“ENCIK,
encik!” Apa kena pulak bos aku ni? Kena sampuk ke?
“Encik
Iddin!” Jerit Suriya.
“Hah!”
Iddin pandang Suriya. Dia senyum. Senyum panjang. Suka sangat dia dengan
keputusan Suriya itu. Dapat bertunang tu kira peluangnya makin cerah. “Sorry, saya terkejut je tadi tu. Ehem, ehem.” Iddin berdehem.
“So, bila kita boleh bertunang?”
Suriya
tersentak. Matanya mencerun memandang Iddin. Tak sabar-sabar! Omel hati Suriya.
“Boleh
sabar tak? Biar saya bincang dengan abang saya dulu,” putus Suriya.
“Oh,
okey.” Lemah Iddin menjawab. Tulah. Siapa suruh teruja sangat.
“Sampai
bila kita nak duduk kat sini ni?” tanya Suriya tiba-tiba. Rimas pula bila
berdua-duan di dalam kereta dengan Iddin begitu.
“Awak
nak ke mana?” Iddin tanya balik Suriya.
“Balik
ofis.” Suriya berpeluk tubuh.
Iddin
pandang jam papan pemuka kereta.
“Jom
lunch!” Tangan Iddin laju menolak
gear.
“Hah?
Awal lagi ni encik.” Suriya turut pandang jam. Baru pukul 11.05 pagi kut.
“Tak
ada apa yang perlu awak risau. Saya bos awak. Ingat tu.” Iddin memberikan
peringatan.
“Habis
Emma?” Tiba-tiba Suriya teringatkan minah gedik yang Iddin tinggalkan di
pejabatnya. Kesian pulak minah tu kena tinggal macam tu. Ini ayat perli. Harap
maklum. Ah, tak ada maknanya Suriya nak kesiankan minah tu. Buang masa aje.
Iddin
tak menjawab soalan Suriya. Sebaliknya dia keluarkan iPhone dari poket
seluarnya. Jarinya ligat mencari satu nama. Sejurus jumpa butang dail dia
sentuh dan telefon dibawa ke telinga. Suriya hanya memerhati setiap tingkah
Iddin. Nak telefon siapa pulak ni? Minah tu ke?
“Helo.
Bad, Emma ada lagi kat pejabat ke?”
“Dia
dah balik encik,” jawab Badrul di hujung talian.
“Okey.
Awak batalkan semua appoiment saya
hari ni. Awak postpone ke hari lain. Saya
tak masuk pejabat hari ni. Hmm… Saya keluar dengan dengan Suriya.” Maklum Iddin
kepada Badrul.
“Eh,
encik nak ke mana pulak ni? Kalau encik nak keluar, hantar saya balik ofis
dulu.” Tiba-tiba aje ajak orang keluar. Dahlah tak bawak beg duit. IC pun tak
bawak ni. Betul-betul rasa macam pendatang tanpa izin.
Iddin
masukkan kembali Galaxy Note II ke dalam poket seluarnya. Tanpa menghiraukan
kata-kata Suriya, Iddin terus memecut kereta ke arah jalan raya. Tercengang
Suriya. Dalam kepalanya sudah berfikir macam-macam. Entah ke manalah bos aku ni
nak bawa aku.
“Encik,
kita nak ke mana ni?”
“Saya
yang memandu kereta ni. Awak ikut ajelah. Jangan banyak bunyi.” Balas Iddin
bersama amarannya.
Suriya
terdiam. Apabila bos di sebelah sudah mengeluarkan arahan, maka dalam terpaksa
dia wajib turuti. Kalau tak ikut, buatnya Iddin tinggalkan dia sorang-sorang
kat sini. Dia nak balik dengan apa? Sudahlah kiri dan kanan jalan ni sunyi
semacam. Mahu meraung tak berlagu dia nanti kalau kena tinggal kat situ.
SEMENTARA
itu di pejabat IMIA Technology. Badrul meletakkan ganggang telefon kembali di
tempatnya.
“Siapa?
Bos ke?” Belum pun sempat Badrul menarik nafas panjang, Noraini lebih dulu
menyerangnya dengan soalan.
“Hmm…
Laju aje kak Ani nak korek cerita.”
“Eh,
mestilah. Kalau tak korek cerita, bukan Kak Ani lah namanya. So, apa cer?”
“Bos
tak masuk pejabat hari ni. Dia suruh saya postpone
kan semua appoiment dia.” jawab
Badrul.
“Habis
tu Suriya apa kes? Bos dapat kejar dia tak?”
“Hmm…
Bos cakap dia dengan Su, itu aje.”
“Wow! Berita hangat ni.” Girang Noraini
menyambut kata-kata Badrul.
“Kak,
Emma mana?” Badrul baru teringatkan minah gedik itu. Tadi lepas Noraini sembur
dia, terus tak nampak-nampak minah tu.
“Entah
akak. Dah blah kut. Weh! Tak kuasa
akak nak layan dia tu!” Angin pulak Noraini apabila Badrul sebut pasal Emma.
Noraini berlalu ke mejanya. Dan badrul kembali menyambung kerja-kerjanya. Aduh!
Kena telefon dua buah syarikat hari ni. Encik Iddin punya pasallah ni. Nak kena
postpone appoiment pulak hari ni. Badrul merungut.
“KAT
mana ni?” Suriya menyoal.
Suriya
pandang ke luar tingkap kereta. Kat food
court mana pulak dia berhenti ni? Suriya menyoal di dalam hati.
“Nak
buat apa kat sini?”
Iddin
pandang Suriya. Soalan macam tu pun ada jugak ke?
“Dah
nampakkan saya berhenti kat food court.
Maknanya nak makanlah. Takkan nak beli baju pulak kat sini.” Balas Iddin sambil
tolak pintu sebelah pemandu.
Makan?
Lunch ke? Suriya tenung jam di
pergelangan tangan. Baru 11.30 pagi. Awal lagi kut.
“Tapi
saya nak balik ofis.”
“Awak
nak balik dengan apa? Teksi? Silakan, saya tak halang. Tapi kalau jadi apa-apa
kat awak saya takkan bertanggungjawab.” Balas Iddin selamba.
Suriya
mematungkan diri. Nak tunjuk tanda protes. Iddin yang sudah beberapa langkah ke
depan kembali berpatah ke arah kereta.
“Awak
nak ikut saya ke tak ni? Nak duduk dalam kereta ni? Tak takut ke kalau ada yang
cuba ambil kesempatan nanti?” Sengaja Iddin memprovok Suriya. Dia nak tengok
Suriya ni berani ke tak.
Ambil
kesempatan? Perogol? Suriya seram sejuk tiba-tiba. Lambat-lambat dia menolak
pintu kereta. Dengan muncung itik yang dipamerkan di bibir, Suriya mengekori
langkah Iddin. Sampai di meja makan, Suriya hanya memesan segelas air Milo.
Perutnya tak terasa lapar walaupun belum menjamah sebarang sarapan pagi.
Melihat gelas Milo, teringat dia kat air yang dia buat tadi. Yang diletakkan di
atas meja Badrul. Kononnya nak tumpang tinggalkan sekejap tapi dah berjam-jam
dia tinggalkan muk di atas meja Badrul. Nak telefon Badrul, telefon dia tak
bawa. Dah terasa macam kena culik ni.
“Tak
nak makan ke?” Iddin menyoal sambil letak sepinggan nasi berlauk di atas meja
mereka.
Suriya
gelengkan kepala. Suriya hanya pandang Iddin menyuap nasi ke dalam mulut. Gelas
air dia tarik mendekat. Straw
dipusing-pusing ke dalam gelas.
“Hai
dear,” tiba-tiba meja mereka
dihampiri seorang perempuan. Suriya angkat kepala. Spesies Emma jugak minah ni.
Desis hati kecilnya. Dah tak ada perempuan berpakaian elok ke kat dunia ni?
Semua yang mendekati Iddin semuanya spesies pakai baju tak cukup kain.
“Uhuk, uhuk.” Iddin terbatuk kerana
terkejut. Lantas dia capai gelas yang paling hampir dengannya.
“Eh,”
Suriya mahu menghalang tapi kata-katanya mati begitu sahaja. Air aku!
Sambungnya di dalam hati.
“Kenapa
dengan you ni? Cuba makan elok-elok.” Manja sekali lenggok suara itu menasihati
Iddin. Di telinga Suriya pula, dia rasa nak muntah dengar suara minah ni.
Tersangatlah gedik!
“You
buat apa kat sini?” Iddin tanya perempuan yang baru menyapanya itu.
“I
teman kawan I. Dia ada kat sana. Eh, boleh I duduk?” Tanpa menunggu kata putus
dari Iddin, perempuan itu terus duduk. Iddin tayang muka terperanjat.
“Su,
ni kawan saya. Kenalkan, Aina. Aina, ni tunang I, Suriya.” Iddin memperkenalkan
perempuan gedik itu kepada Suriya.
Tunang?
Sejak bila pulak kita bertunang Encik Iddin Amsyar oi! Baru pagi tadi aku bagi
persetujuan nak bertunang dengan kau. Belum pun bertunang. Pandai-pandai reka
cerita! Gumam Suriya di dalam hati.
“Hai,”
Aina hulur tangan bersalaman dengan Suriya. Tapi hanya hujung jari saja yang
bersentuhan. Bukan Suriya yang tak nak sambut salam tu tapi Aina yang lebih
dulu melarikan tangannya. Ceh! Budget
macam artis! Kutuk Suriya.
“You
dah bertunang? Tak jemput I pun.” Aina bersuara manja lagi.
“Baru
bertunang. Nanti majlis kahwin kami jemput. Kan sayang,” Iddin pandang Suriya.
Dia mahukan pertolongan Suriya.
“Hah?
Haah.” Suriya tak tahu nak kata apa. Fikirannya bukan di situ.
“Okeylah,
I gerak dulu. Kawan I dah tunggu kat sana.” Aina bangun dari kerusi yang dia
duduki. Sebelum berlalu, sempat dia berbisik di tepi telinga Suriya.
“You
memang bertuah sebab dapat miliki dia. Selama ni kami sangka dia tak sukakan
perempuan. Tapi sangkaan kami meleset. Nampaknya dia masih ada selera dengan
perempuan. Jagalah dia elok-elok. Jangan sampai dia jatuh ke tangan kami.”
Kata-kata berbau amaran itu menampar telinga Suriya. Dia tercengang. Tak tahu
nak kata apa. Akhirnya dia hanya menghantar pemergian Aina dengan ekor mata.
“Jom
balik,” habis nasi sepinggan, Iddin ajak Suriya balik ke pejabat. Suriya masih
diam tak terkata. Entah kenapa, kepalanya sibuk sekali memikirkan kata-kata
Aina tadi. Aduh! Menyesakkan kepala betul.
“WAH,
wah, wah. Orang keluar dating dah
balik.” Suara Noraini riuh menyambut kepulangan Suriya. Nasib dia tak hampar
karpet merah.
“Dating? Dating amendanya kak?
Merepek aje.” Sanggah Suriya.
“Habis
tu dah keluar berdua, apa lagi kalau bukan dating.
Haaa… Nak mengelak lagi tu.” Aduh Kak Ani ni, sengaja bikin kecoh! Suriya tepuk
dahi.
“Akak
rasa tak lama lagi satu ofis akan keluar bunyi ni.”
“Bunyi
apa pulak akak ni?”
“Bunyi.
Kepung, kepung, kepung. Kepang, kepang,
kepang.”
Erk!
Suriya jongket kening.
“Apa
tu?”
“Aduh!
Bunyi kompanglah. Itu pun tak tahu Su ni.” Noraini tepuk bahu Suriya.
“Bunyi
kompang?”
“Haah
la. Kompang orang nak kahwin.” Selamba Noraini memjawab.
“Kompang?
Kahwin? Siapa nak kahwin Kak Ani?” Suara Iddin menyergah Noraini dari belakang.
Lambat-lambat Noraini berpaling. Dia tak sedar entah sejak bila Iddin ada kat
belakang dia. Tu lah, bila dah bercakap tak tengok kiri kanan, belakang depan.
“Err…
Tak. Semalam kat taman perumahan rumah akak tu ada bunyi kompang. Ada orang
buat kenduri kahwin. Tak ada siapa-siapa nak kahwin. Saja akak cerita kat Su.”
Fuh! Ayat kelentong sudah keluar dari mulut Noraini.
“Hmm…
Macam-macamlah akak ni. Kerja dah siap ke belum ni?”
“Err…
Belum.”
“Habis
tu? Tak pandai-pandai siapkan kerja tu?” Keluar sudah aura bos besar Encik
Iddin Amsyar.
“Ha…
Sekarang jugak akak siapkan.” Bagai lipas kudung Noraini berlalu ke mejanya.
Dah kena sound dengan bos besar, tak
reti-reti lagi?
Iddin
pandang Suriya. Cuma sekejap saja pandangan mereka bertaut. Suriya berlalu ke
mejanya.
best2
BalasPadamAkhirnya, Suriya terima juga Iddin hehe. Amboi Kak Noraini, banyak 'cer'nya ya. Kesian kat Badrul, nak buat macam mana PA katakan. Amboi Iddin, mentang-mentang la BOS boleh ja curi masa ya. Nampaknya hati Suriya ni dah sejuk sikit, tak marah-marah lagi huhu.
BalasPadamNanti pas raya sambung lagi fieyza.