BAB
1
AKU
Dhiya Delisya Durrani Binti Dzulfikri. Mesti kau orang semua tertanya-tanya,
siapa aku. Biasanya orang terdekat panggil aku Isya. Masa sekolah dulu satu
sekolah panggil aku 4D sebabnya nama aku tu semuanya bermula dengan huruf D.
Sekali dengan nama ayah aku pun D jugak. Hmmm…. Aku orang biasa-biasa aje. bukan
anak Dato’, bukan anak Tan Sri, bukan juga anak kerabat diraja. Hanya anak
kepada pasangan Dzulfikri dan Zainab. Ayah aku ada buat bisnes kecil-kecil. Umi
aku pulak suri rumah tangga aje. Dan inilah kisah aku….
Tali
beg yang makin melurut jatuh ke lengan aku betulkan dan letak kembali di bahu.
Terik matahari yang semakin mencengkam kulit tidak sikit pun memudarkan niat
untuk ke tempat kerja. Hari ni aku kerja shift
tengah hari. Masuk kerja pukul 1.00 tengah hari. Habis kerja pula pukul 10.00
malam. Nak buat macam mana, sudah ini kerja aku. Kalau terasa rajin, aku buat
OT sejam. Tapi lepas tu mulalah tak larat nak balik.
Aku
pandang ke kiri dan kanan perhentian bas itu. Sesekali mata tak lepas dari
memandang jam di tangan. Aku tak pernah lewat. Takkan hari ni aku kena pecahkan
tradisi tu? Tak pasal-pasal ada tanda merah pada kedatanganku.
“Mana
bas ni? Takkan rosak lagi kut.” Aku mengomel sendirian. Baru beberapa hari
lepas bas yang sudah berusia tu rosak. Biasanya waktu-waktu begini bas dah
datang. Tapi sekarang? Ini yang buat aku tambah geram.
Pin,
pin, pin!
Aku
pandang ke arah kereta Toyota Vios yang asyik sekali membunyikan hon. Bingit telinga
ni! Aku kenal sangat dengan mamat pemilik kereta tu. Aku buat-buat bodoh.
Tingkap diturunkan dan lelaki itu bersuara.
“Isya,
jomlah saya hantar awak. Bas belum tahu bila akan sampai.” Kata Farish.
Aku
pandang dia sekali sebelum memandang ke kiri dan kanan. Takutlah juga jika ada
yang kenal aku kat sini. Masak aku! Selepas dipastikan line benar-benar clear,
aku terus tarik pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta.
“Shift tengah hari ke hari ni?”
“Hmm…”
aku hanya menggumam. Dalam kepala aku tak ada lain, aku dah lewat. Itu aje.
“Isya,”
dia panggil aku pulak. Adoi! Kepala aku dahlah tengah berserabut. Ni nak ajak
bersembang ke apa ni?
“Apa?”
“Kenapa
awak layan saya macam ni? Awak buat saya macam tak wujud.” Tutur Farish. Oh, ni
kira sentap dengan aku ke?
“Begini
ya Encik Farish.” Aku pusing sedikit posisi tubuh menghadap dia. “Kita ni,
pernah ada apa-apa hubungan ke? Pernah ke kita berjanji untuk sehidup semati?
Pernah ke awak cakap sukakan saya? Cintakan saya, pernah ke?” dan apabila
soalan demi soalan keluar dari ulas bibirku, semuanya perlian. “Sepatutnya saya
yang tanya soalan tu. Bukannya awak. Sebab saya perempuan. Semakin hari, usia
saya bertambah. Bukannya makin berkurang. Saya nak merasa hidup macam orang
lain. Ada suami, ada anak. Tapi….” Aku sengaja menggantung kata-kata itu. Biar
dia fikir sendiri.
“Habis
kita?”
Allah!
Apasal la dia ni lembab sangat? Aku tepuk dahi.
“Encik
Farish, sudah berapa lama ye hubungan
kita?” Aku sengaja menyoal soalan itu.
“Err….
Hampir lima tahun kut.” Nampak sangat dia teragak-agak menjawab soalan aku.
Nampak sangat tak ambil berat langsung! Huh!
“Okey,
hampir lima tahun kan. Sepanjang tempoh tu, ada ke Encik Farish menyatakan rasa
hati Encik Farish kat saya? Pernah ke dalam hati tu ada hasrat nak masuk
meminang saya? Pernah ke?” Panggilan Encik Farish tu sengaja aku tekan sedikit
kuat. Sebelum ni tak pernah-pernah pun aku panggil begitu. Tapi sebabkan hati
yang geram, semuanya jadi lepas laku.
Aku
pandang tajam mata dia. Farish diam membisu. Aku tak tahu dia diam kerana tak
ada jawapan atau pun diam kerana sedang
fikirkan jawapan yang akan dipersembahkan untuk aku. Dan sehinggalah kereta
berhenti di hadapan bangunan tempat kerja aku, dia masih membisu macam orang
tak ada mulut. Baiklah! Kebisuan dia telah memberi jawapan kepada aku.
“Encik
Farish, saya tak ada masa nak tunggu Encik Farish diam macam ni. Syarikat ni
bukan bapak saya yang punya. Boleh masuk kerja sesuka hati.” Tanganku sudah
bersiap-sedia memegang pembuka pintu kereta. “Senang-senang macam nilah. Saya
bagi tempoh tiga bulan. Dalam tempoh tu, jika ada yang masuk meminang, saya
terus terima. Tak kiralah encik atau siapa-siapa saja yang masuk meminang.” Aku
sudah bertekad! Pintu kereta aku tolak dengan hati penuh kecewa. Aku rasa aku
dipermainkan. Down sangat-sangat.
“Tapi…”
Telingaku masih menangkap baris perkataan itu. Farish seakan mahu menahan
langkahku.
“Tak
ada tapi-tapi lagi Encik Farish. Kalau betul mahukan saya, akhiri hubungan ini
dengan ikatan yang sah. Jika tidak, maaf, saya tak boleh menolong.
Assalamualaikum,” pintu kereta aku lepaskan dan terus berlalu masuk ke dalam
bangunan tempat kerjaku. Aku hampa!
“EWAH,
ewah, ewah. Hari ni tuan puteri ni siap berhantar lagi. Untunglah badan.” Sebaik
memijak lantai ruang pejabat, suara Alia pantas menampar telingaku. Aku
buat-buat bodoh aje. kaki laju menghala ke arah mesin pengetip waktu.
Lambat
seminit, maknanya merahlah kad aku. Gumamku di dalam hati.
“Wei,
aku cakap dengan kaulah. Boleh pulak kau buat bodoh macam tu.” Alia menyergah
tiba-tiba. Entah bila datang dekat aku pun aku tak perasan. Macam minah tiga
suku pulak dia ni!
“Hmm…
tu bukan bercakap. Tu namanya kau sergah aku. Nasib tak pekak telinga aku.” Aku
membalas sambil melangkah ke arah tempat simpan beg.
“Ah,
tak kiralah. Farish hantar kau tadi kan?” Alia ni masih tak putus asa
nampaknya. Tanganku yang sedang memasukkan beg ke dalam kotak simpanan barang
terhenti. Aku pandang Alia.
“Kau
mengendap aku?”
“Eh,
tak ada maknanya aku nak mengendap
kau. Baik aku buat benda lain yang lagi berfaedah.”
“Kalau
macam tu, tolong buat benda lain tu.”
Pintu
locker aku tutup dan aku menonong
masuk ke dalam pasar raya. Inilah kerjaku. Sebagai promoter untuk pakaian kanak-kanak.
“Eh,
soalan aku kau tak jawab lagi.”
“Malas!”
sahutku. Memang aku malas nak layan Alia. Mood
aku bukannya okey sangat sekarang ni. Nanti tak pasal-pasal Alia kena sembur
dengan aku.
“Isya!”
Alia menjerit. Ah, lantak kaulah nak jerit ke apa. Mulut kau, bukan mulut aku!
Dalam
masa yang sama aku perasan mata Gina sibuk sekali menjeling ke arah Alia. Gina
ni penyelia kat tempat aku kerja. Dia memang budget bos besar. Baru pegang jawatan penyelia dah tunjuk gila
kuasa. Teruk sungguh manusia ni.
HABIS
waktu kerja hari tu dalam pukul 10.15 malam, aku terus menapak ke depan
perhentian bas. Nasib baik ramai lagi yang sedang menunggu bas sama macam aku. Aku
pandang pada kerusi di perhentian bas itu. Penuh! Dan aku tak adalah can nak duduk. Makna kata, berdirilah
Dhiya Delisya Durrani oi sampai bas sampai.
Sedang
aku asyik membilang kereta yang lalu-lalang, telefon di dalam beg galasku
berbunyi. Lantas aku bawa keluar telefon itu dari dalam perut beg. Pada skrin
telefon tertulis nama Kak Long.
“Helo,”
aku memulakan perbualan.
“Assalamualaikum.
Amboi, dah tak pandai nak bagi salam ke? Berhelo-helo bagai.” Sedas aku kena
bidas. Bisa jugak tu.
“Err…
Wa’alaikumussalam.” Rendah aje suara aku menjawab balik salam dari kak long.
Aku manalah boleh meninggikan suara dengan kak long. Dia tulah sumber kewangan
aku time-time terdesak. Hahaha….
“Ada
kat mana ni? Kenapa bising sangat?”
“Tengah
tunggu bas.”
“Tak
balik kerja lagi?”
“Kak
long ni, orang tengah tunggu bas. Maknanya tak balik lagilah.” Apalah kak long
aku ni. Tanya soalan kurang cerdik.
“Pukul
berapa bas nak sampai?”
Kak
long aku dah bertukar jadi polis pencen tak bergaji. Aduh la….
“Biasanya
dah sampai ni. Tapi tak tahulah kalau-kalau macam ni lewat,”
“Tunggulah
kat situ. Kak long datang ambil kau.”
“Datang
ambil?” aku pelik. Apa maksud kak long?
“Yalah,
sambil-sambil tu kita singgah kedai makan. Kak long tengah lapar ni,”
“Kak
long belanja kan?” aku senyum di pinggir bibir. Tang belanja tu memang
selalunya kerja kak long aku. Aku tukang bedal aje. Hehehe….
“Asal
ajak keluar makan aje, kak long yang kena belanja. Susah betul nak merasa duit
adik kak long ni.” Dia macam berjauh hati aje dengan aku.
“Dah
kak long yang sibuk ajak orang, kak longlah yang kena belanja.”
“Yalah,
yalah. Susah bercakap dengan kau ni. Penghabisannya, kak long jugak yang kalah.
Tunggu dalam sepuluh minit lagi kak long sampai.” Kemenangan berpihak kepadaku.
Senyum panjang aku.
“Orait bos!” dan talian terputus.
Aku
senyum sambil menunggu kak long aku datang ambil. Sambil aku menunggu tu,
datang sebuah kereta Toyota Vios. Aku kenal sangat dengan pemandu kereta ni.
huh! Masih tak faham-faham bahasa ke? Aku palingkan kepala ke arah lain.
“Isya,”
si pemandu panggil aku selepas menurunkan cermin kereta.
Aku
keraskan tubuh sambil pandang sebelah kiriku.
“Isya,
jom saya hantar awak balik.” Farish besuara lagi. Mungkin sebab aku tak
hiraukan dia dan semua mata sedang tertumpu pada dia. Yalah, berhenti di
hadapan perhentian bas, siapa tak pandang kan.
“Isya,”
dia panggil lagi.
Serentak
dengan itu, bunyi hon kereta di belakang kereta Farish berbunyi. Pantas aku
memandang ke arah kereta Perodua Viva itu. Tanpa memandang ke arah Farish, kakiku
laju melangkah ke arah kereta Perodua Viva itu. Aku tarik pintu dan masuk.
“Siapa
tu?” kak long menyoalku tanpa sabar.
“Malaslah
cakap pasal dia. Kita nak makan kat mana ni?” aku memusingkan topik perbualan.
Memang aku malas nak bercakap tentang mamat tu. Buat sakit hati saja.
“Mana-mana
ajelah. Port biasa pun boleh,” kak
long menjawab sambil mata tertumpu pada jalan raya.
“Okey,
ikut kak longlah.” Putusku.
Asal
ada orang nak belanja tu aku kira okeykan aje. Dah untung sangat-sangat ada
orang nak belanja tu. Hilang seketika bayang Farish dari kepalaku.
“KAK
long.”
“Hmm…”
Aku
nak tanya kak long sesuatu sebenarnya. Kami dah habis makan waktu tu.
“Err…
kalau orang nak tanya sikit, boleh tak?”
“Hmm…
tanyalah.”
“Kenapa
kak long dah lama tak balik rumah?”
Aku
pandang kak long. Lambat-lambat kak long angkat kepala, dia pandang aku.
“Yaya
tahukan kenapa kak long tak balik rumah sana. Kak long dah malas nak bercakap
pasal ni.” Lemah suara kak long.
Hampir
setahun setengah kak long keluar dari rumah keluarga kami. Selepas bertengkar
teruk dengan umi dan ayah. Mereka bertengkar kerana kak long masih belum
bersedia untuk berumah tangga tapi umi dan ayah terus memaksa kak long
berkahwin. Apabila kak long cakap masih tiada calon, beria-ia mereka carikan
jodoh. Tapi kak long tak bersetuju dan menolak sekeras-kerasnya. Dan
pengakhirannya, kak long melangkah keluar dari rumah itu. Pada malam itu juga,
ayah telah mengharamkan kaki kak long memijak kembali ke rumah itu.
Reaksi
kak long apabila aku tanyakan pasal ni sudah tak seperti dulu. Jika awal-awal
dahulu, kak long pasti marah-marah. Tapi kini, tidak lagi. Mungkin hati kak
long sudah sejuk.
“Kak
long langsung tak ada calon ke?” aku menyoal lagi.
Umur
kak long pula sudah menginjak ke angka 30 tahun. Sudah terlebih layak memegang
status isteri orang.
“Yaya
tanya kak long ni, Yaya dah ada calon ke?”
“Apa
Yaya pulak. Orang tanya kak long, ni kak long pusing balik kat orang. Tak sukalah.”
Aku tayang muncung. Aku suka bermanja begitu dengan kak long.
“Manalah
tahu kan. Habis, kereta Toyota Vios tadi tu siapa? Mesti yang special kan?” kak long sengaja mengorek
rahsia dari aku. Adoi la…. Tak suka betul bila cerita itu dibuka kembali.
“Tak
ada siapa-siapalah.”
“Kalau
bukan siapa-siapa, takkanlah dia tu sanggup ajak tumpang. Tak percayalah kak
long.”
“Tak
percaya sudah. Jomlah balik kak long. Nanti umi bising.” Aku mengalihkan topik
perbualan dan bangun.
“Yalah,
yalah.”
Kak
long mengalah akhirnya. Selepas membayar semua harga makanan, kami beredar ke
kereta.
PROLOG BOLEH DIBACA DI SINI --> PROLOG CERITERA AKU & CINTA
Ok cerita ni fieyza..permulaan yg best ada kelainan pada tulisan fieyza kali ni....
BalasPadamharap ada lg N3 utk cerita ni