“ROMBONGAN
meminang?” Sedikit terjerit suara kak long.
“Syy… Kak long ni. Janganlah sebut kuat-kuat.” Aku
naik malu pula bila orang sekeliling mula memandang aku. Hisy kak long ni.
“Sorry, sorry. Kak long terperanjat aje. Tapi
betul ke ni?”
“Betul tu memanglah betul tapi orang dah suruh dia
cakap kat emak dia, batalkan aje rancangan bodoh ni.” Luahku.
“Pulak dah. Kenapa? Isy Yaya ni, dah ada orang nak
tu kira untung la. Jangan jadi macam kak long, sampai sekarang tak kahwin lagi.”
Komen kak long. Nampaknya kak long masih tak faham. Susahnya nak terangkan kat
kak long ni.
“Kak long, tujuan Fayyadh cakap macam tu hanya
kerana nak lepaskan marah dia kat Gina. Kalau dia meminang orang, maknanya dia
berjaya buat Gina cemburu. Nampak tak permainan dia kat situ? Nampak sangat nak
pergunakan orang. Orang tak naklah.” Ujarku, membetulkan tanggapan kak long.
“Lelaki macam tu pun ada ke?”
“Adalah ni,” gumamku perlahan.
“Kalau dia nak masuk meminang Yaya, apa cerita
dengan mamat sorang lagi tu? Apa ke namanya eh? Firash eh?” Kak long garu
kepala yang tak gatal. Aduh! Pelupa juga kak long ni.
“Farish.” Gumamku perlahan.
“Haah, Farish. Apa cerita dengan mamat tu?”
“Entah.”
“Entah? Lain macam aje bunyinya.”
“Orang dah lama lost
contact dengan dia. Malaslah nak ambil tahu hal orang macam tu,” aku
silangkan tangan di atas meja.
“Tapi kalau Fayyadh betul-betul nak masuk meminang
Yaya, umi mesti gembira. Kak long dapat bayangkan suasana kat rumah mesti
meriah dan umi akan senyum selebar-lebarnya.” Sahut kak long. Aku pandang muka
kak long, ada senyuman di bibir kak long tapi sepasang mata itu berkaca. Kak
long menangis?
“Kak long,” aku genggam tangan kak long. Aku tahu dia
sedang sedih tapi dia sengaja sembunyikan kesedihan itu disebalik senyuman
tawarnya.
“Kak long dapat agak semua tu. Kak long tak dapat
penuhi permintaan umi dan ayah. Dan Yaya pula dapat penuhi impian mereka, mesti
mereka tersangat gembira kan.” Kak long tundukkan sedikit kepala dan aku nampak
dia sapu air mata yang mula menitis perlahan.
“Sorry,
orang tak berniat buat kak long sedih.” Aku lihat kak long menangis, aku pula
yang merasa sedih sama. Aduhai.
“Isy, tak adalah. Kak long aje yang terlebih emo malam ni. Dah, dah, jom makan. Dah
sejuk makanan ni.” Kak long melarikan topik perbualan.
Kami menjamu selera dalam suasana hambar. Memang di
kiri dan kanan meja kami punyalah bingit dengan suara para pengunjung lain dan suara
pelayan menghantar pesanan. Tapi hati kami sudah dicemari dengan rasa sedih
sebabak tadi.
“Betul ke tak nak kak long hantar ni?” kak long
ulang kembali soalannya. Tika itu kami sudah pun menjamu selera.
“Ya, kak long. Orang dah besar, tak payahlah risau
sangat.”
“Okey. Kalau ada apa-apa hal, bagi tahu kak long
tau.”
“Okey.”
“Dan tolong jagakan umi dan ayah untuk kak long. Kak
long hanya boleh pandang dari jauh saja.” Sayu nada kak long. Aku dapat
mengesan riak sedih dalam suara kak long. Jelas sekali kasih seorang anak untuk
ibu bapanya.
“Insya-Allah.”
Di hadapan warung, kami berpisah. Kak long ke kanan,
tempat dia memakir keretanya dan aku ke kiri, menghala ke arah taman perumahan
rumah keluarga kami.
OIT! Apasal kau tiba-tiba
berhenti kerja?
Isi pesanan ringkas itu aku baca. Dihantar oleh
Zima. Sebelah tangan memegang tuala dan digosok pada kepala. Sebelah lagi
memegang telefon bimbit. Mesej dari Zima aku tak balas lagi sebaliknya aku
capai sikat dari atas meja solek. Sikat rambutlah dulu. Bangun pun dah tengah
hari buta. Bagusnya anak dara ni!
Tengah syok aku menyikat rambut, telefonku bergetar
tanda ada panggilan masuk. Cepat-cepat aku dapatkan telefonku itu. Miza. Adoi!
Tak sabar betul mak cik ni!
“Apa hal?” sejurus telefon dibawa ke telinga, aku
pantas menyoal.
“Aku mesej kau tak balas.”
“Tak pandai nak sabar betul kau ni,” aku merungut.
“Lambatlah. Tu yang aku terus call. Eh, apa cer?”
“Cer apa
pula?” Aku ni kan johan bab buat-buat blur
ni. Nasiblah Zima oi! Hahaha…
“Buat-buat tanya pula. Aku hempuk jugak kau ni!”
“Yalah, cer
apa? Aku tak tahu sebab tu aku tanya. Itu pun nak marah. Cuba kau cakap
terang-terang kau aku, tak adalah aku teraba-raba.”
“Aku dengar semalam ada perang besar kat sini, apa
kes ha? Kau gaduh ke?”
Aku berfikir-fikir. Pap! Patutlah Zima tak tahu apa-apa. Zima cuti tiga hari, memanglah
dia tak tahu apa yang jadi. Lupa sungguh aku.
“Pasal semalam tu? Ada drama swasta sikit kat sana.
Eh, dari mana kau dengar semua ni?”
“Dari siapa lagi, mulut Alia la. Drama swasta? Cer citer kat aku. Tak sabar aku nak
dengar ni.” Zima tersangat teruja nak tahu cerita yang sudah basi pada
anggapanku.
“Kau ni, kan dah dengar dari mulut Alia. Dah-dah la
tu. Aku dah malas nak cerita.” Aku mengeluh.
“Ala…. Cerita ajelah. Kau bukan tak tahu, Alia tu
bila dah bercerita, banyak yang dia tokok tambahkan. Cepatlah Isya,” Zima mula
merayu bagai.
“Isy!”
Dalam terpaksa, aku akur juga membuka kisah itu. Cumanya
aku tak adalah cerita keseluruhan kejadian hari tu. Yang perlu-perlu saja.
Kisah Fayyadh bawa aku ke rumah keluarganya dan pasal rombongan meminang tu aku
tak ceritakan kepada Zima. Biarlah ia kekal menjadi rahsia. Bimbang nanti kecoh
pula.
“Gina macam mana?” aku soal Zima. Nak tahu juga
keadaan minah tu.
“Hari ni aku tak nampak lagi dia. Tak masuk kerja
kut.” Jawab Zima. “Jadi, sekarang kau dah berhenti kerja, kau nak kerja apa
pula lepas ni?”
“Entah. Aku tak tahu. Aku dah pening sekarang. Buat
sementara waktu, aku jadi bibik kat rumah ni. Pengganggur tak bergaji kan.” Aku
menghela nafas panjang.
“Isya,”
“Hmmm….”
“Kalau aku tanya kau jangan marah ya,”
“Apa dia?”
“Err… Macam mana hubungan kau dengan Farish?”
Semalam kak long dah sebut nama Farish. Hari ni Zima
pula yang sebut. Aku dah tak tahu jawab apa lagi. Kalau ikut hati aku nak aje
suruh mereka semua berhenti dari sebut nama Farish. Aku dah bosan, dah muak.
“Zima, sudah-sudahlah kau sebut nama dia. Aku dah
malas nak fikir pasal dia. aku anggap dia dengan aku tak ada jodoh. Dah habis.”
“Sampai macam tu? Nampak gayanya kau dah berkerat
rotan.”
“Tak kiralah berkerat apa pun. Aku dah malas nak
fikir pasal hubungan yang tak berkesudahan ni.”
“Eh, aku chow
dululah. Pembantu Gina dah jeling-jeling aku tu. Gina tak ada, dia pula yang
berkuasa. Bosan aku.” Zima mendengus.
“Okey,”
Aku pandang telefon yang telah bisu itu.
“Selagi kau kerja kat situ, terpaksalah kau hadap
dengan perangai minah perasan bagus tu. Ada hikmah juga aku berhenti kat situ.
Aku tak perlu lagi susah-susah mengadap minah perasan and the gang tu. Horray!”
aku bersorak. Siapa tak gembira bila terlepas dari cengkaman perempuan perasan
cantik tu semua.
FAYYADH
menghentikan kerja-kerjanya mendadak kerana telefon bimbitnya berdering minta
diangkat. Siapa pula yang mengacau petang-petang ni? Dia merungut di dalam
hati. Tangan yang berbekas minyak hitam dia kesat pada kain buruk.
Telefon yang telah diam itu dia bawa keluar dari
poket seluar. Sudah masuk kali ketiga telefon itu berdering. Kalau sekali dua
aje tadi, dia tak hiraukan sangat. Tapi bila masuk kali ketiga, terpaksalah dia
tengok siapa yang menelefon. Seperti penting saja.
Kak Fifi. Sebaris nama itu terpampang di skrin
telefon. Kak Fifi telefon? Kenapa? Lalu, kerana mahu menghuraikan kekusutan di
dalam kepala, Fayyadh pantas mendail kembali nombor telefon kakak sulungnya
itu.
“Hel…” belum pun habis Fayyadh menyebut perkataan
helo, Fifi lebih dulu menyoalnya.
“Kau kat mana ni? Acap kali akak call, asyik tak berangkat aje.” Fifi
merungut.
“Kat bengkel ni kak. Kenapa kak?”
“Bengkel? Hujung minggu pun bengkel buka?” Fayyadh
mengesan riak pelik pada pertanyaan kakaknya itu.
“Bukalah kak. Cari rezeki sendiri, macam nilah.
Kalau buka bengkel, adalah rezeki tu. Tak buka, kosonglah poket ni.” Tangan
Fayyadh sibuk membelek alat ganti kereta yang baru sampai. “Eh, kenapa akak
telefon ni?” lupa terus dia soalan utama yang berlegar di dalam kepalanya tadi.
Ini sebab Fifilah, sibuk sekali menyoal siasat dia.
“Allah! Lupa pula akak. Ni, kamu dah tahu ke
rancangan yang tengah mummy atur untuk
kamu ni?”
“Rancangan? Rancangan apa?”
“Apa yang akak dengar, mummy rancang nak hantar rombongan meminang petang ni.” Maklum
Fifi. Tapi hatinya ragu-ragu. Fayyadh macam tak tahu apa-apa aje ni. Aduh!
Masak aku nanti. Tapi mummy tak pun
pesan apa-apa kat aku. Hati kecil Fifi berbisik.
Rombongan meminang? Petang ni? Fayyadh pandang jam
di dinding bengkelnya. Sudah pukul 3.00 petang!
“Petang ni? Pukul berapa? Sekarang dah pukul 3.00 ni
kak.” Fayyadhbernafas bagai tak cukup oksigen. Aduh! Mummynya bikin kecoh lagi!
“Err… Kami dah dalam perjalanan ni,” Fifi pandang
suaminya yang menjadi pemandu kereta.
“Hah? Mummy
ni! Perempuan mana yang mummy nak
pinang kali ni? Kat mana rumah perempuan tu?” Hati Fayyadh jadi tak sabar. Fayyadh
lupa sebenarnya. Dia sendiri yang menyuruh Puan Irdina masuk meminang Delisya.
“Entah. Akak pun tak tahu ni. Akak follow kereta mummy aje ni.”
“Pulak dah. Tak apalah. Syah cuba call mummy,”
Talian terputus dan jari Fayyadh laju mencari nama
Puan Irdina di dalam telefon bimbitnya. Dua kali dia cuba telefon tapi talian
tak bersambut. Hanya suara mel suara yang menyapa telinga.
“KENAPA
Fi?” Adam pelik melihat isterinya sedang mengomel sendirian.
“Mummy
sengaja cari penyakit ni.” Balas Fifi.
“Kenapa?”
“Syah tak tahu pun yang mummy nak pinang anak orang hari ni. Masaklah.”
“Pulak dah. Habis tu macam mana ni?”
“Macam mana apa lagi bang, kita dah ada kat sini.
Ikut sajalah rancangan mummy. Tapi
kalau Syah mengamuk, saya tak nak masuk campur.” Awal-awal Fifi memberikan
peringatan. Memang dia tak nak masuk campur.
“Hmm…” Adam hanya menurut. Dia tak tahu nak kata apa
lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan