari situ. Bosan dia bercakap dengan mak datin perasan ni. Bersyukurlah dengan harta yang dah ada tu. Songkok yang ada di atas kepala dia tanggalkan dan letak di atas kerusi sebelah.

Harith memulas stereng dan kereta membelok masuk ke dalam petak parkir. Alang-alang dah ada di kawasan Hiliran ni, dia terus mengambil keputusan untuk makan di Tcafé Food Court. Senang, tak payah dia mencari tempat makan lain. Sebaik duduk, terus datang seorang pelayan ke meja yang Harith duduki. Usai memberikan pesanan, mata Harith melilau memandang ke sekitar kawasan medan selera itu. Sakitnya mata dia dengan pemandangan yang tak elok. Perempuan dengan lelaki berpeleseran tanpa batasan. Perlakuan bebas mereka buat dia terfikir, mereka ni tak ada mak ayah ke sampai berpelakuan seperti orang tak ada pegangan agama. Hmm.. Entahlah. Keluhan berat Harith lepaskan.

“Assalamualaikum,” sapaan salam menyedarkan lamunan Harith. Pantas kepalanya berpaling. Seorang wanita yang sangat anggun sedang berdiri di sebelahnya.

“Wa’alaikumussalam,” salam dijawab tapi dahinya kerut seribu. Tak tahu siapa yang sedang menegarnya itu. “Err.. siapa ni?” soal Harith.

“Tak kenal ke?” soal wanita itu. Laju Harith menggelengkan kepala. Sememangnya dia betul-betul tak kenal dengan wanita awal 60-an ini. Tanpa dipelawa, wanita itu duduk di hadapannya.

“Ingat tak peristiwa enam tahun lalu, yang berlaku di Kuala Lumpur tu. Ingat?” soal wanita itu selepas memberikan klu.

Kepala Harith ligat berfikir. Enam tahun lalu? Air mukanya tiba-tiba berubah. Peristiwa hitam dulu kembali menerjah fikiran. Pantas tangan wanita itu dia salami. Walaupun tak kenal pada awalnya tapi kerana hormat, dia tunduk juga mengucup tangan tua itu.

“Err.. maaf puan, saya tak perasan. Puan datang seorang ke?” Harith menyoal dalam tergagap-gagap.

“Hisy, apa pulak berpuan-puan. Panggil aje mama, kitakan dah jadi satu keluarga. Mama datang dengan along tapi along pergi cari barang sikit kat dalam Giant.” Ujar Puan Aini ramah sekali.

Along? Siapa along? Along mana? Hati Harith tertanya-tanya. Dia memang tak kenal sepenuhnya lagi semua ahli keluarga Puan Aini. Yang dia kenal anaknya yang mewalikan perkahwinan Harith dahulu. Yang lain dia memang tak kenal dan tak pernah tahu jika Puan Aini punya anak yang lain. Perbualan antara mereka terhenti seketika kerana datang pelayan yang menghantar pesanan ke meja Harith.

“Makan, ma.”

“Tak apa, makanlah. Mama tak lama ni,”

“Err.. pu.. mama ada hal ke datang ke Terengganu ni?” soal Harith, cuba beramah mersa dengan ‘emak mertua’. Namun, masih nampak janggal dan kekok di situ.

“Mama memang orang sini. Kampung mama tu kat Tanjung tu tapi rumah pusaka dah tak ada kat sana sebab dah lama jual. Sekarang rumah mama ada kat Chendering. Marilah ke sana.” Ajak Puan Aini. Harith hanya melorekkan senyum nipis. Tak tahu nak jawab apa.

“Mama. Eh, ada orang rupanya.” Sapaan satu suara mengejutkan Harith.
Seorang lelaki sedang berdiri dihadapan mereka kini. Wajah lelaki itu seakan pernah Harith jumpa tapi lupa di mana. Dia bangun tanda hormat dan huluran salam dari lelaki itu dia sambut jua walau hati masih berbelah-bagi. Tanda tanya besar bagai sedang terlukis di dahinya.

“Harith, tak kenal ke?” soal Puan Aini.
Harith menggelengkan kepala. Manakala lelaki di hadapannya itu sudah mengukirkan senyuman.

“Ni alonglah, Syed Yusri. Yang walikan Lys dulu.” Ujar Puan Aini.

“Oh…” panjang ‘oh’ Harith.

“Dari mana ni?” tanya Syed Yusri kepada Harith.

“Dari mahkamah tadi, ada kerja. Lepas tu singgah makan kat sini alang-alang dah masuk waktu rehat. Eh, jemputlah duduk.” Pelawa Harith berbasa-basi.

“Tak apalah. Kami tak lama ni sebab petang dah nak balik KL,” ujar Syed Yusri. “Jom, ma. Hari nampak nak hujan tu,” Syed Yusri berkata kepada mamanya. Harith hanya memerhati sahaja perlakuan dua beranak itu.

“Harith, nanti kalau datang ke KL, singgahlah rumah kami. Ini kad along,” kata Syed Yusri lagi sambil menghulurkan sekeping kad kepada Harith. Harith menyambut huluran itu dan dia menghulurkan kadnya pula.

“Telefonlah bila senang,” pesan Syed Yusri kepada Harith sebelum berlalu bersama Puan Aini. Harith hanya memandang sebelum menyambung kembali menikmati juadah yang sudah sejuk itu. Waktu rehatnya sudah tinggal hujung dan maknanya dia perlu cepat-cepat beredar dari situ.

p/s: part 2 sudah ada.. terima kasih pada yang menyukai e-novel ini..:)

12 ulasan:

  1. cik writer ; ala, ingt dorang dh leh jumpe part ni...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. x blh jumpa lg la sbb sorg di KL, sorang d KT... awal ni sy nak cerita pasal hidup mereka berdua, mcm mna dunia Arlyssa n Harith yg berlawanan arah.. sorang kaki sosial, sorang ustaz..:)

      Padam
  2. akak br mula baca crita ni..sdikit nsihat dr akak...jgn lalai tntng hukum seorng isteri..apa2 pun yg isteri lakukn suami yg mnggung kesanya...knp dibiar begitu lama isteri brgelumang dgn dosa..stiap lgkah isteri baik buruknya suami yg akn mnggungnya..
    mgkin hbngn kluarga antara mrk..blh mmbntu mmulihkn keadaan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, btul tu.. novel ni, permulaannya sy just ceritakan bagaimana kehidupan Arlyssa n Harith di dlm dunia mereka sndri.. lepas tu sy akan masuk part mereka kena paksa dduk sma lepas abg Arlyssa x tahan dgn sikap adik dia tu yg makin mnjadi2.. tq kak..:)

      Padam
    2. kantoi suda ni...hehehee

      Padam
  3. Emmm... best2... hehehehe... x sabaq nk tou kisah selanjutnyer... next n3... ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih dyanza...:)
      insya allah akan ada next n3, enovel ni masih dlm proses awalan lg..

      Padam
  4. sambung la lg..

    BalasPadam
  5. menarik crita ne,akak suke sngt...

    BalasPadam
  6. terima kasih kak... e-novel ni sy dh publish smpai bab 20..:)

    BalasPadam