Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Rabu, 15 Jun 2011

KAU YANG KUSAYANG: BAB4

HARI ni hari Jumaat. Cuti hujung minggu untuk negeri Terengganu. Hari untuk mereka yang berkeluarga meluangkan masa bersama anggota keluarga tersayang. Dan hari untuk orang bujang seperti aku berehat. Merelakskan minda dari bebanan kerja. Wah, bestnya!
Aku rasa tak mahu bangun tidur je tapi kewajipan pada Yang Maha Esa wajib dilakukan. Sebaik saja selesai solat subuh, aku dengan mood yang masih ingin tidur terus merebahkan badan di atas katilku semula. Aku terus terlena.
Tapi aku belum pun puas tidur, lenaku diganggu oleh seorang makhluk yang tak faham dengan maksud cuti hujung minggu.
“Akak, akak.” Panggil suara itu sambil mengetuk pintu bilikku.
“Akak, akak.” Panggil suara itu lagi.
Aku pulak malas nak jawab. Malah, selimut aku tarik hingga menutup kepala. Nanti bila dia dah letih, dia berhentilah tu.
Lama jugak aku menunggu, ternyata senyap. Ha, kan dah senyap. Bolehlah aku menyambung balik tidur. Tapi kegembiraanku tidak lama. Tidak sampai lima minit selepas itu, aku mendengar pintu bilikku dibuka dari luar.
“Akak! Bangunlah. Dah cerah kat luar tu.” Jerit suara yang tadi sibuk duk mengetuk pintu bilikku. Aku memang kenal sangat dia ni. Dia ni adikku, Syuhaiza.
Dia baru sampai petang semalam dari Selangor. Aku sembat bertanya, kenapa dia balik sedangkan cuti semester lambat lagi. Jawabnya sekarang kat U tengah study week sebab minggu hadapan ada peperiksaan di sana dan maknanya tak ada kuliah. Jadi dia ambik kesempatan untuk balik ke Terengganu. Hisy, budak ni. Senang-senang aja balik.
“Ada apa? Hari ni hari jumaat, so bagilah peluang kat akak untuk tidur. Akak nak hilangkan penat ni, janganlah kacau.” Dengan pantas, aku menarik kembali selimut menutupi kepalaku.
“Akak, bangunlah! Jom kita pergi panjat Bukit Besar! Biar berpeluh sikit. Tidur ni nanti-nantilah boleh sambung. Petang nanti, akak sambunglah. Jomlah akak.” Eh, Syu ni. Tak faham bahasa ke? Ni rasa nak naik angin ni.
“Apsal beriya-iya sangat nak ajak akak panjat Bukit Besar pagi-pagi ni? Biasanya takde pun.” Aku bertanya lagi.
“Alah, jomlah. Syu nak jumpa kawan. Tapi motor takde, Ijad dah kebas. Alah, bolehlah kak. Akak just jadi driver je. Sama ada akak nak panjat Bukit Besar atau tak, itu terpulang pada akak. Jomlah kak.”
“What? Jadi driver? Kau ingat kau tu siapa? Sampai nak aku jadi driver kau? Apa upah untuk akak?” tanganku laju menarik selimut yang menutupi wajahku.
“Akak ni. Sikit-sikit nak upah. Okeylah, okeylah. Cakap aja apa yang akak nak. Tapi jangan pulak yang tak logik.”
“Emm.. akak nak satu je tak banyak. Tapi sebelum tu akak nak tahu, siapa yang kau nak jumpa ni? Lelaki ke perempuan?”
“Syu jawab nanti boleh tak? Akak, cepatlah dah lewat ni. Syu janji pukul lapan, tapi sekarang dah hampir pukul lapan. Cepatlah. Nanti akak nak bersiap lagi. Syu tunggu kat bawah. Akak jangan sambung tidur pulak!” kelam-kabut Syu keluar dari bilikku.
Aku pula dengan malasnya bangun dari pembaringan. Nak tak nak kena jugak ikut arahan puteri yang tak berdaulat tu.

SIAP bersiap, aku turun ke ruang tamu. Sejujurnya, aku tak mandi pun pagi tu dan hanya menukar pakaian sahaja. Dari baju tidur, aku menyarung t-shirt lengan panjang dan tracksuit. Ah, bukan orang tahu pun aku tak mandi. Lagi pun, sejuk tau!
Sedang aku memandu dengan tenangnya sambil bertemankan celoteh DJ radio, syu tiba-tiba bersuara.
“Akak, nanti sebelum balik kita singgah kat Mydin Mall sekejap ya.”
“Nak buat apa? Nanti badan dahlah bau masam, nak kena masuk Mydin Mall pulak. Rimas tau!” aku membangkang.
“Ni ha! Mak ada pesan suruh beli barang-barang dapur. Mak takut tak sempat nak beli sebab kebanyakkan barang basah kat dapur dah habis.” Balas Syu sambil menghulurkan sekeping kertas yang telah berlipat ke arahku.
“Eh, peganglah dulu. Akak tengah drive ni! Mak pergi mana? Sunyi je rumah pagi ni. Kalau tak awal-awal lagi dah dengar dia membebel.”
“Mak ke rumah Pak Su Mail dengan abah. Ada kenduri kesyukuran katanya lepas sembahyang Jumaat nanti. Mak cakap pergi awal ni boleh tolong tuan rumah mana yang patut.”
Oh, patutlah kereta Wira abah pun tak ada kat garaj. Pak Su Mail tu adik bongsu abah aku. Dia tinggal di Setiu, jauh jugaklah dari rumah aku ni. Mungkin sebab tu jugak kot mak aku nak pergi awal.
Kurang lima minit kemudian, kami sampai di Bukit Besar. Bagi mereka yang tinggal atau warga Kuala Terengganu sejati pasti mereka tahu jarak antara Panji Alam dan Bukit Besar tidaklah jauh mana. Dekat je, dalam dua kilometer sahaja.

AKU kemegahan semasa menuruni Bukit Besar. Aku hanya mampu mendaki sehingga replika kata-kata ‘ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU’. Pancit! Ya lah, mana tak pancitnya kalau setahun sekali baru bersenam! Ish, ish, ish!
Si Syu pulak awal-awal lagi lesap sebaik sahaja aku memakirkan kereta. Aku terus menghantar mesej kepadanya apabila kakiku sampai di kaki bukit. Selepas Syu membalas mesejku, aku terus menapak ke arah tempat letak kereta. Hampir lima belas minit jugak aku menunggu Syu tapi batang hidung pun tak nampak. Macam orang bodoh aje aku rasa!
Setelah dua keping mesej aku hantar kepada Syu, barulah aku terlihat kelibatnya melangkah mendekati kereta. Batang hidung kawannya yang dia katakan ingin berjumpa dengannya tidak aku nampak. Ini menimbulkan perasaan tertanya-tanya dalam hatiku.
Tanpa banyak soal, aku terus menghidupkan enjin kereta apabila Syu masuk ke dalam kereta. Mydin Mall hala tuju kami seterusnya. Jaraknya sangat dekat dengan Bukit Besar. Tak sampai pun 500 meter dari Bukit Besar.

AKU melangkah memasuki Mydin Mall. Awal-awal lagi aku mengarahkan si Syu mengambil sebuah troli. Dan aku pula, sambil berjalan tanganku ligat membuka lipatan kertas yang mengandungi senarai barang-barang yang emakku pesan.
1.      Beras 20kg
2.      Susu pekat manis 12 tin.
3.      Sardin besar 2 tin
4.      Bihun besar 3 paket
5.      Sos cili besar sebotol
6.      Sos tomato besar sebotol
7.      Minyak masak 5kg
8.      Milo 1.5kg
Dan bla bla bla bla…
Mak ooooiiii! Mak aku ni nak buat kenduri ke apa ni? Banyak giler barang yang dia besan. Kalau ikut yang tertulis dalam kertas tu, banyak lagi yang dia suruh beli. Letih tau kalau nak tulis balik! Tu tak masuk lagi kalau bab suruh beli ikan dan sayur. Siap ada pesanan penaja lagi kat bawah.
‘Beli ikan yang segar. Tengok-tengok sikit. Jangan pakai ambik je. Tengok bahagian mata dan insang ikan tu. Kalau mata merah jangan beli. Ikan tak segar tu. Sayur pun cari yang segar. Tak nak yang layu. Nanti tak tahan lama.’
Kalau bab sayur aku boleh terimalah. Nak belek-belek sayur ni takde hallah. Tapi yang lemahnya bab ikan. Takkan nak tengok satu-satu ikan tu. Buatnya kalau ikan kecik. Huh, kes naya ni! Lagi satu bab sentuh ikan, lepas sentuh nak basuh tangan kat mana? Habis hanyir bau tangan!
“Kenapa banyak sangat yang mak suruh beli ni?” aku bertanya pada Syu.
“Entah mak tu. Dia suruh Syu tulis, Syu tulis jelah.” Selamba Syu menjawab.
Penuh satu troli dengan semua barang-barang pesanan emakku. Sampaikan nak bergerak pun susah.
“Kak, Syu nak ke atas sekejap. Nak cari kertas. Syu baru teringat kertas A4 dah habis.” Syu tiba-tiba bersuara.
“Okey, tapi cepat sikit! Akak nak ke kaunter pembayaran ni.” Sempat aku berpesan kepada Syu.
Dan troli juga bertukar tangan. Aku menolak perlahan-lahan troli itu melewati bahagian penjagaan wanita. Sebelum troli itu terlajak jauh, aku menarik troli itu dan ditolak masuk ke bahagian penjagaan wanita. Terlintas di fikiranku yang pencuci muka dan krim malam milikku sudah hampir habis. Alang-alang aku dah di sini, baik aku beli sekarang. Kalau tak, aku memang tak akan ke pasaraya itu semata-mata untuk membeli dua barang penting tersebut.
Mataku meliar mencari pencuci pencuci muka dan krim malam yang biasa aku beli. Kulit wajahku ni susah kalau bertukar pencuci atau krim muka. Mulalah akan naik jerawat! Benda alah yang paling aku benci!
Setelah jumpa apa yang aku inginkan, aku terus masukkan ke dalam troliku. Ketika aku ingin menolak troli keluar dari bahagian itu, aku terpandangkan seorang budak perempuan sedang berdiri berhadapan dengan meja yang terdapat di atasnya alat make up untuk tester. Jari tengah budak perempuan tersebut menyentuh pembayang mata yang terdapat di atas meja itu.
Aku pelik. Di dalam hatiku tertanya-tanya. Apa budak perempuan tu nak buat dengan pembayang mata tersebut? Mataku terus memerhatikan gerak-geri budak perempuan itu. Pembayang mata dijari tengahnya itu disapu ke kelopak mata.
‘YA ALLAH! Budak ni!’ bibirku terucap spontan tetapi hanya perlahan. Dalam masa yang sama, hatiku digeletek rasa geli hati.
Amboi, budak ni! Kecik-kecik dah pandai nak bermake up segala. Ish, ish, ish.. tanpa aku sedari, aku menggelengkan kepala, tindakan spontan apabila melihat telatah budak perempuan tersebut.
Aku menolak troli tetapi mataku masih lagi pada budak perempuan yang telah mendapatkan ibu bapanya yang berdiri tidak jauh dari meja tester. Dan secara tidak sengaja…
“Aduhh!” tolakkan troli terhenti secara tiba-tiba.
Aku jadi panik. Mataku tercari-cari, siapalah gerangan yang telah aku langgar itu. Ya lah, mana nak nampak kalau barang dalam troli bertimbun.
“Oii! Buta ke?” sergah satu suara.
Amboi bahasa! Ber oii segala. Tak ada adab betul!
“Err.. maaf encik. Saya tak perasankan encik.”
“Tak perasan? Mata awak letak kat mana? Kat lutut?” keras tutur kata lelaki itu.
Eleh, macamlah handsome sangat! Arwah atuk aku lagi handsomelah!
“Kalau kat lutut, senanglah aku nak nampak kau!” Rungutku perlahan.
“Apa? Apa kau cakap?”
“Eh, saya cakap apa? Saya tak ada cakap apa-apa pun.” Bidasku pantas.
Alamak! Dia dengar ke? Matilah aku kalau dia dengar.
“Eh, kenapa bergaduh depan orang ramai ni?” tiba-tiba ada satu suara perempuan mencelah diantara kami.
Serentak kami mencari arah datangnya suara itu.
“Ma,”
“Aunty Ida,” serentak kami bersuara.
Apa lelaki tu sebut? Ma?? Oh, no! Jangan pulak dia mengaku yang Aunty Ida ni mak dia!
“Kenapa ni?” soal Aunty Ida kepada kami.
“Akak, kenapa ni?” tiba-tiba jugak Syu muncul dan menyoalku.
“Dia ni ma. Entah dari mana munculnya pun tak tahu. Tiba-tiba je langgar Aril! Macamlah Aril ni tembok kat tepi jalan, sesuka hati je nak langgar.”
Anak emak la weii! Mengadu dengan emak dia pulak!
“Ada cedera ke Aril? Mama nampak tak ada apa cedera pun.” Bidas Aunty Ida. Jelas-jelas memperli.
Yes! Nasib memihak kepada aku nampaknya. Hehehehe..
“Err.. Aunty, saya tak sengaja nak langgar encik ni. Saya tak perasan pulak dia ada kat depan. Lagi pun saya dah mintak maaf tadi tapi encik ni pulak nak bising-bising.” Nah! Sekarang giliran aku pulak balas balik!
“Hah, kan si Sya ni dah mintak maaf, kenapa pulak kamu nak bising-bising? Benda kecik macam ni pun nak ambik berat. Apalah kamu ni Aril. Okeylah Sya, Aunty bagi pihak anak Aunty ni nak mintak maaf. Entah apa masalah pun Aunty tak tahu. Tiba-tiba je nak naik angin. Banyak beli barang?”
Yey! Aunty Ida sebelahkan aku! Hahahaha.. padan muka anaknya yang entah apa-apa tu. Aku perasan matanya membulat merenung aku. Macam nak makan orang aje lagaknya. Tapi aku sikit pun tak heran. Weii, kau silap oranglah! Ni Syafiza Akhira la, apa heran dengan orang macam kau ni!
“A’ah. Mak suruh beli. Biasalah Aunty, stok untuk sebulan.” Jawabku sambil melemparkan senyuman semanis gula ke arah Aunty Ida dan anaknya. Untuk anaknya, senyuman sinis sebenarnya.
Kami akhirnya berpisah ketika aku ingin beratur di kaunter pembayaran.

p/s: salam... n3 kali ni special for all reader smpena my birhtday.. thanks pd yg wish.. sy syg korang..:D

1 ulasan: