“KAK
long, bila kak long nak kahwin?” Aku masih tak putus asa.
“Ya Allah. Tak habis-habis lagi ke topik ni?”
“Tak. Selagi kak long tak jawab, selagi tulah tak
habis. Cepatlah jawab kak long. Bila nak kahwin?” aku sudah seperti merengek
dengan kak long. Ini sajalah modalku.
“Kak long hanya berserah kepada Allah. Dia yang
tentukan jodoh kita. Walau siapa pun jodoh yang ditentukan, kak long akan
terima. Buat masa sekarang, kak long masih tak ada calon tu. Ni yang sibuk
tanya pasal kak long, Yaya dah ada calon ke?”
“Calon? Huh! Bosanlah kak long.” Aku merengus.
Sangat tak senang bila topik ni berbalik kepada aku.
“Boleh pulak bosan? Tanya kak long punyalah
beria-ia. Bila tiba giliran dia, boleh pulak cakap bosan. Habis, mamat kereta
Vios tadi tu siapa? Takkanlah tak ada apa-apa.” Kak long senyum sinis kepadaku.
Nampak sangat sedang mengejek aku.
“Macam ni kak long. Orang kenal dengan mamat tu dah
nak masuk lima tahun tapi, dia langsung tak pernah ajak orang kahwin. Orang
rasa orang ni macam tunggul kayu aje. bila dia ajak keluar, orang ikut. Tapi
tak pernah pun bercakap tentang kahwin ke, tentang perhubungan kami ni ke.
Orang bosanlah kak. Dia buat orang ni macam tak ada perasaan langsung.” Aku
melepaskan geram di hati.
“Sampai macam tu? Yaya pernah tak tanya dia?”
“Dah berbuih mulut ni bertanya kak long. Tapi
jawapan dia, asyik-asyik tak bersedia lagi. Asyik-asyik nak bina kerjaya dulu,
nak itulah, nak inilah. Umur orang bukannya makin muda kak. Sekarang pun dah
nak masuk 28 tahun. Orang malas la dengan hubungan yang langsung tak berkembang
ni. Last-last, orang geram sangat,
orang cakap kat dia. Kalau dalam masa tiga bulan ni ada yang masuk meminang
orang, orang akan terus terima. Orang dah tak kira. Orang dah penat kak long.” Terasa
sedikit lega hati ni bila dapat luahkan apa yang membusung di hati.
“Sampai macam tu sekali?” Kak long macam terkejut
dengan kata-kata aku.
“Hmm…. Dah terlepas cakap, nak buat macam mana lagi
kak long. Terima sajalah. Nanti tak payahlah dia terhegeh-hegeh bila orang dah
jadi milik orang lain.”
“Beraninya adik kak long ni,” komen kak long.
“Berani tak berani. Ni pasal hidup orang. Kalau
sekarang pun dia dah bermain tarik tali, nanti lepas kahwin lagilah. Ish! Orang
tak sukalah. Rasa macam dipermainkan. Dahlah buang masa macam tu aje.”
“Maknanya Yaya dululah naik pelamin nanti. Kak long
belum tahu lagi.” Mendatar suara kak long. Macam orang sedang bersedih.
“Sebab tu orang tanya kak long. Kalau kak long ada
calon, kak long dululah kahwin.”
“Tapi sungguh ke kalau dalam masa tiga bulan ni ada
orang masuk meminang, Yaya nak terus terima? Masin mulut tu nanti, betul-betul
ada yang masuk meminang. Fuh! Kalau kak long, tak sanggup. Dahlah tak kenal
batang hidung. Lepas tu tiba-tiba kahwin pulak.” Kak long buat muka tak rela.
Aku gelak dengan reaksi dia.
“Kalau dah jodoh nak buat macam mana kan? Terima
sajalah. Bercinta lepas kahwin kan lebih afdal.” Aku hanya bergurau dengan kak
long. Tapi kalaulah betul bagai dikata, rasa seriau pulak! Huh!
“Dah pandai cakap afdal tak afdal sekarang ni. Mana
belajar ni?” Kak long menyoal. Dia pelik kut. Aku sekarang dah pandai cakap
pasal tu semua.
“Tak belajar mana-mana pun. Tapi itu asasnya sebagai
muslim kan. Kena tahu apa yang boleh, apa yang tak boleh. Apa yang wajib dan
apa yang sunat.”
“Okey, dah sampai. Kak long berhenti kat tempat
biasa je ni.” Ujar kak long. Aku pandang ke depan. Kalau kak long hantar aku
balik, mesti dia berhenti agak jauh dari rumah keluarga kami. Aku tahu. Kak
long tak nak bertembung dengan umi atau ayah.
“Kak long,” tangan sudah mendarat di atas pemegang
pintu kereta, aku memanggil kak long.
“Hmm…”
“Tapi jangan marah ya,”
“Apa dia tu?”
“Err…. Setiap kali kak long hantar orang, mesti kak
long berhenti kat sini. Sampai bila kak long nak larikan diri macam ni? Takkan
nak biarkan hubungan kak long dengan umi dan ayah renggang begini.” Aku pandang
kak long. Jelas riak wajah itu berubah.
Kak long tarik nafas dan dilepas perlahan. Matanya
memandang keluar cermin kereta.
“Susah kak long nak cakap sebenarnya. Yaya fahamkan
maksud kak long. Yaya sendiri nampak bagaimana layanan umi dan ayah. Bukan kak
long tak rindu dengan kau orang semua. Kalau ikut hati ni, kak long nak sangat balik
ke sana. Tapi…” kak long berjeda. Aku pandang kak long. Tiba-tiba ada air
jernih mengalir di tubir mata kak long.
“Kak long menangis?” aku pulak yang tumpang beremosi
bila tengok kak long menangis begitu. Kak long bukan seorang yang cepat
menitiskan air mata. Dia kuat. Tapi hari ini, air matanya gugur juga.
Pantas kak long sapu air mata yang mengalir dan
seulas senyuman dihulurkan kepadaku.
“Eh, dah lewat ni. Nanti apa pula kata umi dan
ayah,” kak long saja mengalihkan topik perbualan. Memang, jika bercakap tentang
topik itu, mesti takkan habis. Kak long mesti akan biarkan tergantung begitu.
Aku salami tangan kak long dan perlahan-lahan
menolak pintu kereta Perodua Viva itu.
“Assalamualaikum,” aku memberikan salam sebelum
tangan melepaskan pintu kereta.
Selagi aku tak selamat masuk ke dalam pagar rumah
keluarga kami, selagi itulah kak long takkan berlalu pergi.
“HAI
bang. Datang nak jumpa makwe ke?”aku mengusik lelaki itu.
Lelaki tu namanya Fayyadh Ukashah. Dia ni selalu
sangat datang ke pasaraya tempat aku kerja ni. Kalau nak tahu, sebenarnya
Fayyadh adalah kekasih kepada Gina. Jangan terkejut okey! Aku pun terkejut
jugak mula-mula dulu. Entah macam manalah minah perasan bagus tu boleh dapat
pakwe sebaik Fayyadh. Dahlah baik, handsome
pulak tu. Konfius aku!
Eh, jangan cakap aku jeles okey! Aku sikit pun tak
jeles. Tapi tulah. Rasa tak padan langsung Fayyadh dengan Gina tu. Hmm… tapi
biarlah. Hidup mereka kan. Aku ni siapa nak tentukan hidup orang. Hidup sendiri
pun terumbang-ambing ada hati nak tentukan hidup orang lain. Apa da….
“Hmm… yalah cik adik manis. Mana dia?” mata Fayyadh
melilau mencari kelibat kekasih hatinya.
“Entahlah bang. Saya bukannya PA dia. Biasalah, dia
tu kan berjawatan. Saya ni pulak siapa ajelah.” Aku memang suka layan Fayyadh
dengan ayat-ayat macam tu. Hahahaha…
Oh lupa. Aku memang saja panggil dia ‘abang’. Saja
nak main-main. Bukannya serius pun. Hehehe…
“Ada pulak cakap macam tu. Tak apalah. Abang cari
sendiri dia.” Kata Fayyadh sebelum berlalu.
Aku pandang batang tubuh Fayyadh yang semakin
menghilang di pandangan mata. Aduh! Perempuan
mana yang tak jatuh cinta dengan mamat ni. Orang gila pun suka! Handsome siot!
“Oit!” sergahan dan cuitan pada bahuku mengejutkan
aku. Tersentak aku jadinya. Pantas aku berpusing. Zima.
“Apa kau ni? Suka-suka hati sergah aku. Nasib tak
gugur jantung aku ni.” Aku marahkan Zima.
“Yang kau tenung pakwe orang tu apa kes? Kalau si
Gina tu nampak, habislah kau.” Zima gelengkan kepala.
“Eleh, kalau setakat Gina tu, apa nak heran!” Selamba aku jawab. Betul apa.
Dengan Gina tu, huh! Tak payah nak takut sangatlah. Aku malas dah nak layan dia.
Asyik dia aje yang betul. Mentang-mentang dah berjawatan sikit. Huh!
“Hoi mulut! Kau nak kerja lama ke nak kerja sekejap je kat sini? Cabul sungguh mulut tu.”
Zima marah aku.
“Aku dah tak tahan kerja kat sini. Asyik kena dengar
telunjuk dia aje. Ingat aku ni apa? Robot? Kuli dia?” ada nada sedikit bengang
di situ.
“Isya, nak tak nak kau kena tahan ajelah. Kita ni
senasib. Nak buat macam mana, bos besar lebih dengar cakap dia. Terpaksalah
kita menurut. Nak melawan pun tak boleh.” Zima bersuara lemah.
“Huh!” aku mendengus kerana tak puas hati.
Zima berlalu ke bahagiannya.
DAH
sebulan masa berlalu sejak aku bagi keputusan aku kat Farish. Dalam masa sebulan
tu pulak aku tak nampak yang dia akan hantar rombongan meminang macam yang aku
cakap tu. Dia ingat aku main-main ke apa? Huh!
Tapi yang peliknya, ada hati lagi datang nak jumpa
aku. Siap tunggu kat tempat kerja aku lagi. Masa aku nak balik kerja, mesti ada
dia kat depan bangunan ni. Semak pula aku tengok! Muka tak malu sungguh! Dia
ingat aku akan layan dia gamaknya. Aku sikit pun tak heran. Sengaja aku menonong berlalu dari situ. Dia panggil aku tapi
aku buat-buat tak dengar.
“Isya,”
“Hmm…”
“Dah nak balik ke?” Alia menyoal. Aku pusing tubuh
dan pandang dia.
“Taklah, baru nak masuk kerja.” Selamba aku jawab.
Alia buat muka blur.
Entahlah sama ada tengah fikirkan jawapan aku atau pun tak percaya dengan apa
yang aku katakan.
“Kau dah nampak aku tengah sandang beg ni, lagi mau tanya. Cerdik sungguh soalan kau
tu.” Bidasku. Aku mahu meneruskan langkah. Lambat-lambat nanti tak ada bas
pula.
“Err…. Isya,”
“Apa lagi Lia oi.”
“Err… Farish dah tunggu kau kat bawah,”
Aku membulatkan mata saat terdengar nama Farish
disebut. Buat darah aku naik aje dia ni.
“Dan kau jadi posmen tak bergaji ni apasal? Siap
menghantar pesan orang lagi.” Nadaku jelas sekali nada marah. Marahkan Farish,
bukannya Alia.
“Dia yang tahan aku masa aku nak masuk dalam tadi.”
“Ingat pesan aku. Lain kali jangan layan mamat tu.
Aku dengan dia tak ada apa-apa. Apa yang dia pesan kau buat bodoh aje.” Aku
terus berlalu. Malas dah nak berlama-lama kat situ. Sebabnya aku tahu. Ada lagi
pesanan penaja dari Farish untuk aku.
“Isya,”
Sejurus kaki aku melangkah keluar dari pintu utama
pasaraya, ada suara yang memanggil. Huh! Tak payah tengok pun aku dah tahu
siapa gerangan yang memanggil namaku itu. Aku cepatkan langkah kaki. Dan lelaki
itu terus mengejarku, menyaingi langkahku.
“Isya, lajunya jalan. Nak pergi mana ni?” Sambil
melangkah, sambil itu dia menyoalku.
Aku diamkan diri. Malas aku nak layan dia. Keputusan
aku sudah muktamad.
“Isya,” Farish panggil lagi. Melihat aku langsung
tak melayan kata-katanya dan menjawab soalan dia, Farish cuba capai tangan aku.
“Apa ni?” Aku berang. Pantas aku tepis tangan itu. Paling
pantang aku kalau lelaki yang mudah-mudah nak pegang aku. Dengan lelaki yang tak
ada ikatan. “Jangan nak buat mudah. Kita bukannya ada ikatan.” Sambungku
sebelum berlalu.
Sedang elok bas sampai dan aku terus masuk ke dalam
perut bas. Aku tinggalkan dia seorang diri kat situ.
Dah lama cerita ni sunyi hari ni baru dapat baca huhu
BalasPadamDah lupa sipnopsis macam mana yang fiezya bg dulu
Rupanya Along si Yaya ni ada perselisihan faham ngan ibu-bapa nya
harap cepat la pulih. Kesian Yaya
Apa la Farish ni nak ka tak grrr
Kan Yaya dah cakap nak terima ja siapa yang masuk meminag hadoiii
Kang betul ada yang masuk meminang kang....terkejut kot Yaya ni
BEST NAK LAGI.
BalasPadam