Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 1 Januari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB21

DUA puluh minit aku berada di dalam kereta mewah buatan Jerman itu sebelum kereta BMW X6 yang dipandu oleh pemandu Aunty Ida membelok masuk ke petak parkir. Mataku melilau memerhatikan sekeliling tempat itu melalui cermin kereta. Tadi rasanya kereta ini memasuki jalan yang menghala ke Durian Burung.

“Okey, jom.” Suara Aunty Ida yang mengajak aku keluar dari perut kereta mengembalikan aku ke alam realiti. Dalam masih terpinga-pinga, aku turuti juga langkah Aunty Ida.
Kami beriringan masuk ke dalam sebuah butik pengantin di situ. Sebaik saja melangkah masuk, seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan Aunty Ida sudah sedia menunggu. Selepas memperkenalkan aku kepada wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Aunty Maini, aku dan Aunty Ida terus ditunjukkan dengan koleksi baju pengantin yang terdapat di butik itu.

“Ida, ni antara baju yang paling latest kat butik akak. Macam yang Ida cakap nak warna gold, so cuma yang ini sahaja warna gold yang ada. Ida dan Sya boleh pilih yang mana berkenan.” Ujar Aunty Maini.

Aku lihat ligat tangan Aunty Ida membelek sepasang demi sepasang baju yang terhampar di hadapan kami. Ada sepuluh pasang semuanya. Aku hanya memandang, tak rasa nak turut serta membelek pun. Entahlah. Cuma satu aje yang menarik minatku iaitu susun atur dalam butik ni. Mungkin kerana hatiku langsung tiada pada baju yang sedang dibelek Aunty Ida dan pada majlis yang bakal berlangsung.

Sesekali terlintas juga di fikiranku, kalaulah masa boleh diundurkan kembali. Pasti aku awal-awal lagi membangkang setiap kata-kata yang keluar dari mulut abah dan aku tidak perlu bersusah-payah menerima lamaran dari Aunty Ida. Juga tidak membuat aku tersepit begini.

“Sya, yang ni okey tak?” tersentak aku mendengar soalan Aunty Ida yang mendadak itu. Habis melayang apa yang aku fikirkan.

“Err… okey kut.” Aku tak tahu nak jawab apa. Rasanya hanya itu jawapan selamat bagiku untuk waktu itu. Kalau aku cakap tak tahu, kecil hati pulak Aunty Ida nanti.

“Hmm.. Mama rasa yang ni okey. Rekaannya sedikit sarat, sesuai sangat dengan majlis tu nanti.” Tanpa sedar Aunty Ida membahasakan dirinya sebagai ‘mama’ dan bukannya ‘aunty’ seperti kebiasaannya.

Mama? Awalnya tukar panggilan. Aku kena panggil dia mama ke? Alah, kekoklah pulak. Omelku dalam hati. Aku pandang baju yang sedang Aunty Ida pegang. Memang cantik. Pujiku tanpa sedar. Baju yang berpotongan sedikit mengikut bentuk tubuh dan mempunyai leher berbentuk V serta tidak berlengan. Nampak sangat tak kena denganku kerana aku memakai tudung dan baju itu menyipang jauh dari penampilanku.

“Tapi baju ni macam seksi aje. Nampak terdedah sangat kat depan ni.” ujarku merujuk pada bahagian leher dan lengan yang memang terdedah.
“Oh, yang bahagian lengan tu aunty boleh tambahkan lengan tapi bahagian leher tu dah tak boleh nak baiki lagi. Okey, macam nilah. Sya pakai inner sebelum pakai baju ni, tak nampak sangat yang baju ni seksi. Dan ni tudungnya. Macam mana, okey?” soal Aunty Maini.
Aku perhatikan baju itu dan padanan tudung yang dihamparkan oleh Aunty Maini. Hmm.. cantik. Padanan yang sangat sesuai. Spontan aku menganggukkan kepada dan bibirku terukir senyuman.

“So, apa kata Sya cuba pakai. Mana tahu kalau baju ni terlebih besar, nanti bolehlah aunty adjust mana yang perlu.” Ujar Aunty Maini.

“A’ah la. Betul jugak cakap Aunty Maini. Nanti sampai masanya, takut Sya pulak yang merungut. Pergilah cuba. Fitting room ada kat hujung sana.” Sokong Aunty Ida sambil menunjukkan bilik persalinan kepadaku.

Hatiku memberat sebenarnya untuk menuruti suruhan mereka. Aku bukan apa, baju ni seksi sangat. Lepas cuba nanti mesti aku kena keluar ke depan ni dan tunjukkan pada aunty berdua ni. Kalau sama spesies dengan kami ni aje tak apa tapi takut nanti tiba-tiba ada makhluk yang bukan sama spesies dengan kami muncul. Tak ke malu aku.

“Alah, tak payah nak fikir-fikir lagi. Pergi aje cuba. Lagi pun kita-kita aje yang ada kat sini. Bukannya ada orang lain tambah lagi orang lelaki. Pergilah, tak sabar aunty nak tengok Sya pakai baju ni.” Ujar Aunty Ida seakan dapat membaca hatiku yang sedang gusar.

Dengan hati yang berat dan tak nak menghampakan permintaan mereka, aku berlalu lemah ke arah fitting room. Sepuluh minit aku berada di dalam bilik sempit itu. Kalau setakat cuba baju, sekejap saja tapi aku merenung lama cermin yang ada di dalam bilik persalinan itu. Setiap inci baju yang melekap elok di tubuh aku perhati. Untuk melindungi bahagian hadapan yang sedikit terdedah, aku menyarung kembali tudung. Cuma lengan saja yang terdedah. Tak apa, hanya kami saja yang berada di dalam butik. Pujuk hatiku.

Perlahan-lahan penyelak pintu aku tarik dan pintu ditolak dari dalam. Dengan perasaan serba-salah dan segan, aku melangkah menghampiri Aunty Ida dan Aunty Maini.

“Ya Allah, cantiknya Sya! Memang kena sangat dengan kulit dan tubuh Sya. Dah tak payah nak adjust. Macam mana kak?” teruja aku dengar suara Aunty Ida. Mereka berdua menilik baju yang kemas tersarung di tubuhku.
Sekejap-sekejap mereka suruh aku pusing ke kiri dan ke kanan. Naik lenguh jugak aku berdiri di situ. Tiba-tiba kena jadi model tanpa gaji.

“A’ah la. Memang cantik. Memang masuk dengan kulit Sya.” Giliran Aunty Maini pula bersuara.
Mereka berdua masih lagi belum pua menilik baju yang sedang aku pakai. Naik rimas pulak lama-lama pakai baju begini. Kulitku dah mula rasa gatal-gatal.

“Ehem.. Ehem..” bunyi deheman seseorang secara tiba-tiba mengejutkan kami.
Aku mengangkat kepala, mencari siapa empunya suara itu kerana aku merasakan yang suara itu sangat asing sekali. Yang paling pasti, suara itu bukan milik Aunty Ida atau Aunty Maini sebab suara itu jelas sekali keras dan garau.

Dia? Menyerbu darah ke mukaku. Yang sangat pasti, mukaku sudah bertukar warna. Seakan aku sedang memakai pemerah pipi yang sangat tebal tika itu. Tanpa menunggu lama, laju langkah diatur kembali ke bilik persalinan. Perasaan malu usah cakaplah. Mukaku seperti sedang ditampal dengan berinci-inci kertas. Tebal dan kebas!

Sesudah menyalin baju pengantin itu dan mengenakan kembali baju yang aku pakai tadi, lama aku bertapa di dalam bilik kecil itu. Sengaja tak nak keluar lagi. Bukan apa, aku takut sangat kalau bertembung lagi dengan dia. Makin buat aku malu. Kegelisahan aku mundar-mandir di dalam bilik itu. Penat ke kiri, aku berjalan ke kanan pula. Hisy, dia ni balik ke tak lagi? Dah lama sangat aku berkawad dalam bilik ni, dah naik berpeluh dan rimas ni. Gumamku di dalam hati.

“Sya, tak siap lagi ke?” soalan beserta ketukan di pintu membuatkan aku tersentak.

“Err… aaa.. dah siap aunty.” Tergagap-gagap aku menjawab.

Nak tak nak aku kena juga keluar. Sampai bila nak berkurung dalam ni. Dah naik lencun baju aku ni basah kerana peluh. Perlahan-lahan pintu bilik itu aku tolak. Tegak berdiri Aunty Main di hadapanku. Aku menghulurkan baju yang aku cuba tadi kepada Aunty Maini. Aku mengekori Aunty Maini ke ruang depan butik pengantin itu.

Mataku melilau mencari kelibat Aunty Ida tetapi tak nampak pulak di situ. Sorotan mataku terhenti pada sekujur tubuh lelaki yang sedang duduk di atas kerusi yang tersedia untuk tetamu dan beg bimbitku berada betul-betul bersebelahan dengan kerusi yang diduduki oleh lelaki itu.

Takkan Aunty Ida dah balik. Habis, aku nak balik dengan apa? Dah nak maghrib ni, mana ada kenderaan awam waktu-waktu begini. Tambah lagi di Terengganu ni mana ada perkhidmatan teksi yang akan sampai sebaik di telefon. Melainkan untuk perjalanan jauh seperti perjalanan antara daerah atau merentasi negeri. Kenderaan awam utama di sini hanyalah bas dan bas yang terakhir bergerak adalah pada pukul 5.30 petang.
Sebelum mengambil beg bimbit, aku mendapatkan Aunty Maini yang sedang sibuk mengemas alatan kerjanya.

“Err.. aunty, Aunty Ida mana?” ragu-ragu aku bertanya.

“Oh, Sya. Aunty Ida dah balik, katanya ada hal penting dan dia tak boleh tunggu Sya.” Tenang suara Aunty Maini memberitahuku. Habis, aku nak balik dengan apa? Mana ada kenderaan awam waktu-waktu begini.

“Aunty Ida pesan kat aunty, Sya akan balik dengan anaknya yang ada kat depan tu.” Tahu-tahu aje aunty ni apa yang aku fikirkan. Senyuman hambar aku lemparkan pada Aunty Maini. Lambat-lambat aku mendapatkan lelaki yang masih duduk di ruang depan butik. Aku tuduk mencapai beg bimbit sebelum terdengar, lelaki itu bersuara.

“Dah siap? Jom.”

Aku terpegun. Suara dia ke tu? Langsung tak ada nada marah, apatah lagi nada tidak puas hati seperti sebelum-sebelum ini. Sangat tenang. Dia sudah beberapa langkah di depan sedangkan aku masih lagi terpaku di sebelah kerusi di dalam butik.

“Sya, tak nak balik ke? Aunty dah nak tutup butik ni.” suara Aunty Maini yang tiba-tiba menegur mengejutkan aku. Tersipu-sipu aku tersenyum. Seperti kerang busuk.
Laju langkah diatur mendapatkan anak Aunty Ida yang telah menanti di sebelah kereta Audi A5 miliknya. Dia masuk ke dalam perut kereta dan aku juga turut ikut masuk. Wah! Bestnya dalam kereta ni. Kemas dan smart. Tadi dah naik kereta BMW X6, sekarang naik Audi A5 pulak. Haih, memang dah nasib badan kan dapat naik kereta mewah hari ni.
Aku dah lama berangan nak naik kereta-kereta mewah begini. Tapi sekarang dah tak berangan, memang realiti! Aku memandang ruang dalaman kereta itu. Bahagian papan pemuka kereta itu aku perhati satu-persatu. Tiba-tiba jadi jakun sebab dapat naik kereta idaman. Hehehehe….



Perhatianku terhenti apabila aku perasankan sepasang mata yang sedang memandangku pelik. Entah apa yang dia fikirkan dengan sikapku sekarang ni, aku tak tahu. Mungkin dia kata aku ni pelik. Tak pun jakun. Eleh, aku tengok aje, bukan ada yang kurang pun! Huh! Aku palingkan muka ke tingkap tepi, memandang kereta yang sedang lalu-lalang.

Duduk dalam kereta dengan dia samalah duduk dengan orang bisu. Sejak kereta bergerak dari butik Aunty Maini, tak ada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia tak bersuara takkan aku nak jadi bodoh bercakap sorang-sorang. Ruang sunyi itu membuatkan aku ralit melayan perasaan sendiri sampaikan kereta berhenti pun aku tak sedar.

“Sampai bila saya kena berhenti ni? Tak nak turun ke?” sindiran lelaki itu secara mengejut telah memeranjatkan aku.

Kelam-kabut aku mengambil beg bimbit dan pintu kereta aku buka. Tanpa menunggu lama, aku terus melangkah keluar. Dan berlalu masuk ke dalam pagar rumah. Sedikit pun aku tak menoleh melihat lelaki itu. Sebaik melangkah masuk ke dalam rumah, barulah kereta itu berlalu pergi. Nak tahu macam mana aku tahu? Aku intai melalui pintu gelungsur yang bersebelahan dengan pintu kayu jati yang aku masuk tadi.
Mulut cakap tak suka tapi intai jugak. Hisy, Fiza, Fiza.

“AKU terima nikahnya Syafiza Akhira Binti Abdul Rahim dengan mas kahwin seribu lima ratus enam ringgit dan lapan puluh dua sen tunai,” lantang dan tenang aku mendengar suara dia melafaz akad. Dan dengan sekali lafaz, aku sah menjadi milik dia. Lelaki yang tidak aku sukai dulunya. Sekarang? Entah!

“Fiza, dia dah nak masuk tu.” Bisikan suara Ira di telingaku mengejutkan aku. Spontan kepalaku diangkat. Sejak dari pihak lelaki sampai, tangan kananku telah digenggam oleh Ira. Manakala tangan kiriku digenggam oleh Jun. Kehadiran kedua-dua teman baikku ini memberi kekuatan untukku menghadapi hari yang langsung tak bahagia bagiku.

“Assalamualaikum,” sapaan salam dari dia mematikan lamunanku. Haih, teruk betul aku akhir-akhir ni. Suka betul mengelamun. Salam dari dia aku jawab perlahan di dalam hati.

“Fiza, tangan.” Bisikan Jun mengejutkan aku dan laju aku menghulurkan tangan.
Sebaik jari manisku tersarung cincin berlian yang sangat berkilau itu, spontan aku menyalami tangan dia dan kepala tunduk mencium tangannya. Cincin? Kenapa tak bagi gelang atau rantai sebagai simbolik kepada upacara membatalkan air sembahyang? Aku alah dengan cincin. Jariku akan terasa gatal dan memerah apabila memakai cincin. Sebab tu jari-jemariku sentiasa kosong dari sebarang perhiasan. Dulu emak ada juga suruh aku pakai cincin tapi akhirnya aku memulangkan kembali cincin itu kerana masalah aku tulah.

“Lama sikit cium tangan tu,” merona pipiku apabila mendengar arahan suara asing itu. Entah siapa yang mengarah aku pun tak tahu. Aku turuti jua arahan itu walau dalam hati rasa mahu menyumpah yang tukang suruh tu.

“Okey, dah. Sarung cincin untuk pengantin lelaki pulak.” Arah suara itu lagi.

Terketar-ketar tanganku menyambut huluran bekas cincin oleh Ira. Tanganku lagi terketar saat kulit kami bersentuhan. Sebaik cincin tersarung elok di jarinya, dahiku pula menjadi sasaran sentuhan bibirnya. Dan sekali lagi lelaki yang memberi arahan kepadaku tadi mengarahkan Aril supaya mencium lama dahiku. Sekali lagi mukaku merona kemerahan.

Kemudian datang seorang demi seorang saudara perempuan memelukku sambil menyampaikan ucapan tahniah. Seterusnya sesi bergambar pulak. Hanya aksi biasa-biasa aje untuk sesi bergambar pagi ni kerana kami masih lagi di dalam Masjid Kristal. Selesai sesi bergambar, kami semua bersurai. Jumpa kembali pada majlis malam ni pula.

SIMBAHAN lampu berwarna-warni menaikkan lagi seri persekitaran Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam. Dewan besar yang mampu memuatkan jemputan seramai 3000 orang pada satu-satu masa ini sudah dipenuhi dengan jemputan yang terdiri daripada orang-orang kenamaan dan kaum kerabat diraja. Hanya yang mempunyai kad jemputan sahaja yang dapat masuk ke dewan itu dan menghadiri majlis ini. Ekslusif kan?

Aku dan Aril berjalan beriringan memasuki dewan sambil berpegangan tangan menuju ke pelamin yang telah digubah indah. Sangat cantik! Sebaik aku dan Aril duduk di singgahsana, bermulalah acara menepung tawar yang dimulakan oleh para kenamaan dan kerabat diraja sebelum diikuti oleh ahli keluarga kami. Aku rasa sedikit rimas kerana majlis itu sangat mengikut protokol dan penuh dengan abad melayu lama.

Usai menepung tawar, acara makan beradab pula menyusul. Aku suapkan dia, dia suapan aku. Suapan yang hanya untuk sesi bergambar sahaja. Tak lebih dari itu. Kemudian, kami melayan perasaan sendiri dan melayan pertanyaan orang kenamaan yang sedang mengapit kami.

Acara kemuncak malam itu adalah acara memotong kek setinggi lima tingkat. Selepas tu sekali lagi aku perlu menyuap kek pulak ke mulut dia. Haih, banyak betul acara suap-menyaup ni. Rungutku di dalam hati. Akhir sekali, kami perlu mengiringi para tetamu pulang di pintu dewan sambil mengagihkan sedikit cenderahati.

Majlis gilang-gemilang itu selesai tika jam menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Tanpa sengaja mulutku menguap beberapa kali. Tanda aku mengantuk dan letih. Tapi aku tak tahu aku akan tidur di mana, di rumah keluarga aku atau di rumah dia? Ketika aku sedang berfikir itu, kami dihampiri oleh mama, panggilan baru untuk mama Aril. Tiada lagi Aunty Ida.

“Nah, ni kunci suite yang mama dah tempah tu. Beg kamu berdua dah ada kat sana.” Ujar mama sambil menghulurkan sekeping kad kepada Aril.

“Okey.” Hanya itu sahutan daripada Aril. Mama berlalu keluar dari dewan itu selepas bersalaman dengan kami. Aku masih terpegun di situ. Dia tak bergerak, aku pun tak bergerak.

“Jom,” ajakkan Aril secara tiba-tiba mengejutkan aku. Bagai mimpi pulak bila mendengarkan dia nak bercakap dengan aku.

Berlari anak aku mengejar langkah Aril yang lebih dulu mendahului aku apabila melihat dia tidak lagi berdiri di sebelahku. Sudahlah baju yang tersarung di tubuh aku ni sangat-sangat merimaskan serta membuatkan aku kepanasan dan berpeluh.

*salam.. n3 baru d hari baru pd tahun baru.. harap anda menyukainya.. terima kasih kerana membaca tulisan sy yg x seberapa ini..:)

Isnin, 26 Disember 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB20

DUA kali aku mendirikan solat istikharah, meminta jawapan daripada Yang Maha Esa tentang permasalahan ini. Akhirnya cadangan daripada teman-teman di Facebook dapat dicerna olehku. Alhamdulillah, sejurus menunaikan solat istikharah aku dapat jawapan yang merupakan jalan keluar kepada masalah aku ni.

Sama ada suka atau tidak, aku perlu memberitahu jawapan aku kepada Aunty Ida. Masa makin suntuk. Aunty Ida pula hanya beri tempoh yang sangat singkat untuk aku berfikir masak-masak. Dan petang itu aku ke rumah Aunty Ida untuk memberitahu jawapanku. Jika hanya memberitahu melalui telefon aku rasa tak berapa manis. Jadi, lebih baik  bercakap secara berhadapan.

Sebelum berangkat keluar dari butik, awal-awal lagi aku berpesan kepada Miza dan Saira agar menutup butik seperti biasa sekiranya aku tidak kembali semula ke butik pada pukul 5 petang. Ketika aku keluar melangkah keluar dari butik, jam sudah menunjukkan ke pukul 3.30 petang. Dan sebab itulah aku meninggalkan pesanan kepada Miza dan Saira kerana aku berasakan aku tidak akan kembali semula ke butik.

Kereta aku parkir bersebelahan dengan pintu pagar rumah agam itu. Selepas mengunci kereta, aku menekan loceng yang terletak bersebelahan dengan pintu pagar, berdekatan dengan pintu kecil. Dan pintu pagar terbuka secara automatik. Aku melangkah masuk ke halaman rumah sambil mataku meliar mencari tuan rumah.

“Sya,” pantas kepalaku terangkat, mencari pemanggil yang memanggil namaku. Aku tersenyum apabila terpandangkan tubuh milik Aunty Ida yang sedang berjalan mendapatkan aku.

“Kenapa tak telefon dulu nak datang. Kalau tak boleh aunty sediakan sedikit makanan.” Ujar Aunty Ida sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut hulurannya itu.

“Tak apalah aunty. Saya datang bukan nak makan.” Sahutku.

“Jom masuk.” Ajak Aunty Ida ramah. Cuma aku saja naik segan.

“Err.. aunty, kita kat luar ajelah. Dah tak panas kat luar ni.” pintaku pada Aunty Ida. Aku bukan apa, aku lebih suka jika bercakap di tempat terbuka begini. Lebih selesa dan nyaman dengan hiasan taman bunga milik Aunty Ida ini.

“Okey, aunty ke dalam buat air dulu. Sya duduk kat kerusi tu dulu, ya.”

Aunty Ida meminta diri sebelum berlalu ke dalam rumah. Aku berjalan ke arah set kerusi taman yang Aunty Ida tunjukkan. Mataku tak habis-habis meneliti setiap inci halaman rumah itu. Halaman rumah yang dilengkapi dengan sebuah taman yang sangat cantik dan kemas. Juga dilengkapi dengan sebuah kolam mandi yang besar dan air yang sangat jernih.

Kalaulah dapat mandi kat sini, mesti best! Aku memasang angan sendiri. Tanpa sedar bibirku tersungging sebuah senyuman. Alahai, kuat betul berangan aku ni. Anganku terbang melayang apabila terdengarkan bunyi kereta dipandu masuk ke dalam garaj. Pantas mataku terarah pada garaj. Kereta Audi A5! Dan kemudiannya tuan empunya kereta keluar dari tempat pemandu. Semestinya dia! Anak Aunty Ida yang paling aku tak suka.

“Sorry Sya, aunty lambat skit. Jemput minum, Sya.” Kemunculan Aunty Ida secara tiba-tiba membuatkan aku berpaling kembali ke arahnya. Aunty Ida juga turut duduk di kerusi berhadapan denganku. Tangan Aunty Ida ligat menyusun minuman dan sepiring kuih seri muka di atas meja itu.

“Tak apa,” jwabku telus. Senyuman masih lagi terukir di bibirku.

“Ha, baru balik Aril?” tegur Aunty Ida pada anaknya yang melintas di hadapan meja yang sedang kami duduki.

“Hmm,” sahut anaknya.

Huh, sombong! Ini ke yang nak jadi suami aku? Macam manalah kalau duduk serumah dengan orang begini? Mahu haru-biru rumah tangga nanti. Spontan hatiku menggumam.

Aku pandang dia, pandangan kami bertaut. Aku selamba aje tapi mata dia tajam merenung aku. Macamlah aku ni banyak buat dosa dengan dia. Kemudiannya aku mengalihkan pandangan dan dia berlalu masuk ke dalam rumah.

“Oh ya, Sya datang ke rumah aunty ni ada apa? Macam penting aje.” Aunty Ida mula bertanya.

Cawan yang telah berada di bibir aku minum perlahan isinya. Soalan Aunty Ida mengundang debaran di hatiku. Usai minum, aku meletakkan kembali cawan di atas meja berlapikkan piring kecilnya. Nafas kutarik perlahan, mencari sedikit kekuatan sebelum memberitahu tujuan utamaku datang ke rumahnya ini.

“Err.. tujuan saya datang ke sini sebenarnya.. err.. sebenarnya nak beritahu aunty pasal keputusan saya.” Tergagap-gagap aku menjawab soalan Aunty Ida.

“Oh, pasal lamaran aunty dua hari lepas tu ke? Sya dah ada jawapan ke?” tak sabar Aunty Ida bertanya. Berterus-terangnya aunty ni hinggakan aku jadi serba salah pulak.

“Err… saya setuju dengan lamaran aunty.” Lambat-lambat aku menuturkan kata dengan hati yang penuh dengan debaran.

“Ya Allah, terima kasih Sya. Alhamdulillah, aunty bersyukur sangat. Inilah jawapan yang aunty tunggu-tunggu. Terima kasih Sya sebab sudi menjadi penyelamat maruah keluarga aunty.” Ucapnya sambil matanya bersinar terang. Spontan tangannya meraih tanganku dan digenggam erat jari-jemariku.

Begitu besar harapan Aunty Ida sekeluarga terhadapku. Tiba-tiba nafasku terasa sesak. Beban di bahuku terasa berat untuk memikul harapan Aunty Ida yang sangat besar. Aku takut jika aku tidak dapat melaksanakan harapan besar Aunty Ida ni. Bagaimana jika rumah tangga yang dibina ini berakhir dengan penceraian? Sesuatu yang tidak aku ingini terjadi tiba-tiba terlintas dibenakku.

“Sya tak perlu risau tentang hantaran dan majlis kenduri sebab semuanya pihak aunty dah siapkan. Kalau ikut perancangan asal, majlis akad nikah akan dijalankan di dalam Masjid Kristal pada sebelah pagi. Kemudian, pada sebelah malamnya pulak akan diadakan majlis kenduri sebelah pihak lelaki dan juga majlis persandingan. Aunty rasa elok kita ikut perancangan asal aje, boleh Sya?” soalan Aunty Ida beserta dengan tepukkan pada tanganku telah mengembalikan aku ke alam nyata. Jauhnya aku mengelamun. Terpinga-pinga aku mencari punca asal kata-kata Aunty Ida.

“Err.. apa yang boleh aunty? Maaf, saya tak berapa dengar.” Bukan tak dengar tapi tak fokus kerana fikiran dah melayang jauh.

“Aunty cakap kalau kita ikut aje plan awal boleh tak?” ulang Aunty Ida.

“Err… plan awal? Err… saya ikut aje aunty. Lagi senang kalau aunty bincang dengan emak saya. Saya tak pandai nak uruskan majlis begini.” Jawabku berterus-terang. Memang aku tak pandai dan tak ada pengalaman langsung nak uruskan majlis kahwin begini.

“Hmm.. okey jugak cadangan Sya tu. Tak apa, lepas ni aunty akan hubungi emak Sya. Bolehlah kami plan untuk majlis tu nanti. Eh, jemputlah minum lagi. Makanlah kuih ni, sedap ni.” pelawa Aunty Ida.

Teragak-agak aku mencapai piring yang telah terisi kuih seri muka. Ketika kepalaku didongak ke atas, secara tidak sengaja aku terpandangkan kelibat seseorang yang sedang berdiri di balkoni rumah agam itu. Tetapi kemudiannya aku hanya nampak bayang-bayang orang dan alunan langsir balkoni yang ditiup angin petang.

Entah siapa entah, bisik hatiku. Kepala aku alihkan ke meja taman itu, menikmati minum petang yang telah Aunty Ida sediakan. Kira-kira tiga puluh minit kemudian, aku sudah berada di atas jalan raya, dalam perjalanan balik ke rumah orang tuaku.

TELEFONKU berdering minta diangkat. Aku yang ketika itu sedang memandu dan tidak membawa alat bebas tangan, aku terus memberikan isyarat ke tepi dan berhenti di pinggir jalan. Pantas tanganku menyeluk beg bimbitku mencari telefon bimbit. Hah, jumpa! Aku tarik keluar telefon yang masih berdering. Skrin telefon memaparkan nama Aunty Ida. Pantas butang hijau aku tekan dan telefon dibawa ke telinga.

“Assalamualaikum, aunty.” Aku menghulurkan salam, memulakan perbualan.

“Wa’alaikumussalam. Sya tengah buat apa ni? Masih di butik ke? Sorry kalau aunty ganggu.”

“Eh, tak sibuk pun. Err.. saya tengah memandu ni. Ada apa aunty call saya ni?”

“Oh, iya ke? Sorry, aunty call semulalah kalau macam tu.”

“Eh, tak apalah aunty. Saya dah berhenti kat tepi jalan ni. Macam penting aje perkara yang aunty nak cakapkan kepada saya ni.”

“Aunty call ni sebab nak tanyakan pasal baju untuk majlis akad nikah dan majlis sanding nanti. Sya dah ada ke baju-baju tu?” terkeluar jugak soalan yang ingin Aunty Ida tanyakan.

Baju? Kepalaku ligat berfikir sama ada aku ada atau tidak baju yang sesuai untuk majlis itu. Sepasang baju rona putih yang pernah aku jahit dulu mendadak terlintas di kepalaku.

“Err… Aunty ada kerja tak petang ni? Boleh tak datang ke butik saya? Rasanya ada sepasang baju yang saya rasa mungkin sesuai untuk majlis tu. Tapi apa-apa hal aunty datang dulu ke butik, boleh?”

“Okey, petang ni aunty ke sana. Jumpa nanti, ya. Assalamualaikum, bye.” Aunty Ida memberikan salam, menamatkan perbualan.

“Wa’alaikumussalam,” jawabku perlahan sebelum menekan butang merah pada papan kekunci telefon.

Tanganku laju menggantikan gear dan pedal minyak ditekan kuat. Nampaknya aku perlu berpatah balik ke rumah semula sebelum ke butik. Kena ambil baju yang telah aku ceritakan pada Aunty Ida.

DI BUTIK, aku sedang sibuk menyiapkan baju tempahan pelanggan pada petang itu. Tempahan baju untuk raya sudah aku tutup sebulan yang lepas. Ini pun aku bagaikan sudah tidak terkejar nak menyiapkan tempahan-tempahan tersebut. Itu tak termasuk lagi nak menyiapkan jahitan manik pada baju-baju tersebut. Nasib baik aku mempunyai dua pembantu yang setia, ringan sedikit kerjaku.

“Cik Sya, ada regular customer nak jumpa.” Beritahu Saira ketika aku sedang sibuk menggunting kain.

“Okey, bawa dia ke sini.” Jawabku sambil mataku masih lagi terarah pada kain yang terbentang di hadapanku.

Bahagian badan dan kain sudah dipotong. Kain yang berbaki ni untuk bahagian pesak, lengan, kekek dan leher pula. Badan pelanggan ni boleh tahan besar jugak. Harap-harap cukuplah kain ni. Kalau tak cukup susah aku nanti. Di mana nak cari kain yang sama? Omelku sendirian. Pita ukur yang disangkut di leher aku tarik dan kapur penanda berwarna biru aku capai. Tanganku ligat mengukur dan menanda ukuran yang betul.

“Assalamualaikum, Sya. Sibuk ke?” sapaan suara yang sangat aku kenal membuatkan tubuhku pantas berpusing.

“Wa’alaikumussalam, aunty. Biasalah aunty, dah nak puasa ni. Tempahan raya banyaklah yang masuk, sampai ak menang tangan saya.” Aku menjawab salamnya sambil menghulurkan salam untuk bersalam. Adab yang satu ini tidak aku lupa.

“Alhamdullilah, rezeki tak putus nampaknya sekarang. Oh ya, mana baju yang Sya cakapkan tu?”

“Ada. Saya ambik sekejap, sementara tu, aunty duduk dulu.” Jawabku sambil menghulurkan senyuman.

Aku mengatur langkah ke ruang belakang butik, tempat aku meletak baju yang aku bawa dari rumah pagi tadi. Baju ni lain dari yang lain sebab tu aku kena sorokkan sedikit daripada perhatian pengunjung butik.

“Aunty, ni bajunya. Harap-harap sesuailah dengan majlis tu.” Ujarku sambil menghulurkan sepasang baju yang masih berbungkus dengan plastik ke arah Aunty Ida.

Aku lihat bersinar matanya saat aku mengeluarkan baju itu dari bungkusannya. Lama dia membelek baju tu. Satu-persatu bahagian baju dia tilik.

“Sya, siapa yang jahit baju ni?” soal Aunty Ida.

Aku tercengang. Kenapa? Tak cantik ke? Hatiku digaru kerisauan. Hanya baju ni saja yang aku rasa sesuai.

“Err.. kenapa aunty? Tak cantik ke baju ni?” soalku perlahan. Ada nada kecewa di situ.

“Eh, aunty tak cakap baju ni tak cantik. Baju ni cantik sangat sebab tu aunty tanya siapa yang jahitkan baju ni.”

Mendengarkan penerangan pendek Aunty Ida, rasa kecewa yang tadinya singgah di hati terbang menjauh. Mataku disapa sinar yang sangat bergemerlapan. Hatiku teramat girang apabila dipuji begitu. Siapa tak suka dipuji? Orang gila pun suka.

“Err.. cantik ke baju ni, aunty?” aku menyoal soalan yang telah diberi jawapan oleh Aunty Ida.

“Cantik, cantik sangat! Sya ke yang jahit baju ni?” teka Aunty Ida sambil tangannya sibuk membelek baju itu.

“A’ah, baju ni saya yang jahit. Baju pertama saya sejak saya pandai menjahit. Boleh terima ke baju ni?” hatiku masih lagi ragu-ragu. Takut baju tu tak diterima sebagai baju majlis akad nikah.

“Hmm… rasanya baju ni sesuai untuk majlis akad nikah. Rekaan yang sangat sopan, sesuai sangat dengan lokasi majlis akad nikah tu.” Puji Aunty Ida lagi. “Tapi ni baru baju untuk majlis akad nikah, baju untuk majlis sanding macam mana? Sya ada tak sepasang lagi baju yang ala-ala glamor gitu?” soal Aunty Ida kemudiannya.

“Hmm.. tak pastilah pulak. Saya cuba cari sekejap.” Aku bangun dan menghala ke arah deretan baju yang telah siap berjahit. Satu-persatu baju di situ aku belek.

“Aunty, tema majlis tu warna apa?” aku bertanya dari tempat aku berdiri yang hanya beberapa langkah saja dari tempat Aunty Ida duduk.

“Majlis tu nanti kami sepakat pilih warna gold. Ada tak warna tu?”

Warna gold? Ada ke tak warna tu? Rasa macam tak ada aje. Tanpa sedar aku menggaru kepala yang tidak gatal. Dua kali aku membelek deretan baju itu dan memang sah, tak ada warna yang diingini.

“Aunty, warna gold tak ada la.” Aku kembali duduk di sebelahnya.

“Hmm.. kalau nak jahit memang dah tak sempat. Tapi nak cari kat mana? Hmm… ha! Aunty rasa ada satu tempat. Sya ada kerja tak petang ni?” entah apalah yang terlintas di benak Aunty Ida aku tak tahu.

Kalau ikutkan kerja memanglah tak pernah habis. Tambah-tambah lagi sekarang ni tengah musim raya dah dekat. Aku pandang meja tempat aku menggunting kain yang masih berselerak dengan alat-alat menggunting dan kain-kain yang masih belum terusik. Aku memang tangah banyak kerja sekarang. Tak menang tangan menyiapkan tempahan pelanggan.

“Kenapa aunty?”

“Kalau Sya ada kerja, Sya kena jugak buat-buat tak ada kerja. Aunty nak bawak Sya ke satu tempat petang ni. Lagi cepat kita pergi, lagi cepat kita selesaikan masalah baju ni. Boleh, kan?”

“Okeylah, tapi aunty tunggu sekejap. Saya nak jumpa pekerja saya sebentar.”

Aku bangun mendapatkan Miza dan Saira. Pada mereka aku berpesan supaya menutup butik seperti biasa kerana aku berasakan yang aku mungkin tidak kembali semula ke butik. Tambah lagi ketika ini jam sudah menunjukkan angka 4.15 petang. Kemudian aku mendapatkan Aunty Ida dan kami berangkat keluar ke destinasi yang aku masih belum tahu lagi ke mana.

p/s: salam.. x smpai seminggu dh ada 2 bab... hehehehe..:)
okey, bg yg dah baca.. sila komen ye.. sama ada OK or KO.. thanks krna baca..:)

Khamis, 22 Disember 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB19

HUJAN gerimis sedang turun perlahan menyembah bumi. Suasana sejuk menguasai tengah malam yang gelap dan sunyi. Namun itu semua tidak menghalang Syazril daripada duduk di balkoni rumahnya. Dia hanya memandang hujan itu tanpa perasaan. Cuma dia berharap hujan itu dapat mengurangkan bebanan masalah yang dia tanggung walaupun dia sedar hujan tersebut tidak dapat berbuat apa-apa.
Matanya memang terarah pada hujan yang turun tapi fikirannya tidak di situ. Dibenaknya masih terngiang-ngiang setiap patah kata yang keluar dari ulas bibir mamanya ketika dia singgah di rumah keluarganya semalam. Dia terkejut sebenarnya apabila dia melangkah masuk saja ke ruang tamu, dia sudah nampak dulang hantaran bersusun di ruang itu. Dia benar-benar hairan kerana majlis perkahwinan yang mamanya yang rancang tidak akan dilangsungkan kerana pengantin perempuannya sudah lari. Tetapi susunan dulang ini semua untuk apa? Pantas dia mendapatkan mamanya, inginkan penjelasan.
“Mama, kenapa dulang hantaran ni disusun di sini? Majlis kahwin tu kan tak jadi.”
“Siapa pulak cakap majlis tu tak jadi? Majlis tu akan dilangsungkan jugak walaupun Cellicia tak ada.” Selamba Datin Sharida menjawab.
“Ma, biar betul? Siapa yang akan jadi pengantin perempuannya nanti? Menggantikan Cellicia?” tidak sabar Syazril menyoal. Suaranya sudah sedikit meninggi.
“Adalah tu. Nanti kamu tahulah.” Datin Sharida masih berselindung.
“Siapa, ma?” tekan Syazril.
Namun, Datin Sharida mengambil langkah berdiam diri. Malah, dia pura-pura menyibukkan diri dengan menguruskan isi hantaran yang sudah disusun elok di kaki sofa, cuma tidak diletakkan di atas dulang hantaran saja.
“Huh!” Syazril melepaskan geram apabila melihat mamanya senyap, tak mahu menjawab soalan yang diajukan. “Okey, kalau mama tak nak beritahu siapa yang akan jadi pengantin perempuan nanti, mama jangan terkejut kalau Aril tak datang ke majlis tu!” ugut Syazril kemudiannya. Hatinya jadi geram melihatkan mamanya membisu seribu bahasa.
Pucat Datin Sharida mendengar ugutan yang baru keluar dari mulut anak lelakinya itu. Pantas dia berpaling ke arah Syazril. Membulat matanya merenung Syazril. Terus dia meninggalkan kerjanya.
“Kamu jangan buat hal. Kalau kamu nak susah, kamu buatlah! Jangan ingat mama nak berdiam diri. Walau apa pun ugutan kamu, walau apa pun yang kamu nak kata, mama tak akan berganjak dari keputusan mama!” ujar Datin Sharida lantang.
“Okey, fine!” putus Syazril sebelum berlalu keluar dari rumah agam itu. Rimas pula jika berlama-lama di situ.
“Huh!” Syazril melepaskan keluhan keras sambil matanya memerhatikan hujan yang semakin menggila di luar sana.
Bunyi telefon bimbit yang minta diangkat mengejutkan Syazril yang sedang enak melayan perasaan. Namun sedikit pun dia tidak berganjak dari duduk di balkoni. Dia tidak punya hati untuk menjawab panggilan tersebut. Apatah lagi jika panggilan itu daripada mamanya. Akhirnya bunyi deringan telefon terhenti sendiri.

“KAU ni kenapa? Sejak akhir-akhir ni aku tengok kau muram aje, kenapa? Kau ada masalah ke?” Sham bertanya pada sahabat baiknya itu ketika mereka sedang lepak-lepak di Dataran Syahbandar. Tempat riadah yang paling terkenal di Terengganu ini antara tempat lepak yang menjadi pilihan mereka lepak-lepak pada masa senggang.
“Huh,” hanya keluhan yang keluar dari bibir Syazril.
“Kenapa mengeluh pulak? Macam orang putus asa aje kau ni. Mengeluh bagai.” tanya Sham lagi. Dia mendepakan tangannya di belakang kerusi yang sedang dia duduki itu. Matanya asyik memerhatikan orang ramai yang sedang lalu-lalang.
“Kau tahu tak, Cellicia dah melarikan diri. Entah ke mana dia menghilang pun aku tak tahu,” ucap Syazril malas.
“Hah? Cellicia lari? Wow, berita gembira tu. Tapi kenapa kau bermuram durja ni? Kan kau yang nak sangat majlis perkahwinan tu tak jadi, sekarang ni kenapa pulak kau muram aje ni?” Sham jadi pelik. Kata tak setuju dengan pilihan Datin Sharida. Tapi bila Cellicia menghilangkan diri, muram pulak.
“Memang aku tak nak majlis tu terjadi. Dan aku ingatkan mama aku akan batalkan majlis tu apabila Cellicia lari. Tapi kau tahu tak apa kata mama aku? Dia nak teruskan jugak majlis tu dan dia tak bagitahu pun kat aku siapa pengantin perempuannya. Ni yang buat aku tambah bengang. Mama aku ingat aku ni apa? Boneka? Yang boleh ikut semua kehendaknya tanpa perasaan, begitu?” Syazril melepaskan rasa hatinya.
Mengucap panjang Sham sejurus mendengarkan luahan hati Syazril. Tidak disangka sampai begitu jadinya masalah sahabat baiknya ini. Dia ingatkan apabila pengantin perempuan bertindak melarikan diri, maka majlis yang mama Syazril rancangkan tu akan terbatal secara automatik! Tapi mama si Syazril ni mahu juga meneruskan majlis tu walaupun pengantin perempuannya bertukar.
‘Entah anak siapa pulak yang jadi pilihan mamanya kali ni? Haih.’ Desis hati Sham.
“Dah tu, macam mana sekarang?” soal Sham.
“Macam mana apa? Macam tulah. Kalau ikut hati aku, tak nak aku hadir pada majlis tu. Biar mama aku malu. Rancangannya untuk menyatukan aku dengan pilihannya tak jadi. Biar padan muka mama aku! Baru dia tahu langit tu rendah ke tinggi. Puas hati aku!” lepas mulut Syazril berkata.
“Sanggup ke kau buat macam tu?” laju bibir Sham mengutarakan soalan. Tersungging senyuman sinis di bibir itu. Dia bertanya sebab dia kenal sangat dengan perangai dan sikap Syazril. Tidak mungkin Syazril akan buat seperti apa yang dia ucapkan.
Syazril diam. Membisu seribu bahasa. Terasa tersindir dengan kata-kata Sham. Tapi memang itu kenyataannya. Syazril jenis yang di mulut cakap lain tapi dalam hati sebenarnya tak sanggup. Di mulut saja dia berani tak nak teruskan perkahwinan yang mamanya aturkan. Sedangkan dalam hati, dia memang tak akan sanggup buat begitu. Kerana Syazril bukan seorang anak yang suka menghampakan harapan mamanya, apatah lagi menderhaka.
“Huh,” sekali lagi keluhan keluar dari ulas bibirnya.
“Hmm… mulut memanglah senang cakap tapi nak buat tu yang payah.” Ujar Sham kemudiannya. Tambah lagi lama temannya itu membisu. Tiada jawapan untuk soalannya itu. 

p/s: bab 19 dah ada.. jemput baca.. tp x panjang la.. hehehe... so mcm biasa, komen2 anda, sangat di alu-alukan... tq..:)

Rabu, 14 Disember 2011

KAU YANG KUSAYANG:BAB18

HARI-hari yang mendatang aku tempuhi dengan hati yang berdebar-debar. Hari-hari yang berlalu terbuang begitu sahaja tanpa ada apa-apa tindakan untuk mencari calon bakal suami. Bukan aku tidak mahu mencari tapi aku tak tahu nak cari bagaimana. Aku ni bukannya pernah bercinta bagai nak rak macam orang lain.
Ketika belajar dulu pun, boleh dibilang dengan jari aje bilangan kawan lelakiku. Ada tak ada pun cuma Amirul, Sharul, Zulfikri, Nick dan Naizul yang menjadi teman lelaki aku. Itu pun aku kenal mereka ni ketika sama kelas atau pun sebab perlu buat tugasan secara berkumpulan. Selain tu tak ada.
‘Aduh! Mana nak cari ni? Kalau ada jual kat pasar malam kan senang, tak perlu aku penat-penat fikir!’ idea tak masuk akal tiba-tiba terlintas di fikiran.
‘Amboi! Kau ingat nak cari calon suami ni macam ayam goreng, yang ada jual kat pasar malam. Dua ketul seringgit!’ sahut suara lain dari dalam hatiku.
‘Kau ni pun, macam Mail dalam kartun Upin & Ipinlah pulak! Dua seringgit bagai.’
Hisy! Sudah! Duk bertengkar pulak kau orang kat dalam. Aku dahlah tengah pening, boleh pulak kau orang duk lancar perang. Tiba-tiba aku teringatkan perbualan antara aku dan Syu ketika kenduri cukur jambul anak Abang Din dulu.
“Kak, kalau Syu kahwin dulu dari akak macam mana?” tiba-tiba Syu menyoal.
“Amboi! Dah ada calon ke? Gatalnya!” bidasku pantas. Syu tidak dididik sepertiku. Emak mendidikku dengan pantang larang yang keras. Tetapi dengan Syu, emak punya kelonggaran. Kadang-kadang aku berfikir sendiri, tak adilnya mak dengan aku.
“Emm.. kalau Syu cakap dah ada macam mana?” duganya lagi.
“Eh, jangan gatal-gatal nak kahwin. Belajar dulu sampai habis. Lepas tu kerja. Bila dah ada duit sendiri dalam tangan, baru fikir nak kahwin ke apa ke.” Bidasku lagi.
Nampaknya apa yang Syu tanyakan dulu, mungkin benar-benar akan terjadi jika aku masih tiada calon bakal suami untuk waktu yang terdekat ni. Masa yang tinggal kurang seminggu aje lagi. Haih, pening, pening!
Ketukan di pintu bilik mengembalikan aku ke alam nyata.
“Kak,” suara Jad memanggil dari luar bilik.
“Hmm… ada apa?” dengan malas aku menyahut. Aku masih melingkar di atas katil lagi tika itu.
“Mak panggil turun,” Jad menjawab perlahan.
Aku pelik. Nak buat apa pulak turun? Aku malas nak bergerak ke mana-mana hari ni. Berkurung dalam bilik lagi best daripada berpanas kat luar tu. Buat sakit kepala aje.
“Kenapa pulak? Ada apa kat bawah?” aku bertanya lagi.
“Turun ajelah. Banyak tanya pulak akak ni.” Kemudian, aku dengar bunyi tapak kaki yang semakin menjauh. Memang sah, Jad dah berlalu dari depan pintu bilik aku.
“Nak buat apa pulak kena turun ni? Aku dahlah malas nak buat apa-apa hari ni. Ada-ada aje.” Aku mengomel sendiri.
Sepuluh minit berlalu. Aku masih jugak tak berganjak dari atas katil. Makin best tergolek-golek atas katil adalah. Selimut entah ke mana jatuh pun aku tak sedar. Ketukan mengejut di pintu bilik betul-betul memeranjatkan aku yang sedang syok-syok mengelamun.
“Fiza, turun sekarang. Ada orang nak jumpa.” Arahan dari emak beserta dengan ketukan yang kuat membuatkan aku terpaksa akur. Nak tak nak kena turun jugak. Kalau tak nanti, tak pasal-pasal kena tadah telinga mendengar emak aku membebel.
Dengan malas, aku bangun dan berdiri tegak di hadapan cermin besar yang memang tersedia di almari baju. Aku perhatikan penampilan diriku ketika itu. Seluar trek, baju kemeja T lengan tiga suku tersarung elok di tubuhku. Emm, tak payah tukarlah. Lantas, tudung ekspress yang tersangkut di belakang pintu bilik aku capai dan sarungkan ke kepala.
Tombol pintu bilik aku pulas perlahan. Terjengul kepalaku mengintai tetamu di ruang tamu. Ah, tak nampak pulak! Dengusku di dalam hati. Aku menjengketkan sedikit kaki dan perlahan-lahan keluar dari bilik. Panjang kepalaku terintai-intai dari anak tangga paling atas. Nak tengok tetamu yang hadir punya pasal. Tapi masih jugak tak nampak. Mana tetamu yang emak cakap tadi tu?
“Fiza, cepatlah turun.” Laungan suara emak dari bawah mengejutkan aku sekali lagi. Haih, mak ni. Boleh sakit jantung aku kalau macam ni!
Dengan langkah yang malas dan sememangnya aku sedang malas pun, aku melangkah turun ke bawah. Dari anak tangga terakhir mataku memerhatikan tetamu yang hadir. Rasa macam kenal, tapi siapa? Aku menghampiri ruang tamu.
“Ni, aunty nak jumpa kamu.” Ujar emak yang sedang melayan tetamu itu.
Mataku asyik memandang tetamu yang sedang membelakangi aku. Sampai di hadapan sofa yang tetamu itu duduki barulah aku dapat melihat rupa paras tetamu tersebut. Aunty Ida rupanya. Desis hatiku perlahan.
Aku tunduk menghulurkan tangan untuk bersalam sambil seulas senyuman terukir di bibirku. Kemudian aku duduk di atas sofa berhadapan dengan Aunty Ida. Aku pelik. Untuk apa Aunty Ida datang ke rumah keluargaku? Macam ada hal penting aje. Mesti berkaitan dengan aku, kalau tak emak tak akan panggil aku bersungguh begini.
“Fiza, Aunty Ida ni datang ada hajat sebenarnya.” Emak memulakankan kata.
“Hajat? Macam orang nak merisik aje. Hehehe…” mulutku laju bersuara sebelum akalku dapat menahan. Tanganku laju menutup mulut apabila terpandangkan mata tajam emak yang sedang merenungku. Isy, lajunya mulut ni! Tak pandai langsung nak control!
“Kalau betul aunty datang ni nak merisik Sya, bagaimana?” ujar Aunty Ida bersahaja.
“Hah?” reaksi spontanku menjawab pertanyaanya itu.
Aunty Ida ni biar betul! Diakan dah ada bakal menantu untuk anak lelakinya tu, dia nak merisik aku untuk anak dia yang mana lagi? Berapa ramai lagi anak bujang dia? Haih! Pening-pening.
“Macam ni, sebenarnya aunty datang ni nak beritahu sesuatu. Sya, baju pengantin yang aunty tempah untuk bakal menantu aunty empat bulan lepas, boleh tak kalau aunty nak cancel?”
“Hah? Cancel? Aunty, baju tu direka khas untuk bakal menantu aunty. Lagi pun baju tu dah siap, aunty. Jadi tak boleh cancel macam tu aje. Kenapa aunty nak cancel baju tu? Aunty dah ada baju lain ke?” aku benar-benar terkejut dengan permintaan Aunty Ida tu. Nasib baik aku boleh kawal suaraku agar tidak terlalu tinggi. Haih, kenapa pulak dia nak cancel baju tu? Dia dah ada baju lain ke? Dalam masa yang sama, pelbagai soalan berlegar di dalam kepalaku.
“Tak, aunty tak ada baju lain. Err… sebenarnya aunty nak cancel baju tu sebab majlis perkahwinan anak aunty mungkin dibatalkan. Aunty mintak maaf banyak-banyak ya Sya. Macam nilah, berapa semua harga baju tu? Aunty bayarkan dan ikut Syalah nak buat apa dengan baju tu. Nak jual ke apa ke.” Ada getaran pada nada suara Aunty Ida. Aku dapat lihat mukanya yang sedang bermuram.
Batal? Ya Allah. Kenapa batal pulak ni? Haih, dengan aku pening. Aku tak kisah sangat dengan baju tu sebab aku boleh jual balik. Mesti ramai yang nak beli baju pengantin yang sangat cantik tu. Ketika aku menjahit baju tu, sudah ramai pelanggan yang bertanya. Sampaikan ada yang nak beli sedangkan bukan saiz dia pun. Tetapi yang dia kisahkan, kenapa majlis baik untuk membina masjid dibatalkan pada saat-saat akhir? Kenapa tidak lima bulan dulu, semasa masih lagi dalam proses perancangan? Ini menjatuhkan air muka kedua-dua belah pihak. Eh, aku pulak yang terlebih. Hehehe…
“Err.. lagi satu aunty datang ni ada bawa hajat seperti yang aunty cakap tadi. Err.. macam mana ya aunty nak mulakan.” Riak serba-salah jelas terpancar di wajah Aunty Ida. Aku pandang wajahnya lama. Aku pun tak tahu nak kata apa. Aku masih terkejut dengan berita majlis perkahwinan anaknya itu dibatalkan pada saat-saat akhir.
“Cakap aje macam yang akak nak cakap tadi tu. Kalau Fiza setuju, insya Allah, semuanya akan berjalan lancar.” Sambut emak yang hanya menjadi pemerhati dari tadi. Emak sebenarnya mungkin sedang mententeramkan Aunty Ida yang sedang serba-salah.
Aunty Ida menarik nafas perlahan dan dihembus sedikit demi sedikit. Mencari sedikit kekuatan. Tangan kanannya diseluk ke dalam handbagnya yang berada disisinya. Kemudian bibirnya perlahan-lahan mengatur bicara.
“Sya, apa yang aunty nak cakapkan ni mungkin akan mengejutkan Sya. Sebenarnya aunty datang ni nak merisik dan meminang Sya untuk anak aunty, Aril.” Ujar Aunty Ida tenang sambil tangan kanannya menghulurkan sebuah kotak kecil yang biasa orang letak cincin.
Aku terkejut. Tanpa sedar mulutku ternganga tanda yang aku betul-betul terkejut.
“Ha?” reaksi spontanku terkeluar. Pantas tangan kananku menekup mulut apabila terpandangkan pandangan tajam emak. “Err… aunty silap cakap ke? Atau pun saya yang salah dengar ni.” sambungku selepas dapat bertenang sedikit. Aku pura-pura mengorek lubang telingaku tanda yang mungkin telingaku tersumbat sampaikan tersilap dengar apa yang Aunty Ida cakapkan. Padahal aku tahu telingaku memang tidak ada apa-apa masalah pendengaran.
Aku benar-benar terkejut dengan apa yang keluar dari mulut Aunty Ida. Dengan bahasa mudahnya, aku kena kahwin dengan anak lelakinya yang sombong, angkuh dan ego tu untuk menyelamatkan maruah keluarga Aunty Ida. Ya Allah! Tapi kenapa aku? Kan ramai lagi anak-anak kenalan Aunty Ida yang berpangkat tinggi. Aunty Ida cuma perlu pilih aje.
Aunty Ida menggelengkan kepalanya.
“Tak, Sya. Sya tak silap dengar dan aunty tak silap cakap. Apa yang Sya dengar, itulah yang keluar dari mulut aunty.” Ujar Aunty Ida tenang.
Aku terlopong. Tergamam. Terkaku. Aku tak tahu nak cakap apa. Diam lebih baik.
“Okey, macam ni. Sya fikir dulu tapi jangan lama sangat. Kalau boleh lusa aunty nak jawapannya dan aunty harap sangat jawapannya positif ya.” Besar harapan Aunty Ida.
Aku masih diam. Langsung tak membalas apa yang Aunty Ida cakap. Aku hanya tahu kepalaku semakin memberat. Aku dah tak boleh fikir apa-apa sekarang ni. Macam orang bingung aje aku jadi tengah hari tu. Kenapa aku? Itu soalan yang berlegar-legar dibenakku. Tanpa memandang wajah emak atau wajah Aunty Ida, aku bangun dari duduk di atas sofa. Lemah aku mengatur langkah ke arah tangga. Aku langsung tak hiraukan pandangan tajam yang emak lemparkan padaku. Kalau boleh aku nak lari jauh-jauh dari masalah baru ni. Aku tak nak hadapi ini semua. Aku masih tak sedia!
“Habis, kalau kau masih tak sedia, bila kau nak kahwin? Macam mana pulak dengan Syu? Tempoh yang diberikan oleh keluarga kekasih Syu cuma tinggal beberapa hari aje lagi. Kalau kau tak ambil peluang ni, maknanya pinangan keluarga kekasihnya tu akan ditolak. Kau sanggup ke tengok Syu bersedih?” suara hatiku bersuara membantah.
“Dah tu, aku kena terima lamaran Aunty Ida supaya jadi pengantin perempuan untuk anaknya yang sombong, ego dan angkuh tu? Ini bukan lamaran untuk sekadar jadi kekasih tapi lamaran untuk jadi pasangan hidup untuk seumur hidup! Eii…. Tak sanggup aku! Belum jadi suami pun dah berlagak semacam. Kalau dah jadi suami, tak tahulah aku macam mana.” Balasku laju.
Sekarang aku berada di atas katil di dalam bilikku. Aku benar-benar buntu. Berpusing ke kanan tak kena, ke kiri lagilah tak kena. Haih, nak buat macam mana ni? Lusa Aunty Ida dah nak jawapan. Apa jawapan yang aku nak beri? Kusut, kusut!

PADA sebelah malam, sesudah mandi. Aku memulakan rutin wajibku seperti malam-malam yang sudah, melayari internet. Aku buka akaun Facebookku. Sudah lama rasanya aku tak update apa-apa kat laman sembang ni dan malam ni terasa nak letak status baru aje. Tapi nak tulis apa? Hmm… ha, apa kata kalau aku letak tentang masalah baru aku ni, aku pun nak tahu jugak apa reaksi mereka-mereka yang online.
Lantas, jari-jemariku laju menaip patah demi patah perkataan di atas papan kekunci laptop dan butang share diklik. Tetingkap Mozilla Firefox aku sembunyikan seketika, aku beralih pada Google Crome. Butik onlineku perlu dibuka juga walau aku ditimpa masalah sebesar mana pun kerana itulah sumber rezekiku.
Setelah menjawab segala pertanyaan pelanggan tentang produk yang aku jual, aku membuka kembali tetingkap Mozilla Firefox. Terbeliak mataku melihatkan komen dari sahabat-sahabatku. Berderet-deret! Baru beberapa minit aku tinggal, dah macam-macam komen dari pelayar internet. Satu persatu komen tersebut aku lihat dan baca.
Manisha; buat solat istikharah…J
Jun; iyalah Fiza! Aku rasa kau perlu buat solat istikharah… insya Allah, kau akan dapat jawapannya…J
Azlira; Fiza, kau terima ajelah. Senang! Tak payah pening-pening kena fikir…hehehe
Amboi, Azlira ni! Ini bukan membantu. Makin buat aku pening adalah! Komen seterusnya aku baca.
Zulfikri; Fiza, siapa yang malang tu? Hahahaha..
Huh! Mamat ni lagi satu. Langsung tak membantu! Buat sakit hati aje.
Naizul; iyalah Fik! Aku nak tahu jugak, siapalah lelaki malang yang masuk meminang si Fiza ni. hahaha
Ni pun sama. Suka aje cari pasal dengan aku! Aku sedarlah aku ni tak cantik macam kekasih korang!
Umaira; aku setuju dengan Azlira. Fiza, tak payah kau pening-pening fikir. Terima ajelah! Peluang dah depan mata tu, rebut ajelah. Kau bukan makin muda!
Pedasnya kata-kata si Umaira ni! aku tahulah umurku makin bertambah dari sehari ke sehari. Tapi janganlah perli macam tu. Sedih tau!
Jariku laju menaip balasan pada semua pendapat teman-temanku itu. Kemudian, aku menutup laptopku. Aku tiada hati untuk lama-lama di laman sembang itu. Buat sakit hati aje. Kita mintak pendapat tapi kena kutuk pulak. Memang ada yang beri jalan penyelesaian ke arah kebaikan tapi yang mengutuk lagi ramai.

PAGI itu aku bangun dengan mood yang masih lagi tak elok. Masih macam semalam. Mood tak nak bercakap dengan orang, tak nak tegur orang. Pukul 10.00 baru aku melangkah turun ke tingkat bawah dengan lengkap mengenakan jeans dan kemeja T. Gaya yang sangat ringkas kerana aku langsung tak rasa nak ke butik pun pagi tu. Aku sudah menelefon Saira dan memaklumkan padanya yang aku tak akan ke butik hari ni.
Aku melewati meja makan, tak ada orang. Sunyi sepi menyelubungi ruang tamu dan ruang makan. Abah mungkin ada di belakang rumah. Biasalah, abah suka sangat belai ayam serama dia tu. Emak pulak entah hilang ke mana. Mataku memandang sarapan pagi yang hidang di atas meja makan. Hanya dipandang tapi tidak diusik. Sejak semalam, seleraku mati dan sejak semalam juga tak ada sebutir nasi atau sebarang makanan pun masuk ke dalam perutku. Aku langsung tak rasa lapar.
Dari meja makan aku berlalu ke arah pintu utama. Kakiku menyarung sandal yang memang berada di atas rak bersebelahan dengan pintu utama. Kemudian aku merapati Kenari hitamku dan alat penggera kereta ditekan. Kurang lima minit kemudian, aku sudah pun berada di atas jalan raya. Aku memandu tanpa arah tujuan, tak tahu nak ke mana.
Pedal minyak ditekan kuat. Aku menekan pedal brek apabila melalui simpang lampu isyarat. Stering dipulas apabila jalan yang dilalui berbengkak-bengkok. Aku terus memandu tanpa arah tuju. Destinasi yang ingin aku tuju masih lagi kabur sedangkan aku sedang memandu di atas jalan raya.
Akhirnya aku memberikan isyarat ke tepi dan kereta dibelok memasuki sebatang jalan kampung. Kereta dipandu perlahan sebelum berhenti di tepi jalan, bersebelahan dengan pokok rhu. Aku mencapai beg tangan lalu melangkah keluar dari perut kereta. Alat penggera kereta aku tekan. Beberapa langkah aku melangkah, aku dihidangkan dengan pemandangan laut yang luas di hadapan mataku.
Inilah yang aku suka. Aku sukakan pemandangan laut yang terbentang luas di hadapanku ini dan ini juga tempat yang aku selalu tujui. Tidak kira jika aku sedang mempunyai masalah atau sedang gembira. Bagiku laut membuatkan aku tenang, membuatkan aku merasa damai. Walaupun tika itu aku sedang menghadapi masalah yang besar. Seperti sekarang.
Mataku asyik sekali memerhatikan nelayan-nelayan yang sedang memunggahkan kotak-kotak berisi hasil laut dari atas bot laut dalam yang besar ke daratan. Berhampiran dengan situ, terdapat sebuah jeti kecil yang mana telah ada beberapa peraih ikan yang sedang setia menunggu hasil tangkapan di punggah.
Aku melabuhkan punggung di atas pasir pantai. Matahari semakin terik di atas kepala membuatkan kulitku terasa perit dibakar matahari. Namun itu semua tidak menganjakkan aku dari situ. Mataku tepat memandang lautan yang terbentang luas. Angin laut menampar lembut pipiku membuatkan aku khayal di dalam duniaku sendiri. Dunia yang hanya ada aku dan laut ini.
“Fiza, buat apa kat sini?” pertanyaan suara seseorang mengejutkan aku dan mengembalikan aku ke dunia nyata. Pantas aku mengangkat kepala, memandang empunya suara.
“Oh, abang.” Tenang reaksiku. Soalannya aku biarkan tanpa jawapan. Orang yang menegurku itu adalah Abang Jan, sepupuku di sebelah abah yang menetap di kampung ini. Kampung Gong Balai, Merchang adalah sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Marang. Kampung ini adalah tempat abah dibesarkan dan tempat arwah datuk dan nenekku disemadikan.
“Buat apa kat sini?” Abang Jan mengulangi soalannya yang aku tidak jawab.
“Saja. Jalan-jalan ambik angin pantai.” Jawabku berselindung. Aku tak nak dia tahu sebab utama aku ke sini. Bagiku memberi alasan adalah lebih baik.
“Jalan-jalan? Pada hari bekerja? Tengah panas terik ni? Jangan nak tipulah. Abang kenal sangat dengan kamu. Dari kecil lagi abang kenal dengan kamu. Kalau orang lain kamu bolehlah tipu, tapi bukan dengan abang.” Sindir Abang Jan. Aduh!
“Err…” aku kematian kata.
“Dah, tak payah nak kata apa. Jom ke rumah abang, angah ada kat rumah.” Ajak Abang Jan. Angah adalah isterinya. Kami semua memanggil isterinya angah kerana Abang Jan adalah anak kedua dalam adik-beradiknya tetapi Abang Jan kami panggil Abang Jan saja dan bukannya abang ngah. Pelik kan.
“Okey, nanti saya menyusul. Abang baliklah dulu.”
“Baiklah. Tapi sebelum balik, singgah rumah nanti ya. Jangan balik terus.” Pesan Abang Jan sebelum berlalu.
Aku menganggukkan kepala dan memandang Abang Jan melangkah pergi. Kemudian aku kembali memandang lautan. Memandang ombak ganas membadai pantai.

p/s: salam semua.. malam ni saya terasa sedikit murah hati n rajin.. so sy publish bab 18 di sini, kat pu2 xde lg ni.. happy reading..:)