HUJUNG
minggu datang lagi. Awal-awal pagi Suriya sudah turun ke dapur selepas
menunaikan solat subuh. Pagi ini dia tak punya masa untuk bermalasan di atas
katil. Dia ada misi penting pagi ni lantaran Rozairul ada di rumah. Semalam
Rozairul sampai di rumah. Dia balik kerja saja sudah ternampak batang tubuh
Rozairul di halaman rumah.
“Aik, awalnya bangun.” Tegur Rozairul
sambil gosok mata. Terpacak batang tubuhnya di depan muka dapur.
“Hmm…”
“Masak
apa ni?” Rozairul tanya lagi. Dia sudah menjenguk ke dapur.
“Nasi
lemak. Eh, along dah mandi ke belum ni?” Suriya pandang pelik alongnya.
“Belum,”
“Eh,
pergi mandi dulu. Busuk!” Spontan Suriya tolak tubuh Rozairul supaya menjauh
darinya.
“Laa…
Along nak makan dulu.”
“Eh,
takde, takde. Along mandi dulu!” Tegas
Suriya mengarah.
“Hmm…
Yalah, yalah.” Rozairul mengalah. Sempat lagi dia buat muka sedih.
Suriya
menyambung kembali memasak di dapur selepas Rozairul berlalu ke atas. Dah tak
ada apa sangat. Tunggu hidang aje. Selepas siap menghidang sarapan, Suriya ke
belakang rumah pula bersama denga sebakul baju yang sudah siap dicuci. Matahari
elok saja bersinar tu, jadi sangat sesuai nak sidai baju.
“ALONG,”
Suriya memanggil Rozairul sambil tangan mengutip pinggan kotor.
“Hmm…”
Rozairul angkat kepala.
“Su
ada benda nak cakap dengan along,” Suriya mulakan mukadimahnya.
“Apa
dia?”
“Err…
Pasal cadangan along tu.”
“Hmm…
Kenapa dengan cadangan along tu? Su ada cadangan lain ke?” Laju Rozairul
mencelah. Manalah tahu kalau-kalau Suriya ada cadangan lain dari cadangan yang
dia berikan itu.
“Eh,
bukan, bukan.”
“Habis
tu?”
“Su
setuju dengan salah satu cadangan along tu.”
“Yang
mana satu? Cadangan along ada tiga. Su bertunang dengan Amsyar, atau berkahwin
dengan Amsyar atau pun Su balik tinggal dengan mama dan papa. Hmm…?” Rozairul
ulang balik semua cadangan yang pernah dia berikan kepada Suriya.
“Err…
Su setuju bertunang dengan bos Su.” Membulat mata Rozairul saat bertentang mata
dengan Suriya. Telinganya tak salah dengar kan?
“Su,
betul ni?” Rozairul menyoal seakan tak percaya.
Lambat-lambat
Suriya anggukkan kepala. Keputusan dia dah keluar dari mulut, nak tarik pun dah
tak guna. Jadi, hadap ajelah.
“Hmm…
Along kena bincang dengan mama dan papa pasal perkara ni. kita akan buat majlis
dalam masa terdekat ni kat sana.” Putus Rozairul sambil bangun.
“Kat
sana? Sana tu kat mana?” Suriya menyoal bagai orang bingung.
“Kat
rumah mama dan papa. Kat Terengganu.” Rozairul yang baru beberapa langkah ke
depan berhenti mendadak. Dia berpaling dan mendekati kembali Suriya.
“Kenapa
kita tak buat saja kat sini?” Suriya bukan apa. Seboleh mungkin dia tak nak
susahkan keluarga angkat mereka di Terengganu.
“Su,
kita masih ada orang tua walaupun mereka cuma keluarga angkat kita. Takkan kita
nak buat kerja-kerja ni tanpa pengetahuan mereka. Kecik hati mereka. Cuba Su
fikir balik, siapa yang besarkan kita. Mereka kan? Jadi, apa salahnya kita buat
kat sana sebagai membalas jasa mereka. Along tahu, Su masih marahkan mama kan?
Su, niat mama baik sangat. Mama nak kita juga ada ibu dan rasa kasih sayang ibu
macam mana orang lain. Mama tak nak kita rasa terpinggir. Boleh kan kita buat
majlis kat sana?” Panjang lebar kata nasihat Rozairul. Dia tak mahu orang gelar
mereka berdua sebagai anak yang tak kenang budi. Jadi, sebelum orang mengata di
belakang, adalah lebih baik mereka tutup mulut-mulut itu.
Suriya
diam sejenak. Diam kerana berfikir. Akalnya cuba mencerna setiap patah kata
Rozairul. Dia menimbang kembali betul atau tidak kata-kata itu. Suriya akhirnya
menganggukkan kepala.
“Okey,
that’s my girl.” Rozairul senyum
sambil menggosok ubun-ubun Suriya perlahan. “Oh, sebelum along lupa. Su
bertunang tiga bulan aje ya,”
“Hah?
Tiga bulan?” Suriya terperanjat. Alongnya tak pernah pun bincangkan pasal ni.
Tiba-tiba hari ni ada tempoh pulak. Tiga bulan pulak tu. Singkatnya!
“Kenapa?
Bertunang ni Su tak boleh lama-lama. Banyak yang buruk dari baiknya. Cabaran
orang bertunang ni lagi hebat dari orang bercinta tau. Orang cakap, masa nilah
darah tengah manis.”
“Along
cakap macamlah along pernah bertunang.” Gumam Suriya.
Rozairul
ketawa lepas. Lucu benar kata-kata adiknya itu. Tapi betullah. Dia bercakap
macamlah dia dah pernah rasa bertunang, berkahwin. Sejujurnya dia tak pernah
lagi merasai semua itu. Entahlah, susah baginya mencari perempuan yang
benar-benar dapat memahaminya. Bekerja yang tak tentu masa. Nampak memang
berduit tapi dia tak selalu di darat. Kerjanya asyik terbang saja di awan biru.
“Memanglah
along tak kahwin lagi. Jangan kata kahwin, bertunang pun belum. Tapi along
dapat maklumat dari pembacaan di Internet. Dari pengalaman kawan-kawan along.
Mereka semua cakap macam tu.” Balas Rozairul bersama senyum panjang.
“Hmm…
Okeylah. Along nak bincang dengan papa dulu.”
Suriya
hanya memandang langkah Rozairul yang semakin menjauh. Nak halang dah tak
boleh. Semuanya keputusan sudah dibuat. Tunggu apa kata Encik Razak pula.
“ASSALAMUALAIKUM,
pa.” Rozairul hulur salam kepada Encik Razak di hujung talian.
“Wa’alaikumussalam,
Wan. Tak kerja ke?” Suara Encik Razak sedikit termengah kerana sedang
membersihkan halaman rumah.
“Tak,
pa. Baru start cuti semalam. Papa
sihat?”
“Oo.
Sihat, alhamdulillah. Wan dengan Su macam mana kat sana?”
“Alhamdulillah,
kami sihat. Err… Wan sebenarnya ada hal nak bincang dengan papa ni. Berkenaan
dengan Su. Tapi sebelum tu, mama ada tak kat situ?” Sebelum apa-apa baik
Rozairul tanya dulu. Sejak peristiwa lalu, Puan Jamilah jadi sangat sensetif.
Kalau silap cakap sikit pasti menangis.
“Mama
tak ada, keluar dengan ateh tadi. Hal apa tu Wan?” Encik Razak labuhkan
punggung di atas bangku simen yang berada berdekatan dengan pagar rumahnya.
“Err…
Berkenaan Su ni. Sebenarnya macam ni.” Dan Rozairul mula membuka cerita dari A
sampai Z. Dia ceritakan sampai tak tertinggal walau satu pun.
“Bertunang?
Wan, bertunang tak boleh nak selesaikan masalah ni. Walaupun bertunang,
hubungan mereka masih lagi belum halal. Masih ada jurang antara mereka.” Ujar
Encik Razak. Reaksinya pada awal tadi memang benar-benar terkejut. Siapa tak
terkejut apabila dimaklumkan yang Suriya mahu bertunang. Tapi apabila Rozairul
terangkan kenapa Suriya bertunang, barulah Encik Razak menarik nafas lega
sedikit.
“Wan
tahu, pa. Tapi Wan dah terkeluarkan cadangan tu. Kalau Wan suruh dia kahwin,
awal-awal lagi dia menolak. Suruh balik ke Terengganu, lagilah dia tak nak. Wan
buntu. Cadangan tu pulak spontan aje datang.” Rozairul menghela nafas berat.
“Bila
rancang nak bertunang tu?”
“Wan
tak bincang lagi dengan pihak lelaki. Rancangnya lepas bercakap dengan papa ni
baru saya nak call pihak sana.” Beritahu
Rozairul.
“Oh.
Hmm… Macam nilah. Papa rasa dalam dua minggu lagi okey kita buat majlis
bertunang tu. Nanti papa hantar ateh ke rumah Wan.” Selepas berfikir seketika,
Encik Razak mengeluarkan cadangan.
“Okey,
tak cepat sangat tak lambat sangat dua minggu lagi tu. Papa nak hantar ateh ke
rumah Wan? Ateh tak kerja ke pa?”
“Ateh
dah berhenti, Wan. Dah boring katanya
dengan kerja tu. Ha, elok sangatlah tu.” Ujar Encik Razak.
“Okey
pa. Nanti Wan call ateh. Senang sikit
kalau bercakap sendiri dengan ateh.”
“Okey,”
Encik Razak diam seketika. “Wan,”
“Ya,
pa?”
“Lelaki
yang nak bertunang dengan Su tu orang baik-baikkan?” Ini yang Encik Razak
fikirkan sejak tadi. Bimbang juga jika dia nak lepaskan anaknya jika dapat tahu
lelaki itu bukan dari kalangan yang baik-baik.
“Insya-Allah
pa. Lelaki ni namanya Amsyar. Dia bos Su kat tempat kerjanya. Wan dah beberapa
kali jugak bertembung dengan Amsyar kat masjid. Amsyar ni kalau hujung minggu
dia jadi muazzin kat masjid di sini. Wan pernah sembang dengan dia sekali masa
nak balik dari masjid bulan lepas. Wan tahu dia ni bos Su sebab satu hari tu
teksi yang biasa hantar Su balik rosak. Su pulak tak telefon Wan. Jadi Amsyar
tumpangkan Su balik. Masa nilah Wan tahu lelaki yang Wan bersembang kat masjid
dengan lelaki yang hantar Su ni orang yang sama.” Panjang lebar Rozairul
bercerita lagi.
“Oh,
macam tu.” Lega Encik Razak.
“Okeylah,
pa. Wan nak bincang dengan Amsyar dulu. Nanti kirim salam kat mama dan semua
ya, assalamualaikum.” Ucap Rozairul mematikan perbualan antara mereka.
“Wa’alaikumussalam,”
jawab Encik Razak. Dia tenung telefon yang telah bisu di tangan kanannya.
Terasa tak sangka anak angkatnya sudah mahu bertunang. Nanti berkahwin pulak.
Terasa bagai mimpi semua ni. Di matanya masih lagi ternampak-nampak telatah
Suriya yang lincah ke sana ke mari ketika masih anak remaja. Bagai baru semalam
dia menerima kehadiran Suriya dan Rozairul di dalam keluarganya. Sekejapnya
masa berjalan. Sedar tak sedar sudah hampir 20 tahun Suriya membesar di dalam
dalam keluarga Encik Razak.
“MAK
Yam, Mak Yam!” Iddin sibuk sekali melaung memanggil nama pembantu rumah yang
sudah dianggap sebagai ibu sendiri itu. Dia baru aje sudah bercakap dengan
Rozairul di telefon.
“Mak
Yam!” Jerit Iddin lagi.
“Ya,
ya.” Terkoncoh-koncoh Mak Yam menjawab sambil masuk ke dalam rumah melalui
pintu dapur.
“La…
Mak Yam ada kat belakang ke?”
“Haah,
Mak Yam ambil ulam sikit kat belakang tadi. Ada apanya Din?”
“Din
nak bertunang!” Girang sekali Iddin memberitahu.
“Hah?!
Bertunang?” Mak Yam betul-betul terkejut. Nasib baik dia tak ada sakit jantung.
Kalau tak dah lama tergolek kat situ juga. Tak hujan, tak banjir tiba-tiba
Iddin cakap nak bertunang.
“Ya,
Mak Yam. Din nak bertunang.” Ulang Iddin sekali lagi.
“Dengan
siapa?”
“Mak
Yam rasa?” Iddin tarik kerusi di dapur dan duduk. Keningnya terjongket menanti
jawapan Mak Yam.
“Err…
Dengan perempuan tu ke?” Mak Yam berfikir. Dia lupa sebenarnya nama perempuan
itu. Pada hal Iddin dah beritahu siapa nama perempuan yang berjaya mencuri hati
anak muda ini. Iddin senyum dengan jawapan Mak Yam. Lantas dia anggukkan
kepala.
“Haah,
dengan Anggerik.” Iddin senyum lebar hingga ke pipi. “Mak Yam, dah bolehlah
kita bersiap-siap. Lagi dua minggu kita hantar rombongan ke rumah keluarga
Anggerik. Tapi rumah keluarga dia jauh ni Mak Yam. Kat Terengganu. Ah, tak
apalah, asalkan Din dapat Anggerik.” Iddin sudah mahu bersorak kegembiraan. Mak
Yam sempat menghalang dengan soalannya.
“Din
dah cakap ke belum kat abi?” Senyuman Iddin pudar.
Abi?
Iddin menyoal di dalam hati. Sudah terlalu lama dia tak bercakap dengan lelaki
itu. Jangan kata bercakap, bertentang muka pun dah jarang sangat. Hubungan
mereka memang dingin sejak dulu lagi. Iddin dibesarkan di sekolah berasrama
penuh. Apabila balik bercuti, Tuan Ikmal sibuk dengan kerja. Nak nampak batang
hidung kat rumah pun susah. Lepas tu Iddin masuk U. Masa ni Iddin dah tawar
hati nak duduk kat rumah. Jadi dia menyewa dengan kawan-kawan. Sudahlah tak
dapat kasih sayang dari umi. Dari abi pun dia tak merasa langsung.
“Din,”
Mak Yam tepuk perlahan belakang tapak tangan Iddin, menyedarkan anak majikannya
dari angan panjang.
“Din
cuba bawa berbincang dengan abi. Insya-Allah abi boleh terima.” Saran Mak Yam.
“Tapi…”
“Din,
cuba dulu. Tak cuba Din tak tahu. Abi tu baik sebenarnya,” kata Mak Yam lagi.
“Kalau
Mak Yam tolong sampaikan macam biasa tak boleh ke?” Iddin cuba menagih simpati.
Mak Yam gelengkan kepala.
“Bukan
Mak Yam tak nak tolong. Tapi kalau Din sendiri tak mulakan langkah ni, sampai
bila hubungan Din dengan abi nak baik? Takkan selamanya nak begini. Seorang ke
timur, seorang ke barat. Begitu?” ujar Mak Yam. “Din, Din sebagai anak
sepatutnya Din yang mengalah. Ya, memang Din dengan abi tak pernah bergaduh.
Cuma tak bertegur sapa walaupun tinggal dalam sebuah rumah. Hari ni Mak Yam ada
lagi. Mana tahu kalau esok atau lusa Allah menjemput Mak Yam kembali, takkan
masa tu baru Din nak mula langkah yang sepatutnya Din dah mula lama dulu?” Panjang
lebar kata-kata Mak Yam.
Iddin
diam seribu bahasa. Dia fikirkan kembali setiap patah kata yang keluar dari
mulut Mak Yam. Ada betulnya. Terasa susah untuk dia mulakan sesuatu yang baru
baginya. Terasa sangat janggal.
“Din,
cuba bercakap dengan abi ya,” Mak Yam mengingati lagi sebelum kembali ke
belakang. Ada kerja yang perlu dia siapkan di belakang sana.
“Hmm…”
Iddin hanya menggumam.
Best fieyza, diaorang dah nak bertunang dah hehehe.
BalasPadamNak lagi huhu
Best fieyza, diaorang dah nak bertunang dah hehehe.
BalasPadamNak lagi huhu