Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 26 Februari 2012

SINOPSIS KYKS

Novel KAU YANG KUSAYANG berkisar tentang perjalanan cinta dua anak Adam. Syazril dan Syafiza. pertemuan pertama mereka sungguh haru-biru. boleh mereka buat kecoh tengah-tengah orang ramai disebuah pasar raya. Namun, kalau sudah dikatakan jodoh, maka lari ke mana pun, memang akan bertemu kembali. mereka bersatu kerana;

>Cellicia, di bakal pengantin tanpa rela Syazril melarikan diri di saat-saat akhir..

>Syafiza pulak terpaksa menerima pinangan ekspres Datin Sharida, mama Syazril jika mahu abahnya menerima pinangan dari kekasih adiknya selepas tempoh sebulan yang diberi kepada Syafiza supaya mencari calon suami berakhir...

Maka bermulalah hidup mereka yang tak berapa nak elok tu. Sekejap okey, sekejap KO.. Tak sampai sebulan diijab kabul, Syafiza dikejutkan dengan pemergian ayahanda tercinta. dunia dirasakan gelap seketika. Nasib baik dia punya Syazril sebagai penyokong kuat di belakangnya.

Selepas raya, majlis kenduri di sebelah Syafiza pula diadakan tapi tanpa kehadiran lelaki yang bergelar abah. Syuhaiza, adik Syafiza paling terasa kerana pada hari yang sama dia bertunang dengan pilihannya.

Kebahagiaan yang dikecapi rupanya bukan untuk selamanya. Benar seperti yang selalu dikatakan orang, orang akan iri hati dengan kebahagiaan orang lain. Hubungan yang masih lagi baru dan dalam proses mengenali hati masing-masing, diganggu insan yang punya hati yang sangat busuk! Kemunculan Cellicia dengan azam mahu memporak-porandakan hidup Syazril dan Syafiza benar-benar mengacau-bilaukan keadaan..

Jumaat, 24 Februari 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB4

USAI solat isyak, Harith menyertai keluarganya yang sedang berkumpul di ruang tamu. Malam ni dia tak punya kerja yang banyak hingga perlu disiapkan segera seperti biasa. Warta berita yang disiarkan di peti televisyen sudah sampai ke penghujungnya. Dia melabuhkan punggung di atas kerusi dan surat khabar yang berlipat di atas meja kecil dia ambil. Kesibukkan di pejabat menghalangnya dari membelek surat khabar. Cuma jika ada masa terluang, dia hanya membaca berita tekini melalui internet.

“Along nak air?” Tanya Puan Hasnah kepada Harith.
Surat khabar yang menutup wajah dia turunkan sedikit.

“Tak apalah, mak. Nanti along buat sendiri kalau rasa nak minum,” ujar Harith lembut. Dia sememangnya lembut orangnya. Eh, jangan salah faham pulak. Bukan spesies lembut macam sotong tu. Orang cakap berbudi bahasa. Tak suka tinggikan suara dengan orang tua. Tanda hormat masih menebal dalam dirinya.

“Kalau macam tu, mak masuk dulu ya. Nak lipat baju-baju tu,” balas Puan Hasnah sebelum berlalu.

“Okey,” Dan Harith meneruskan pembacaannya.

Rumah kayu itu sememangnya sunyi tika-tika begini. Adik-adiknya semua telah merantau jauh. Adik keduanya, Yasmin Hanniesa sudah bekerja dan sudah berkahwin. Sekarang Yasmin mengajar di Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Adik ketiganya, Balkish Hanani sedang belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM). Balkish sudah di tahun akhir jurusan Bahasa Inggeris. Yang keempat pula, Hafeez Amsyar sedang belajar di Kolej Matrikulasi Melaka. Yang kelima, Husna Insyirah masih di tingkatan lima di Maktab Rendah Sains Mara Besut. Dan yang bongsu, Hazirah Syukriyah juga masih bersekolah di tingkatan dua di Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin(SMAASZA).

Bunyi pintu dibuka dari luar mengejutkan Harith yang sedang menonton TV. Surat khabar sudah ditolak ke tepi. Tak ada berita yang berjaya menarik perhatiannya. Balik-balik berita pasal parti politik yang bercakaran dan media sebagai medan mereka. Terjengul kepala ayahnya di balik pintu.

“Assalamualaikum,” Haji Ahmad menghulur salam.

“Wa’alaikumussalam,”

“Awal kamu balik hari ni long?” tegur Haji Ahmad sambil tangannya ligat menyelak pintu dari dalam.

“Kerja tak banyak, yah. Kalau tak, memang balik lambat jugak.”

Haji Ahmad duduk si kerusi bersebelahan dengan kerusi yang Harith duduki. Ketayap di atas kepala dia tanggalkan. “Oh ya, tadi Mak Long Ani datang. Dia nak sangat jumpa kamu tapi tak dapat pulak sebab dia kena balik awal ke Kuala Lumpur. Anak dia kena kerja pulak esok. Dia kirim salam kat along,” beritahu Haji Ahmad. Dia baru teringat tentang kedatangan kakak iparnya ke sini siang tadi.

Perlahan Harith menjawab salam itu. “Mak long datang ramai jugak ke ayah?”

“Tak ramai, berdua dengan anak dia aje. Mereka balik ni pun sebab nak tengok-tengok rumah dan menziarah kubur arwah pak long kamu.” Jawab Haji Ahmad. Matanya memandang TV tapi rancangan yang disiarkan nampak sangat membosankan dan tak kena lagsung dengan jiwanya.

“Ayah, masuk dululah. Nanti kalau kamu nak masuk tidur, tutup lampu tu. Assalamualaikum,” Pesan Haji Ahmad. Harith hanya memandang langkah ayahnya yang semakin menjauh. Salam dari ayahnya dijawab di dalam hati. Rumah kayu tu tak sebesar mana. Tapi bolehlah untuk mereka berteduh walau tak sebesar banglo orang kaya. Orang cakap, kita patut bersyukur dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah, dia amat mensyukurinya.

Skrin TV dia pandang lagi. Hmmm.. tak ada apa-apa yang best pun. Lantas dia terus menutup TV. Dia melangkah masuk ke bilik. Dia terlihat skrin telefon bimbitnya seakan menyala. Laju dia menekan skrin sesentuh telefon Nokia N8 itu. Terpapar di skrin nombor yang tidak dikenali. Semerta keningnya berkerut. Bagai teringatkan sesuatu, Harith menyelongkar poket seluar kerjanya. Sekeping kad yang sudah sedikit renyuk dia keluarkan dari poket. Matanya memandang nombor telefon pada kad itu dan pada skrin telefon bimbitnya bersilih-ganti. Nombor yang sama. Tanpa menunggu lama, dia terus mendail nombor itu.

“Assalamualaikum, along ada call saya ke tadi?” teragak-agak Harith memulakan perbualan. Panggilan along itu terasa janggal pula.

“Wa’alaikumussalam. A’ah, tadi along ada call. Kalau Harith ada hal tak apalah, takut mengganggu pula.” Jawab Syed Yusri.

“Saya ada kat ruang tamu tadi, tak ada kerja pun sekarang ni. Ada apa along?”

“Hari khamis ni Harith free tak? Jumaat cutikan kat sana?”

“Sekejap along.” Harith mendapatkan buku kerjanya. Di dalam tu sudah tertulis segala jadual kerjanya. Beberapa saat kemudian, dia kembali mendapatkan Syed Yusri yang masih menanti di hujung talian. “Hari khamis ni saya ada kes kat mahkamah. Kenapa along?”

“Okey. Tapi sekejap aje kan? Along nak Harith datang ke KL selepas habis kerja Harith hari khamis ni. Boleh tak?” tanya Syed Yusri. Di dalam kepalanya sudah terangka perlbagai rancangan. Rancangan untuk merubah sikap adik bongsunya.

“Oh. Kalau saya confimkan esok boleh tak long? Sebab saya takut berjanji nanti tiba-tiba ada hal pulak. Saya nak tanya pembantu saya dahulu.” Balas Harith selepas berfikir seketika.

“Okey, tak apa. Banyak masa lagi sebelum khamis ni. Harith datang naik flight ya. Sampai aje ke sini terus call along. Ada perkara penting along nak bincangkan dengan Harith.” Ujar Syed Yusri.

Selepas berbual seketika, perbualan antara mereka terputus usai berbalas salam. Skrin telefon Harith pandang lama. Tak sangka sekali yang dia akan berjumpa dengan emak mertua dan abang iparnya siang tadi. Dan sekarang dia baru sahaja habis berbual dengan Syed Yusri. Skrin yang masih bercahaya dia pandang hinggalah skin gelap.

Kepala Harith ligat memikirkan sebab musabab dia perlu ke Kuala Lumpur seperti mana permintaan Syed Yusri. Harith boleh saja mengangguk setuju tapi sengaja dia mereka alasan kerana dia juga perlukan masa berfikir. Tambah lagi takut juga jika dia punya kerja saat-saat akhir. Syed Yusri memintanya naik kapal terbang ke sana. Dia tambah pelik. Kenapa kena naik kapal terbang? Dia kan ada kereta, naik kereta sajalah senang. Senang nak bergerak. Kalau naik kapal terbang kena ikut waktu perjalanan kapal terbang. Permintaan demi permintaan dari abang iparnya mengundang rasa pelik yang bukan sedikit.

Ah, banyak fikir pulak. Tidur lagi baik. Esok bukannya ada kes kat mahkamah. Desis hatinya.

“MALAM ni along akan ke KL sebab ada hal sikit,” maklum Harith kepada Puan Hasnah dan Haji Ahmad. Belum masanya lagi untuk Harith memberitahu segala-galanya kepada emak dan ayahnya. Entahlah, dia tidak punya kekuatan untuk memberitahu emak dan ayahnya. Perasaan takut sentiasa menghantui diri. Takut melihat penerimaan emak dan ayahnya.

“Lama ke kamu nak ke sana?” soal Puan Hasnah.

“Tak tahu lagi. Insya Allah, jika selesai cepat kerja kat sana, awallah along balik.” Jawab Harith. Cawan berisi air teh dibawa ke bibir dan diteguk perlahan.

Puan Hasnah hanya memandang tingkah anaknya yang sedikit kelam-kabut mahu ke tempat kerja. Dia faham sangat dengan rutin kerja Harith yang kadang-kala perlu kursus di merata tempat. Status peguam syarie’ yang disandang oleh Harith menjadi kebanggaan Puan Hasnah dan Haji Ahmad. Menjadi sebutan orang kampung. Cuma satu sahaja yang buat Puan Hasnah gusar. Entah bilalah anaknya itu mahu berkahwin. Di Yasmin sudah pun berkahwin. Dah ada anak pun. Tapi Harith masih begitu. Semacam tak punya keinginan untuk berkahwin seperti teman-temannya yang lain.

Puan Hasnah mengeluh mengenangkan sikap anak sulungnya itu. Bukan tiada orang yang nak, ramai sangat. Dah berpuluh orang Puan Hasnah kenalkan tapi semuanya Harith tolak mentah-mentah. Daripada ustazah hinggalah kepada budak kampung, semuanya Hatith tolak. Hati Puan Hasnah mula berfikir yang tidak enak tentang anaknya. Tapi cepat dia beristighfar. Tak baik berperasangka begitu. Masakan seorang peguam syarie’ akan berkelakuan begitu. Pantas bisikan syaitan dia tepis.

“Kenapa awak mengeluh ni?” tegur Haji Ahmad. Wajah isterinya dia pandang pelik.

“Saya fikirkan along tu bang. Entah bilalah nak kahwin. Orang lain dah ada anak berderet tapi dia masih macam tu. Perempuan macam mana lagi yang dia cari?” luah Puan Hasnah. Nafas dihela panjang.

“Sabarlah, Nah. Mungkin bukan jodohnya lagi.” Ujar Haji Ahmad menenangkan isterinya.

“Dah puas saya sabar, bang. Dia bukannya baru masuk 13 tahun atau 23 tahun. Tapi dah masuk 33 tahun. Sudah terlebih layak untuk berkahwin. Perempuan bagai mana lagi yang dia inginkan. Dah ramai anak-anak kawan kita yang bertanyakan Harith tapi dia tetap macam tu. Macam orang tak ada perasaan. Nak kata tak berkemampuan, saya tengok lebih dari cukup makan pakai dia. Tak pernah lagi dia merungut tentang tu. Sekarang ni, setiap kali saya nak perkenalkan dengan anak-anak kawan saya, ada saja alasannya. Sampai sanggup balik lewat. Kita ni makin tua. Entah sempat atau tidak nak tengok cucu dari along.” Sedikit beremosi Puan Hasnah meluahkan rasa di hati. Sebenarnya dia cemburu. Orang lain ada juga menantu yang boleh menolong ketika di dapur, tapi dia tak ada sesiapa. Nak harapkan anak-anak sendiri, semuanya jauh. Kurang-kurang, boleh juga dia menumpang kasih anak orang.

Haji Ahmad menggelengkan kepala mendengar setiap butir kata isterinya. Sejak akhir-akhir ni, sering kali Puan Hasnah membangkitkan tentang hal itu. Hal Harith yang masih tak mahu kahwin. Kadang-kadang dia terpaksa iyakan saja kata-kata isterinya. Nak tegur lebih-lebih nanti menangis lagi isterinya.

“Sabar, Nah. Insya Allah, mungkin dalam masa terdekat ni ada perempuan yang dia bawa balik. Siapa tahukan, jodoh, ajal maut semuanya di tangan Allah. Kita hanya mampu berdoa saja,” pujuk Haji Ahmad, hanya mahu menyedapkan hati Puan Hasnah. Dia tak mahu memberi harapan yang terlalu tinggi. Nanti takut tak tergapai dek tangan sendiri.

“MALIK, malam ni, kau hantar aku ke airport boleh tak?” Harith bertanya pada kawan baiknya, Malik. Ketika itu mereka sedang menikmati makan tengah hari.

“Kau nak pergi mana?” soalan berbalas soalan. Malik meneruskan suapan nasi ke dalam mulut.

“Aku nak pergi KL, ada hal sikit.” Balas Harith pendek. Malas nak cakap banyak.

“Hal apa? Setahu aku, kau tak ada apa-apa kursus kat sana dalam waktu terdekat ni.” Malik masih tak puas hati selagi tak tahu sebab sebenar Harith mahu ke sana.
Banyak soal pulak dia ni! Gerutu Harith.

“Adalah, urusan peribadi.” Acuh tak acuh Harith menjawab.

“Pukul berapa flight kau?” soal Malik lagi.

“Pukul 10.30 tapi kau datang ambil aku kat rumah mak aku. Kereta aku tinggalkan kat rumah aje,” jawab Harith. Kebiasaannya Harith akan menyuruh Malik bawa balik keretanya sebab apabila sampai dari Kuala Lumpur, dia akan terus memandu keretanya itu. Tak perlu menyusahkan ayahnya.

“Okey,” pendek jawapan Malik. Mereka meneruskan suapan memandangkan masa semakin laju berlari. Dahlah tak solat lagi ni. Desis hati Harith.

Malam menjelma. Harith sudah siap-siap mengenakan pakaian selepas solat isyak lagi. Pakaian yang ingin dibawa awal-awal lagi dia susun di dalam beg kecil. Dia ke sana tak lama, mungkin dalam dua hari saja. Tambah lagi, sampai ke sudah Syed Yusri tak memberitahu kenapa dia perlu ke sana. Jawapan yang dia terima cuma ‘ada hal penting’.

“Along, dah siap ke? Siapa yang hantar kamu nanti?” tanya Haji Ahmad sebaik terlihat kelibat Harith.

“Dah, yah. Malik yang hantar along nanti.” Beg kecil yang dibimbit dia letakkan di tepi dinding rumah kayu itu.

Stokin di sarung ke kaki. Baju sejuk sudah tersarung kemas di tubuhnya. Semerta dengan itu, bunyi hon dari luar rumah. Harith menyalami tangan kedua ibu bapanya sebelum mendapatkan Malik yang sudah menunggu di dalam kereta. Beg pakaian dia letak di kerusi penumpang di bahagian belakang. Malik keluar dari perut kereta. Dia menyalami tangan Haji Ahmad sebelum berlalu masuk ke tempat pemandu. Hon dia bunyikan kepada Puan Hasnah dan Haji Ahmad yang berdiri di beranda rumah. Harith melambai tangan ke arah kedua orang tuanya.

“Terima kasih, Malik.” Ucap Harith kepada Malik. Tika itu Harith sudah ingin masuk ke dalam balai berlepas.

“Perkara kecik aje. Nanti kau balik macam mana?”

“Aku tak tahu lagi. Nanti apa-apa hal aku roger kat kau,” balas Harith sambil menyalami tangan Malik.

Malik berlalu dari situ dan Harith terus melangkah masuk ke dalam lapangan terbang. Sejam di dalam kapal terbang menjadikan Harith tak sedar masa yang sangat cepat berlalu. Usai mengambil beg, jam di pergelangan tangan dia pandang. Hampir pukul 12.00 tengah malam. Poket seluar dia seluk dan telefon bimbit dia bawa keluar. Nombor yang bernama ‘Along’ dia dail.

“Assalamualaikum, along. Maaf ganggu, saya dah sampai di airport ni.” maklum Harith sebaik panggilan bersambut.

“Wa’alaikumussalam. Hah? Okey, okey. Along ke sana sekarang.” Dan talian terputus. Harith tersenyum sendiri. Nampak sangat baru bangun tidur.

Harith meliarkan pandangan ke arah sekitar ruang lapangan terbang itu. Dia bimbang sebenarnya sebab di sini peragut dan penyeluk saku ramai sekali. Tak kiralah pada waktu bila pun. Lagi ramai orang, lagi orang macam ni suka. Makin masyuk rezeki mereka. Hampir setengah jam Harith menanti di situ sebelum muncul sebuah kereta jenis Nissan Teana merapatinya. Kerana keseluruhan cermin gelap, Harith tak dapat mengecam siapa pemandu kereta itu. Apabila cermin diturunkan barulah Harith dapat mengecam. Syed Yusri rupanya.

“Jom masuk,”

Seketika kemudian, kereta yang dipandu oleh Syed Yusri berlalu keluar dari kawasan lapangan terbang itu. Harith sudah merebahkan kepala di atas kerusi penumpang. Badannya terasa letih sangat dan matanya terasa sangat mengantuk.

“Harith, bangun. Dah sampai ni.” kejut Syed Yusri.

Harith terpisat-pisat bangun. Tangannya spontan menggosok mata. Tak sedar entah bila kereta berhenti. Pintu kereta dia tolak perlahan. Kereta mahal orang, kenalah hati-hati. Matanya melilau memandang sekitar halaman rumah itu. Besarnya rumah ni. halaman pun luas. Kat sebelah pun rumah orang besar-besar juga. Kagum Harith.

“Jom,” pelawa Syed Yusri bila melihatkan yang Harith masih kebingungan.
Lambat-lambat Harith mengekori langkah abang iparnya. Bagai orang sedang tidur disuruh berjalan. Langkah Syed Yusri mati di hadapan sebuah bilik. Harith juga turut ikut berhenti. Syed Yusri membukakan pintu bilik dengan kunci di tangannya.

“Harith, ni bilik kamu. Buatlah macam bilik sendiri,” Syed Yusri memberi laluan agar Harith dapat masuk ke dalam bilik itu. Tanpa bantahan, Harith hanya mengikut.

“Terima kasih, long.”

“Sama-sama. Pergilah tidur kalau nak sambung tidur balik,” ujar Syed Yusri sebelum berlalu.

Pintu bilik Harith tutup perlahan dan lampu bilik dia buka. Cantiknya bilik ni, Harith kagum dengan susun atur bilik itu. Sangat jauh berbeza dengan biliknya di rumah orang tuanya. Badan dia rebahkan di atas katil. Ah, empuknya katil ni. Terasa sangat selesa sekali. Tanpa sedar dia terus dibuai mimpi.

p/s: bg yg tertunggu KYKS, maaf byk2 ye.. KYKS terpaksa d berhentikan untuk sementara waktu kerana sudah terlebih limit... sementara tu, bl bca smbungan EPH.. tq...

Jumaat, 17 Februari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB34

BEG komputer riba dan beg berisi alatan jahitan yang telah aku siap-siap letak di kaki sofa aku capai dan berlalu keluar dari bilik itu. Aril awal-awal lagi sudah pergi ke pejabat. Bercakap tentang Aril, aku terasa pelik ketika tersedar untuk bangun sahur pagi tadi. Aku sedang terbaring di atas katil pagi itu sedangkan semalam aku tertidur di atas sofa ketika aku asyik menjahit baju pelanggan. Aku masih ingat lagi, aku memang tidur kat atas sofa dan bukannya kat atas katil. Takkan aku berjalan sambil tidur kut? Sebelum ni aku tak pernah lagi berjalan ketika tidur.

Kemungkinannya cuma satu, mungkin Aril yang mengangkat aku berbaring ke atas katil. Tapi betul ke? Soalku pada diri sendiri. Selepas menggosok gigi dan mencuci muka, aku keluar dari bilik. Aku lihat dia sedang tidur di atas sofa di ruang tamu dengan kertas kerjanya berselerak di atas meja dan di atas lantai. Tanpa mengejutkan dia, aku meringankan tangan mengemas semua kertas itu dan dikepilkan di dalam satu fail sebelum aku letak elok-elok di atas meja kopi.

Kemudian perlahan-lahan aku ke dapur. Kami memang tak kisah dengan menu untuk bersahur. Memandangkan yang aku tak memasak semalam, jadi awal pagi itu aku hanya menyediakan roti bakar, sosej goreng dan air Milo. Cukuplah untuk kami menahan lapar sepanjang hari. Kemudian, aku mengejutkan Mariana dan Aril untuk bersahur bersama-sama. Sepanjang menikmati makanan, tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut Aril. Hanya Mariana yang becok bertanya itu dan ini. Aku cuma melayan saja dia.

“Akak!” panggilan Mariana mengejutkan aku yang sedang menyarung sandal ke kaki. Habis terbang semua yang aku lamunkan. Aku berpaling ke arah Mariana. Aku ingatkan dia sambung tidur balik selepas solat subuh tadi.

“Ya Ana, kenapa?” soalku dengan kening sedikit terjongket dan dahi berkerut.

“Akak, Ana nak ikut akak boleh tak?” soal Mariana kembali.

“Nak ikut akak pergi mana? Pergi ke butik?”

“Haah la. Akak nak pergi ke butik kan? Takkan nak ikut akak pergi disko pulak. Bosanlah duk sorang-sorang kat rumah.” Luahnya.

“Akak ingat Ana penat lagi, jadi nak berehat kat rumah aje. Kalau nak ikut akak, pergilah tukar baju tu. Takkan nak pergi dengan baju tidur macam tu.” Sindirku pada Mariana.

Tersengih adik Aril ni sebelum berlalu masuk ke dalam biliknya. Aku pula sementara menunggu dia bersiap, aku berlalu ke kereta. Enjin kereta aku hidupkan sebelum meletakkan dua buah beg yang berat di bahuku ke dalam kereta.

“Okey, jom.” Suara Mariana mengejutkan aku yang sedang mengemaskan ruang dalaman kereta. Pantas tanganku mengurut dada.

“Hisy, Ana ni sama aje macam abang awak tu. Suka betul kejutkan akak.” Tegurku sambil memandang Mariana. Tersengih-sengih Mariana sebelum masuk ke dalam kereta.

Kereta meluncur laju di atas jalan raya kemudiannya. Setelah memarkir kereta, Mariana menolongku membimbit beg yang berisi alatan menjahit manakala aku menyangkut beg laptop di bahu. Anak kunci aku cucuk ke dalam mangga butik yang masih belum dibuka. Kelibat dua orang pekerjaku juga masih belum kelihatan. Pintu butik aku buka dan aku melangkah masuk diekori oleh Mariana dari belakang.

Tanda ‘CLOSED’ yang tergantung di pintu butik masih belum aku tukar kepada ‘OPEN’ kerana waktu butik beroperasi masih berbaki setengah jam lagi. Aku berlalu ke mejaku dan meletakkan 2 buah beg yang aku bawa di atas meja. Mariana pula sedang asyik menilik pakaian siap yang tergantung di rak yang tersedia di bahagian depan butik.
20 minit kemudian barulah muncul kelibat Saira dan Miza. Sebaik saja melangkah masuk, mereka terus memulakan kerja mereka. Mereka telah lama bekerja denganku, jadi mereka sudah tahu apa yang perlu mereka buat. Aku merapati Mariana dan memanggil Saira dan Miza datang menghampiriku.

“Ana, ini dua orang pekerja akak. Yang baju pink ni, Miza namanya. Dan yang pakai baju hijau ni, Saira. Miza, Saira, ini adik ipar saya, Mariana namanya. Ana baru sampai dari UK dan baru aje habis belajar.” Aku memperkenalkan antara mereka dan menerangkan serba sedikit tentang Mariana. Mereka berjabat tangan berbalas salam.

“Adik ipar cik?” soal Saira kepadaku. Mukanya sudah berkerut, mungkin pelik dengan gelaran ‘adik ipar’ tu.

Aku tersenyum memandang mereka berdua. Aku faham, mereka masih tidak tahu yang aku telah bergelar isteri orang kira-kira 3 minggu lalu. Aku sudah berhajat mahu menjemput semua teman-temanku dan dua orang pekerjaku ini ketika majlis di rumahku selepas raya nanti.

“Alang-alang awak dah tanya ni maka terpaksalah saya berterus-terang. Saya dah kahwin sebenarnya dalam 3 minggu lepas. Tapi tu majlis dipihak lelaki. Majlis dipihak saya insya Allah lepas raya ni. Saya ingat nak bagi tahu kat awak berdua semasa nak jemput ke rumah saya nanti.” Jawabku berterus-terang.

“La, ya ke? Tahniah, cik.” Ucap mereka sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Aku menyambut huluran mereka. Kemudian mereka menyambung kembali kerja mereka.

“Ana, bolehkan layan diri sendiri kat sini? Maaflah, akak tak terlayan Ana sebab banyak sangat tempahan pelanggan yang perlu akak siapkan.” Ujarku pada Mariana. Dia tersenyum ke arahku.

“Tak apalah kak. Ana yang nak ikut akak ke sini, pandai-pandailah Ana nak layan diri sendiri. Akak jangan risau, kay.” Ujarnya menenangkan aku.

“Okey. Ana bolehlah nak tengok-tengok baju ke apa ke, buat macam tempat sendiri aje. Kalau bosan bagi tahu akak ya.” Aku risau jugak kalau Mariana kebosanan di sini kerana kami seharian di sini ditambah lagi dengan bulan puasa sekarang ni. Kalau bulan-bulan biasa, aku okey aje sebab boleh bawa Mariana keluar makan dan jalan-jalan kalau dia terasa bosan.

JAM baru menunjukkan pukul 3.30 petang tapi aku sudah siap mengemas segala kelengkapan yang akan aku bawa pulang. Aku nak balik awal hari ni sebab kesiankan Mariana yang sudah menunjukkan muka kebosanan. Dia tak tahu nak buat apa di sini. Nak layan pelanggan tak boleh sebab dia tak pandai dan tak biasa. Nak keluar jalan-jalan pulak aku tengok dia macam tak larat aje. Biasalah penat berpuasa ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang amat panas di luar sana.

“Ana berkenankan baju tu ke?” aku menegurnya.
Aku lihat sejak pagi tadi lagi dia duk belek baju tu dengan penuh minat. Baju kurung pesak dari material kain kapas Jepun sangat sesuai dengan Mariana yang masih lagi anak gadis tu. Dia berpaling memandangku. Wajahnya berseri-seri. Kepalanya dianggukkan mengiyakan soalanku.

“Ambiklah kalau nak. Akak belanja.” Ujarku.

“Ya ke kak?” soal Mariana kurang percaya.

“Iya. Padan tak dengan Ana baju tu?” soalku lagi. Dia membawa baju itu ke tubuhnya. “Pergilah cuba pakai kat fitting room kat sana. Lepas dah cuba, baru tahu padan ke tak. Kalau acu ke tubuh macam tu aje mana nak tahu padan ke tak.” sambungku sambil menunjukkan fitting room kepadanya. Laju kakinya berlalu ke fitting room.
Siap mengenakan baju kurung itu, Mariana melangkah keluar dari fitting room merapatiku. Dia memusingkan tubuhnya di hadapanku. Ingin aku memberi pendapat baju kurung yang telah tersarung di badannya.

“Dah okey sangat ni. Sesuai sangat.” Komenku. “Ana nak buat raya ke?” soalku kemudian.

“Haah tapi ni baru sepasang. Tak apa, nanti Ana minta dengan abang sepasang lagi.” Sahutnya sambil mempamerkan senyuman lebar.

Kami beriringan keluar dari butik dengan baju kurung tadi masih tersarung di tubuh Mariana. Biarlah. Katanya senang bila sampai kat rumah nanti terus nak mandi, jadi malas pulak dia nak tukar balik pakai baju tadi.

BERBUKA sudah. Terawih pun sudah. Sekarang masa untuk aku menyiapkan kerja-kerjaku sambil melayan pelanggan maya. Banyak juga pertanyaan demi pertanyaan dari pelangganku. Usai menjawab soalan, tetingkap YM aku klik. Sudah lama sangat aku tidak berbual dengan M_Syazril, rakan mayaku itu. Tanpa sedar, aku dibuai rindu. Dia belum mengetahui lagi yang aku sudah berkahwin hampir sebulan yang lalu.

Aril sudah berlalu ke ruang tamu selepas berjemaah dengan aku dan Mariana tadi. Mungkin sedang menyiapkan kerja-kerjanya. Aku lihat banyak juga fail-fail yang dia bawa balik petang tadi. Seakan betul-betul penting perlu disiapkan cepat aje. Di tetingkap YM, M_Syazril tidak online. Jadi, aku meneruskan kerja menjahit. Masih banyak yang terbengkalai sedangkan kurang dari 2 minggu lagi raya akan tiba. Harap-harap sempat aku siapkan semua tempahan ini. Insya Allah. Tekadku di dalam hati.
Aku yang sedang leka menjahit terpandangkan skrin komputer riba. Tetingkap YM menyala tanda ada orang menghantar mesej. Tetingkap itu aku klik dan terpapar diskrin komputer riba mesej dari M_Syazril. Dia online. Ujarku girang di dalam hati. Sapaan salam darinya aku jawab.

M_Syazril: tengah buat apa tu?

Sya_Khira: tengah menjahit baju raya.

M_Syazril: wow! Awak pandai menjahit baju?

Disertakan dengan ikon teruja di akhir kata-katanya. Senyuman terukir di bibirku tanpa sedar. Geli hati pulak apabila melihatkan reaksinya.

Sya_Khira: taklah pandai mana. Biasa-biasa aje.

Aku merendahkan diri.

M_Syazril: biasa-biasa pun lepas jugak upah orang jahit. Sekarang ni upah jahit sepasang baju bukannya murah. Paling murah pun dalam RM 30 sepasang.

Dia tahu? Wah! Aku pulak yang teruja. Memang betul apa yang dia kata tu. Kat sini kalau tukang jahit biasa caj upah RM 30 untuk sepasang baju kurung pesak. Kalau baju kurung riau atau kebaya, caj lebih tinggi lagi. Itu tukang jahit biasa atau orang kampung. Kalau kat butik-butik yang sedikit high class, caj upah akan naik berlipat kali ganda. Sampai ada yang caj mencecah RM 100 untuk sepasang baju kurung pesak. Huh, melampau tu! Pada hal jahitan tak adalah elok mana. Biasa-biasa aje. Tapi macam mana pulak dia tahu upah sepasang baju paling murah dalam RM 30 sepasang? Dia kan dah lama tak balik ke Malaysia. Kata-katanya menimbulkan perasaan pelik di hatiku.

Sya_Khira: bolehlah lepas upah. Eh.. macam mana pulak awak tahu upah baju sepasang dalam lingkungan RM 30? Awak kan dah lama tak balik ke Malaysia.

M_Syazril: eh, awak ni. Saya ni ada adik perempuan, ada emak. Dari merekalah saya tahu semua tu. Kalau nak harap saya tahu sendiri, memang taklah.

Spontan ketawaku terhambur keluar. Memanglah, lelaki macam dia mana ada nak pergi tempat-tempat macam tu.

Sya_Khira: awak tanya saya, awak pulak tengah buat apa tu?

M_Syazril: tak ada buat apa pun. Tengah bosan.

Sya_Khira: tengah bosan? Projek besar yang bernilai 2 bilion yang awak cakap dulu tu dah siap ke?

Dulu dia ada beritahu aku yang dia akan sibuk dengan projek besar yang baru dimenangi oleh syarikatnya. Dan alang-alang dia cakap tengah bosan, terus aku soal tentang perkara itu. Saja nak tahu perkembangan dia di sana.

M_Syazril: oh, projek tu sedang berjalan. Tapi bahagian saya sudah selesai. Sekarang ni tugas bahagian arkitek dan kontraktor untuk memantau perjalanan projek tu. Sekarang saya sedang uruskan satu projek kecil.

Sya_Khira: oh…

Perbualan antara kami berlarutan untuk seketika sebelum dia meminta diri kerana ada kerja yang perlu dibereskan. Sebaik talian terputus, aku terus menutup komputer riba. Baru terasa lenguh kerana terpaksa menunduk memandang komputer riba. Baju diriba aku letak ke tepi, aku bangun untuk membetulkan urat belikat yang terasa lenguh.

Tekak pulak terasa haus. Telefon bimbit yang berada di sebelah komputer riba aku capai. Skrin telefon menunjukkan pukul 11.00 malam. Patutlah dahaga, dah lewat rupanya. Tanpa menunggu lama, aku keluar dari bilik. Ketika melintasi ruang tamu, aku lihat Aril sedang sibuk menyemak fail-fail yang tersusun di atas meja kopi dan laptop yang sedang terpasang di hadapan fail tu. Memang semak meja kopi!

Tanpa menegur dia, aku berlalu ke dapur. Nak bancuh air. Ketika melintas di hadapan bilik Mariana, bilik itu sudah gelap-gelita. Dah tidur ke budak ni? Awalnya. Soalku di dalam hati. Mug dan bekas berisi Nescafe aku capai. Kemudian tin susu pekat yang berada di dalam peti sejuk aku bawa keluar. Tekakku rasa nak minum air Nescafe pekat. Nanti bolehlah aku berjaga lama sikit sebab nak siapkan jahitan manik yang masih tak siap-siap lagi. Bukan aku saja yang bawa balik baju pelanggan ke rumah, malah Miza dan Saira juga turut membawa pulang sama kerana makin cepat siap baju tempahan pelanggan. Nak kejar dengan raya ni, terpaksalah kami kerja lebih. Ada bayaran tambahan untuk mereka.

“Ehem..” bunyi deheman seseorang mengejutkanku dari lamunan panjang. Terhinjut bahuku akibat tindakan reflek. Terasa mahu gugur jantungku.

Nasib baik mug kat tangan aku ni tak jatuh. Kalau bersepai, jadi satu kerja pulak nak kena bersihkan serpihan seramik ni. Kalau setakat bersihkan sisa seramik ni tak apa lagi. Tapi kalaulah kaki aku terkena percikan air Nescafe panas ni, tak ke melecur nanti. Saja aje cari pasal dia ni. Marahku di dalam hati.

Aku berpaling, mataku tajam memandang wajahnya. Aku sangat geram dengan dia ni. Keningku terjongket menandakan aku bertanya. ‘Nak apa?’

“Err… buatkan saya air, boleh?” pintanya tergagap-gagap.
Orang buat air, dia nak air jugak. Gerutuku di dalam hati.

“Nak air apa?” dingin aku menyoal, rasa geram terhadap Aril masih belum surut.
Aku berpusing, mendapatkan mug di rak.

“Saya ambil yang nilah. Awak buat yang lain aje.” Selamba badak dia menjawab.

Aku berpusing, aku lihat dia sudah menonong ke meja kopi bersama mug berisi air yang aku buat tadi. Lahabau punya suami! Jeritku di dalam hati. Nak tak nak terpaksa jugak aku bancuh air Nescafe panas sekali lagi. Sengaja aku mengacau air di dalam mug sedikit kuat. Sampaikan terdengar bunyi sudu berlaga dengan mug. Aku terus masuk ke dalam bilik selepas itu. Malas aku nak berlama-lama di situ. Buat sakit hati aje.

Aku menyambung menjahit baju pelanggan yang masih belum siap. Makin lama menjahit, mataku jadi semakin pedih kerana terpaksa menahan rasa mengantuk. Akhirnya aku tertewas juga apabila digoda dengan rasa mengantuk. Perlahan-lahan aku masukkan baju diriba ke dalam beg alat menjahit sebelum aku melangkah merapati katil. Tanganku menekup mulutku yang terus-terusan menguap.

Aku berani untuk tidur di atas katil kerana aku beranggapan yang Aril tidak akan masuk tidur ke dalam biliknya ini sama seperti semalam, dia tidur di luar bertemankan kerja-kerjanya. Sebaik kepala mencecah bantal, mataku terus tertutup. Aku dibuai lena yang indah. Siap bermimpi lagi!

Isnin, 13 Februari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB33

AKU memandu kereta masuk ke dalam garaj dan diparkir bersebelahan dengan kereta Aril. Aik, awal pulak dia balik hari ni. Pelik pulak aku rasa. Spontan aku memandang jam yang tersarung di pergelangan tangan. Pukul 5.30 petang. Aku tak lewat pun petang ni. Takut jugak kalau aku terlewat sampai ke rumah, selepas pukul 6.00 seperti yang dia arahkan kepada aku dulu.

Selepas mengambil barang-barangku dari dalam kereta dan mengunci kereta, aku melangkah menghampiri tangga. Kakiku terpaku di situ. Aku memandang pelik sepasang sandal bertumit tinggi milik seorang wanita yang ternyata bukan milik aku. Milik Acik Na? Tak mungkinlah kerana sandal itu bertumit tinggi, kurang-kurang pun dalam 3 inci. Takkanlah orang tua macam Acik Na nak pakai sandal tinggi macam tu. Haih, tak logik!

Tapi takkanlah Aril ada bawa balik perempuan pulak. Aku bermonolog di dalam hati. Makin lama aku berfikir di situ, makin banyak pula masaku terbuang begitu saja. Waktu berbuka dahlah tak lama lagi nak masuk. Nanti tak pasal-pasal aku berbuka dengan air masak aje. Lambat-lambat aku menanggalkan sandal tanpa tumit jenama Bata Comfit dari kakiku. Aku sangat sukakan jenama itu kerana sangat selesa untuk aku yang perlu banyak bergerak ke sana sini.

Aku baru aje nak buka pintu rumah, pintu sudah dibuka dari dalam. Aku mendongak. Batang tubuh Aril dan seorang perempuan sedang tegak berdiri memandangku. Si perempuan yang aku tidak tahu nama dan hubungannya dengan Aril tu tersenyum manis kepadaku. Apa hubungan mereka berdua? Hatiku dipagut rasa bimbang. Bimbang tentang apa aku tak tahu. Dan yang paling pasti jantungku berdebar-debar bagai mahu terkeluar aje aku rasa.

Tiba-tiba Aril menghulurkan kedua-dua belah tangannya ke arahku. Aku memandangnya pelik. Ni apa hal pulak ni? Keningku terjongket meminta jawapan. Gerakan bibirnya bagai memberi jawapan kepadaku. Nak tak nak aku turuti juga, tangannya aku salami sebelum beg komputer riba dan beg alatan menjahit dia ambil dari bahu dan tanganku.

“Sya, ini Mariana, adik abang. Adik, inilah Kak Sya, isteri kesayangan abang.” Aril memperkenalkan aku kepada adiknya sambil memeluk bahuku. Abang? Wah, wah. Sejak bila pulak dia membahasakan diri dia ni abang? Amboi, suka-suka hati dia aje mamat ni peluk bahu aku. Rimaslah! Bentakku di dalam hati.

Mariana terus memelukku selepas Aril memperkenalkan kami. “Sorry sangat sebab Ana tak dapat hadir ke majlis akak dan abang. Bukan Ana tak nak balik ke sini tapi masa tu Ana tengah exam final semester.” Ujarnya sayu selepas pelukan antara kami terlerai. Jelas terpamer riak kesedihan di wajahnya.

Kedua-dua tangannya aku genggam, bagai memujuknya supaya tidak bersedih. “Tak apa Ana, itu baru majlis akad nikah. Nanti lepas raya, ada lagi majlis sebelah akak. Nanti bolehlah Ana jadi pengapit akak. Ya tak abang?” panggilan abang itu sengaja aku sebut sedikit kuat.

“Hmm.. bagus jugak tu.” Sahut Aril selamba sebelum berlalu ke biliknya.

Aku dan Mariana beriringan melangkah masuk ke dalam rumah. Aku terpandangkan jam yang tergantung di dinding. Pukul 6.00 petang. Ya Allah! Aku nak masak apa untuk berbuka ni? Waktu berbuka tinggal sejam lagi. Nak masak makanan yang berat-berat memang dah tak sempat ni.

“Kita berbuka kat luarlah petang ni. Sya tak payahlah masak. Amacam?” suara Aril tiba-tiba mencelah antara kami.

“Okey jugak tu, tak payahlah Kak Sya penat-penat kena masak. Kan kak?” sahut Mariana.
Aku menganggukkan kepala, bersetuju dengan cadangan Aril. “Tapi akak nak mandi dulu, penat sangat ni.” ucapku sebelum berlalu dari situ.

Aku nak masuk bilik aku tapi pantas Aril menghampiriku. Tanpa suara, dia menarikku masuk ke dalam biliknya. Aku hanya menuruti langkahnya. Sebaik pintu bilik ditutup dari dalam, aku bagai tersedar dari mimpi.

“Kenapa bawa saya ke bilik ni? Saya nak masuk ke bilik saya.” Ujarku sedikit berang. Aku merapati pintu biliknya. Saat tanganku menyentuh tombol pintu, dia menarikku sedikit kasar hingga aku terduduk di atas sofa dan dengan selambanya dia duduk di sebelahku. Aku memandangnya tajam. Menunjukkan rasa tak puas hati.

“Buat masa sekarang, awak tak boleh masuk ke bilik awak. Sepanjang Mariana ada kat sini, kita kena berlakon mesra depan dia kerana dia dia tidak tahu bagaimana cara kita berkahwin dan dia hanya tahu kita berkahwin seperti pasangan suami isteri yang lain, bercinta sebelum kahwin. Tak ada istilah bilik awak dan bilik saya. Yang ada cuma bilik kita.” Ujarnya sambil memandangku. Terperanjat aku dengan permintaannya itu. Macam melampau aje. Fikirku.

“Habis, macam mana saya nak ambil baju saya? Kat bilik awak ni cuma ada baju awak aje.” Balasku dengan rasa kurang senang.

“Awak boleh ambil baju awak kat dalam bilik tu tapi cuma untuk itu saja. Kalau Mariana terserempak dengan awak waktu awak ada kat dalam bilik tu ke, awak baru keluar dari bilik tu ke. Awak cakap aje, almari kat bilik ni tak muat nak letak baju saya dan baju awak. Sebab tu semua baju awak kena letak kat bilik sana.” Amboi, klisenya alasan dia.

“Habis, malam-malam saya nak tidur kat mana?” soalku apabila perkara tempat tidur terlintas di fikiranku.

“Alah, awak boleh aje nak tidur kat mana pun. Bilik ni luas. Nak tidur kat sofa boleh, kat atas katil boleh, kat atas lantai pun boleh. Lagi luas.” Senangnya dia menjawab. Aku berfikir seketika sambil mataku melilau memerhati ke setiap penjuru bilik. Patutlah kat ruang tamu tak ada TV, kat dalam bilik dia dah ada sebuah TV LED 50 inci dengan dilengkapi satu set home theater. Wah, memang best la. Aku dah lama tak tengok drama-drama bersiri kat TV sejak tinggal di rumah dia ni. Macam katak bawah tempurung pun ada jugak aku rasa.

“Kalau saya tidur kat atas katil, awak tidur kat mana?” aku menyoal. Aku sangat takut sebenarnya. Tak nak kejadian yang berlaku kat rumah abah terjadi lagi.

“La, ni rumah saya ikut suka sayalah nak tidur kat mana pun. Kalau saya nak tidur kat atas katil tu pun okey aje. Katil tu besar.” Selamba dia menjawab. Terkedu aku. “Eh, cepatlah siap. Dah lewat ni. nanti tak ada parking pulak. Dahlah nak keluar kat simpang pasar Manir tu jam.” Sambungnya sebelum berlalu keluar dari bilik. Kalau bulan puasa, jalan kat pasar Manir memang selalu jammed sebab ada bazar ramadhan kat situ.

Aku nak pakai baju apa nanti? Kat bilik ni mana ada baju aku. Aku berkira-kira sendiri. Perlahan-lahan aku mengatur langkah merapati almari Aril. Satu persatu pintu almari aku tarik. Semuanya baju Aril. Sampailah ke pintu yang terakhir, tanganku menarik pintu itu. Alhamdulillah, ada beberapa helai bajuku tergantung di situ. Disebabkan masa makin pantas bergerak, aku menarik sehelai blaus yang akan dipadankan dengan seluar yang telah tersarung di tubuhku dan masuk ke dalam bilik air.

“NAK makan apa?” Aril menyoal ketika kami sedang membelek menu yang berada di tangan kami. Ketika ini kami sedang berada di Restoran Hamid Ikan Bakar yang terletak di bawah jambatan Kuala Ibai dan bersebelahan dengan muara sungai Kuala Ibai. Ini semua cadangan si Marianalah ni, nak makan masakan panas. Mataku masih menatap menu di tangan.

“Abang, adik nak makan ikan bakar dan sotong bakar, tomyam campur, telur dadar dan kalian ikan masin. Air pulak adik nak air roselle. Akak nak makan apa?” Mariana mengajukan soalan kepada aku pula selepas memesan makanan yang dia ingini.

Aku nak makan apa ni? Soalan itu berlegar-legar di kepalaku. Aku tak tahu nak makan apa sebab tekak aku rasa nak makan ayam pusing tapi mana ada kat sini. Kalau kat bazar ramadhan baru ada. Haih, benda yang tak ada tu yang aku duk cari. Menu di tangan aku tutup dan kepala aku angkat memandang Aril yang sedia memandangku. Keningnya terjongket tanda menyoalku.

“Err.. saya makan sama dengan Ana ajelah. Saya nak air sirap bandung aje.” Putusku. Kemudian Aril memberitahu kepada pelayan yang sedang setia menunggu pesanan dari kami sebelum berlalu ke meja yang dikhususkan untuk ikan bakar. Dia memilih ikan dan sotong di situ seperti mana permintaan adiknya sebentar tadi. Ramai pula nampaknya pelanggan yang berada di meja itu. Sementara dan Mariana setia menanti di meja kami.

“Akak, ceritalah macam mana akak kenal dengan abang?” soalan daripada Mariana yang cuba mengorek rahsia kami membuatkan aku sedikit cemas tiba-tiba. Nak jawab apa ni? Lambat pulak Aril ni. gumamku di dalam hati.

“Err… kami kenal-kenal gitu-gitu aje. Kenapa Ana tanya?” soalku kembali sedangkan kepalaku sedang ligat merangka cerita untuk dipersembahkan kepada Mariana. Nak cerita versi apa ni? Versi sebenar ke versi rekaan? Hatiku tak putus-putus dihujani soalan demi soalan.

“Alah, 6 tahun Ana kat sana. Ana nak tahulah macam mana akak boleh buat abang sayang sanagt kat akak. Kalau akak nak tahu, abang tu takut dengan perempuan tau.” Ujar Mariana.

Takut dengan perempuan? Biar betul Aril tu takut dengan perempuan. Macam tak logik aje. Yalah, mana nak logiknya kalau seorang lelaki yang cukup segala-galanya tapi takut dengan perempuan. Pelik tu.

“Macam mana Ana tahu?” laju bibirku mengajukan soalan. Teruja pula bila mendengar Mariana berkata begitu.

“Akak, kalau seorang lelaki yang hanya berkawan dengan lelaki saja dan langsung tak bergaul dengan perempuan walaupun perempuan tu rakan sekelas dia, tu kira bukan takut dengan perempuan ke? Samalah kalau setiap kali kawan Ana atau kawan Kak Mel datang ke rumah kami, pasti abang akan berkurung kat dalam bilik. Memang begitulah perangai dia dari dulu.” Terang Ana.

Oh, macam tu ke? Tu lagi pelik. Patutlah mama nak jodohkan dia dengan pilihan mama. Tapi sayangnya pilihan mama tu pulak yang larikan diri. Dan aku yang kena jadi galang ganti. And here I’m. Kepalaku terangguk-angguk mendengarkan penerangan Mariana.

“Duk borak pasal apa ni?” suara Aril yang tiba-tiba menyoal kami menyentakkan aku.

“Adik tanya akak, macam mana akak boleh buat abang jatuh cinta. Tapi akak tak jawab-jawab pun lagi. Kak, cepatlah cerita. Macam mana akak boleh jatuh cinta dengan abang.” Desak Mariana.

“Haah la. Abang pun nak tahu jugak. Macam mana agaknya Sya boleh jatuh cinta dengan abang, sayang?” soal Aril sambil memandang tepat ke dalam mataku.

Terkejut aku mendengarkan bait kata Aril. Saja aje buat aku serba salah mamat ni. Mukaku pucat tak berdarah. Aku nak jawab apa ni? Aku tak ada jawapan untuk soalannya itu. Jadi aku mengambil jalan mudah dengan mendiamkan diri dan pandangan dihalakan pada muara sungai yang airnya sedang mengalir.

“Akak!” agak tinggi Mariana memanggil namaku. Pantas aku memandang Mariana. Dua pasang mata sedang merenungku.

“Apa dia?” soalku laju. Pura-pura tak tahu apa-apa. Memuncung Mariana bila aku menyoal balik dia.

“Alah, akak ni. Ana tanya ni, macam mana akak jatuh cinta dengan abang?” Mariana mengulang soalan yang dia tanya tadi dengan wajah yang masam.

“Ha? Oh. Err…” aku hilang punca. Sedang elok aku tiada jawapan untuk soalannya itu, datang seorang pelayan ke meja kami dan menghidangkan air yang telah kami pesan beserta dengan ikan bakar yang telah masak.

“Terima kasih.” Ucapku kepada pelayan itu sebelum dia berlalu pergi.

“Akak, cepatlah.” Gesa Mariana lagi tanpa sabar. Mungkin dia naik angin kerana aku buat-buat sibuk menyusun pinggan ikan bakar dan gelas minuman bagi memberi ruang kepada makanan yang akan sampai nanti. Wajahnya aku pandang. Nak bagi jawapan apa ni? Aku ingatkan ketika pelayan mencelah antara kami seketika tadi, Mariana sudah tidak ingat tentang soalannya itu.

“Hmm… macam mana akak nak mulakan ni. Akak jumpa abang secara tak sengaja. Pertama kali akak jumpa dia bila akak tersondol belakang dia dengan troli kat Mydin Mall. Lepas tu, kami selalu jumpa secara tak sengaja. Kan bang?” sengaja aku menyoal Aril balik dan sengaja juga aku menekankan panggilan ‘bang’ itu. Rasanya itu saja jawapan yang aku boleh beri kepada Mariana. Nak lebih-lebih, tanya abang kau pulak. Sambungku di dalam hati.

Aril membisu. Jika tadi Mariana memandangku dengan khusyuknya dan kini beralih pula kepada Aril selepas habis aku menjawab soalannya. Nampak macam tak puas hati lagi budak ni. Pandangannya masih terpaku pada wajahku menjadikan aku serba salah. Apasal pulak duk pandang-pandang aku ni. Betullah apa yang aku cakap tu. Aku tak menipu pun. Desisku di dalam hati.

“Abang!” panggil Mariana sedikit tinggi setelah lama dia menanti tindak balas abangnya.

“Ha? Betullah apa yang akak cakap tu. Tapi yang tu bukan pertama kali kami jumpa. Dah lama sebanarnya pertemuan pertama kami. Tak tahulah Sya ingat lagi ke tak.” Pantas mataku menikam pandangan Aril. Kalau bukan di Mydin Mall, di mana tempat pertama kami berjumpa? Aku menyoal diri sendiri. Mulutku terasa ringan mahu menyoal tapi tidak terkeluar butir kata dari bibirku.

Mariana baru ingin membuka mulut untuk menyoal lagi tapi kehadiran pelayan yang menghantar nasi kosong, tomyam campur, kalian ikan masin, telur dadar dan air masak serta sepiring kurma ke meja kami membantutkan niatnya. Dan serentak dengan itu, azan Mahgrib berkumandang dari Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung menandakan masuk waktu berbuka puasa. Aril membaca doa dan diaminkan oleh aku dan Mariana sebelum menjamu selera. Soalan Mariana tadi terbiar tanpa jawapan.
Usai berbuka, kami singgah di Masjid Terapung untuk menunaikan solat Maghrib, solat Isyak dan disambung pula dengan solat terawikh.

ARIL menarik brek tangan selepas kereta diparkir di dalam garaj. Aku terus meloloskan diri dari dalam kereta dan diikuti oleh Mariana kemudiannya. Aku perasankan Mariana asyik menguap saja sejak dari dalam kereta lagi. Mungkin terlalu kekenyangan. Mungkin juga masih lagi terasa penat kerana belum sempat lagi berehat selepas sampai petang tadi.

“Good nite, kak.” Ucapnya sebelum memulas tombol pintu biliknya.

“Nite. Sahur nanti bangun tau.” Pesanku pula.

“Okey,” lemah sekali bicaranya sebelum menghilang di balik pintu bilik.

Aku pula, hendak atau tak kena jugak masuk ke bilik Aril. Berpura-pura yang mereka adalah pasangan suami isteri paling sayang-menyayangi di mata Mariana. Aku melepaskan keluhan di depan pintu bilik Aril.

“Kenapa tercegat saja kat sini? Tak nak masuk ke?” soalan Aril secara tiba-tiba itu mengejutkan aku. Tak sedar pulak aku dia ada kat belakang aku. Terhinjut sedikit bahuku oleh kerana terkejut. Eh, dia ni. Selalu aje terkejutkan aku. Nak aku mati cepat gamaknya.

Aku masuk juga ke dalam bilik itu lambat-lambat. Aku mencapai beg yang terisi alat menjahitku sebelum dibawa ke sofa dan aku melabuhkan punggung di situ. Aril pula terus menghilang di dalam bilik air. Bekas plastik berisi manik dan labuci aku keluarkan dari beg itu. Baju tempahan pelanggan juga aku bawa keluar. Banyak lagi baju pelanggan yang tak siap. Sejak semalam, aku dan tak ambil sebarang tempahan kerana tempahan yang sedia ada sudah terlalu banyak. Takut tak terkejar aje. Semua nak pakai untuk raya dan raya cuma tinggal dalam 2 minggu aje lagi.

Jarum yang sudah dicucuk dengan benang aku jahit ke atas baju kurung pesak itu, menyambung jahitan manik yang masih belum siap di atas baju itu. Sedang aku leka menjahit, Aril keluar dari bilik air dengan tuala yang melilit pinggangnya. Walaupun aku tak pandang dia secara terus, ekor mataku masih dapat melihat kelibatnya yang berjalan menghampiri almari pakaiannya.

Eh, dia ni. Tak boleh ke salin baju kat dalam bilik air tu. Gerutuku di dalam hati. Aku bukan apa, aku tak pernah melihat lelaki asing hanya memakai tuala sebegitu. Arwah abah pun tak pernah tau pakai macam tu depan kami anak-anaknya ni.

Kerana tidak mahu dia perasan yang aku sedang perhatikan dia, aku meneruskan kerjaku yang masih tertangguh. Rasanya boleh aku siapkan jahitan manik kat baju ni malam ni sebab dah tak banyak corak yang perlu aku bentuk. Hanya perlu kemaskan corak manik di lengan baju sahaja. Usai lengkap berpakaian, Aril berlalu keluar dari bilik itu. Aku menarik nafas lega ketika pintu bilik tertutup rapat.

Nasib baik dia tak baring terus kat atas katil. Kalaulah dia terus baring di atas katil tadi, alamatnya makin kekoklah aku nak siapkan kerja-kerja ni semua kerana aku tahu matanya tak akan duduk diam dan aku terus memerhatikanku. Tumpuanku terus pada baju pelanggan yang berada di ribaku sampaikan aku tak tersedar entah pukul berapa aku terlelap di atas sofa itu.

p/s: fiza dah ada.. sooo??

Jumaat, 10 Februari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB32

SEJAK dari sampai ke pejabat pagi tadi, senyuman sentiasa menghiasi bibirnya. Hatinya terasa sangat gembira. Selama seminggu dia berbuka seorang diri dan bersahur juga seorang diri. Dia tahu, isterinya ada kat rumah. Tetapi semalam, dia menerima kejutan apabila Syafiza sanggup memasak juadah berbuka puasa, walaupun cuma nugget goreng dan sosej aje. Itu pun dah buat hatinya berbunga indah dengan perubahan itu.

Pagi-pagi lagi dia perlu menghadiri mesyuarat di pejabat. Dan di dalam mesyuarat itu juga dia telah mengumumkan yang syarikat akan memberi bonus kepada semua pekerja sempena sambutan hari raya. Bersorak para pekerjanya menyambut baik tentang bonus yang akan diterima oleh mereka. Riuh-rendah suasana di dalam bilik mesyuarat. Kemudian, seorang semi seorang pekerja yang berada di dalam bilik mesyuarat mengucapkan terima kasih kepadanya.

Kemudian dia berlalu ke biliknya. Banyak kerja yang perlu dia siapkan agar tidak bertangguh jika lama-lama dibiarkan terbengkalai. Belum pun punggungnya panas dilabuhkan di atas kerusi, pintu biliknya pula yang diketuk. Lantas dia melaungkan perkataan masuk.

“Amboi, sibuk betul kau. Tapi dalam sibuk-sibuk kau ni boleh pulak duk senyum-senyum dari tadi. Biasanya kalau kerja banyak, mesti muka kau berkerut aje. Dahlah tu, siap umum ada bonus tambahan lagi untuk semua pekerja. Kau nak jadi ayah ke?” soal Sham selepas pintu bilik ditutup.

Hah? Nak jadi ayah? ‘Bersama’ pun belum macam manalah nak dapat anak. Heh, merepek aje Sham ni. Gerutu Syazril di dalam hati.

“Kenapa pulak? Kalau aku nak jadi ayah baru nak kena beri bonus segala ke? Kalau saja nak bagi bonus tak boleh ke? Raya kan dah dekat, semua orang nak pakai duit lebih. Nak beli kelengkapan rumah, kelengkapan keluarga lagi. Lagi pun memang tiap-tiap tahun syarikat bagi bonus. Eh, kau ni. Itu pun nak bising.” Jawapan selamat Syazril berikan pada kawan baiknya itu.

“Memanglah tiap-tiap tahun syarikat bagi bonus tapi cara kau hari ni memang lain sangat. Dahlah tu siap bagi dua bulan bonus, biasanya sebulan aje bonus. Sebab tu aku tanya, mana tahu kut-kut ada apa-apa.” Ujar Sham sambil memandang ke arah luar tingkap bilik Syazril yang berada di tingkat 8 bangunan NS Holding. Langsir tingkap diselak sedikit dan jalan raya yang lengang di bawah sana menjamu matanya.

“Kitakan baru dapat projek kat Dungun tu, sebab tu aku agihkan bonus lebih sikit tahun ni. Ha, apa apa kau datang jumpa aku ni?” Aril menyoal sambil tangan dan mata tak henti memandang fail di tangannya itu. Naik pening juga kepalanya memandangkan timbunan fail yang hampir-hampir menutupi permukaan mejanya. Sampai bilalah kerja ni nak habis? Makin bertambah adalah. Keluhnya di dalam hati.

Sham berpaling memandang sahabatnya itu sambil merapati meja kerja Syazril. Kerusi tetamu dia tarik dan duduk di situ kemudiannya. Tangannya pantas menyambar rubic cube yang dijadikan barang perhiasan dari atas meja Syazril. Dah tak jadi barang perhiasan dah, dah jadi barang yang menyemakkan meja pulak sebab meja Syazril penuh dengan fail-fail yang masih belum semak.

“Kau free tak petang ni?” Sham bertanya.

“Kenapa pulak?” soalan berbalas soalan. Hisy, suka betul macam tu.

“Jom berbuka kat luar petang ni. Sepanjang bulan puasa ni, kau tak pernah sekali pun berbuka dengan aku.” Macam orang berjauh hati aje bunyi nada si Sham ni.

“Hei, kawan. Aku ni kan dah beristeri, takkan kau tak faham-faham. Apa kes nak berbuka dengan kau, berbuka dengan isteri aku lagi best.” Sengaja Syazril memberikan jawapan yang menyakitkan hati Sham. Di dalam hati, dia sudah ketawa geli hati. Niatnya hanya untuk mempermainkan Sham.

“Oh, sekarang baru cakap best. Dulu siapa yang bising-bising cakap tak nak kahwin dengan pilihan mama kau tu. Dulu, isteri kau tulah yang kau tak suka. Tapi tak sampai sebulan kau kahwin, kau dah cakap kahwin tu best. Apa ubat yang dia dah bagi kau minum? Dia mandremkan kau ke?” celopar mulut Sham membidas.

“Dulu tak tahu lagi, lepas kahwin barulah rasa best. Kau pun kena kahwin jugak, baru kau tahu apa yang aku rasa sekarang ni. Dia tak ada bagi aku minum apa-apa ubat pun. Mandrem? Hisy, kau ni kering-kering aje kau dapat dosa free.”

“Aku? Kahwin? Kau nak suruh aku kahwin dengan siapa? Tunggul kayu? Ke dengan tiang elektrik?” laju mulutnya menyoal Syazril.

“Eleh, kau tu memilih sangat. Berapa tahun lagi kau nak kahwin, umur kau bukan makin berkurang, makin bertambah adalah. Takkan kau dah bongkok tiga nanti baru kau duk terketar-ketar hantar anak ke sekolah? Kalau setakat perempuan biasa-biasa, berlambak kat luar sana terkejarkan kau. Kau tu aje yang cerewat, memilih sangat. Kau nak yang macam mana lagi?”

“Kau ni nikah kahwin ni bukan perkara main-main. Takkan aku nak main ambik aje daripada ramai-ramai perempuan kat luar sana. Kurang-kurang aku nak macam mak aku, pandai masak, pandai menjahit, boleh kemas rumah dan yang paling penting dia tak perlu bekerja, uruskan makan pakai aku dan anak-anak aje.” Tersangat sempurna impian Sham.

“Kalau macam tu, kau kahwin aje dengan bibik. Senang! Bibik memang boleh harap bab-bab memasak dan kemas rumah ni. Atau pun kau tak payah kahwin sampai bila-bila, lagi senang. Tak payah kau menyusahkan semua orang tentang ciri-ciri perempuan yang sangat sempurna kau tu.”

Malas melayan Aril bercakap tentang perkahwinan. Dia bangun dari duduk, ingin beredar dari bilik itu. Tapi belum pun tombol pintu dia pulas, terlintas perkara utama yang membuatkan dia sampai di bilik Syazril.

“Oh ya, sampai terlupa aku sebab terpaksa tadah telinga dengar kau bagi tazkirah yang entah apa-apa tu. Ex-student sekolah lama kita nak buat gathering lepas raya ni. Kau nak join tak?” saja aje dia bertanya sebab dia tahu sangat dengan perangai Syazril yang tak pernah nak hadir ke majlis-majlis yang melibatkan sekolah lama mereka. Banyak sangat alasan kalau dia ajak ke sana. Puas dia memujuk, akhirnya jawapan yang mengecewakan yang dia terima.

“Siapa beritahu kau? Farah?” soal Syazril kembali. Biasanya bab-bab gathering budak-budak sekolah lama diuruskan oleh Farah iaitu rakan sekelas mereka.

“Taklah. Aku ada tengok kat Facebook. Takkan kau tak buka Facebook kau? Adalah dia orang cakap-cakap nak buat gathering tapi tak confirm lagi tarikh. Yang pasti memang dia orang nak buat lepas raya sebab ramai yang balik bercuti masa tu. Cuba kau buka Facebook kau, tengok-tengoklah kat kumpulan sekolah lama tu.” Ujar Sham sebelum menghilang di balik pintu bilik Syazril.

Dah lama sangat Syazril tak buka akaun Facebooknya. Sibuk sangat dia sekarang ni sampaikan banyak kerjanya terpaksa dibawa balik ke rumah. Manalah ada masa nak berfacebook segala. Laman sembang YM pun dah lama jugak dia tak buka. Terasa rindu pula pada seseorang yang telah lama menjadi teman rapatnya di sana. Sedang dia sibuk menyiapkan kerja-kerjanya yang makin berlambak itu, telefon yang berada di dalam poket seluarnya bergetar minta diangkat. Pantas tangannya menyeluk poket seluar dan telefon pintar Iphone dibawa keluar. Tersenyum dia memandang nama si pemanggil.

“Assalamualaikum. Apa khabar adik?” sapanya.

“Wa’alaikumussalam. Abang! Adik khabar baik. Bila abang nak datang jemput adik ni? Dah naik lenguh kaki ni berdiri kat airport ni.”suara Mariana Azeera tegas di hujung talian.

Syazril menepuk dahinya spontan. Dia terlupa yang adiknya akan sampai hari ni dari Kuala Lumpur selepas menaiki kapal terbang dari UK semalam.

“Ya Allah! Abang terlupalah dik. Okey, okey. Adik tunggu kat situ, jangan pergi mana-mana. Abang datang sekarang.” Pesan Syazril sebelum talian dimatikan. Kerja yang berlambak di atas meja dia tinggalkan begitu saja. Tugas menjemput adiknya lebih penting saat ini.

“OKEY, dah sampai. Jom keluar.” Suara ajakkan dari Syazril mematikan lamunan Mariana. Matanya liar memandang ke sekitar halaman rumah.

“Abang, sejak bila abang beli rumah ni?” tanya Mariana kepada Syazril sambil matanya masih tak lepas dari memerhatikan ke persekitaran halaman rumah yang dirasakan sangat klasik untuknya.

“Dah 2 tahun. Kenapa?” soal Syazril kembali. Tangannya ligat membawa keluar beg pakaian milik adik bongsunya itu daripada bonet kereta.

“Taklah. Teruknya citarasa abang! Rumah ni macam rumah orang tua.” Komen Mariana.

“Amboi, mulut! Langsung tak ada insurans. Nak abang cilikan ke mulut tu? Ni rumah berseni tau. Suka-suka hati aje cakap rumah orang tua. Macam nilah, adik pergilah duduk kat rumah lain, sewa hotel ke. Rumah abang ni rumah orang tua kan.” Angin jugak dia bila adiknya sesuka hati mengkritik rumahnya. Seteruk-teruk isterinya pun tak pernah lagi dia kutuk rumah ni.

“Alololo…. Merajuklah pulak. Buruklah abang merajuk macam tu. Okeylah, okeylah. Adik duduk sini, kat mana lagi adik nak pergi kalau tak ke rumah abang ni. Haih, macam manalah akak boleh tahan dengan abang ni.” pujuk Mariana.

“Eh, isteri abang tak ada pun bising macam adik. Senyap aje bila abang ajak tinggal kat sini, makin teruja adalah. Tapi adik ni belum pun masuk dalam rumah dah bising komen itu, komen ini.” Balas Syazril sambil membimbit beg milik Mariana dibawa masuk ke dalam rumah.

Kalau tidak ke rumah abangnya ini, dia tak tahulah mahu ke mana. Hanya dengan Syazril aje dia rapat. Dia kurang rapat dengan Kak Mellisa kerana jarak umur yang jauh antara mereka dan juga kerana sejak menginjak ke sekolah menengah, Kak Mellisa sudah bersekolah di sekolah berasrama penuh. Jadi masa untuk bergaul rapat tu sangat terhad. Ke rumah mamanya? Rumah yang telah menyimpan banyak kenangan untuk dia dan keluarga mereka tidak akan dijejaki selagi dia masih mengingati setiap kata yang keluar dari mulut mamanya.

“Aku tak ada anak yang degil dan keras kepala macam kau!” kata-kata mama kira-kira enam tahun lalu masih terngiang-ngiang di tepi telinganya bagai irama lagu sumbang yang tiada henti. Macam baru semalam aje situasi yang sangat-sangat menyedihkan itu berlaku. Mama terang-terang membuangnya dari keluarga berpangkat itu hanya kerana Mariana tidak mengikuti kursus yang mamanya ingini.

Dia tidak sukakan kursus perniagaan. Jiwa dan hatinya tiada langsung ke arah itu. Jiwanya lebih kepada kerja-kerja seni hiasan dalaman dan sebab itulah dia mengambil jurusan hiasan dalaman ketika menuntut di universiti. Memang dia menukar kursus secara senyap-senyap tanpa pengetahuan mama tapi papa tahu. Namun, perkara macam ni takkan lama dapat aku sembunyi kerana wanita yang bernama Datin Sharida itu sangat cekap menghidu perkara tersebut.

Apabila dia mendapat tahu yang Mariana menukar kursus secara senyap-senyap, duit belanja bulan-bulan yang biasa dihulurkan pada anak bongsunya itu ditarik balik serta-merta. Mariana pula apabila tahu yang dia tidak akan lagi mendapat duit belanja, dia hanya tenang. Langsung tak menggelabah kerana dia sudah menjangka yang bangkai kalau disorok lama-lama orang tahu jugak!

Sebelum mamanya menyerang dan menarik duit belanja, dia sudah bersiap-sedia dengan bekerja secara sambilan di sebuah restoran milik seorang Muslim yang berasal dari Pakistan. Walaupun secara sambilan, dapat juga dia menabung duit untuk kegunaan harian. Selepas duit belanjanya ditarik, Syazril dengan secara sukarela menghantar duit belanja kepadanya tanpa pengetahuan Datin Sharida. Dengan duit itulah dia dapat hidup di luar negara yang kos sara hidup sangat tinggi.

“Tak nak masuk ke?” jerit Syazril pada Mariana yang masih tak berganjak dari tempat dia berdiri tadi. Terperanjat Mariana mendengar jeritan abangnya itu. Lambat-lambat dia melangkah menghampiri abangnya yang sedang menanti di muka tangga rumah.

Khamis, 9 Februari 2012

EPISOD CINTA HarLys:BAB3

“KAU kenapa beb? Monyok semacam aje muka tu.” Tegur Izzati. Bahu Arlyssa ditepuk perlahan.

“Pak saudara aku tulah. Membebel 24 jam! Sama aje macam mama aku. Boringlah!” rungut Arlyssa. Gelas berisi air roselle diteguk rakus. Hatinya memang tengah panas dengan bebelan Haji Jamal. Buat tu tak kena, buat ni tak kena!

“Kau nak minum apa?” soal Didi tiba-tiba. Entah bila duk terpacak sebelah Izzati pun dia tak sedar. Didi juga salah seorang kawan baik Arlyssa. Cuma Didi tidak dilahirkan dalam keluarga berada. Emaknya cuma pembuat kuih dan ayahnya pula seorang pemandu van kilang. Sebab itulah dia bekerja di Restoran Killiney ini walaupun mempunyai ijazah. Fikirnya, pada zaman sekarang, dia tak boleh memilih kerja. Terima aje apa yang ada di hadapan mata semua. Asalkan dia tak membebankan emak dan ayahnya kerana dia punya duit belanja sendiri.

“Macam biasalah,” ujar Izzati dan Didi terus melangkah masuk ke ruang dapur restoran. Sekarang waktu kerjanya jadi dia tak boleh sertai teman-temannya bersembang. Nanti tak pasal-pasal kena potong gaji.

“Dia tak akan membebel kalau kau tak buat salah. Apa salah kau pulak kali ni?” soal Izzati lagi.

“Along aku suruh masuk pejabat. Aku masuklah tadi tapi Pak Cu aku bising-bising. Komen pasal pakaian akulah apalah. Huh! Bosan!” luah Arlyssa agak beremosi.

“Kau masuk pejabat pakai apa? Macam ni ke?” sengaja Izzati menyoal Arlyssa sedangkan dia memang tahu memang beginilah cara Arlyssa berpakaian. Tak tahu nak pakai baju yang tutup-tutup sikit.

“A’ah la. Dah memang baju-baju macam ni aje yang ada dalam almari aku. Dia nak aku berpakaian macam pekerja-pekerja tu sedangkan aku tak ada baju-baju kelambu tu semua!” bentak Arlyssa. Bukan dia tak ada tapi dia tak mahu pakai. Bila tak nak tu, macam-macamlah alasan yang direkanya.

“Eleh, kalau ada pun belum tentu kau pakai. Aku kenallah kau ni macam mana,” bidas Izzati perlahan.

“Apa kau kata?” tanya Arlyssa. Dia dah dengar apa yang Izzati katakan walaupun perlahan. Sengaja dia bertanya.

Soalan dari Arlyssa Izzati biarkan begitu sahaja kerana Didi datang ke meja mereka menghantar pesanan Izzati tadi.

“Apa yang kau orang duk borak? Rancak sangat aku tengok.” Tegur Didi sambil meletak gelas berisi air coppucino di hadapan Izzati.

“Tak ada apalah. Tak penting pun,” balas Izzati sebelum meneguk air di hadapannya. Terasa dahaga pulak.

Didi terus berlalu kerana terpandangkan jelingan tajam pengurusnya. Huh, tak boleh tengok orang senang! Dengus Didi di dalam hati. Cepat-cepat dia melangkah masuk ke bahagian dapur.

Tiba-tiba telefon bimbit Blackberry Bold 4 milik Arlyssa menjerit minta diangkat. Skrin telefon Arlyssa pandang seketika sebelum ditolak ke tepi. Nombor along yang naik buat dia rasa menyampah. Pasti Pak Cu dah beritahu alonglah tu. Teka hatinya.

“Hoi, jawablah telefon tu. Bingit aje duk berbunyi dari tadi.” Suruh Izzati. Telinga dia dah sakit bila mendengar bunyi telefon yang tak henti-henti dari tadi.

“Huh!” dengus Arlyssa.
Lambat-lambat dia mencapai telefon itu. Selepas berbual seketika, Arlyssa menjerit mendadak hingga mengejutkan Izzati. Nasib baik tak ada orang di sebelah meja mereka. Kalau tak, dah lama mereka malu sebab menjadi perhatian orang. Kemudian Arlyssa mencampak telefon masuk ke dalam beg tangannya dan memeluk tubuh.

“Kau kenapa? Tak ada angin, tiba-tiba menjerit. Siapa yang call kau?” tanya Izzati.

“Along aku. Menyemak betullah. Semua benda nak kena ikut telunjuk dia. Ingat aku ni apa? Budak kecil yang tak tahu apa-apa ke?!” Arlyssa melepaskan rasa geram yang terbuku di dalam hati.

“La, aku ingatkan apalah tadi.” Hal kecik pun nak kecoh minah ni. Sambung Izzati tapi hanya di dalam hati. Tak berani dia nak cakap depan-depan, nanti ada jugak yang meletup. Muka Arlyssa pun dah semacam aje tu. “Kes apa pulak kali ni?” soal Izzati, sekadar menunjukkan yang dia sangat perihatin.

“Pasal aku masuk pejabat pakai macam nilah. Tak habis-habis. Si Pak Cu ni pun satu hal, semua benda nak mengadu kat along aku.” Luah Arlyssa.

“Habis, yang kau menjerit tu kenapa?”

“Along aku suruh balik. Heh, tak nak aku. Nanti bengkak telinga aku asyik dengar ceramah dia. Along aku tu kalau aku cakap tak nak, tak faham-faham!” dengus Arlyssa.

“Dah tu kau buat apa lagi kat sini? Pergilah balik. Nanti tak pasal-pasal along kau datang serang kat sini. Bising tau,” rungut Izzati. Bukannya dia tak pernah tengok Arlyssa kena heret keluar dari sebuah restoran kat Ampang Point. Habis kecoh dan tak pasal-pasal meja yang mereka duduki menjadi perhatian umum. Luarannya memang along Arlyssa tu nampak pemdiam sangat. Tapi bila sekali naik angin, memang kecoh!

“Heh, aku cakap tak nak maknanya tak naklah! Kau ni kenapa? Dah macam along aku pulak!” protes Arlyssa.

“Kau nak jadi macam kat Batu Buruk dulu tu ke? Tak pasal-pasal kau kena heret depan orang ramai. Malu kau tau tak. Kalau kau sorang yang malu aku tak kisah, tapi kalau dengan aku pun terbabit sama, kat mana nak sorok muka ni?” bidas Izzati. Arlyssa ni memang, hanya fikirkan perasaan sendiri saja. Perasaan orang lain dia tak ambil kisah!

“Huh!” dengus Arlyssa keras.

Beg tangan dia sambar kasar dan bangun. Dia berkira-kira mahu berlalu dari situ. Nama saja kawan baik tapi bila kawan ada masalah, sikit pun tak nak tolong! Makin menghalau pulak!

“Hoi! Air kau ni siapa nak bayar?” laung Izzati. Lain kali, kalau nak pergi macam tu aje bagi tahulah awal-awal. Rungut Izzati di dalam hati.
Langkah Arlyssa mati. Dia pusing sedikit tubuhnya menghadap Izzati. “Kaulah bayar,” selamba Arlyssa menjawab sebelum menyambung langkah yang terbantut seketika tadi. “Asyik aku aje yang belanja kau. Sekarang giliran kau pulak belanja aku.” Dengus Arlyssa sendirian.

“Aku jugak yang kena bayar. Huh! Nama saja anak orang kaya!” sempat lagi Izzati mengutuk Arlyssa secara belakang. Kalau depan-depan, dia memang tak berani punya! Sebab Arlyssa yang selalu belanja, dia cuma bawa tubuh aje.

SYED Yusri memandu masuk keretanya ke dalam garaj. Rasa marahnya masih belum surut. Langkah adiknya tak dapat dijejaki. Huh! Pintu kereta dia hempas kasar. Kemarahan yang berdongkol di dalam hati dilepaskan dengan cara begitu.

“Jumpa Lys along?” soal Puan Aini yang setia menanti di ruang tamu sebaik ternampak kelibat Syed Yusri. Hatinya tidak sabar dan sudah bertukar rentak tidak enak. Anak bongsunya masih tidak balik walau hari sudah menginjak ke malam hari.

“Tak jumpa, ma. Semua tempat along pergi tapi batang hidung dia pun tak nampak. Bila along tanya kawan dia, mereka jawab Lys dah balik. Kalau dah balik mesti dah ada kat rumah. Tapi dia masih tak balik jugak.” Daripada soalan mamanya dia sudah dapat mengagak yang Arlyssa memang tak balik lagi. Dia ni memang nak kena ni!

Puan Aini mengeluh. Dia mengatur langkah perlahan naik ke bilik. Badannya sudah terasa lesu kerana perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur sangat memenatkan walaupun bukan dia yang memandu. Syed Yusri juga naik ke atas. Badan yang letih perlu direhatkan tapi sebelum tu dia mahu ajar adiknya sikit. Pintu utama dia selak dari dalam. Biar adiknya rasa bagaimana tidur di luar rumah. Kemudian dia mendapatkan Bibik Nor dan berpesan agar tidak membuka pintu itu jika terdengar Arlyssa memanggil dari luar. Selepas itu barulah dia naik ke biliknya. Mandi dan solat sebelum tidur. Badan yang sangat letih perlukan rehat yang panjang. Harap-harap dia tak terbabas pagi esok sebab banyak kerja menanti di hospital.

SIAP mengunci kereta Honda CR-V miliknya di dalam garaj, Arlyssa melangkah lemah merapati pintu rumah. Badannya terasa sangat letih sekarang ni. Hanya katil dan bantal saja yang terbayang di ruang matanya. Nak angkat kaki dah rasa tak larat ni. Anak kunci dia cucuk pada tombol pintu dan perlahan-lahan dia memulas tombol pintu. Tapi apabila dia tolak pintu, pintu tak bergerak. Kaku begitu. Dia cuba lagi, dan hasilnya masih sama. Tetap gagal.

Hatinya dipagut rasa geram. Rasa mengantuk yang tadinya menguasai diri tiba-tiba lenyap dan diganti dengan rasa marah yang meluap. Kerana tak dapat mengawal emosi sendiri, dia menepuk-nepuk kuat pintu itu agar seluruh isi rumah bangun. Dia tak peduli pada jiran-jiran yang mungkin akan turut terjaga dengan tindakan bodohnya itu.

“Bibik! Bibik Nor! Hoi, bibik!” keras dan kuat Arlyssa melaung memanggil nama pembantu rumah mamanya. Tangannya tak lepas-lepas menepuk kuat pintu hingga bergegar pintu itu.

Diam. Tiada tanda-tanda Bibik Nor akan membuka pintu itu. Kebisuan itu tambah menyakitkan hati Arlyssa. Pintu rumah dia tepuk lagi. “Bibik Nor! Bibik! Hoi, pekak ke?!” jerit Arlyssa lagi.

“Hoi! Apa bising-bising ni?! Tak sedar ke dah malam buta ni?! Kalau nak menjerit pergilah ke zoo. Sekarang orang nak tidur! Memekak aje!” entah dari mana datangnya suara itu. Terperanjat Arlyssa. Matanya meliar memandang sekeliling tapi tak nampak bayang orang pun. Matanya menangkap cahaya lampu yang dipadamkan dari rumah sebelah kanan. Rumah Che Ibrahim.

Dengan hati yang masih berdongkol geram, Arlyssa melangkah merapati keretanya. Penggera kereta dia tekan dan dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Tidur dalam keretalah malam ni. Pertama kali dia diperlakukan sebegitu. Dia pasti ini semua kerja alongnya. Dia pasti sangat. Ni mesti kes dia tak balik awal tadi. Ah, dia heran pun tak!

p/s:EPH bab3.... mcm mna??

Selasa, 7 Februari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB31

AKU tersedar apabila terdengar suara orang membaca ayat suci Al-Quran. Terkebil-kebil aku memandang sekeliling. Aku bangun dari pembaringan. Cahaya samar-samar yang datang daripada lampu kecil yang terletak berdekatan dengan kaki meja belajar memberi sedikit sumber cahaya untuk aku memandang insan yang sedang mengalunkan bacaan ayat suci Al-Quran. Ralit aku memandang belakang dia yang lengkap memakai baju Melayu dan dipadankan dengan kain pelikat serta ketayap putih di kepala.

“Awak dah sedar?” teguran dari dia menyentakkan aku. Wajahnya aku tatap seketika sebelum mengangguk. Aku mahu bangun, nak mandi, terasa badan ni melekit aje.

“Eh, awak nak ke mana ni?” dia bertanya. Nadanya ternyata bimbangkan aku.

“Nak mandi,” jawabku sambil tangan mencapai tuala yang tersidai di rak penyidai.

“Dah nak masuk waktu berbuka ni, tak elok kalau nak mandi. Kita keluar berbuka dulu, lepas tu baru awak mandi, ya.” Dia menasihatiku dan memberi cadangan dalam satu nafas.

Wajahnya aku pandang seketika. Aku masih kebingungan sebenarnya. Kepalaku ligat berfikir. Baru nak masuk waktu berbuka? Sekarang ni bukan dah malam ke? Soalan demi soalan bertubi-tubi menyesakkan kepala tanpa jawapan.

Dia menarik tanganku, mungkin tak sabar sebab lama sangat menunggu aku memberikan jawapan. Menonong aku berjalan, bagai orang buta yang sedang berjalan sambil dipimpin oleh orang celik. Dia merapati meja makan.

“Dah sedar Fiza?” mama yang sedang menatang mangkuk besar berisi nasi menyoalku.

Hanya seulas senyuman aku lemparkan pada mama. Dari ruang makan, aku dapat menangkap bunyi riuh rendah yang datang dari dapur. Mungkin sedang memasak. Di atas meja makan hanya ada beberapa jenis lauk saja aku lihat. Mungkin dibeli kerana lauk pauk yang terhidang tidak sama dengan lauk pauk yang biasa emak masak.

Bunyi tembakan meriam yang menandakan masuk waktu berbuka puasa sudah menjadi suatu kemestian dan kebiasaan bagi penduduk Kuala Terengganu. Sebelum menjamu selera, telingaku sempat menangkap bunyi alunan bacaan tahlil yang datang dari ruang tamu. Mereka berbuka selera dengan menjamu hidangan yang terhidang. Berselera sekali aku lihat mereka menjamu selera. Cuma aku sahaja yang tak ada selera. Aku hanya meneguk segelas air masak sahaja sebagai tanda berbuka puasa sebelum aku berlalu ke bilik.
Seleraku mati sejak waktu sahur pagi tadi lagi. Daripada tak buat apa, lebih baik aku mandi dan solat dulu.

JENAZAH abah selamat dikebumikan selepas solat Asar semalam ketika aku masih tidak sedarkan diri. Itulah apa yang Syu beritahu kepada aku. Pada sebelah malam pula diadakan kenduri arwah. Aku seperti orang kebingungan ketika orang lain sibuk menyediakan makanan untuk tetamu. Aku hanya memerhati, langsung tak ada keinginan untuk membantu. Bukannya aku malas tapi fikiranku tidak di situ. Aku tenggelam di dalam duniaku tanpa meghiraukan hiruk-pikuk bunyi saudara mara yang menyediakan juadah kenduri arwah sambil berbual sesama mereka.

Dahulu, bagiku kematian itu adalah suatu yang biasa. Kematian langsung tidak meninggalkan kesan padaku. Bagiku kematian adalah suatu fitrah kerana semua manusia pasti mati suatu hari nanti. Cuma kita tak tahu bila kita akan pergi untuk selama-lamanya. Tetapi kematian abah bagai memberi tamparan hebat buatku. Aku hilang tempat meluahkan perasaan dan hilang tempat bermanja untuk selama-lamanya.

Tanpa sedar, air mataku menitis perlahan menuruni pipi. Kesedihan yang menguasai diri menjadikan aku berubah secara mendadak. Jika sebelum ni aku seorang yang sangat keras dan kuat melalui apa jua dugaan mendatang. Malah untuk menitiskan air mata adalah amat payah sekali kerana aku bukan insan penyedih atau pun seorang mudah untuk menangis. Dan sekarang air mataku sangat murah, bagai tiada harga langsung.
Sedang aku melayan perasaan sendiri, dia datang menyapa.

“Kenapa ni?” lembut sekali dia bertanya.

Aku diam, tidak menjawab soalannya itu. Hanya esakkan yang terdengar dari bibirku beserta dengan hinggukan bahu menahan tangis. Dia memaut bahuku dan memelukku sambil mengusap belakangku. Dia juga diam. Hanya mendengar aku menangis teresak-esak. Lama juga kami berkeadaan begitu.

“Syy…” dia memujukku.

“Saya rindukan abah,” akhirnya keluar jugak suaraku bersama sendu yang masih berlagu.

“Fiza, setiap yang hidup pasti akan pergi. Kalau awak rindukan abah, bukan begini caranya. Menangis tak boleh mengurangkan rasa rindu awak pada arwah abah. Sepatutnya awak perlu perbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran untuk disedekahkan kepada arwah abah. Menangis tu boleh tapi jangan sampai meratap. Berdosa. Allah murka pada mereka yang meratap kerana itu menandakan yang kita tidak menerima fitrah yang telah Dia tetapkan.” Panjang lebar dia menasihatiku.

Dengan air mata masih lagi belum kering mengalir, aku mencernakan setiap apa yang Aril ujar. Pelukkannya yang tadi kemas melilit tubuhku terasa semakin longgar.

“Ala, dah lah menangis tu. Buruk tau muka macam tu, senyumlah sikit. Awak pergi ambil wuduk. Kita solat berjemaah dan kita mengaji sama-sama lepas tu.” Sempat lagi kutuk aku tu. Dia memberikan cadangan seraya melepaskan pelukan dan mengusap belakangku selepas itu. Aku hanya mengangguk dan menurut cadangannya.

Malam itu kami menunaikan solat Maghrib dan solat Isyak secara berjemaah. Masa senggang semasa menunggu masuk waktu solat Isyak terisi dengan alunan bacaan surah Yassin untuk arwah abah. Pada malam itu juga aku seakan sudah jatuh cinta pada suami sendiri. Jatuh cinta pada imej keislaman yang dia tonjolkan. Memang inilah yang aku cari. Di dalam senarai ciri-ciri calon suami, aku menetapkan seorang lelaki yang kuat agama sebagai ciri utama. Walaupun bukan seorang ustaz, tapi seorang lelaki yang taat pada suruhan Allah sudah memadai bagiku, yang boleh membimbingku ke jalan yang diredhai.

SEMINGGU aku memerap di rumah melayan perasaan sendiri. Seminggu juga aku tidak hiraukan keadaan butik. Dan selama seminggu aku tidak menjahit baju tempahan pelanggan. Tapi hari ini aku ke butik dengan semangat baru. Awal-awal pagi lagi aku siap mengenakan sepasang baju kurung polkadot hitam putih untuk keluar ke butik. Tapi aku balik awal dari butik kerana nak memasak juadah berbuka puasa.

Selepas menunaikan solat Asar, aku melangkah keluar dari bilik. Bahagian dapur menjadi hala tujuku. Aku terasa mahu memasak selepas seminggu aku abaikan tanggungjawabku nan satu itu. Pintu peti sejuk aku tarik, kepalaku menjenguk ke dalam peti. Niat di hati nak sediakan sarapan untuk Aril kerana sudah lama rasanya aku tidak buat semua tu. Tapi nampak gayanya tak dapatlah aku sediakan sarapan. Peti sejuk di hadapanku ini hanya terisi sekotak susu yang sudah masam baunya dan botol-botol berisi air masak. Semalam aku tak pula check peti sejuk ni. Bersahur pun aku teguk air sejuk aje pagi tadi.

Eh, sekejap. Aku rasa ada sesuatu yang boleh dijadikan menu berbuka. Aku tiba-tiba teringat yang aku pernah membeli makanan segera yang boleh dimakan dalam masa-masa gawat macam ni. Peti sejuk bahagian sejuk beku aku buka. Ha, ada pun kau. Paket-paket nugget ayam dan sosej daging aku bawa keluar. Eh, tapi kenyang ke makan makanan segera ni buat berbuka? Ah, kenyang ke tak, itu lain kira, yang penting ada makanan. Kuali di dalam kabinet aku keluarkan dan diletak di atas dapur.

Sedang elok aku siap menghidang juadah berbuka yang baru aku goreng dan membancuh air limau nipis, aku terpandangkan kelibat Aril melangkah masuk ke dalam rumah dan merapati meja makan. Aku jadi malu nak pandang wajah dia. Yalah, lepas free-free kena peluk, siapalah tak malu. Lagi pulak dengan juadah yang aku hidangkan ni.

“Ini aje ke? Tak kenyanglah kalau berbuka dengan nugget dan sosej ni aje.”
Amboi, banyak komen pulak dia. Makan ajelah apa yang ada. Ni nasib baik ada makanan, bukan macam orang lain, nak makanan perlu minta simpati orang.

“Okeylah ni. Ada jugak makanan daripada tak ada langsung. Cuba awak tengok kat luar sana, berapa ramai yang tak ada makanan? Bersyukurlah sikit.” Ha, mulut aku dah laju menjawab lepas seminggu tak berdebat dengan Aril.

Dia menghulurkan bungkusan berisi makanan yang berada di tangannya sebelum duduk di tempat biasanya. Terkejut jugak aku, tadi aku tak perasan pun yang dia sedang membimbit bungkusan di tangan. Aku sambut hulurannya itu beserta dengan senyuman yang terukir di bibir dan dibawa ke dapur. Haruman nasi beriani yang menusuk hidung sangat-sangat menggodaku.

Kami menjamu selera sejurus azan Maghrib berkumandang dari radio kecil yang terpasang di dapur. Usai berbuka, tiba-tiba Aril berkata.

“Terima kasih,”

Aku pelik. Wajahnya aku pandang. Mukaku sememangnya sedang menunjukkan tanda soal sebesar-besar alam.

“Terima kasih sebab sediakan juadah berbuka ni walaupun tak seberapa,” lembut sekali kata-kata yang keluar dari bibirnya. Terasa seakan mahu luruh jantungku. Lantas tanpa menunggu lama, aku melarikan diri ke dapur. Mahu meredakan debaran di dada.

Isnin, 6 Februari 2012

BLOG SAYA

ini adalah blog kedua saya selepas blog ini.. blog lama, fieyzafadlina.blogspot.com dah x blh d buka.. huhuhuhu...

KLIK LINK KAT BAWAH

FIEYZA RAFIZAH


terima kasih...

Ahad, 5 Februari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB30

SEMALAM seharian aku tak ke butik. Sebelah siang aku di hospital manakala sebelah malam pulak balik ke rumah abah. Jika malam kelmarin emak yang jaga abah, semalam pulak giliran Abang Din yang jaga abah. Kami bergilir macam tulah. Isteri Abang Din, Kak Jiha dibawa ke rumah abah sebelum Abang Din ke hospital.

Pagi ni giliran Syu pula yang menjaga abah dan aku akan ke butik sekejap. Sehari tinggal butik dah rasa macam sebulan aje aku rasa. Tapi sebelum ke butik aku kena mintak tolong Aril hantar balik ke rumah dia dahulu sebab aku nak ambil segala kelengkapan jahitan dan komputer riba. Dua barang yang paling penting dalam hidup aku.

Siap mengenakan seluar jeans dan baju T kosong, aku mendapatkan Aril yang sedang bercakap dengan telefon bimbitnya di luar rumah. Lima minit aku terpacak bagai tugu negara di belakang Aril, dia pulak duk sibuk bercakap dengan siapa entah. Sementara menunggu dia sudah menjawab panggilan yang tersangat penting tu, secara tida sengaja aku memandang dan membuat penilaian ke atas Aril.

Susuk tubuh yang segak mengenakan sehelai kemeja warna biru laut serta dipadankan dengan seluar slack warna biru gelap hanya dapat aku pandang dari belakang. Segak jugak Aril ni. spontan hatiku memuji. Eh, tak salahkan puji suami sendiri. Dapat pahala lagi. Wah, dah pandai sekarang cakap pasal dosa pahala.

“Nak pergi sekarang ke?” soalan dari Aril mengejutkan aku. Habis hilang semua yang berada dalam fikiranku.

“Hmm..” jawabku berlagak selamba. Melihat dia berjalan ke arah keretanya, aku juga ikut ke sana. “Awak tak payahlah hantar saya ke butik, hantar aje saya ke rumah awak sebab saya nak ambil barang saya. Dari sana nanti saya pergi sendiri ke butik dengan kereta saya.” Sambungku selepas kereta mula bergerak masuk ke jalan besar.

Dia senyap aje. Tak jawab apa-apa pun dengan permintaan aku tu. Kalau dia senyap, aku pun malas nak bercakap. Aku pandang keluar kereta sambil melayan lagu yang diputarkan oleh radio. Fikiran aku pulak menerawang entah ke mana. Sedar-sedar aje ketika kereta membelok masuk ke halaman rumah Aril.

Aku bergegas keluar sebaik saja kereta berhenti di hadapan tangga rumah. Sedang aku mengemas barang-barangku, telingaku menangkap bunyi hon yang ditekan bertalu-talu. Hisy, siapa pulak ni? Siapa pulak yang datang pagi-pagi buta ni. Dengan tangan yang sarat barang-barang yang perlu aku bawa ke butik, aku membuka pintu rumah.
La, ada lagi dia ni? Kenapa tak pergi-pergi lagi? Kan aku dah pesan, aku pergi ke butik sendiri. Aku menghampiri keretanya selepas mengunci pintu rumah. Tanpa membuka pintu kereta, aku mengetuk cermin kereta dan Aril menurunkan cermin itu kemudiannya.

“Kenapa?” soalku.

“Jomlah saya hantar awak ke butik.”

“Kan saya dah pesan tadi, saya pergi sendiri ke butik nanti. Tak payahlah awak hantar.” Ujarku.

“Jomlah. Nanti senang nak pergi tengok abah kat hospital.” Balasnya sambil membukakan pintu kereta untukku.

Tanpa bersoal lanjut, aku masuk ke dalam kereta selepas meletakkan segala barang-barangku di tempat duduk belakang.

“WOW, cantiknya kereta tadi tu. Tuan kereta pun boleh tahan jugak. Siapa tu Cik Sya?” mulut kepoh Miza mula memuji dan bertanya. Matanya tak putus-putus duk perhatikan kereta Aril. Haih dia ni! Mulut tu sibuk aje nak tahu itu ini. Tak boleh langsung tengok aku ada benda baru sikit.

“Awak ni, bukannya nak tolong saya angkat barang yang penuh kat tangan saya ni tapi sibuk pulak nak tahu siapa yang datang hantar saya.” Pantas aku membidas.
Tersengih-sengih Miza seperti kerang busuk! Tahu silap sendirilah tu. Selepas meletakkan barang-barangku di dalam bilik kecilku, aku memanggil Miza dan Saira memandangkan butikku masih lagi tiada pelanggan.

“Sepanjang saya tak datang ke butik semalam, awak ada terima tempahan daripada pelanggan tak? Dan ada apa-apa berita yang awak nak laporkan kepada saya?”

“Semalam ada lima orang pelanggan yang datang nak tempah baju tapi dua daripadanya nak pakai untuk raya ni. Tiga lagi nak pakai untuk raya haji. Lagi satu, ada dua bungkusan sampai semalam tapi kami tak buka lagi bungkusan tu.” Jawab Saira.

Selepas mendengar jawapan Saira, aku terus membuka bungkusan yang sampai semalam. Pekerjaku yang dua orang tu memang tak akan usik barang yang baru sampai kerana aku perlu memeriksa dahulu barang-barang itu sama ada cukup seperti yang aku pesan atau kurang. Kemudian barulah aku mengarah mereka menggantung atau menyimpan dahulu barang tersebut di dalam stor.

Meja kerjaku yang penuh dengan peralatan jahitan dan baju yang tidak sempat aku siapkan semalam aku pandang lama. Macam manalah nak siap kalau dua kali pengsan semalam. Sejak pagi tadi kepalaku asyik memikirkan keadaan abah yang berada di hospital. Hatiku gelisah namun aku buat-buat sibuk membuka bungkusan kain-kain yang baru sampai.

Menjelang pukul 12.00 tengah hari aku siap menyusun dan mempamerkan kain-kain yang baru sampai di bahagian hadapan butik. Sedang aku mengemas plastik bungkusan yang perlu dibuang, telefon bimbitku yang berada di dalam poket seluar bergetar. Tersentak aku seketika. Pantas tanganku menyeluk poket seluar.
ARIL KEREK. Nama itu yang naik di skrin telefonku. Ada apa pulak call aku ni? Dengan malasnya aku menjawab juga panggilan itu.

“Helo,” sapaku tanpa salam.

“Wa’alaikumussalam.” Nampak sangat sindir aku.

“Assalamualaikum, ada apa call saya?” sengaja aku tidak mahu memanjangkan perkara yang remeh-remeh ni.

“Wa’alaikumussalam. Ha, macam tulah. Ni duk helo-helo. Bagi salam kan senang, dapat pahala lagi. Lagi satu sejak bila pulak saya tak boleh call isteri sendiri?” huh, dah mulalah tu nak merapu meraban!

“Saya tak cakap pun salah tapi kenapa awak call saya ni? Saya ada banyak kerja lagi nak buat daripada melayan awak.”

“Awak keluar sekarang, saya dah ada kat luar ni.” arahnya tiba-tiba.

Hah? Pantas aku merapati dinding butik yang hanya ditutupi dengan cermin. Dan memang betul, keretanya sudah tersadai di hadapan butik.

“Nak pergi mana pulak?” soalku lagi. Aku tak ada moodlah nak ikut dia, entah nak pergi mana pun aku tak tahu.

“Kita ke hospital. Cepatlah. Dah naik berpeluh saya ni duk tunggu kat depan butik awak ni.”

Dengar aje perkataan hospital membuatkan aku jadi tak senang duduk. Aku kegelisahan. Sejak dari pagi tadi lagi aku dah tak sedap hati. Kenapa dengan abah? Ya Allah, janganlah jadi apa-apa pada abah. Hatiku berdoa pada Ilahi.

Tanpa menunggu lama, aku memutuskan talian dan mencapai beg tangan yang berada di dalam bilikku sebelum mendapatkan Aril yang sedang menunggu di dalam kereta. Sebelum melangkah keluar dari butik, aku sempat berpesan kepada Miza dan Saira yang mana aku tidak akan masuk ke butik pada petang nanti dan meminta mereka menutup butik seperti biasa.

Sebaik pintu kereta aku tutup, Aril terus memecut laju keretanya meluncur di atas jalan raya. Manakala bibirku pula basah dengan doa kehadrat Ilahi. Aku takut sekiranya sesuatu terjadi pada abah. Aku tidak dapat membayangkan jika abah pergi untuk selama-lamanya. Jika penyokong dan tulang belakangku yang paling penting dalam hidupku sudah tiada dan aku secara automatik memegang status anak yatim. Ya Allah, aku tidak sanggup untuk menghadapinya.

Kereta diberhentikan di dalam petak laman parkir kereta KFC, aku terus meloloskan diri keluar dari kereta dan diekori oleh Aril. Dengan langkah yang langsung tak teratur dan sedikit kelam-kabut, kami masuk ke dalam bangunan hospital. Sebaik keluar dari lif, aku terpandangkan Abang Din yang bersandar pada pintu wad CCU. Mak Ngah, Mak De, Mak Teh dan Pak Mat juga ada di situ. Mereka adalah kakak dan adik-adik emak.
Laju kakiku menghampiri Abang Din. “Abang, kenapa dengan abah?” tanpa sabar, aku mula menyoal. Wajah Abang Din yang muram aku pandang lama.

“Abah dah tenat Fiza. Tadi ada dua orang doktor datang periksa abah, mereka cakap tahap kesihatan abah makin teruk dan mereka suruh abang kumpulkan semua ahli keluarga terdekat. Ini kerana tahap kesihatan abah bertambah buruk dan abah tidak punya banyak masa lagi.” Terang Abang Din.

Aku terasa ingin meraung di situ tapi suaraku seakan tersekat di kerongkong. Kakiku terasa seakan lembik tiba-tiba. Kemudiannya tubuhku dipaut seseorang dan aku tahu, dia yang sedang memautku ke dalam pelukannya. Aku kenal sangat dengan minyak wangi yang dia biasa guna. Air mataku mengalir lesu. Tiada bunyi esakkan dari bibirku.

“Sabar, Fiza. Banyakkan beristighfar dan ingat Allah. Awak tak boleh lemah macam ni,” dia berbisik ke telingaku sambil mengusap belakangku.

“Abang, bila kami boleh masuk?” Aril bertanya pada Abang Din.

“Sekarang ni emak dengan Cik Nab ada kat dalam. Nanti bila mereka dah keluar, bolehlah Aril dan Fiza masuk.”

Aku ikut setiap nasihat Aril. Bibirku tidak putus-putus beristighfar dan menyebut nama Yang Maha Esa. Seketika kemudian, aku sudah pulih seperti biasa. Pelukan juga sudah terlerai. Cuma tangannya saja yang masih menggenggam tanganku. Bagai sedang menyalurkan semangat untukku. Sedang aku berteleku melayan perasaan sendiri, pintu wad CCU terbuka sebelum ternampak kelibat emak dan Cik Nab melangkah keluar dari wad CCU.

“Abang, Fiza nak masuk nak tengok abah.” Pantas aku memberitahu Abang Din.
Lalu Abang Din membawa aku dan Aril ke pintu wad. Kami perlu meminta pas pelawad dari pengawal yang bertugas sebelum dapat masuk ke dalam bilik yang menempatkan abah. Pengawal sempat berpesan kepada kami iaitu hanya sebentar saja kami boleh menjenguk abah. Hendak atau tidak aku terpaksa juga mengangguk, menuruti syarat yang dikenakan.
Aku merapati katil yang menempatkan abah selepas pintu bilik terbuka. Sekali lagi air mataku gugur bagai dedaun yang luruh pada musim luruh. Air mata yang dulunya amat payah untuk keluar tetapi menjadi tersangat murah pada hari ini. Hatiku terasa sangat tersentuh dan sedih melihat keadaan abah yang semakin tenat. Badan abah berselirat dengan wayar yang menjadi penyambung kepada alat penyambung nyawa.

Yang paling menyedihkan kedua-dua tangan dan kaki abah terpaksa diikat kerana di dalam keadaan tidak sedar seperti itu, kaki dan tangan abah teramat aktif bergerak. Doktor menyarankan anggota itu diikat kerana bimbang pergerakkan yang terlalu aktif akan mencederakan abah. Surah Yassin yang memang sentiasa ada di dalam beg bimbit, aku tarik keluar.

Dengan suara yang tersekat-sekat, aku mengalunkan perlahan bacaan Surah Yassin. Aril juga membaca Surah Yassin. Sehabis membaca surah yang menjadi jiwa kepada Al-Quran itu, aku mengucup dahi abah. Wajah yang pucat itu aku tatap lama sebelum datang seorang jururawat yang mengarahkan kami keluar dari bilik itu. Dengan hati yang berat, aku dan Aril turuti juga.

KETIKA kami semua sedang menunggu di luar wad, kami di datangi seorang jururawat yang memaklumkan yang abah sedang nazak dan kami semua dibenarkan masuk untuk menjenguk abah, mungkin untuk kali yang terakhir. Aku yang sememangnya tidak percaya, meraung di situ juga.

Insan yang menjadi penyokong kuatku sedang bertarung dengan sakaratul maut sekarang ini. Abah akan pergi meninggalkan kami semua pada bila-bila masa saja dari sekarang. Aril yang melihat dan mendengar aku meraung sebegitu terus memelukku dan menenangkanku. Selepas menghamburkan tangisan seketika barulah aku kembali lega.

“Fiza, awak jangan jadi macam ni. Awak kena kuat, lawan semua perasaan sedih yang sedang berperang dalam diri awak tu. Bukan awak seorang saja yang terasa kehilangan. Emak, Abang Din, Syu, Jad juga merasai perasaan yang sama dengan awak. Jika awak tak kuat, macam mana adik-adik awak nak jadi kuat. Walaupun awak rasa diri awak tak kuat, awak perlu berpura-pura kuat di hadapan mereka. Awak kena pandai kawal diri. Ingat, setiap yang bernyawa pasti akan kembali kepada si Penciptanya. Bukan abah saja, kita juga akan ikut jejak langkah abah juga suatu hari nanti. Cuma kita tak tahu bila dan bagaimana keadaan kita meninggal nanti.” Panjang lebar dia menasihatiku ketika aku berada di dalam pelukannya.

Jika tadi aku terasa kehilangan, tetapi sekarang aku terasa seperti punya semangat baru. Seperti seorang yang baru terbangun dari lena yang panjang. Tanpa sedar aku mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat-sangat memahami seperti dia. Perlahan-lahan pelukannya aku leraikan.

“Dah, okey?” lembut dia bertanya sambil jari-jemarinya sibuk menyapu air mata yang sejak dari tadi membasahi wajahku. Aku menganggukkan kepala perlahan.

“Terima kasih,” ucapku spontan dan perlahan. Aku lihat bibirnya melorek senyum nipis.

“No hallah, small matter aje. Sekarang boleh kita masuk tengok abah?” soalnya sambil mencapai tanganku sebelum digenggam.

Nafas aku tarik perlahan sebelum mengangguk lambat-lambat. Langkah kami diatur sedikit laju. Keadaan di dalam wad diselubungi kesedihan dan kedengaran suara emak-emak saudaraku sedang mengalunkan bacaan Surah Yassin. Di suatu sudut, kelihatan kelibat papa dan mama yang juga ada sama. Entah masa bila mereka sampai aku tidak sedar. Aku hanya memandang abah telah kaku terbaring di atas katil. Graf yang terpapar di skrin alat penyambung nyawa aku lihat sangat perlahan turun dan naik.

Selepas beberapa minit, graf sudah bertukar mendatar garis lurus beserta dengan bunyi yang menunjukkan pesakit sudah pergi untuk selama-lamanya. Dan serta-merta aku tumbang di atas pangkuan seseorang dan pandanganku gelap. Aku tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.

Khamis, 2 Februari 2012

KAU YANG KUSAYANG:BAB29

PANDANGANKU berbalam-balam. Aku cuba mencelikkan mata tapi hanya pemandangan yang gelap-gelita tersaji di depan mataku. Aku pejamkan kembali mata. Seketika kemudian, setelah aku berjumpa dengan titik fokus yang dicari, aku mencelikkan mata. Dan memang keadaan di sekelilingku sekarang gelap-gelita.

Aku pandang sekeliling tempat itu. Rasanya ini bukan rumah Aril. Kepalaku ligat memikirkan di mana tempat aku berada kini. Aku baru terasa, seakan ada seseorang sedang berbaring disebelahku dan tanganku sedang digenggamnya. Aku cuba bangun namun terasa tak berdaya kerana aku berasa seperti ada benda berat yang sedang menindihku.

“Awak nak ke mana?” soalan dari orang sebelah mengejutkan aku. Pantas aku memalingkan muka ke arah tuan empunya suara. Mungkin pergerakkanku tadi telah mengejutkannya.

“Saya di mana sekarang?”

“Kita kat rumah abah sekarang ni. Awak nak pergi mana pulak malam-malam buta ni?” soalnya lagi.

Tadi dia mencelikkan sekejap mata sebelum memejamkan kembali, mungkin ingin menyambung kembali lenanya.

“Saya nak ke hospital, nak tengok abah.” Jawabku laju. Pantas dia mencelikkan mata sambil memandang tepat ke arahku.

“Hah? Awak sedar tak pukul berapa sekarang? Hospital mana buka sekarang. Nah, awak tengok pukul berapa.” Dia mencapai telefon bimbitnya dan dihulur kepadaku sebelum dia menyambung kembali tidurnya yang terganggu seketika tadi.

Bulat mataku memandang skrin telefon. 3.00 pagi? Patutlah gelap aje di luar dan di dalam rumah. Aku letakkan telefon Aril di sebelah bantalnya sebelum bangun dari pembaringan. Pegangan tangannya pada tanganku telah terlerai ketika dia terjaga tadi. Aku hanya memandang sekilas ke arah Aril yang sedang nyenyak tidur manakala mataku pula sudah tidak mengantuk sebaliknya hatiku sibuk mahu hari cepat siang.

“Siapa suruh awak tidur kat sebelah saya? Turun sekarang!” Bagai tersedar dari mimpi, aku naik berang tiba-tiba kerana baru tersedar di mana aku dan Aril berbaring. Di atas katilku di rumah abah!

“Kenapa pulak? Sambung ajelah tidur. Masih awal lagi ni.” dengan selamba badaknya Aril menjawab.

“Huh!” aku mendengus kuat. Tanpa menunggu lama, aku bangun dengan hati yang panas membara dan dengan mata yang memang tak mengantuk.
Daripada tak buat apa dengan mata yang memang tak nak tidur, aku melangkah keluar dari bilik, ke arah bilik air untuk mengambil wuduk. Lebih baik aku tunaikan solat sunat hajat sementara menanti bersahur dan masuk waktu subuh.

SESUDAH bersahur, aku berzikir sementara menanti masuk waktu subuh. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi telefon bimbitku. Mataku melingas mencari tempat letak beg bimbitku. Ketika aku menggenggam beg itu, bunyi deringan lagu Tiga Kata yang diset sebagai nada dering mati tiba-tiba. Biarpun bunyi deringan sudah berhenti, aku capai juga telefon itu untuk mengetahui siapa yang teleh menelefonku pagi-pagi buta itu. Belum sempat aku membuka kunci papan kekunci telefon, sekali lagi telefon menjerit minta diangkat. Syu! Pantas butang hijau aku tekan.

“Assalamualaikum,” aku memberi salam.

“Wa’alaikumussalam. Kak, boleh datang ambik Syu kat stesen bas tak?” tanya Syu di hujung talian.

“Syu dah sampai ke?” aku bertanya sambil mataku memandang ke arah jam yang ada di atas meja solek. 5.30 pagi.

“Haah, baru aje turun dari bas. Boleh tak kak?”

“Okey, Syu tunggu kat restoran yang ada kat dalam stesen bas tu dulu sebab akak nak solat subuh dahulu.” Jawabku.

“Okey,” sanggupnya sebelum memutuskan perbualan antara kami.

Sebaik talian terputus, azan Subuh berkumandang dari surau yang selang 3 buah rumah dari rumah abah ni. Aku mendapatkan Aril yang menyambung kembali lenanya selepas bersahur tadi. Sempat lagi tu.

“Awak, awak. Bangunlah, dah subuh ni.” panggilku. Aku hanya boleh panggil aje sebab aku masih ada wuduk. Kalau wuduk terbatal, malas pulak nak ambil lagi.
Dia buka mata sekejap sebelum tutup balik. La, boleh pulak macam tu. Nanti nak pergi ambil Syu pulak.

“Cepatlah! Lepas ni nak pergi ambik Syu kat stesen bas pulak.” Aku meninggikan sedikit suara apabila melihat dia tak bergerak sedikit pun. Tegak dia bangun sebaik mendengar suaraku. Dia ni, memang kena ajar macam tu. Kalau tak, memang tak bangun.

TEPAT pukul 7.00 pagi aku sudah siap berpakaian kemas. Sepasang baju kurung kain kapas sudah tersarung elok di tubuhku. Selepas mengejutkan Aril, aku terus terpacak di halaman rumah. Lima belas minit menunggu akhirnya muncul juga batang tubuh Aril. Sebaik aku menghampiri kereta, Syu menegurku dari beranda tingkat atas.

“Akak, nak pergi mana?”

“Nak ke hospital, tengok abah.” Jawabku.

“Dah boleh melawat ke?”

“Entah. Tapi akak nak pergi jugak tengok abah.”

“Oh. Kak, Syu nak ikut jugak. Tak bestlah duk sorang-sorang kat rumah. Kejap, Syu nak tukar baju.” Laju dia berlari masuk ke dalam rumah sehabis berkata-kata.

Eh, budak ni. Aku tak kata pun nak ajak dia. Entah apa entah. Ni kena menunggu lagi. Huh! Si Syu ni bersiap kalah anak raja. Kalau keluar mesti nak bermekap. Setengah jam paling singkat masa yang dia perlukan untuk bersiap.

Sementara menunggu Syu bersiap, aku meneliti pokok-pokok sayuran yang terletak di sudut penjuru halaman yang emak tanam. Kalau nak tahu, emak aku ni tak suka tanam pokok-pokok bunga dan kat rumahnya ni tak ada satu pun pokok bunga. Yang ada pokok buah-buahan dan sayur-sayuran. Pokok rambutan, pokok kelapa rendah, pokok cili kecil, pokok limu purut, pokok kunyit, pokok bunga kantan, pokok buah longan antara yang ada di halaman rumah. Sama ada di depan atau belakang rumah.

Si Aril pulak aku biarkan termanggu di kerusi yang tersedia bersebelahan dengan garaj kereta. Pandai-pandailah macam mana nak bawa diri kat sini. Kalau ada emak aku pasti dah membebel panjang dia tapi emak ada kat hospital temankan abah malam tadi.

“Okey, jom.” Tersentak aku mendengar teguran mengejut dari Syu.
Laju kepalaku bepusing memandang wajah Syu. Aku pelik sebenarnya. Boleh pulak dia bersiap cepat. Tak sampai 15 minit dah terpacak di depan aku.

“Jom,” jawabku sambil melangkah menghampiri kereta Aril.

Kemudian kereta meluncur laju di atas jalan raya. Sepanjang perjalanan ke hospital yang cuma 3 kilometer dari rumah abah, aku perasankan yang Syu asyik merenung Aril dari tempat duduk belakang. Ini bukan kali pertama. Ketika aku dan Aril sampai di stesen bas untuk menjemput Syu awal pagi tadi, tak putus-putus Syu memandang Aril. Dan aku cuma diamkan saja.

Dalam diam hatiku terusik juga walaupun sedikit. Aril suami aku, jika ada seorang perempuan lain walaupun adik aku sendiri memandang dengan penuh minat, hatiku serba sedikit pasti tercuit perasaan cemburu.

Aku dan Syu melangkah keluar dari kereta sebaik Aril menurunkan kami di hadapan pintu utama hospital. Dia perlu pergi mencari parking dahulu. Laju aku mengatur langkah ke arah bahagian kecemasan, pintu yang sama aku masuk semalam. Ketika berada di dalam perut lif, Syu tiba-tiba mengutarakan soalan kepadaku.

“Kat mana akak jumpa abang tu? Handsomenya.”

Ha, kan aku dah cakap. Mesti Syu ada hati pada Aril. Tajam mataku memandang wajahnya. “Kenapa?” tanyaku kemudiannya. Ruang di dalam lif yang hanya terisi aku dan Syu memberi peluang untuk kami berlawan cakap.

“Abang Aril tu handsomelah akak. Kat mana akak jumpa dia?” tanya Syu lagi. Dua kali dia menyebut perkataan handsome yang ditujukan kepada Aril.

“Pasar malam,” selamba aku menjawab. Geram jugak aku bila dia sibuk aje duk tanyakan suami orang. Kau ada kekasih, jagalah kekasih kau. Jangan nak rembat orang lain punya! Dalam diam, hatiku dijentik rasa cemburu.

“Hah? Biar betul kak?” sedang elok dia bertanya, pintu lif terbuka. Pantas aku melangkah mendahului Syu. Malas aku nak menjawab soalan Syu.
Pintu wad aku tolak, katil abah yang terletak bersebelahan dengan kaunter jururawat kosong. Emak pun tak ada kat situ. Eh, ke mana pulak mak ni? hatiku bertanya.

“Kat mana katil abah?” tanya Syu yang dapat menyaingi langkahku.
Tanpa menghiraukan soalan Syu, aku menghampiri kaunter jururawat.

“Nurse, ke mana patient yang duduk kat katil ni?” tanyaku pada seorang jururawat yang memakai tag nama Jamilah.

“Patient tu telah dimasukkan ke CCU di tingkat 3.” Jawab Jamilah.

“Dah lama ke?”

“Sejak pukul 12.00 tengah malam semalam. Oh ya, barang-barang dia masih ada kat loker tu.” Beritahu Jamilah.

Selepas mengucapkan terima kasih, aku mengemas semua barang-barang milik abah dan dibawa turun ke tingkat 3. Sebaik melangkah keluar dari perut lif, mataku meliar mencari kelibat emak. Wad tingkat 3 menempatkan bilik bersalin, CCU dan ICU. Dan setahu aku saudara-mara tidak boleh menunggu pesakit. Kalau nak tunggu cuma di luar pintu wad aje.

Ha, jumpa. Emak sedang duduk berhampiran dengan tangga. Kami menghampiri emak dengan tangan penuh berbimbit barang-barang abah. Sedang Syu bertanya itu dan ini dengan emak, telefon bimbitku pula menjerit minta diangkat. Barang yang penuh di tangan aku letakkan berhampiran dengan kaki Syu sebelum menyelongkar isi beg bimbit, mencari telefon bimbit.

Skrin telefon bimbit aku tenung. Nombor yang tidak aku kenali terpapar di situ. Nak jawab ke tak ni? Aku berkira-kira sama ada nak angkat atau tidak. Ah, jawab ajelah. Aku bertawakal. Macamlah kalau aku jawab telefon tu aku kena keluarkan apa-apa bayaran. Inilah antara salah satu sikap burukku. Susah nak menjawab panggilan yang tidak dikenali.

“Helo,” teragak-agak aku memulakan perbualan.

“Assalamualaikum. Awak ada kat mana ni?” suara seorang lelaki bertanya di hujung talian. Siapa pulak ni? Dahiku berkerut memikirkan empunya suara itu.

“Siapa awak ni? Tiba-tiba aje tanya saya kat mana. Ikut suka sayalah nak ada kat mana pun, yang awak susah kenapa?” Ha, kan tak pasal-pasal dah kena sembur dengan aku.

“Amboi, sedapnya bahasa! Suara suami awak sendiri pun awak tak kenal? Apa punya isterilah awak ni!” dia sembur aku balik!

Gulp! Hah? Suami aku? Bisu aku lepas kena sembur. Ha, mulut tu lain kali jangan nak sesedap rasa aje nak sembur orang. Cubalah cakap elok-elok, tanya elok-elok. Ni tak terus sembur tanpa usul periksa. Tu baru Aril yang kena. Kalau pelanggan yang telefon tadi, tak ke dah rugi. Huh!

“Sampai bila awak nak jadi orang bisu ni? Saya tak nak membazirkan kredit saya menunggu awak membisu macam ni. Awak ada kat mana ni?” mungkin tak sabar menanti aku diam seribu bahasa, dia bertanya lagi. Menyindir pun ada dalam ayat dia tu.

“Err.. kat tingkat 3. Abah dimasukkan ke CCU.” balasku tergagap-gagap.

“Okey. Simpan nombor saya ni. Nanti tak adalah saya kena sembur lagi dan lain kali kalau ada orang tak dikenali telefon, cubalah cakap elok sikit. Ni baru saya yang kena, kalau orang lain dah lama cabut.” Dan talian dimatikan.
Huh! Keluhku keras. Aku merapati Syu. Selepas tu aku simpan nombor dia. Nak tahu tak aku simpan dengan nama apa? ARIL KEREK!

“Macam mana abah?” aku bertanya pada Syu. Kelibat emak tak pula aku nampak.

“Semalam doktor tengok tahap kesihatan abah teruk sangat sebab tu abah dimasukkan ke dalam CCU. Doktor cakap jantung abah makin lemah. Sekarang abah hanya bergantung pada mesin penyambung hayat.” Ujar Syu.

Ya Allah! Spontan hatiku menyebut. Tanganku terangkat menutup mulut.

“Bila kita boleh masuk?”

“Kalau nak masuk sekejap-sekejap tu bolehlah. Tapi kalau nak masuk lama kena tunggu waktu melawat tengah hari nanti.” Aku pandang ke arah jam di tangan. Baru pukul 7.45 pagi. Lambat lagi nak sampai pukul 1.00 tengah hari.

“Emak mana?” tanyaku lagi.

“Mak masuk tengok abah sekejap. Nanti mak nak balik berehat pulak. Pagi ni akak nak jaga ke akak nak Syu jaga abah?”

“Akak ajelah. Syu balik berehat, lagi pun baru sampai pagi tadi kan, penat pun tak hilang lagi.” Belum pun aku habis bertutur, tiba-tiba Syu mencelah.

“Eh, kenapa dengan Abang Aril tu?” pantas aku memusingkan kepala memandang ke arah tempat yang dipandang oleh Syu.
Apasal pulak dia ni? Termengah-mengah macam kena kejar dengan anjing.

“Kenapa bang? Termengah-mengah macam kena kejar aje.” Soal Syu. Eh, eh dia ni lebih sudu dari kuah nampak. Aku isteri si Aril, tapi dia pulak lebih-lebih. Dahlah tu siap panggil ‘abang’ lagi. Aku sebagai isteri dia ni tak ada pun panggil ‘abang’. Sibuk aje Syu ni! Tanpa sedar aku menunjukkan rasa kurang senang.

“Tak adalah. Abang turun guna tangga, penat sikit. Lepas ni abang kena banyak exercise nampaknya. Banyak sangat lemak ni sampaikan cepat pancit.” Jawab Aril dengan nafas yang tersekat-sekat. Amboi mesranya dua orang ni. Macamlah aku tak ada kat sini. Si Syu ni pulak duk tersengih gatal. Huh!

“Mak dan Syu balik dengan apa nanti?” aku bertanya, memesongkan topik. Berbulu aje mata dan telinga aku mendengar dan melihat tingkah laku makhlut Allah berdua ni.

“Abang Din dah telefon tadi, pukul 8.00 dia datang jemput kami.”

“Eh, balik dengan abang tak apa.” Aril mencelah. Mencerun mataku memandang Aril dan spontan satu cubitan di perut aku hadiahkan untuknya. Ha, rasakan!

“Aduh! Kenapa?” Aril seakan tidak puas hati.

Aku menjengilkan mata sebagai jawapan kepada Aril. Mulut tu gatal betul nak tawarkan dirilah apalah. Aku dah tengok Syu pandang Aril lain macam aje, tak akan aku bagi peluang untuk Aril menghantar dia dan emak. Walaupun emak ada sama. Dalam diam, hatiku terjentik perasaan cemburu.

Tidak berapa lama kemudian emak dan Syu berlalu turun selepas mendapat panggilan daripada Abang Din. Abang Din tak dapat naik kerana tiada petak parkir yang kosong. Setengah jam kemudian Aril pula menyusul. Pada mulanya dia tidak mahu ke pejabat tapi disebabkan mendapat panggilan daripada setiausahanya yang memaklumkan dia perlu menghadiri mesyuarat penting pagi ni. Terpaksa juga dia mengalah.

p/s: Fiza cemburu ke?? hehehehe..:)