“FAYYADH
Ukasyah! Mummy cakap sekali aje. Mummy tetap tak setuju dengan pilihan
Syah!” Lantang suara Puan Irdina menolak pilihan anak bongsunya.
“Tapi mummy…”
Fayyadh cuba merayu.
“No! Tak
ada tapi-tapi.” Puan Irdina tetap keras dengan keputusannya.
“Kenapa dengan mummy
ni? Semua yang Syah buat mummy mesti tak setuju. Dulu masa Syah nak buka
bengkel tu, mummy pun tak setuju jugak. Sekarang pasal pilihan hidup Syah.
Takkan semuanya mummy nak tentukan? Syah yang akan hidup dengan dia, tak boleh
ke biarkan Syah yang tentukan segala-galanya?” Fayyadh melepaskan apa yang
terbuku di dalam hatinya. Dia geram, dia bengang. Sejak kecil hidupnya diatur.
Hinggakan mahu memilih jurusan apa ketika belajar dahulu pun Puan Irdina yang
tentukan.
“Syah!” Puan Irdina memanggil tapi Fayyadh terus
berlalu keluar dari rumah agam itu. Yang tinggal hanyalah bunyi deruman enjin
kereta Hummer H3 milik Fayyadh.
“Kenapa mi?” Fifi Nadhirah, anak sulung Puan Irdina
bertanya. Terkejut juga dia apabila mendengar pertengkaran antara mummy dan adik bongsunya tadi.
“Mummy tak
setuju dengan pilihan Syah.” Puan Irdina bersandar lesu pada sofa.
“Oh,” Fifi kehabisan kata-kata. Dia kenal mummynya jenis yang macam mana. sukar
membangkang setiap kata-katanya.
“Bukan mummy
tolak mentah-mentah pilihan Syah tu. Mummy
bersebab buat semua tu. Gina tu bukan budak elok. Dah banyak kali mummy terserempak dia dengan jantan
lain. Itu belum termasuk cerita-cerita yang kawan-kawan mummy sampaikan. Perempuan macam tu ke yang Syah nak buat isteri?
Bila mummy cerita dekat Syah, dia tak
percaya pula. Mummy pula yang
disalahkan. Mummy nak yang terbaik
untuk anak-anak mummy. Yang lain-lain
dah lepas, dah ada kehidupan sendiri. Tinggal Syah seorang saja lagi. Amanah
arwah daddy perlu mummy laksanakan. Lagi pun, Gina tu
bukan dari keturunan yang elok-elok. Mummy
tak nak cucu mummy nanti mewarisi
darah keturunan dia.” Panjang lebar penerangan Puan Irdina. Matanya jauh
merenung ke depan. Teringatkan kisah silam mungkin.
“Sabar mummy,”
Fifi menggosok bahu Puan Irdina, mahu menenangkan mummynya. “Mummy ada
calon ke untuk Syah?” tiba-tiba soalan itu terlintas di dalam kepala Fifi.
“Tak ada. Kenapa? Fifi ada calon ke?”
“Eh, tak adalah. Kalau ada pun, Fifi tak berani
kenalkan dengan Syah. Nanti tak pasal-pasal berperang dengan Fifi.Mummy bukan tak kenal anak bongsu mummy tu.” Balas Fifi sambil buat muka.
“Hmm…” Puan Irdina menggumam.
“Alamak! Fifi dah lewat ni mummy,” kelam-kabut Fifi bangun. Dia terlupa yg dia perlu ambil puteri
sulungnya dari sekolah.
“Fifi pergi dulu ya, mi. Jangan difikirkan sangat
pasal Syah tu. Nanti darah tinggi mummy naik lagi,” sempat Fifi menitipkan
pesanan buat Puan Irdina. Selepas bersalaman dan berlaga pipi, Fifi melangkah
ke keretanya. Beberapa saat kemudian, kereta itu meluncur di atas jalan raya.
“Syah, syah.” Puan Irdina menggelengkan kepala.
MASUK
saja Hummer itu ke dalam bengkel, para pekerja bengkel saling memandang sesama
mereka. Gedegang! Bunyi pintu kereta dihenpas kasar. Menambahkan persoalan di
kepala pekerja bengkel. Mereka pandang wajah pemandu kereta itu, masam mencuka.
Macam baru terminum cuka saja. Kalau dah muka macam tu, memang sorang pun tak
berani tegur. Kalau rasa nak kena sembur percuma, pergilah tegur.
Fayyadh menonong masuk ke dalam bilik kerjanya.
Pandangan para pekerjanya langsung dia tak hiraukan. Mood dia sekarang seperti tsunami. Tadi pintu kereta dia hempas
kasar. Sekarang pintu bilik kerja juga menerima nasib yang sama.
Nena yang bekerja sebagai pengurus kewangan bengkel
itu turut terperanjat. Cek-cek di tangan yang memerlukan tandatangan bos besar
dengan segera nampak gayanya perlu diketepikan dahulu. Nena mengeluh.
“Kenapa tu?” Kamal, salah seorang pekerja bangkel
menyoal Nena.
“Adalah yang tak kena tu. Biasalah. Asal angin
puting beliung datang, macam tulah.” Jawab Nena.
“Pulak dah,” lemah suara Kamal.
“Kau nak apa, Mal?”
“Aku nak hantar ni, borang cuti.” Kamal tunjukkan
borang cutinya di tangan.
“Cuti?”
“Haah, minggu depan aku nak cuti.”
“Kau letak ajelah kat situ. Nanti aku bagi kat bos.
Aku pun ada banyak juga cek yang perlukan tandatangan dia.”
“Okey, thanks
Nena. Nanti aku belanja kau minum,” girang Kamal berkata sebelum berlalu.
Nena menggelengkan kepala sambil pandang kelibat
Kamal yang semakin menghilang.
TUT…
tut…
Bunyi mesej masuk.
Sayang, you ke
mana? Senyap aje.
Isi pesanan ringkas dia baca dengan hati yang sebal.
Fayyadh biarkan mesej itu sepi tanpa balasan. Biarlah. Hatinya masih sakit
dengan penolakan mummynya. Sejak
kecil Puan Irdina terlalu mengongkong hidupnya. Hidup adik-beradik yang lain
tak pula dikongkong. Hanya dia. Semuanya Puan Irdina tentukan.
Mentang-mentanglah dia ni anak bongsu. Huh!
Fayyadh bersandar pada kerusi pemandu. Dia berada di
sebuah taman rekreasi. Enjin kereta dibiarkan hidup. Matanya memandang ke arah
kanak-kanak yang sedang berlarian mengelilingi taman. Indah sungguh jika hidup
ini seperti mereka. Langsung tak terbeban dengan masalah. Hanya tahu bermain
dan terus bermain. Dan Fayyadh terus merenung mereka.
AKU
ralit sekali memandang ke arah kanak-kanak yang sedang asyik sekali berlarian
di taman itu. Hati yang tidak tenang dan resah gelisah telah membawa aku ke
sini. Hanya sehelai sepinggang. Tak ada beg duit mahu pun telefon bimbit. Aku
melarikan diri sebenarnya. Melarikan diri dari Farish. Aku dah letih nak bersua
muka dengan Farish. Dah naik muak!
Aku toleh ke kiri. Mataku terpandangkan sebuah
kereta. Macam kenal aje kereta Hummer warna hitam itu. Hatiku berdetik. Lalu,
kaki ringan saja melangkah merapati kereta import
itu. Sah, memang tak salah lagi. Apa yang aku fikirkan sama dengan apa yang aku
lihat. Si pemandu sedang termenung jauh saja. Aku ketuk cermin sebelah pemandu.
Jelas riak terkejut pada wajah lelaki itu. Cermin kereta diturunkan.
“Awak buat apa kat sini?” Aku baru aje nak buka
mulut nak tanya, dia lebih dulu soal aku.
“Saja ambil angin petang. Awak buat apa pulak kat
sini?”
“Jap saya keluar. Tak best la sembang macam ni.”
Tau pun. Sahut hatiku. Fayyadh tutup kembali cermin
tingkap, matikan enjin kereta dan tolak pintu kereta.
“Saya tunggu kat sana,” aku tunjukkan bangku batu
yang disediakan di taman itu. Cuaca pun redup. Best la ambil angin.
“Awak tak kerja ke hari ni?” Fayyadh duduk di bangku
yang sama dengan aku tapi masih berjarak.
“Hari ni saya off
day. Soalan saya tak jawab lagi. Awak buat apa kat sini?” aku ulang kembali
soalan yang tak bersambut sebentar tadi.
“Hmm…” Fayyadh sandarkan badan pada bangku.
“Tenangkan perasaan.”
“Tenangkan perasaan? Macam orang kecewa aje
bunyinya,” aku ketawa perlahan. Aku pandang dia. Muka itu tetap serius.
Langsung tak terasa nak ketawa sama. Atau paling kurang, senyumlah. Aku tekup
mulut dengan tangan. Errr… waktu tak sesuai untuk ketawa kut.
“Awak ada masalah ke?” Cewah tanya orang. Masalah
diri sendiri pun tak selesai lagi.
“Susah saya nak cakap. Terasa semua ni memberatkan
kepala aje.” Fayyadh mengeluh. Aku tak faham kata-kata dia. Penuh makna tu.
“Manusia memang tak pernah lari dengan masalah.
Biasalah, adat kehidupan.” Hanya itu yang meluncur dari ulas bibirku. Aku
melepaskan nafas yang seakan menyekat ruang dada.
Kami diam. Masing-masing membisu. Bagai sedang
melayan perasaan sendiri. Aku ralit memandang ke arah kanak-kanak tadi yang
masih belum letih berkejaran. Kadang aku mengimpikan untuk menjadi seperti
mereka. Malangnya hidup kita tak selamanya menjadi kanak-kanak kan. Hmm…
Tut… Tut…
Bunyi telefon bimbit mematikan lamunanku. Aku
pandang orang sebelah. Tapi tak ada langsung reaksi orang sebelah mahu
keluarkan telefon dan lihat siapa yang menelefon. Atau ada yang hantar pesanan
mungkin. Kalau aku, dah laju nak periksa telefon sendiri.
Tanpa hiraukan Fayyadh, aku pandang ke langit. Rembang
senja semakin melabuhkan tirai. Kanak-kanak yang tadinya berlari girang kini
sudah tiada lagi. Lalu aku bangun dari duduk di bangku. Aku pandang Fayyadh
sekilas sebelum berkata.
“Dah lewat petang ni. Saya minta diri dulu,”
“Hah?” Fayyadh macam baru terjaga dari lena yang
panjang. Terpinga-pinga.
“Saya nak balik. Dah lewat ni,” aku pandang pelik
Fayyadh sambil ulang kembali ayat aku tadi.
“Okey,”
“Awak tak nak balik ke?”
“Sekejap lagi,”
“Okey,”
Akuterus melangkah. Tapi tak sampai lima langkah aku
berjalan, Fayyadh kembali memanggil namaku.Aku pusingkan tubuh. Kening
terjongket menghantar pertanyaan.
“Awak tinggal kat mana?”
“Dekat-dekat sini jugak.” Mendatar aku menjawab.
Dalam hati penuh dengan tanda tanya. Apa kes pulak sibuk tanya aku tinggal kat
mana? “Kenapa?” aku soal.
“Err… Tak ada apa-apa. Saja tanya,”
Aku pusing dan sambung kembali langkah yang
terbantut tadi. Dalam kepala asyik fikirkan soalan Fayyadh aje. Hmm… Pelik. Ah,
aku je yang fikir bukan-bukan
sedangkan dia tak ada apa-apa niat pun. Lalu, langkah diteruskan masuk ke dalam
pagar rumah. Aku bertembung dengan adik bongsuku, Ashman.
“Dari mana kak?” Ashman menyoal.
“Dari taman depan tu,”
Reaksi muka Ashman macam pelik aje. Mana tak
peliknya, aku mana pernah pergi ke taman tu. Tetiba hari ni pergi ke sana.
Mesti dia fikir, buang tabiat betul kakak dia yang sorang ni.
“Umi dan ayah mana?” aku pesongkan topik perbualan.
“Biasalah, belum balik lagi.”
“Hmm… Akak masuk dululah.”
Aku masuk ke dalam rumah. Rumah besar tapi sayangnya
dibiarkan sepi. Keriuhan gelak ketawa di dalam rumah itu sudah lama hilang
dibawa pergi. Jika dulu, kami sekeluarga suka berkumpul. Saling bertukar cerita
tentang kehidupan masing-masing. Tetapi kerana sedikit salah faham, hubungan
itu berantakan. Terasa warna-warna kebahagian itu sudah lesap dibawa pergi.
Ringan kakiku melangkah merapati almari hiasan yang
terletak berhampiran dengan almari TV. Gambar-gambar kenangan kami sekeluarga
yang telah berbingkai cantik aku pegang. Di dalam gambar itu ada umi, ayah, kak
long, aku dan Ashman. Kami semua tersenyum, menggambarkan rasa gembira kami
ketika itu. Dan kenangan lalu kembali menerjah kepala.
P/S: Assalamualaikum semua.. lama sungguh saya berehat, bersantai dan segala berr... lagi.. huhuhu... sampai dah ingat2 lupa jalan cerita ni... hari ni update cerita ni lagi.. entah orang suka ke tak x tau la.. semoga terhibur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan