Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Selasa, 26 Julai 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB5

“HUH! Apa punya malanglah nasib!” keluh Syazril dengan nada keras.
Troli yang penuh dengan barang keperluan harian dia tolak ke arah keretanya. Nak tak nak aje lagaknya.
“Kamu ni kenapa? Muka tu masam je dari tadi.” Tanya Datin Sharida kepada anak lelaki tunggalnya itu. Buat-buat tanya sebenarnya. Dia tahu kenapa si Aril, panggilannya untuk anak lelakinya itu bermasam muka.
‘Eh mama ni, dah tahu, lagi mau tanya.’ Gerutu Syazril di dalam hati.
“Mama tu lah. Kenapa mama sebelahkan perempuan tu tadi? Tak pasal-pasal Aril malu depan orang ramai!” laju mulutnya menjawab.
“Memanglah dia tu bersalah tapi kan dia dah mintak maaf. Kenapa pulak Aril nak besar-besarkan perkara kecil macam tu? Dan kamu tak ada pun cedera mama tengok. Punggung kamu okey je kat belakang tu kan? Tak senget kan? Ha, elok je berjalan tu.” Jawab Datin Sharida. Memperli.
“Huh!” dengus Syazril kasar.
Sampai di tempat letak keretanya, dia terus memasukkan segala barang-barang yang terdapat di dalam troli ke dalam bonet kereta Audi miliknya. Manakala Datin Sharida pula terus masuk ke dalam perut kereta. Malas dia nak melayan perangai baran anaknya itu.
Sepatutnya tugas membeli barang-barang dapur ini dilakukan oleh Datin Sharida dan ditemani oleh pemandu peribadi keluarga mereka, Pak Man. Tapi disebabkan Pak Man cuti, maka dia mengerah anak lelakinya ke pasar raya itu.
Memang pecah rekod la si Aril ni mengikut arahan mamanya ke tempat seperti itu. Perempuan mana tak kenal dengan Syazril, romeo yang menjadi rebutan wanita-wanita seksi. Ke mana dia pergi pasti ada wanita yang memandang lama ke arah wajah kacaknya. Setiap perbuatannya menjadi perhatian dan buah mulut wanita yang syokkan dia.
Jadi, oleh sebab itulah dia tidak suka ke tempat terbuka seperti pasaraya Mydin Mall ini. Low class! Kata hatinya. Pagi ni mood dia kira okey sebab sudi mengikut arahan mamanya agar menemani mamanya membeli keperluan harian. Tapi mood okeynya berakhir apabila entah dari mana datang seorang minah senget yang sesuka hati aje melanggar bontotnya.
Bukannya sakit. Tapi dia rasa bengang tiba-tiba. Rasa bengangnya bertambah bila mamanya menyebelahi minah senget tersebut. Siapa tak berangin! Eh, kejap. Mana mamanya kenal dengan minah senget tu? Siap tahu nama lagi. Emm, apa nama dia ya? Eh, apasal pulak aku nak ambik tahu pasal minah senget tu. Buang masa aje.
Sampai di depan pintu pagar rumah banglo milik keluarganya, Syazril menekan alat kawalan jauh pintu pagar dan beberapa saat kemudian pintu pagar itu terbuka secara automatik. Selesai memarkirkan kereta, dia memanggil dua orang pembantu rumah dan menyuruh mereka mengangkat segala barang keperluan yang penuh di dalam bonet. Mamanya pulak sudah lama menghilang masuk ke dalam rumah.
Sedang dia memerhatikan dua orang pembantu rumah itu memunggah barang ke dalam rumah, tiba-tiba telefonnya menyanyi-nyanyi minta di angkat. Sebaik melihat nama Sham yang tertera pada skrin telefon, terus butang hijau dia tekan.
“Hah, apasal kau call aku?” tanpa salam, terus Syazril menerjah.
“Kau ni, terus sergah aku. Kurang-kurang bagilah salam.”
“Wah, dah jadi ustaz kau ni ya. Apa hal kau call aku ni?” dia dahlah tengah berangin, ada jugak yang nak ajak bergurau.
“Aril, keluar jom.” Ajak Sham.
“Keluar? Sekarang? Malaslah aku. Aku nak sambung tidur ni. Petang nantilah.” Malas dia membalas.
“Wei, tidur apa masa ni? Matahari dah tegak kat atas kepala tu.”
“Kau apa tau. Aku ni awal-awal lagi dah kena kejut dengan mama aku. Suruh teman dia pergi beli barang dapur. Kau tau tak, cipta sejarah aku masuk Mydin Mall. Huh!”
“Hahahahaha… kau? Pergi Mydin Mall? Hahahaha..” Sham ketawa besar. Dia kenal sangat dengan Syazril Naim. Lelaki yang sangat cerewet. Semua benda nak perfect! Tempat-tempat macam Mydin Mall tu bukan taste dia.
“Woi, dah-dah lah kau nak ketawakan aku. Kalau kau terus nak ketawakan aku, aku letak telefon.” Ugut Syazril.
“Okey, okey. Aku berhenti ketawa. Tapi kelakarlah apa yang kau ceritakan ni. Hahaha..” mula-mula Sham boleh lagi tahan ketawanya. Tapi makin lama ditahan, makin nak terburai ketawanya. Dan akibat tak dapat menahan ketawa, akhirnya dia tergelak sakan.
Si Syazril pula apa lagi. Panas hatilah! Dan kerana tak dapat amarahnya itu, terus butang merah pada telefonnya di tekan sebelum berlalu masuk ke dalam rumah.

“SYU, cepatlah. Dah pukul berapa ni! Nanti terlepas bas pulak.” Laungku pada Syu yang masih lagi tak turun-turun dari tingkat atas. Entah apa yang dia buat pun aku tak tahu. Nanti kalau terlepas bas, jadi satu kerja pulak nak kena kejar bas.
“Iya,” laung Syu balik.
Aku rasa dari tadi lagi dia duk cakap iya, iya. Tapi batang hidung pun tak nampak. Tanpa menunggu lama, aku melangkah keluar dari rumah. Ke arah kereta. Kereta dihidupkan. Jam di tangan aku tilik sekali lagi. 9.30 pagi.
“Syu!” sekali lagi aku melaung.
“Iya, iya.” Jawab Syu yang baru muncul. Di tangannya membimbit sebuah beg berisi pakaian dan dibahunya juga tergalas sebuah beg lagi.
“Kamu ni kan Fiza, tak boleh ke panggil dengan elok sikit? Ni tak, duk terjerit-jerit dari tadi. Kalah monyet kat dalam hutan tu. Patutlah dari dulu kamu ni tak ada orang nak. Orang lain dah ada anak berderet-deret tapi kau ni kahwin pun tak lagi.”
Mak aku dah start membebel dah. Aduhlah! Susah betul. Tanpa menunggu lama, aku terus mendapatkan emakku dan tangannya aku salami. Kemudiannya Syu juga melakukan perkara yang sama.
Eh, kejap. Mak aku ada cakap yang aku ni dari dulu tak ada orang nak. Eh, bukan dia ke yang letak syarat yang nak perempuan tidak boleh ada hubungan cinta. Dia dah lupa ke dah nyanyuk? Aku bukan nak mengutuk emak sendiri jauh sekali untuk memperli. Tapi memang itu yang dia ucapkan dulu. Dan setiap kata-katanya itu masih aku ingat sampai sekarang.
Ke sebab semua sepupu sepapatku yang sebaya denganku sudah kahwin dan hanya aku seorang sahaja lagi yang tak kahwin? Aku sedar lagi dua tahun, umurku akan menjengah angka tiga puluh. Bagi anak dara yang melepasi had umur tiga puluh sudah digelar andartu atau pun andalusia! Huh! Kejamnya hukum karma dunia ni.
“Kami pergi dulu mak.” Ucapku sebelum berlalu ke kereta.
Kereta diundur dan berlalu meninggalkan rumah orang tuaku. Trafik pagi itu boleh kata sesak jugaklah. Biasalah, hari ahad. Di Terengganu, ramai mereka yang bekerja mengambil cuti pada hari ahad dan hari khamis untuk mereka menguruskan urusan di pejabat kerajaan mahu pun firma-firma swasta. Disebabkan itulah trafik pada dua hari itu menjadi sesak.
Lagi satu, kat depan stesen bas. Kat situ memang sakit hati. Tak kita hari minggu ke hari bekerja ke. Pagi ke petang ke memang sentiasa sibuk. Sibuk dengan mereka yang tidak ada kesedaran sivik. Mana tak sibuknya kalau sesuka hati je parking kereta kat situ. Macamlah dah tertulis kat situ tempat parking kereta. Bukan orang awam macam aku je yang sakit hati, mereka-mereka ni jugak suka betul block laluan masuk bas. Lepas tu bila kena hon dek bas, barulah nak alihkan kenderaan diorang. Lagi satu bila polis datang, mulalah menggelabah nak lari.
Aku menurunkan Syu di pondok menunggu yang terdapat di stesen bas, aku terus memecut kereta ke arah butikku. Jaraknya tak adalah jauh sangat.

HARI ni 1 Januari. Hari gaji untuk para pekerjaku. Aku sampai sedikit lewat ke butik hari itu kerana menguruskan pesanan pelanggan dan ke bank, memasukkan gaji pekerjaku. Sampai saja di bank, aku tengok ramai giler orang. Huh! Memang lamalah aku kena menunggu. Naik kejang jugaklah kaki beratur menunggu giliran.
Lepas pergi bank, aku ke KEDAI BUKU BANGGOL. Alah, alang-alang dah keluar, aku ambik peluanglah. Lagi pun, kedai buku tu sebelah je dengan bank, jadi aku merayaplah sekejap. Nak cari novel. Aku ada servey kat laman web penerbit novel. Ada dua tiga buah jugak yang aku berkenan. Wah, macam orang pulak boleh berkenan-kenan bagai. Hehehe..
Kakiku laju je melangkah masuk ke dalam kedai buku. Aku merapati rak novel. Satu persatu novel aku tilik. Alah, novel lama. Tak ada novel baru ke? Keluhku sendiri. Aku perasan jugak yang ada satu rak tu sampai kosong.
“Kak, tak ada novel baru ke?” tanyaku pada salah seorang pekerja kedai itu.
“Buat masa sekarang ni tak ada lagi. Mereka cakap minggu depan baru sampai sebab banyak novel yang kena reprint.”
“Oh, ye ke? Takpelah kak, terima kasih.”
Dengan wajah kecewa, aku melangkah keluar dari kedai itu.

FAIL berisi maklumat keluar masuk stok dan jumlah untung rugi aku amati secara terperinci. Akaun debit dan kredit aku perlu kemas kini. Dulu aku tak tahu pun ata itu debit, apa itu kredit keran aku belajar di aliran sains tulen. Masuk U pulak ambik course IT. Manalah nak jumpa dua benda alah tu. Nasib baik ada Kak Yanty, sepupuku. Dialah yang mengajar aku apa itu debit dan kredit.
Semasa di sekolah menengah dahulu, Kak Yanty belajar di aliran perakaunan. Sampai tingkatan enam dia belajar dalam aliran tu. Tapi selepas keputusan STPM, dia tak dapat menyambung pelajaran ke U disebabkan oleh pointer yang rendah. Oleh kerana dia tidak mahu membebankan emak dan ayahnya, dia menerima sahaja tawaran jururawat yang telah ada di depan mata waktu itu.
Sekarang Kak Yanty bekerja di salah sebuah hospital kerajaan di Pahang. Dia juga sudah berumah tangga sekarang ni dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata. Hanya aku yang masih terkontang-kanting keseorangan, tanpa suami, tanpa tunang mahupun kekasih. Laa, dah masuk slot sedih pulak..
“Cik Sya, ada customer nak jumpa cik.” Miza memanggilku.
“Siapa?” soalku balik.
“Entah. Dia cakap nak jumpa pemilik butik ni.”
“Oh. Lelaki ke perempuan?”
“Seorang lelaki dan seorang perempuan. Dia dah tunggu cik kat depan.”
“Okey, saya pergi sekarang.”
Lambat-lambat aku bangun dari kerusi. Fail maklumat akaun butik aku tutup dan dimasukkan ke dalam laci meja. Kemudian, kaki aku hala ke arah bahagian depan kedai. Entah siapalah nak jumpa aku petang-petang macam ni.
Di depan, aku lihat sepasang lelaki dan wanita sedang membelek baju yang ada di pergantungan butikku. Aku memang tak tahu siapa mereka ni. Tambah-tambah lagi yang nampak hanya belakang mereka kerana mereka sedang berpaling tika itu.
“Encik, cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” sapaku kepada pasangan itu. Senyuman manis sejak dari awal lagi terhias di bibirku.
Pantas mereka berdua berpaling.
“Fiza!”
Tergamam aku apabila si perempuan memanggil namaku. Laa… Siapa pulak ni? Aku kenal ke dia ni? Siap tahu namaku lagi.
“Err.. ya, saya Fiza. Cik ni siapa? Maaf, kita pernah jumpa ke?” tanpa menunggu lama, aku terus menyoalnya.
“Weh, kau ni. Ni akulah, Jun!” jawab si perempuan itu yang memperkenalkan namanya sebagai Jun, teruja.
Ligat otakku berfikir. Jun mana? Pernah ke aku kenal si Jun ni? Dia ni salah orang kot.
“Err.. saya masih tak dapat ingat siapa awak. Kita pernah jumpa di mana ya?” aku menyoal lagi. Aku memang betul-betul blur waktu tu.
“Heh, ingat tak Junaina?” tanyanya lagi. Aku menggelengkan kepala.
“:Okey, macam nilah, ingat tak kelas 5Sn2?”
Kepalaku ligat berfikir. Kalau kelas 5Sn2 aku ingatlah. Itu kelas aku sewaktu di tingkatan lima. Tapi si Jun ni. Hmm… Jun, Jun, Jun… Hah, aku dah ingat.
“Jun yang tembam-tembam tu ke? Yang mulut kecoh kat sekolah dulu tu? Laa, macam manalah aku tak ingatkan kau? Hahahaha…” ketawaku pecah sehabis bersuara.
Terus aku memeluknya tanpa menghiraukan lelaki yang berdiri di sebelahnya. Aku baru teringat si Jun ni. Siapa tak kenal dengan Junaina yang becok mulutnya apabila bercerita ketika sekolah dahulu. Jun juga sama tembam sepertiku ketika sekolah dahulu. Tapi bentuk badannya kini jauh berbeza dari dulu. Sekarang badannya langsing seperti model! Wah, cemburunya aku!
“Ewah, sedap mulut aje kau cakap aku tembam! Lepas tu kau cakap aku kecoh pulak!” sedikit kuat dia bersuara sebaik saja pelukan kami terlerai. Ketawaku berderai lagi. Lucu pula melihat muka Jun masam begitu.
“Betulkan apa yang aku cakap tu? Eh, tapi kau sekarang ni cantiklah. Badan dah macam model. Cemburu aku tau! Patutlah aku tak kenal kau.” Balasku berterus terang.
“Kalau aku tembam macam dulu, tak adalah aku dapat cik abang handsome ni.”
Pantas aku memandang lelaki yang sedang berrrdiri di sebelah Jun. Laa… lupa pulak dengan lelaki yang datang bersama-sama dengan Jun.
“Weh, dari tadi lagi kau sampai, kau tak nak kenalkan aku dengan cik abang handsome kau ni? Siapa dia?” dengan suara perlahan, aku berbisik kepada Jun.
“Fiza, ni tunang aku, Hairul. Abang, ni Fiza. Kawan rapat Jun masa sekolah dahulu.” Perkenalnya. Aku hanya menganggukkan kepala kepada Hairul. Takkan nak salam pulak. Memang terang-terang yang kami ni bukan muhrim.
“Wah, kau dah bertunang? Bila kau bertunang? Aku jugak yang macam ni. Eh, bila majlisnya? Jangan tak jemput aku pulak. Kalau kau tak jemput, siaplah kau.” Gertakku perlahan.
“Au dah dua bulan bertunang. Macam manalah aku nak jemput kau, aku tak tahu pun kau ada kat mana masa tu. Kalau aku tahu kau ada kat sini, awal-awal lagi aku jemput kau. Majlisnya dalam tiga bulan lagi. Nanti aku sendiri yang beri kad jemputan aku kat kau.”
“So, kau datang ke kedai aku ni nak beli baju ke?” aku mengubah topik perbualan memandangkan dah lewat petang waktu itu.
“Oh, lupa pulak. Aku datang ni nak tempah baju kat butik kau ni. Aku tahu butik ni pun dari blog kau. Tak sangka pulak ni butik kau. Banyak jugak design-design baju kat butik kau ni ye. Cantik-cantik pulak semua tu.” Aku melemparkan senyuman kepada Jun.
“La, ye ke? So, kau nak baju yang macam mana? Jom ikut aku.”
Aku membawa Jun merapati rak-rak baju yang berada di sebelah kanan butikku. Tapi sebelum tu, sempat lagi Jun menyuruh Hairul duduk di kerusi yang memang aku sediakan di dalam butik sementara dia mengikut aku. Satu persatu design baju aku tunjukkan kepada Jun.
“Fiza, sebenarnya aku nak tempah baju kahwin. Aku ada tengok dalam blog kau, ada satu gambar baju kahwin. Kau tulis kat situ bukan untuk dijual. Kau buatkan aku baju macam tu, boleh?”
“Hah? Kau nak aku jahit baju pengantin? Kau salah butik ni! Aku tak terima tempahan baju kahwin. Baju untuk dinner tu bolehlah aku buatkan.”
“Ala, bolehlah. Aku memang betul-betul berkenan dengan baju tu. Baju siapa yang dalam blog kau tu?” tanya Jun
“Tak ada baju siapa-siapa. Gambar baju tu aku jumpa kat internet, so aku copy lah. Eh, kau ni. Aku memang tak terimalah tempahan baju kahwin. Tak pernah lagi aku jahit kahwin ni.”
“Oh, nampaknya aku kena cari butik lain la ni. Kat manalah lagi aku nak cari ni. Dah puas aku pusing Bandar KT ni tapi tak ada satu pun yang buat aku berkenan.” Huh! Akhirnya dia mengalah jugak. Lega aku. Aku melemparkan seulas senyuman ke arah Jun.
“Jun, maaf ya. Aku bukan tak nak tolong kau tapi aku tak dapat tolong kau.”
“Tak apa. Aku yang silap. Nanti bila dah siap kad kahwin aku datang jemput kau  ye. Nah, ni no aku. Calling-calling la aku.” Tangannya menghulurkan sekeping kad kepadaku. Aku menyambut hulurannya itu.
Orait.” Balasku.
Lalu dia mendapatkan Hairul yang setia menunggu di dalam butikku. Sebelum beredar keluar, sempat dia melambai ke arahku. Aku membalas lambaian itu beserta dengan seulas senyuman. Sebaik kelibatnya hilang dari pandangan mataku, aku kembali ke mejaku. Banyak lagi urusan yang perlu aku lakukan.

“AH, leganya. Dapat berbaring macam ni.” Seharian di butik membuatkan aku keletihan. Pagi berkejar ke bank dan pejabat pos. petang terperap pulak dalam butik. Terasa nak tercabut aje pinggangku.
Tentang baju yang Jun tengok di dalam blogku tiba-tiba muncul di benakku. Baju itu sebenarnya wujud. Aku terpaksa menipu Jun kerana bagiku biarlah baju itu terus menjadi tanda tanya. Sebenarnya baju itu adalah hasil kerja tanganku ketika aku baru belajar menjahit. Dan ada cerita di sebalik baju itu.
Dengan langkah perlahan, aku menghampiri almari. Pintu almari aku buka. Sepasang baju yang tersimpan kemas di dalam plastik khas aku tarik keluar. Baju itu aku cipta dengan harapan pada hari pernikahanku nanti, aku akan memakai baju itu suatu hari nanti. Rekaan baju itu sedikit unik kerana aku menggabungkan rekaan jubah dan baju kurung moden.
Dengan perincian manik yang sederhana sarat di bahagian leher hingga ke dada, lengan baju dan pada bahagian bawah baju. Di bahagian pinggang pula aku jahitkan juntaian kain seakan reben. Memang baju rona putih itu cantik. Tiada lagi aku jumpa rekaan sebegini di mana-mana butik.
Dan sudah lebih dari setahun baju itu tersimpan kemas di dalam almariku. Hari bahagia yang aku harapkan entah bila akan muncul. Kekasih pun tak ada, inikan pulak nak berkahwin. Mimpi aje lah kau Fiza! Aku mengomel sendirian. Baju itu aku simpan kembali di dalam almari dan tanganku mencapai tuala sebelum berlalu masuk ke dalam bilik mandi.

3 ulasan:

  1. huu...mmg ade rupenye...huu...ni kluar gaye cm ni cmda xlame je fiza

    BalasPadam
  2. apa yg dh x lama dear?? confius gak ni.. hehehe

    BalasPadam
  3. nak tengok baju pngantin tu fiza

    BalasPadam