Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Khamis, 18 Ogos 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB6

AKU membimbit satu plastik berisi tiga kain pasang untuk dihantar ke rumah Kak Lah. Pagi itu sebelum aku keluar ke butik, sempatlah aku ke rumah Kak Lah. Jika aku tak hantar pagi tu, malam nanti pulak baru aku dapat hantar. Yalah, siang ni dahlah sibuk di butik. Mana ada masa nak ke rumahnya.
“Assalamualaikum.” Salam aku beri kepada tuan rumah.
“Wa’alaikumussalam.” Jawab Kak Lah dari dalam rumah.
“Ha, kamu Fiza. Ada tempahan lagi ke?” tanya Kak Lah sejurus pintu rumahnya dibuka.
“A’ah kak. Ni ada tiga pasang lagi.”
Sebaik melanglah masuk, aku terus mengeluarkan semua kain-kain yang aku bawa. Juga terdapat ukuran baju yang pelanggan tempah. Kain-kain itu aku bentangkan di hadapan Kak Lah. Ada warna meroon, hijau lumut dan ungu tua.
“Kak, yang warna meroon ni nak buat baju kelawar. Ni ukurannya. Yang hijau lumut ni pulak pelanggan tempah jubah moden, ni ukurannya. Lepas tu yang ungu tua ni pulak nak baju kurung moden. Ukuran dia dah ada terselit kat dalam kain tu.”
“Bila pelanggan nak baju-baju ni?” tanya Kak Lah.
“Yang ungu tua ni nak pakai cepat. Akak boleh buat cepat tak? Yang dua lagi tu, dalam tiga minggu lagi tak apa. Sebab yang tu pelanggan nak pakai dua bulan lagi. Akak banyak tempahan ke sekarang?”
“Oh, boleh rasanya akak jahit dulu yang ungu tua ni. Ada tiga pasang lagi baju orang yang tak berjahit. Oh ya, lupa pulak. Baju-baju yang Fiza tempah sebelum ni dah siap. Kejap akak pergi ambik.” Kak Lah berlalu ke ruang dia menjahit.
Mataku memandang ke sekeliling ruang dalam rumah Kak Lah. Rumah itu tidak asing bagiku. Sejak dari kecik lagi aku selalu melepak di rumah ini. Dahulu rumah ini sepenuhnya diperbuat daripada kayu. Tetapi hari ini, rumah itu telah berubah wajah. Sudah bertukar dari rumah kayu kepada rumah batu.
Kak Lah muncul kembali lima minit kemudian dengan tangannya membimbit dua plastik sederhana besar.
“Nah. Tengok-tengok dulu. Kalau tak puas hari, akak boleh betulkan sekarang.”
Baju-baju yang Kak Lah bentangkan aku tilik satu persatu. Setelah berpuas hati, aku menghulurkan bayaran kepada Kak Lah. Jumlah bayaran telah Kak lah tetapkan semasa aku menghantar baju dulu. Jadi, ketika mengambil baju, aku perlulah menjelaskan bayaran penuh kepadanya.
“Err.. akak ingat tak baju yang saya jahit masa awal-awal pandai menjahit dulu?” aku mengajukan pertanyaan kepadanya. Dahinya berkerut menandakan yang dia sedang berfikir.
“Yang mana Fiza? Akak lupalah.” Soalnya setelah berfikir seketika.
“Yang warna putih tu. Yang akak cakap rekaan baju tu unik sangat. Akak tak pernah jumpa lagi baju macam tu. Akak ingat tak?” terangku serba sedikit.
“Oh, yang akak cakap macam baju pengantin tu? Akak ingat yang tu. Memang cantiklah baju tu. Jahitan pun kemas aje. Kenapa dengan baju tu?” Komen Kak Lah dohujung kata-katanya.
“Kalau saya ambil tempahan baju macam tu akak rasa saya boleh jahit tak?” tanyaku terus.
“Kalau pendapat akak, Fiza boleh buat sebab baju sendiri pun Fiza jahit dah cantik. Kalau baju orang akak rasa lagi cantik. Tapi yang paling penting Fiza kena tanya hati Fiza sendiri. Sama ada Fiza yakin atau tidak nak jahit baju unik sebegitu. Kenapa? Ada orang nak tempah baju yang macam tu ke?”
“Macam ni. Semalam kawan lama Fiza ada datang ke butik. Dia nak tempah baju yang sebijik macam baju yang Fiza jahit tu. Dia tahu pasal baju tu pun sebab Fiza upload gambar baju tu dalam blog Fiza. Jadi, dia pun cari butik Fiza dan jumpalah. Lepas jumpa tu, dia terus nak Fiza jahitkan baju kahwin dia macam yang dalam blog tu. Tapi Fiza dah tolak tempahan dia.”
“Kenapa Fiza tolak? Mana tahu, lepas terima tempahan dia tu, rezeki Fiza akan bertambah murah. Lepas ni, orang datang ke butik Fiza bukan aje nak tempah baju untuk dinner, mereka boleh jugak tempah baju pengantin. Cuba Fiza tengok kat negeri-negeri pantai barat sana. Butik-butik biasa pun ada yang terima tempahan baju pengantin. Fiza jangan tengok kat Terengganu ni saja. Memang kat sini tak ada lagi butik yang buat macam tu sebab mereka fikir hanya butik pengantin yang menerima tempahan baju pengantin.” Panjang lebar Kak Lah bersyarah.
Tapi betul jugak apa yang Kak Lah cakapkan tu. Kat Terengganu ni memang konsepnya macam tu. Kalau nak tempah baju pengantin kena pergi butik pengantin. Butik-butik biasa macam aku ni tak boleh kacau daun.
“Saya tolak sebab saya tak ada keyakinan nak buat baju dia tu. Saya dah pernah berjanji pada diri saya yang baju yang saya jahit dulu tu adalah pertama dan terakhir.” Luahku berterus-terang.
“Okey, cuba Fiza fikirkan tentang periuk nasi. Jika tak Fiza mulakan sekarang, entah bila akan ada tawaran sebegini. Takkan Fiza nak selamanya terima tempahan baju dinner. Kita ni kena pandai rebut peluang depan mata. Akak bukan nak suruh Fiza jadi tamak tapi akak nak Fiza terus maju dalam bidang yang Fiza dah ceburi ni. Tapi dah Fiza buat keputusan begitu, akak tak boleh nak buat apa lagi.”
Kepalaku perlahan-lahan mencerna seriap patah perkataan yang keluar dari mulut Kak Lah. Secara tidak sengaja, mataku terpandangkan jam di dinding rumah Kak Lah. Sudah hampir pukul sepuluh pagi.
“Alamak! Dah lewat ni. Pagi ni saya perlu ke pejabat Skynet. Nak ambik barang yang baru sampai. Okeylah kak, saya pergi dulu.”
“Baiklah. Fikirkan balik apa yang akak cakapkan tadi. Peluang ni hanya sekali aje seumur hidup.” Sempat lagi Kak Lah menitipkan pesanan. Setelah berbalas salam aku berlalu ke kereta.
Aku memang macam ni. Sebelah pagi memang sibuk. Kalau tak ke pejabat Poslaju, aku ke bank. Kalau tak pun aku ke pejabat Skynet. Sebab tu aku telah berpesan kepada Miza dan Saira agar membuka daluhu butik sementara aku masih di luar. Sebaik gear di masukkan, kereta terus bergerak membelah jalan raya.

PETANG itu petang Khamis. Penjawat awam biasanya pulang dari kerja tepat pukul tiga setengah petang. Aku masih berkira-kira sama ada mahu menerima tempahan Jun atau tidak. Kata-kata yang Kak Lah ucapkan masih terakam kemas di dalam kotak memoriku. Seminggu aku mengambil masa berfikir tentang permintaan jun dan kata-kata Kak Lah.
Akhirnya,telefon bimbit di sebelah tangan kanan aku capai. Nombor telefon Jun aku dail.
“Assalamualaikum.” Sebaik talian bersambut, aku menghulurkan salam.
“Wa’alaikumussalam. Siapa ni?” soal Jun.
“Ni aku, Fiza.”
“Oh kau. Ada apa kau telefon aku?”
“Kau sibuk ke?” soalan berbalas soalan.
“Tak adalah. Kenapa? Macam ada masalah je aku dengar suara kau ni.”
“Eh, tak adalah. Aku okey. Cuma, petang ni kau free tak?”
Free. Apasal?”
“Kau datang butik aku boleh? Ada hal aku nak bincang dengan kau.”
“Okey. Pukul berapa kau nak aku ke sana?”
“Lepas kau habis kerjalah. Hari ni kau balik pukul tiga setengah kan?”
“A’ah. Okey, kalau macam tu aku ke butik kau petang nanti.”
Setelah berbalas salam, aku memutuskan talian. Aku melepaskan nafas kelegaan. Bagaikan ada satu beban yang sedang tergalas di bahuku terlerai sedikit demi sedikit.
Petang yang dinanti pun menjelma juga. Jun sampai ketika jam menunjukkan pukul tiga empat puluh minit. Lima belas minit terlewat dari waktu temujanji asal. Mungkin jalan sesak. Faham-faham sajalah apabila tiba waktu orang balik dari tempat kerja.
Aku mengamngkat tangan ke arahnya, menyuruh dia duduk seketika sementara aku perlu melayan seorang pelanggan. Sepatutnya aku sudah habis waktu urusniaga dengan pelanggan itu kerana kedatangannya hanya untuk mengambil tempahannya. Tetapi panjang pula soal jawabnya apabila terpandangkan koleksi terbaru butikku. Sepuluh minit kemudian, barulah pelanggan itu beredar pergi. Lantas aku teru mendapatkan Jun yang setia menungguku dari tadi.
“Weh, sorry sangat-sangat. Tiba-tiba aje ada customer.”
“Tak apa. Hah, apa hal kau suruh aku ke mari?”
“Jom ikut aku.”
“Hah? Nak pergi mana?”
“Ikut ajelah.” Aku menarik tangannya supaya mengikuti langkahku.
Akhirnya lambat-lambat dia ikut juga langkahku. Sesampai di dalam bilikku, aku menjemput dia duduk.
“Okey. Sebelum aku beritahu kenapa aku suruh aku ke sini, pertamanya aku nak tanya. Kau dah jumpa ke butik pengantin yang akan buat baju kahwin kau?”
“Tak lagi. Tak tahulah kat mana lagi aku nak cari. Dah serata ceruk aku cari. Tapi semuanya entahlah. Susah aku nak cakap.” Jawab Jun beserta dengan keluhan perlahan.
“Kalau aku kata aku sanggup buatkan baju kahwin kau, macam mana?” terbeliak matanya.
“Weh! Betul ke? Wah, bestnya. Aku nak baju yang macam blog kau tu.” Jeritnya apabila aku mendengarkan yang aku sanggup buatkan baju kahwinnya.
“Tapi, tak adalah sama dengan baju yang dalam blog tu. Ini ada aku buat tiga empat rekaan untuk kau. Aku harap kau suka. Memang rekaannya tak sama seratus peratus tapi sipi-sipi tu adalah kena sikit-sikit.” Kataku sambil menghulurkan empat helai kertas A4 putih.
“Alah, apasal tak sama?” muka yang tadi kegembiraan kembali layu.
“Aku tak boleh buat seratus peratus sama dengan baju yang dalam blog tu sebab baju tu rekaan pereka terkenal dunia. Aku tak boleh sesuka hari tiru dia punya rekaan. Nanti tak pasal-pasal aku yang kena saman. Kau tahukan, negara kita ni ada undang-undang. Eh, kau tengoklah dulu. Mana tahu dalam banyak-banyak tu ada satu yang buat kau jatuh hati.” Amboi! Pandainya aku mereka alasan. Spontan aje tu.. hehehe..
“Oh, macam tu ke? Aku tengok-tengok jap semua lakaran kau ni.”
Sementara Jun sibuk memilih yang mana pilihan hatinya, aku duduk di kerusiku. Di jari tangan kananku telah tersedia menyepit sebatang pensil dan di atas mejaku tersedia sekeping kertas A4. Aku telah bersiap sedia andai lakaran yang aku buat itu tidak memenuhi selera Jun.
Aku rasa si Jun ni nak kahwin dengan anak Datuk atau pun Tan Sri kerana dari apa yang aku perhatikan, si Jun ni boleh tahan jugak cerewetnya. Daripada percakapannya sendiri aku sudah dapat agak. Yalah, kalau semua butik pengantin yang dia jelajah di Terengganu ni tak seperti yang diinginkan maknanya dia ni cerewetlah. Mesti grand dia punya majlis nanti. Hai, nasib badan.
“Fiza, aku nak yang macam ni. Cuma boleh tak kau kurangkan manik-manik yang sarat dekat pinggang ni? Serabut aje aku tengok. Dan lagi satu, hujung lengan ni aku nak panjang berjurai. Aku tak nak bercekak macam ni. Aku takut aku tak selesa nanti.” Jun mengeluarkan permintaannya.
“Okey bos.” Sahutku sambil tanganku ligat mencatat setiap patah perkataan yang baru Jun ucapkan.
“Hah, lagi satu kat bawah baju ni boleh tak kau buat sulam kerrawang, pastu hias sikit-sikit dengan manik.” Tambahnya lahi.
“Okey.” Ligat lagi tanganku menari.
“Okey dah siap. So, aku nak ambik ukuran badan kau pulak.”
Lantas Jun bangun. Kemudian aku merapatinya dan mengukur setiap bahagian badannya. Baju pengantin ni tak boleh terlebih besar atau terlebih kecil. Ini kerana ia akan menampakkan seseorang pengantin itu nampak cacat.
“Kau kena jaga makan ni. Jangan pulak nanti bila dah sampai hari berbahagia tu, kau terlebih besar pulak. Mana nak cari baju ganti nanti? Masalah tu.” Selesai mencatat ukuran badannya, aku sempat memberikan peringatan.
“Yalah. Kau ni, pandai-pandailah aku.”
“Pandai, pandai! Nanti jadi jugak macam apa yang aku cakap tu, nasiblah kau. Aku memang dah tak boleh tolong dah. Baju tunang kau dah ada yang buatkan?”
“Dah! Dia tempah dengan Chineese tailor.”
“Oh. Eh, sebelum aku lupa. Kain untuk baju kau ni nak aku yang cari atau kau nak cari sendiri?” oh ya, nasib baik teringat.
“Aku nak tengok pilihan kain kau dulu, boleh?”
“Tak ada hallah.”
Lantas laptopku yang telah terpasang aku suakan kepada Jun. Semua koleksi kain untuk baju pengantin telah terpapar pada skrin laptop. Nasib baik supplier yang selalu membekalkan kain ke butikku ada juga membekalkan kain untuk baju pengantin.
“Kau cari warna apa?” celahku di sebalik keasyikkan dia meneliti gambar-gambar yang terpapar di laptop.
“Aku nak warna putih. Yang ni baju akad nikah. Baju untuk resepsi dan majlis sebelah lelaki, tu pihak diorang yang tetapkan. Aku cuma bawak diri aje.”
“Emm… Kalau putih, yang ni okey jugak.” Aku menggerakkan mouse ke arah gambar kain berwarna putih yang aku maksudkan.
“Emm.. not bad. Yang lain ada tak?”
“Emm.. jap aku tengokkan.” Dari satu gambar ke satu gambar aku buka untuk ditunjukkan kepada Jun.
Akhirnya dia memilih sepasang kain yang diperbuat daripada organza dan perlu lining. Sebelum dia beredar, aku sempat berpesan kepadanya yang baju akan siap dalam masa dua bulan. Masa untuk menjahit baju pengantin memang lama, rumit kerjanya.


1 ulasan:

  1. bosannya...saya baca dari bab 1-6, stop la...malas nk sambung

    teruskan menulis, mungkin saya sorg kot yg rasa macam ni

    BalasPadam