Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Khamis, 28 Oktober 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 26

Keesokkannya, sesudah aku menunaikan solat zohor, aku lihat Ariff masih berbaring di atas katil. Dia baru saja balik dari menunaikan solat Jumaat. Dia ni nak pergi ke tak? Aku tertanya-tanya di dalam hati. Aku menghampiri katil.

“Err, jadi tak hantar saya ke rumah mak saya?” aku bertanya sedikit gugup.
Aku lihat dia tidak berganjak pun dari pembaringannya. Ah lantak dialah. Nak pergi ke tak. Aku berkata dalam hati. Lantas, aku melabuhkan punggung di atas sofa. Aku menanti reaksi seterusnya dari Ariff. Aku terus menanti dan menanti.

Lima minit selepas aku menanti, aku lihat Ariff bergerak sedikit. Dia bangun dan masuk ke dalam bilik mandi. Tanpa menunggu lama, aku lantas mempersiapkan diri. Baju dan tudung sudah aku sarungkan ke tubuh. Aku menghadap cermin untuk melihat tiada sebarang solekan yang tercoreng di muka.

Kemudian, aku kembali melabuhkan punggung di atas sofa. Seketika kemudian, Ariff keluar dari bilik mandi dengan hanya melilit tuala di pinggang. Aku hanya melihat sekali imbas saja. Jadi naik malu pula aku tengok sebahagian tubuh Ariff terdedah. Dari ekor mata, aku lihat Ariff membuka pintu almari dan memilih baju yang ingin di pakai.

Sementara itu, aku pula mengambil keputusan untuk turun dahulu ke tingkat bawah sambil membimbit handbagku. Biarlah aku menanti di bawah saja. Tak sanggup aku melihat pemandangan yang di hidangkan oleh Ariff.

Di bawah, aku menunggu di ruang tamu. Punggung aku labuhkan di atas salah satu set sofa yang berada di ruang tamu itu. Sambil menanti Ariff, sambil mataku menonton televisyen yang terpasang. Kelibat isi rumah langsung tidak kelihatan. Farah, ibu, abah, Mak Yam dan Pak Atan entah menghilang kemana.

Lebih sepuluh minit menanti di depan televisyen, akhirnya Ariff turun juga dari tingkat atas. Semerbak bau wangian yang Ariff gunakan. Kaki Ariff terus saja menghala ke arah pintu utama. Aku terus saja mengekori langkah Ariff. Takut juga di herdik oleh Ariff.

Central lock kereta di tekan oleh Ariff. Bila melihatkan Ariff masuk ke dalam kereta, aku juga ikut masuk ke dalam kereta. Tidak sampai seminit, kereta yang di pandu oleh Ariff sudah berada di atas jalanraya. Sepanjang perjalanan ke rumah orang tuaku, tiada sebutir pun perkataan keluar dari mulut aku mahupun Ariff. Bukan saja sepanjang perjalanan tetapi sejak dari rumah tadi lagi.

Seingat aku, ini adalah kali pertama aku ke rumah orang tuaku semenjak aku tinggal di rumah mertua. Selama ini aku tidak berani untuk ke sana kerana aku masih mengetahui hukum-hakam bagi seorang isteri keluar dari rumah tanpa izin suami. Walaupun aku hendak melawat ibu bapa kandung yang sedang nazak sekalipun. Restu suami adalah amat penting.

Dua puluh minit perjalanan, kami akhirnya sampai di hadapan rumah orang tuaku. Ariff memberhentikan kereta betul-betul di hadapan rumah emak dan ayah. Aku turun dari kereta. Dan sebaik saja aku turu dari perut kereta, Ariff terus memecut keretanya.
Emak yang mendengar bunyi kereta keluar menjenguk ke luar melalui tingkap rumah. Sebaik saja melihat aku yang muncul di hadapan rumahnya, emak terus saja keluar ke halaman rumah.

“Kamu seorang saja? Suami kamu tu ke mana?” emak bertanya sambil aku menyalami tangannya.

“Iya, mak. Abang Ariff ada kerja.” Bohongku.

Abang Ariff? Eeiii, mual tekak aku. Aku tak pernah membahasakan dirinya sebagai Abang Ariff sejak kami berkahwin. Tup tup, depan mak ayah aku, terpaksa aku berpura-pura. Jika tidak, terbongkar semua kisah aku sepanjang aku tinggal di rumah mertua.

“Oh,ya. Ayah mana?” aku bertanya kepada emak.

“Ayah kamu pergi teman ucu ke bandar. Katanya nak beli barang-barang sekolah. Eh, takkan nak berbual di sini saja. Jomlah, masuk.” Pelawa emak.

“Ucu ada balik ke mak?” aku mengekori langkah emak masuk ke dalam rumah.

“Dia balik cuti hujung minggu ni je. Lepas dia balik ni, abang kamu datang ambik dia nak hantar ke sekolahnya.” Terang emakku.

“Oh, macam tu. Sekejap je dia balik.” Kataku sambil melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan di dapur rmah orang tuaku itu.

“Yelah. Cuti hujung minggu je. Memang sekejap. Kalau nak suruh dia balik lama tunggu dia cuti penggallah.” Emak berkata.

Tangan emak aku lihat sibuk menuang minuman kepadaku.

“Eh, eh. Mak ni. Sarah boleh buat sendirilah. Macamlah Sarah tak biasa kat rumah ni.”

Sedang aku berbual kosong dengan emak, terdengar orang memberi salam dari luar rumah. Kemudian, muncul ayah dan ucu di muka pintu.

“Eh, Sarah ada kat sini. Bila sampai?” ramah ayah bertanya.

“Baru lagi, yah. Punggung pun tak panas lagi.” Aku memjawab. Lalu aku menyalami tangan ayah.

“Eh, Ariff mana? Ayah tak nampak pun dia.” Tanya ayah sambil matanya melilau mencari kelibat Ariff.

“Dia ada kerja, yah.” Jawapan yang sama aku berikan kepada ayah, seperti jawapan yaang aku berikan kepada ibu tadi.

“Habis kamu datang ke sini dengan apa? Dia tahu tak?” bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut ayah.

“Abang Ariff la yang datang hantar Sarah tadi. Kalau tak, tak sampai Sarah ke sini.”
Sekali lagi aku memberikan pangkat ‘abang’ kepada Ariff. Lagaknya seperti rumah tanggaku teramatlah bahagia. Sedangkan semuanya indah khabar dari rupa.

Sedang emak, ayah dan ucu bercerita tentang keadaan kampung sepanjang aku tiada di sana, tiba-tiba, kami di kejutkan dengan bunyi hon kereta yang datang dari halaman rumah. Pantas aku menjenguk ke luar rumah melalui pintu dapur. Kelihatan kelibat kereta Proton Wira Aeroback milik along berhenti di halaman rumah. Dan tidak lama kemudian keluar along dan Kak Anisa dari perut kereta rona maroon.

Aku tersenyum menyambut kedatangan mereka ke rumah emak dan ayah.

“Eh, along. Mana anak?” aku bertanya along tentang ketiadaan Syafikah Zalifa pada ketika itu.

“Along hantar ke rumah mak Kak Anisa. Kalau ada dia susah la nak bergerak nanti.” Jawab alongku.

“Ucu dah siap ke belum? Kalau dah siap, boleh la kita bertolak sekarang. Takut nanti sampai sana dah gelap.” Along mengalihkan pertanyaan kepada ucu pula.

“Dah siap ni. Tunggu along je.” Jawab ucu.

Beg berisi pakaian ucu hulurkan kepada along dan along menyambutnya. Beg itu along bawa ke keretanya untuk di letakkan di dalam bonet kereta. Sementara itu, Kak Anisa merapatiku.

“Macam mana hidup sekarang?” perlahan saja Kak Anisa bertanya kepadaku. Mungkin tidak mahu emak mendengar perbualan kami.

“Macam mana apa?” aku bertanya kembali, pura-pura tidak faham dengan pertanyaannya.

“Alah, dia ni buat-buat tak faham pulak. Dah duduk kat sana, mesti dah berbaik dengan Ariff kan?” dia menembak.

Aku diam. Tidak tahu harus di ceritakan atau tidak. Jika aku ceritakan masalahku, adakah ia akan membuka aib perkahwinan aku? Alu jadi serba salah.

“Okey, kita bertolak sekarang.” Suara along telah mematikan lamunanku.

“Akak tunggu jawapan Sarah.” Perlahan dia berbisik ke telingaku sambil mengukir senyuman di bibirnya.

Ucu, along dan Kak Anisa bersalam dengan aku, mak dan ayah sebelum mereka berangkat pergi. Sempat lagi hon kereta di bunyikan ketika kereta menghampiri jalanraya.

Setelah kelibat kereta along tidak lagi kelihatan, aku mengambil peluang untuk menjelajah ke seluruh halaman rumah. Sudah terlalu lama aku tidak berbuat demikian. Seperti sudah bertahun aku tinggalkan rumah itu. Pada hal baru dua bulan aku menetap di rumah mertua.

Di bahagian belakang rumah orang tuaku ini penuh dengan pokok buah-buahan. Antaranya pokok durian, langsat, duku, rambutan, ciku, jambu air dan beberapa batang pokok pisang. Nyaman aku melihatkan kehijauan pokok-pokok itu. Sekali-sekala jika aku menghadapi masalah, aku akan ke belakang rumah ini. Kehijauan semulajadi yang terdapat di sini cukup menenangkan.

Emak dan ayah juga membela binatang peliharaan. Ada ayam, itik dan angsa. Memang berbau sedikit di belakang rumah orang tuaku. Ini di sebabkan oleh najis yang di hasilkan oleh haiwan-haiwan tersebut. Sedang aku asyik menghayati pemandangan di situ, aku di kejutkan dengan laungan azan dari masjid berhampiran rumahku.

‘Sudah masuk waktu asar rupanya. Ralit sangat aku di sini.’ Getus hatiku.

Dari belakang rumah, aku berjalan masuk ke dalam rumah melalui pintu dapur. Tiada orang pun di dapur. Ayahku mungkin sudah ke masjid. Emakku pula mungkin sedang menunaikan solat di dalam biliknya. Aku masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wuduk.

Selesai mengambil wuduk, aku naik ke rumah utama sebelum masuk ke dalam bilikku. Sejadah aku bentangkan dan telekung aku sarungkan ke tubuhku. Telekung sembahyang memang tersedia di dalam rumah orang tuaku ini. Aku mempunyai banyak juga koleksi telekung sembahyang. Dua pasang telah aku bawa ke rumah mertua dan yang selebihnya masih tersimpan di sini.

Selesai menunaikan solat, aku melipat semula telekung yang baru sahaja di gunakan tadi. Aku ke depan semula. Aku lihat emak sedang membasuh pinggan mangkuk yang berada di dalam sinki.

“Emak, ayah tak balik lagi ke?” aku bertanya emak.
Aku lihat tangan emak ligat menyabun cawan-cawan di dalam sinki.

“Entahlah. Sepatutnya dia dah sampai kat rumah ni.” Emak menjawab tanpa memandang aku yang berada di atas tangga dapur.

“Emm, motor Sarah tu ayah ada guna tak?”

“Motor tu ayah tak guna pun. Cuma dia selalulah hidupkan motor tu tiap-tiap pagi. Katanya tak mahu lah motor tu tersadai je, nanti sejuk pulak enjin motor tu.” Jawab emak.

“Kenapa? Sarah nak ambik ke motor tu?” emak menyambung dengan soalan.

“Rancangnya Sarah ke sini hari ni nak ambik motor tu la. Tapi nak tunggu ayah balik dari masjid dulu.” Jawabku.

Sedang aku berbual kosong dengan emak, kedengaran bunyi motorsikal milik ayah memasuki halaman rumah.

“Emm, ayah. Baru balik?” aku bertanya kepada ayahku sedangkan aku sudah mengetahui yang ayahku memang baru sampai di rumah.

“Ya, Sarah.”

“Err, ayah. Motor Sarah tu okay kan?” aku bertanya dengan ayahku dengan perasaan sedikit ragu-ragu.

“Kenapa? Sarah nak pakai ke motor tu?” ayah menjawab dengan pertanyaan.

“Ya, yah. Sa ingat, Sarah nak pakai motor tu.”

Tidak akan sekali-kali aku memberitahu kepada emak atau ayahku sebab musabababku perlu mengambil motor itu. Biarlah itu semua aku simpan di dalam hatiku sahaja. Mereka tidak perlu tahu tentang semua yang menimpaku.

Aku terus keluar dari rumah dan menghala ke arah tempat tersimpannya motor kesayanganku itu. Ayahku juga mengikut sama langkahku ke arah motor. Kain yang di gunakan untuk membalut motorku, aku tarik perlahan-lahan. Dan terserlahlah rupa motorku. Motor itu aku sorongkan ke depan dan di tongkat. Perlahan-lahan, enjin motor aku hidupkan.

Setelah tiga kali mencuba, akhirnya motorku itu hidup juga. Pedal minyak aku pulas sedikit demi sedikit. Bukan apa, sekadar hendak mengetahui kondisi motorku berada dalam keadaan baik-baik saja. Agar ia tidak menyusahkan aku kelak.

“Emm, okay motor ni. Boleh lah Sarah bawak balik ke sana, ya ayah.”

“Boleh.” Sepatah saja ayah menyahut kata-kataku.

Mungkin ayah berasakan yang aku bersungguh-sungguh akan tinggalkan rumah itu. Tidak! Tidak sama sekali. Aku tidak akan meninggalkan rumah dan tempat aku membesar. Tetapi, kali ini tolonglah fahami keadaan aku. Aku sangat memerlukan pengangkutan ini agar aku tidak mengalami kesukaran untuk ke pejabat. Kejadian kelmarin tidak akan berulang lagi. Itulah janjiku.

Aku mengerling ke arah jam di pergelangan tanganku. Emm, sudah pukul 5.30 petang. Aku harus bertolak sekarang. Sementara hari masih siang. Nanti gelap pula. Aku melangkah masuk ke dalam rumah untuk berjumpa emakku dan mengambil handbagku. Enjin motor tidak aku matikan kerana bagiku ia akan memudahkan aku bila ingin memulakan perjalanan tadi.

“Mak, Sarah dah nak balik ni.” Laungku kepada emak yang berada di tingkat atas rumah.

“Eh, kamu dah nak balik ke? Nak balik dengan apa? Ariff dah sampai?” bertubi-tubi soalan yang datang daripada emakku.

“Taklah. Sarah balik dengan motor Sa tu.” Aku menjawab sambil menunding ke arah motorku yang terparkir di hadapan rumah orang tuaku itu.

“Habis tu, kamu dah beritahu ke belum kepada Ariff?”
Hisy emak ni. Lebih pentingkan menantu kesayangannya itu daripada aku, anaknya sendiri.

“Dah, mak.” Aku tidak tahu Ariff masih ingatkan atau tidak apa yang aku pesan kepadanya petang semalam semasa ingin menyuruhnya menghantarku ke sini.
Handbag aku capai dan tangan tua emakku aku salami. Di muka pintu dapur, aku menyarungkan seliparku ke kaki. Dan tangan ayahku pula salami. Handbag aku letakkan di dalam bakul motor dan di tindih dengan baju hujan yang memang sedia ada di dalam bakul itu. Ini adalah langkah keselamatan daripada jenayah ragut yang semakin berleluasa sekarang ini. Beberapa saat kemudian, aku sudah duduk di atas motorku dan bersedia untuk menunggang motor tersebut.

Aku mengucapkan salam sebelum bertolak keluar dari perkarangan rumah orang tuaku. Sepanjang melalui jalan kampungku itu, aku akan memicit hon jika bertembung dengan penduduk kampung yang aku kenali. Tidak kira muda mahupun tua. Ini tidak dapat aku alami jika aku menaiki kereta. jika pemandunya aku, bolehlah lagi. Tetapi jika pemandunya Ariff, emm nampaknya tiada peluang langsung untuk aku menegur penduduk kampung.

Isnin, 18 Oktober 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 25

Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku berulang-alik ke tempat kerja menggunakan kereta Ariff. Hari ni hari Khamis dan hari ini aku terpaksa membuat kerja lebih masa kerana ada satu dokumen laporan yang perlu aku siapkan sebelum pagi esok kerana dokumen itu perlu berada di atas meja pengurusku pada pagi-pagi esok.
Jadi, aku akan pulang lewat hari ini. Berita yang aku akan balik lewat hari ini juga sudah aku khabarkan kepada ibu ketika rehat tengahari tadi. Saja aku maklumkan kepada ibu kerana tidak mahu mereka yang berada di rumah risaukan aku.
Ketika ini di pejabatku hanya tinggal aku dan seorang pelajar praktikal bernama Irma. Irma juga sepertiku terpaksa stay di pejabat malam-malam begini. Irma terpaksa menyiapkan laporan untuk di periksa oleh penyelia yang mengawasnya sepanjang dia melakukan praktikal.
Kerjaku tinggal sedikit saja lagi untuk di siapkan. Bila aku terasa mengantuk, aku akan ke pantri untuk membuat minuman untuk menghilangkan rasa mengantuk. Akhirnya, laporan yang aku perlu sediakan siap juga. Tanpa menunggu lama, aku mengemas mejaku untuk melangkah pulang pula. Komputer aku shut down dan lampu meja aku padamkan sebelum mencapai handbag yang berada di dalam laci meja.
“Irma, akak dah nak balik ni. Irma boleh ke duduk sorang-sorang ni?” aku bertanya kepada Irma. Yalah, bimbang juga aku tinggalkan anak dara orang keseorangan di situ.
“Takpe, kak. Tinggal sikit je lagi ni. Akak nak balik, akak baliklah dulu.”
“Okey, akak balik dulu, ya. Jaga diri baik-baik tau.” Aku melemparkan senyuman dan melambaikan tangan ke arah Irma sebelum berlalu dari pejabatku.
Sesampai di kereta dan setelah menekan central lock, aku masuk ke dalam perut kereta. Enjin kereta dihidupkan dan dengan lancarnya, aku memandu keluar dari kawasan pejabatku. Sedang mataku fokus ke arah jalanraya, aku terpandangkan jam di dashboard kereta. Emm, sudah pukul 11.15 malam.
Emm, malam-malam macam ni elok juga kalau aku ronda-ronda bandar. Boleh juga tengok pemandangan malam hari. Tiba-tiba timbul satu usul dari benakku untuk ronda-ronda di malam hari. Laju saja tanganku memulas stereng menglaha ke Jalan Tok Lam. Kemudian aku melalui pula jalan di sepanjang Tanjung. Taman Syahbandar, depan Astaka, dan hadapan Hotel Grand Continental adalah antara tempat yang aku lalui.
Bandar Kuala Terengganu ketika ini sedang bermandi cahaya lampu pelbagai warna. Pengunjungnya juga boleh tahan ramainya. Mentang-mentanglah esok hari cuti hujung minggu, ramai penduduk sekitar bandar ini mengambil peluang keluar berjalan-jalan melihat panorama indah ini. Ada membawa keluarga masing-masing. Tidak kurang juuga yang membawa pasangan masing-masing.
Aku pusing-pusing bandar saja untuk menghilangkan tekanan kerja sebentar tadi. Setelah puas ronda-ronda sekitar bandar, aku mengambil keputusan untuk pulang saja ke rumah mertuaku. Keadaan jalanraya ketika ini begitu lengang sekali. Bilangan kenderaan yang berada di atas jalan boleh di kira dengan jari.
Selepas lima belas minit memandu, aku akhirnya sampai di perkarangan rumah mertuaku. Kereta Ariff aku parkir elok-elok di tempatnya. Setelah memastikan yang kereta sudah di kunci, aku berjalan ke arah pintu utama rumah pula. Nasib baik kunci rumah sudah tersedia sekali di dalam segugus kunci kereta Ariff. Jadi aku tidak perlu mengejutkan isi rumah jika aku perlu pulang lewat seperti sekarang.
Pintu utama di buka dan aku menapak masuk ke dalam rumah. Keadaan di dalam rumah sungguh gelap gelita kerana semua lampu sudah di padam. Aku berjalan hanya berpandukan cahaya bulan yang samar-samar yang menerombos masuk melalui pintu gelungsur kaca.
Di tingkat atas, aku membuka pintu bilik perlahan-lahan. Aku ternampak satu kelibat yang samar-samar sedang duduk di atas katil dalam keadaan bilik yang gelap. Aku menekan suis lampu. Dan barulah aku dapat melihat milik siapa tubuh itu. Ariff!!
Bila dia balik. Aku tak tahu pun yang dia akan balik hari ni. Muka dia macam nak marah aku saja. Pelbagai persoalan yang timbul dalam benakku. Tiba-tiba saja aku jadi seperti patung bernyawa berdiri di tepi pintu bilik.
“Siapa bagi kebenaran kat kau guna kereta aku?” Ariff bertanya dengan nada marah.
“Ibu.” Perlahan aku memberi jawapan itu.
“Bak sini kunci! Lain kali jangan suka-suka hati pakai kereta aku dan semua barang milik aku. Aku tak suka. Walaupun yang suruh tu ibu atau abah aku. Faham!” Ariff menuturkan kata-kata dengan keras sekali.
Laju saja kepalaku mengangukkan kata-kata Ariff tanda faham dengan apa yang di ucapnya. Ariff terus saja merampas kunci kereta dari tapak tanganku dan berlalu keluar dari bilik. Seketika kemudian aku dengar bunyi deruman kereta keliuar dari tempat simpanannya.
Rasa mengantuk yang aku tanggung tadi sudah hilang. Aku melabuhkan punggung di atas sofa dan sofa ini akan menjadi tempat beraduku semula. Dalam hati, aku sudah bertekad. Selepas ini, aku tidak akan lagi menggunakan kereta itu dan segala barang milik Ariff. Sekali di marahi, akan aku ingat sampai bila-bila.
Akhirnya tanpa menyalin baju kerja, aku terlelap di atas sofa itu.

Pagi Ahad menjelma lagi. Hari permulaan bagi minggu yang baru. Aku akan ke tempat kerja tidak lagi berjantar dan berjemput. Aku akan membawa sendiri kenderaan. Kenderaan yang akan aku bawa bukan lagi kereta Ariff. Aku akan menunggang motorsikalku yang dulu. Aku kembali semula seperti sebelum aku pindah ke rumah mertuaku.
Aku mengambil motorku di rumah orang tuaku semalam selepas aku memikirkan yang aku tidak akan ke tempat kerja dengan keretanya. Aku sudah bertekad untuk tidak menyentuh sebarang barang milik Ariff setelah di marahi Ariff hari Jumaat lepas. Segalanya bermula pada petang kelmarin.

Petang Jumaat adalah masa untuk mereka yang berkeluarga atau yang mempunyai pasangan keluar meronda-ronda dengan keluarga atau pasangan masing-masing tapi tidak bagi aku. Aku hanya melepak saja di rumah. Kalau nak keluar, keluar dengan siapa? Dengan apa? Itulah yang berlegar-legar dalam kepalaku.
Remote control televisyen sedang berada di dalam genggamanku. Dari satu saluran, aku beralih ke saluran lain pula. Bosan aku. Tiada satu pun yang dapat memuaskan hatiku dan menghilangkan kebosananku. Akhirnya televisyen LCD Sony 42” itu aku tutup.
Aku bangun dari sofa yang aku duduk. Kakiku menghala ke arah luar rumah. Isi rumah entah menghilang ke mana aku tak tahu. Selipar aku sarungkan ke kaki. Aku berjalan ke arah ibu yang sedang membelai pokok-pokok bunga kesayangannya.
“Ibu, ralitnya duk belai pokok bunya tu.” Sapa aku pada ibu.
“Takdelah. Ni, ibu rasa nak ubah dekorasi pokok ni. Dah puas duk tengok dekorasi yang sama saja.” Jawab ibu.
“Ibu nak Sarah tolong ke?” aku bertanya kepada ibu.
“Sarah takde kerja ke? Kalau macam tu boleh je.” Ibu mengalu-alukan pertolongan yang aku ingin hulurkan.
“Kita nak mula dari mana, bu?” aku bertanya sambil duduk mencangkung.
“Apa kata kalau kita ubah pokok bunga ros tu. Lepas tu barulah kita ubah pokok-pokok orkid yang ada di tepi tu.” Cadang ibu.
Aku hanya menurut saja kata-kata ibu. Pokok ros yang ada di alihkan ke arah tepi. Banyak betul pokok hiasan yang berada di sekeliling yang berselirat di hadapan pokok ros. Sekali tengok, macam hutan belantara saja. Semua pokok-pokok bunga aku alihkan ke tepi. Kawasan pokok-pokok itu aku biarkan kosong untuk membuat dekorasi yang baru.
Ibu juga turut sama mengerjakan tamannya itu. Di tengah-tengah dekorasi itu terdapat satu replika air terjun dan replika itu di kekalkan di tempatnya. Sedang aku mengangkat satu persatu pasu bunga, keluar Ariff dari dalam rumah. Segak sekali dia dengan seluar jeans dan t-shirt polo rona oren lembut. Dia merapati ibu.
“Kau nak kemana wangi-wangi ni?” ibu bertanya Ariff.
“Keluar sekejap, bu.” Jawab Ariff.
Ketika itu aku teringat sesuatu, lantas aku menghampiri Ariff.
“Err, esok boleh tak hantar saya ke rumah mak saya. Kalau nak balik, pandai-pandai sayalah.” Aku memberitahu Ariff tentang rancanganku.
“Emm, tengoklah macam mana.” Ariff jawab acuh tak acuh.
Aku lihat dia berlalu ke arah keretanya. Kereta dihidupkan dan Ariff memecut kereta keluar dari halaman rumah. Dan aku menyambung kerjaku membantu ibu membuat dekorasi baru kepada tamannya itu.

p/s: salam... makin ramai follower nampaknya... thanks for support my 1st e-novel... untuk pengetahuan smua, selepas ini sy terpaksa memperlahankan kerja2 meng update bab baru dlm blog ini atas sebab2 yg x dapat di elakka... di harapkan lebih rmai yg sudi singgah ke laman blog sy yg x seberapa ini... TQ....

Jumaat, 15 Oktober 2010

Kalau Sudah Sayang : BAB 24

Pagi ini aku bersiap-siap untuk ke pejabat setelah bercuti hujung minggu selama dua hari. Sambil mengenakan tudung di kepala, aku menyanyi-nyanyi kecil. Ariff tiada di sini jadi aku boleh berbuat apa saja di dalam bilik ini. Sekarang bilik ini aku yang punya. Hehehe.
Aku turun ke tingkat bawah sambil menjinjit handbag di tangan kiri. Aku lihat ibu, abah dan Farah sedang menikmati sarapan pagi. Aku memberi salam kepada semua yang berada di meja makan itu. Mereka menjawab salam hampir serenta.
“Mari, Sarah. Kita sarapan sama-sama.” Pelawa ibu.
Aku mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Farah. Di atas meja sudah terhidang dengan pelbagai jenis kuih muih. Antaranya kuih lapis, karipap, pulut panggang dan kuih mek comel. Ada juga makanan berat iaitu mi goreng. Turut terhidang roti bakar yang di makan dengan marjerin, jem atau kaya.
Aku hanya mencapai roti bakar. Entah kenapa aku tidak terasa hendak merasa makanan-makanan lain yang banyak terhidang di situ. Pisau kecil dan bekas marjerin kucapai. Perlahan-lahan aku menyapu marjerin ke muka roti.
“Aik, punyalah banyak makanan yang ada di atas meja ni, roti je yang jadi pilihan Sarah?” Abah bertanya dengan rasa hairan.
“Entahlah, bah. Rasa tak selera nak makan yang lain-lain tu.” Aku menjawab sambil tersenyum manis.
Sedang aku ingin memasukkan suapan pertama ke mulut, kedengaran Farah bersuara.
“Ibu, abah. Farah pergi dulu, ya. Van dah datang tu.” Farah meminta izin hendak ke sekolah.
Sebelum melangkah keluar, dia menyalami tangan ibu dan abah. Setelah itu dia menghulurkan tangannya untuk bersalam denganku. Aku menyambut salam yang di hulurkan. Setelah itu dia bergegas ke pintu utama untuk menyarungkan kasut.
Apabila kelibat Farah sudah tidak kelihatan di muka pintu, aku meneruskan suapan sarapan pagi. Oh, baru aku sedar yang aku ada satu masalah pagi ni. Aku nak ke pejabat dengan apa? Minggu lepas semasa Ariff ada di sini bolehlah dia hantar tapi hari ni dia tiada di sini.
Aku jadi mengelamun di meja makan sehinggakan aku tidak sedar yang abah sudah berlalu ke pejabat.
“Sarah, apa yang termenung di depan rezeki ni? Tak baik tau.” Ibu menegurku.
“Err.. Sarah duk fikir nak pergi kerja hari ini dengan apa.” Terkeluar juga apa yang sedang bermain di dalam benakku.
“Eh, kan kereta Ariff tu ada. Pakai sajalah.”
Ibu menyuruh aku memakai kereta Ariff sedangkan bagiku ketika aku memandu kereta itu hari Jumaat lepas adalah pertama dan terakhir.
“Dah,dah. Tak payah fikir lagi. Pakai saja.” Tambah ibu bila melihat aku masih tidak berganjak dari kerusi.
Dalam tak nak, tak nak tu aku terpaksa juga akur dengan kata-kata ibu. Jika tidak siapa yang akan hantar aku ke pejabat. Kasut setinggi satu inci setengah aku sarungkan ke kaki. Dan central lock kereta aku tekan. Pintu kereta aku buka dan enjin kereta aku hidupkan.
Seketika kemudian aku sudah berada di atas jalanraya. Sesekali mataku memandang ke arah sekeliling jalanraya. Sedikit lengang jalanraya pagi ini. Mungkin masih awal lagi. Lainlah kalau ketika jam menginjak ke pukul 9.00 pagi. Memang jam lah jalanraya ketika itu.
Lima belas minit kemudian, aku sampai di perkarangan pejabatku. Mataku tercari-cari ruang kosong untuk aku meletakkan kereta ini. Nasibku baik selang dua buah kereta dari bangunan pejabatku terdapat satu parking kosong. Terus saja aku membelokkan sedikit kereta untuk masuk ke dalam ruang parking itu.
Bila di rasakan posisi kereta sudah memuaskan hatiku, aku mencapai handbag yang berada di kerusi penumpang di sebelah dan bersiap sedia untuk keluar dari kereta. Pintu kereta aku buka dan aku keluar dari kereta. Pintu di tutup dan central lock kereta aku tekan. Ketika itu tersedar suara menegur.
“Hai, Sarah. Cantik kereta.” Zain menegurku dari belakang.
Aku hanya membalas teguran Zain dengan segaris senyuman. Malas aku nak melayan dia. Nanti melarat pula. Aku melangkah masuk ke dalam pejabat. Kemudian di ikuti oleh Zain. Aku ke mejaku. Kak Raihana masih lagi tidak sampai di pejabat. Patutlah, baru pukul 8.00 pagi.
Aku memeriksa fail-fail yang berada di atas mejaku. Ingin di pastikan yang mana perlu di dahulukan dan yang mana perlu di biarkan dahulu. Setelah mengasingkan fail-fail tersebut, aku mencapai mug yang berada di atas mejaku. Mug itu aku bawa ke pantri untuk membancuh minuman. Minuman milo panasmenjadi pilihanku.
Selesai membancuh minuman, aku kembali semula ke mejaku. Kelihatan Kak Raihana, Zain dan beberapa lagi staf pejabatku sudah mendiami meja masing-masing.
“Eh, korang perasan tak tadi ada sebuah kereta sport mewah yang parking dekat dengan pejabat kita ni,” mula terdengar suara sumbang Zain yang memulakan cerita.
Aku sudah tahu yang apa yang akan dia ucapkan itu adalah mengenai aku. Dari ekor mataku, aku dapat melihat yang mata Zain melirik kepadaku. Aku buat-buat tidak tahu dengan apa yang Zain ucapkan.
“Aku perasan jugak, tapi aku terfikir-fikir jugak. Siapalah yang bertuah memiliki kereta semahal itu.” Zarina menyahut kata-kata Zain.
“Alah, pemilik kereta tu ada bersama dengan kita ni.” Zain berkias-kias.
“Eh, ya, ke? Siapa, siapa?” tak sabar-sabar Ayu menyampuk.
Mata Zain tepat memandangku. Sedangkan, aku buat-buat tak tahu. Mungkin memberi isyarat yang akulah pemilik kereta itu.
“Sarah, ke? Tak percayalah aku. Dia kan pakai motor je. Macam mana boleh pakai kereta mewah ni?” Zarina bertanya kerana tidak mempercayai lirikan mata Zain.
“Kalau korang tak percaya, tanyalah tuan empunya badan.” Zain menyerahkan tugas jawab menjawab kepadaku pula.
Kedua-dua pasang mata milik Ayu dan Zarina pantas saja memandang aku. Mungkin menginginkan jawapan dariku. Sementara itu, Kak Raihana sedikit pun tidak tertarik dengan isu yang di bangkitkan oleh Zain itu. Aku lihat dia sibuk dengan fail-fail yang menimbun di atas mejanya.
“Sarah, betul ke apa yang Zain cakapkan tadi tu?” serentak Ayu dan Zarina bertanya kepadaku.
Aku tidak menjawab pun soalan yang di ajukan oleh kedua-dua minah kepoh itu. Aku hanya mengangkat sedikit kedua-dua bahuku tanda tidak tahu. Mataku dan jemariku hanya tertumpu pada fail yang ada di atas mejaku. Aku sedikit pun tidak memandang wajah kedua sahabat itu.
“Korang dua orang ni takde kerja ke? Dah, dah. Duduk tempat masing-masing. Pintu kat depan tu dah nak buka.” Kak Raihana memberi arahan lagak seorang ketua saja. Sakaligus menyelamatkan aku dari segala pertanyaan yang tidak akan aku jawab.
Aku menghulurkan segaris senyuman kepada Kak Raihana sebagai tanda terima kasih dan Kak Raihana juga membalas senyumanku. Aku berjalan ke arah kaunter hadapan bila pintu hadapan akan di buka bila-bila masa saja.

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 5.00 petang. Aku mengambil keputusan untuk tidak balik dahulu. Aku biarkan semua teman sepejabatku pulang dahulu. Jika aku balik sekarang, pasti akan timbul pelbagai soalan dari kedua sahabat baik itu. Dan langkah yang selamat adalah aku perlu membiarkan mereka pulang dahulu.
Setelah itu barulah aku melangkah meninggalkan pejabatku. Aku merupakan orang terakhir keluar dari pejabat. Langkah di atur menghala ke arah kereta Ariff. Central lock kereta aku tekan. Ketika aku ingin membuka pintu kereta, barulah aku perasan yang hanya tinggal kereta Ariff saja di situ.
Seketika kemudian, kereta Subaru Impreza itu sudah meluncur di ats jalanraya. Perjalananku pulang ke rumag mertuaku hari ini begitu lancar sekali. Yalah, mana tak lancarnya, lagi sepuluh minit, azan maghrib akan berkumandang. Memang semua orang sudah sampai ke rumah masing-masing.
Aku sampai di perkarangan rumah mertuaku betul-betul ketika azan maghrib berkumandang. Kereta aku parkir elok-elok di dalam garaj. Kereta orang, kenalah jaga betul-betul. Kemudian, aku melangkah masuk ke dalam rumah. Tiada seorang pun yang kelihatan di ruang tamu.
Yang kedengaran hanyalah bunyi periuk belanga berlaga di dapur. Mungkin Mak Yam atau ibu sedang memasak makan malam di dapur. Aku mengagak di dalam hati. Tanpa menjenguk ke dapur, aku melangkah menaiki tangga. Tujuanku cuma satu, iaitu masuk ke dalam bilik dan berehat.
Sesampai saja di bilik, terus saja aku merebahkan tubuhku di atas katil. Terasa hilang seketika segala lenguh-lenguh sendi yang aku rasai tadi.

Sebulan lebih Ariff Zulkarnain bekerja di tengah lautan dan selama sebulan lebih jugalah dia tidak pulang ke darat. Sepatutnya dia bertugas selama sebulan sahaja tetapi oleh kerana salah seorang staf di situ memerlukan cuti kecemasan, jadi dia terpaksa menggantikan staf tersebut.
Lagipun memang sengaja dia menerima tawaran untuk menggantikan tugas staf tersebut. Dia tidak mahu pulang ke darat terlalu awal kerana tidak mahu mengadap muka isterinya. Dia jadi muak untuk menatap wajah yang telah menghancurkan segala rancangannya tentang masa depannya. Perempuan yang telah menggagalkan rancangannya untuk mengahwini kekasihnya, Hani.
Dan hari ini dia pulang juga ke darat. Sekarang dia sudah terpacak di depan pintu pagar rumah ibu dan abahnya. Van yang selalu menghantarnya baru saja berlalu. Di tengah matahari yang sedang terpacak di atas kepala, dia berjalan masuk ke dalam kawasan rumah mewah itu. Dari luar rumah, tidak kedengaran sebarang bunyi pun. Sunyi saja.
Perlahan-lahan tombol pintu Ariff Zulkarnain di pulas. Nampaknya pintu tidak berkunci. Kasut di kaki dia buka dan kaki di atur masuk ke dalam rumah. Memang sunyi sungguh rumah orang tuanya ketika ini. Beg pakaian yang di bimbit, di letakkan berhampiran tangga agar mudah untuk dicapai tika ingin melangkah ke tingkat atas nanti.
Ariff Zulkarnain mendengar ada bunyi yang di hasilkan di dapur. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah dapur. Kelihatan Mak Yam sedang sibuk menyediakan juadah makan tengahari.
“Mak Yam, ibu mana?” Ariff Zulkarnain bertanya tiba-tiba.
Mak Yam yang mendengar suara orang terus saja memusingkan badan dan senduk kayu yang ada di tangan terus saja di angkat seperti ingin membelasah pencuri saja lagaknya.
“La, kamu rupanya. Buat terkejut Mak Yam saja. Masuk senyap-senyap macam pencuri. Dah lah tak bagi salam. Kalau tak tadi, dah benjol kepala kamu tadi kena senduk ni.” Mak Yam menuturkan kata sambil meletakkan kembali senduknya berhampiran dapur.
Sedangkan Ariff Zulkarnain hanya tersenyum dengan gelagat Mak Yam tadi. Silap dia juga. Tanpa salam, terus saja bertanya kepada Mak Yam. Terkejutlah orang tua itu.
“Dah rumah ni senyap saja. Takkanlah Ariff masuk dalam rumah ni kena buat bising-bising. Ariff ingat tak ada orang tadi. Sebab tulah Ariff tak bagi salam tadi. Pintu depan tu pulak Mak Yam tak kunci pun. Kalau pencuri masuk, dah habis dia orang sapu baru Mak Yam sedar.” Panjang Ariff Zulkarnain mengemukakan alasannya.
“Eh, Mak Yam tak kunci ke? Rasanya Mak Yam dah kunci lah tadi.” Mak Yam berkata sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Mak Yam ni, suka main rasa-rasa. Lain kali periksa betul-betul.”
“Baiklah Tuan Muda.” Mak Yam membalas sedikit bercanda.
“Oh ya, ibu mana? Senyap sunyi saja rumah ni.”
“Ibu kamu ada hal dengan kawannya.” Mak Yam menjawab sambil tangannya ligat mengacau lauk di dalam periuk.
“Oh. Ariff naik dululah ya, Mak Yam. Ingat nak rehat kejap.”
“Emm, kamu nak makan tengahari tak? Kalau nak boleh Mak Yam hidangkan nanti.” Mak Yam menawarkan diri.
“Takpelah Mak Yam. Kalau Ariff rasa lapar nanti, pandai-pandailah Ariff ambik sendiri.” Ariff Zulkarnain melangkah ke arah tangga sebaik saja menghabiskan kata-katanya. Beg pakaian yang tadinya di letakkan di tepi tangga, di bimbit dan di bawa sekali ke tingkat atas.
Dia mengatur langkah menaiki anak tangga. Sampai di hadapan pintu biliknya, tombol pintu bilik di pulas perlahan-lahan. Matanya melilau memandang keadaan sekeliling biliknya. Di lihatnya keadaan bilik itu masih seperti sebelum dia keluar bertugas dahulu.
Tanpa berfikir panjang tentang keadaan di dalam biliknya, dia merebahkan badan di atas katil yang seakan-akan memanggilnya. Bukan sekarang masanya untuk dia buat rumusan tentang keadaan di dalam biliknya ini. Yang ada di dalam kepalanya hanyalah untuk berehat seketika. Sebaik sajan kepalanya mengenai bantal, terus saja dia di bual lena.
Dua jam selepas itu, Ariff Zulkarnain terjaga dari tidurnya. Dia terasa panas yang membahang sehinggakan dia berasa tidak selesa. Muka dan dan lehernya sudah di penuhi dengan peluh. Dari atas katil, dia terpandangkan penghawa dingin di dinding biliknya itu.
‘Patutlah panas. Aircond tak on rupanya.’ Rungut Ariff Zulkarnain dalam hati.
Dia bangun sambil mengibas-ngibas bajunya yang sudah separuh di basahi peluh. Secara tidak sengaja, dia terpandangkan jam di pergelangan tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 3.05 petang. Dia merebahkan kembali tubuhnya di atas katil tanpa menekan butang on pada penghawa dingin. Niatnya hanya satu. Ingin menyambung kembali tidur yang terganggu seketika tadi. Matanya perlahan-lahan di tutup.
Tetapi, suara keriuhan yang datangnya dari tingkat bawah telah membuatkan matanya terbuka kembali.
“Siapa pulak yang mengacau ni. Mesti suara si Farah ni.” Rungut Ariff Zulkarnain sendirian.
Dia bangun semula. Kali ini kakinya ringan saja menghala ke arah rak penyidai tuala. Tuala miliknya di ambil dan kakinya terus menghala ke arah bilik mandi. Lima belas minit kemudian, dia keluar dari bilik mandi. Badannya hanya di tutup dengan tuala tadi dari pinggang sehinggalah paras lutut.
Ariff Zulkarnain membuka pintu almarinya. Satu persatu pakaian miliknya di dalam almari itu di beleknya. Tidak tahu yang mana satu hendak di pilih. Setelah puas di belek, akhirnya dia mencapai seluar pendek Bermuda dan baju hitam tanpa lengan. Santai saja gayanya. Dia tidak bercadang pun hendak keluar petang ini.
Selesai berpakaian, dia melangkah turun ke tingkat bawah. Sesampai di tangga ketiga terakhir, dia lihat Farah sedang asyik menonton siaran ulangan konsert akhir bintang Akademi Fantasia di saluran Ria, Astro. Farah, kalau dah mengadap televisyen, bom di tepi pun dia tak dengar. Itulah Farah.
Ariff Zulkarnain tidak menghiraukan Farah. Sebaliknya, dia melangkah ke arah dapur. Dari satu periuk ke satu periuk dia buka untuk melihat lauk apa yang Mak Yam masak hari ini. Nampaknya lauk kegemarannya iaitu ikan bawal masak kicap, kailan goreng campur dan telur tumis merah. Huh, terus saja perut dia terasa berkeroncong.
Pinggan di atas rak di capai dan nasi di dalam periuk elektrik di senduk ke dalam pinggan. Setelah itu, lauk-pauk yang tadinya sudah dia lihat, terus saja di letakkan di dalam pinggannya. Penuh satu pinggan. Hinggakan sudah tidak nampak rupa nasi.
Nasi yang sudah di penuhi dengan lauk-pauk itu di bawa ke depan. Ariff Zulkarnain melabuhkan punggungnya di tepi Farah. Dia jadi tumpang sekaki melihat televisyen sambil makan.
“Hisy, apa abang ni! Nak makan, makanlah kat meja tu. Nanti bersepah kat sini, jadi satu kerja pulak kena kemas.” Farah mula membebel.
‘Eh, Farah ni kenapa? Lambat sangat pick up. Aku dah nak habis separuh nasi ni, baru dia bersuara. Hisy, kuat betul penangan tv kat dia ni.’ Ariff Zulkarnain bersuara pelik di dalam hati.
“Eh, Farah ni kenapa? Lambat sangat pick up. Abang dah nak habis separuh nasi ni, baru Farah nak marah-marah. Hisy, kuat betul penangan tv ni kat Farah ye.” Ariff Zulkarnain menuturkan kembali apa yang terlintas di benaknya tadi.
“Iye ke?” Farah bertanya seakan tidak percaya.
“Iye la. Nampak sangat Farah kuat berangan. Apa yang Farah angankan tu?” sempat lagi Ariff Zulkarnain ingin mengorek apa yang adik bongsunya itu sedang fikirkan.
“Eh, takde apa-apalah. Abang je yang fikir yang bukan-bukan.” Jawab Farah, seakan cuba berdalih.
“Iya lah tu. Dah nampak terang-terang, lagi mahu berdalih. Farah, Farah.”
“Mana ada apa-apa. Abang je yang tasa macam tu. Huh, ikut suka abang lah. Malas Farah nak layan.”
Ariff Zulkarnain meneruskan menjamu makanan yang berada di dalam pinggannya dan Farah pula meneruskan tumpuannya pada peti televisyen. Sedang enak-enak Ariff Zulkarnain menjamah makanan, tiba-tiba, matanya terarah pada garaj kereta yang boleh nampak dari dalam rumah kerana pintu gelungsur terbuka.
‘Aik, ke mana pula kereta aku?’ soal Ariff Zulkarnain di dalam hati.
Seingat dia, semasa sampai tadi, dia tidak terpandang pun ke arah garaj itu. Talah, aman nak terpandangnya. Sebaik saja sampai tadi, dia terasa badannya sangatlah letih. Yang ada di dalam benaknya hanya satu iaitu dapat membaringkan tubuh di atas katil.
“Farah, kereta abang ke mana? Takde pun dalam garaj kereta tu.” Dia bertanya kepada Farah.
“Kereta tu, Kak Sarah yang pakai. Dia buat pergi kerja.” Selamba Farah menjawab. Matanya masih lagi tidak berganjak dari peti televisyen.
Apabila Ariff Zulkarnain mendengar jawapan yang keluar dari mulut adiknya itu, terus saja dia rasa tiada selera untuk menghabiskan nasi di pinggannya. Dan tiba-tiba juga terasa perasaan amarah membuak-buak di dalam dirinya. Kereta itu tidak pernah di sentuh oleh orang lain. Waima abahnya sekali.
“Siapa benarkan dia bawak kereta abang?” Ariff Zulkarnain bertanya dengan perasaan amarah yang di tahan-tahan.
“Ibu yang benarkan. Lagi pun tak salah dia bawak kereta abang. Bukannya milik orang lain. Milik suami sendiri jugak. Jadi, isteri pun boleh guna sama.”
‘Aik, Farah ni. Orang dah lah tengah marah, nak mengajar orang pulak.’ Ariff Zulkarnain meluahkan amarah di dalam hati.
Tanpa berkata dengan lebih lanjut, dia terus membawa pinggan nasi yang berada di tangan ke dapur. Makanan yang tidak habis itu di buang ke dalam tong sampah. Pinggan di biarkan di dalam sinki dan dengan pantas, dia membasuh tangannya. Setelah itu, langkahnya menghala ke tingkat atas.
Pintu bilik di buka dan kedengaran pintu di hempas kuat dari dalam. Terkejut Farah yang sedang menonton televisyen.
“Entah apa entah. Angin je memanjang. Tadi okay je cakap. Ni hempas-hempas pintu pulak. Hisy, tak fahamlah.” Rungut Farah dengan kelakuan pelik abangnya itu.

Kalau Sudah Sayang : BAB 23

Aku terjaga dari tidur bersama-sama dengan azan subuh berkumandang di luar sana. Malasnya aku rasa nak bangun, hari ni kan cuti. Nak tak nak aku kena bangun juga. Solat subuh aku kena tunaikan juga. Masa sekarang ni lah syaitan suka sangat menggoda anak Adam. Dalam malas-malas itu, aku bangun juga. Aku perlu gagahkan diri untuk bangun. Lawan godaan dari syaitan.
Aku mencapai tuala dan perlahan-lahan menapak ke bilik mandi. Selesai membersihkan badan, aku menunaikan solat subuh. Lama aku berdoa selepas solat subuh. Aku minta dari ALLAH S.W.T supaya di panjangkan umur kedua ibu bapaku, juga kedua ibu bapa mertuaku. Aku juga memanjatkan supaya umur Ariff juga di panjangkan. Aku juga memohon limpahan rezeki untuk semua ahli keluargaku ini.
Selesai berdoa, aku melipat telekung dan marhala. Aku turun ke bawah, masih tiada orang aku lihat. Mungkin masih di bilik masing-masing lagi rasanya. Aku ke bahagian dapur. Kelihatan Mak Yam sudah ligat di dapur. Mungkin sedang hendak menyediakan sarapan pagi.
“Assalamualaikum, Mak Yam. Mak Yam tengah buat apa tu?” sapa aku.
“”Wa’alaikumussalam, Sarah. Mak Yam nak buat sarapan pagi ni.”
“Mak Yam nak masak apa pagi ni? Boleh Sarah tolong?”
“Mak Yam ingat nak buat nasi lemak pagi ni. Biasa-biasanya, bila hari cuti, orang dalam rumah ni makan nasi bila sarapan. Sarah nak tolong apa? Mak Yam boleh buat kerja sorang-sorang.” Tangan Mak Yam ligat memasukkan bahan untuk menumis kuah nasi lemak.
“Takpelah. Sarah tak tahu nak buat apa pagi ni. Tambah lagi hari cuti.”
Tangan Mak Yam mengacau bahan tumisan di dalam periuk. Bila sudah pecah minyak, barulah di masukkan bahan perasa seperti garam, gula melaka dan serbuk perasa. Tidak di lupakan asam keping. Bila dilihat kuah sedikit kering, barulah di tambah sedikit air. Kuah nasi lemak tidak sedap jika terlalu cair. Kuah yang pekat dan sedikit cair adalah yang terbaik. Kemudian barulah di masukkan kepingan ikan tongkol yang telah di rebus dengan sedikit air terlebih dahulu.
“Mak Yam masak nasi ikut cara apa? Kukus ke tanak?”
“Orang rumah ni tak makan nasi lemak kukus, mereka suka makan nasi lemak tanak. Kata mereka nasi lemak kukus kurang enak. Lebih sedap nasi lemak tanak katanya.” Tangan Mak Yam ligat membasuh beras pula.
Sedapnya aroma yang di keluarkan oleh kuah nasi lemak itu. Hinggakan membuat perutku berkeroncong. Aku lihat bahan-bahan sampingan sudah tersedia. Cuma telur dan timun batang belum lagi di potong. Aku lantas mencapai pisau untuk memotong telur rebus dan timun batang. Sesetengah orang suka makan nasi lemak dengan telur goreng mata lembu tetapi Mak Yam menggunakan telur rebus. Mungkin isi rumah ini tak makan telur goreng.
Selesai memotong telur dan timun, aku bawa piring berisi telur dan timun itu ke meja depan. Setelah itu diikuti dengan mangkuk nasi, bekas kuah, pinggan dan sudu. Melihatkan Mak Yam masih belum membancuh air minuman, aku lantas ke dapur semula.
Kulihat ada serbuk teh uncang di dalam kabinet dapur dan tanpa berfikir panjang teko air dan sudu aku capai. Kelengkapan di rumah ini cukup menyenangkan. Kenapa aku berkata begitu adalah kerana untuk mendapatkan air panas, tidak lagi perlu di jerang di atas dapur gas. Ini kerana di dapur rumah ini sudah tersedia pemanas air elektrik. Kita hanya perlu menekan butang air panas. Tidak perlu lagi membazir masa menunggu air masak.
Selesai mengacau air, aku bawa ke depan. Sekali dengan set cawan dan piring. Semua itu aku susun di atas dulang yang cantik ukirannya. Ketika aku sampai ke meja makan, aku terdengar suara ibu.
“Dah siap ke sarapan pagi? Ibu ingat belum siap lagi.” Ibu bersuara bila melihat meja makan sudah terhidang sarapan pagi.
“La… patutlah siap awal. Kak Yam dah ada pembantu rupanya.” Tambah ibu lagi bersama senyuman di bibirnya. Aku membalas senyuman ibu itu dengan senyuman juga.
“Emm, hari ni Kak Yam ada pembantu. Tu yang cepat siap kerja.” Sahut Mak Yam.
“Berapa akak bayar gaji dia? Nampak rajin je. Bolehlah mintak gaji lebih sikit, ye?” ibu bertanya dengan nada bercanda.
Tangan ibu sudah di lingkarkan ke bahuku. Kulihat bibirnya tidak henti-henti tersenyum dari tadi.
“Akak tak tahu nak bayar berapa gaji dia. Takut nanti bila bayar sikit, dia berbunyi pulak. Kamu rasa akak patut bayar berapa?” serius saja Mak Yam bertanya ibu.
Aku rasa hendak ketawa tapi di tahan dulu. Ketawa yang di tahan-tahan akhirnya terburai juga. Aku ingatkan aku sahaja yang ketawa tetapi ibu juga ikut ketawa. Riuh seketika keadaan di dalam rumah itu.
“Apa yang riuh sangat tu? Sampaikan dengar hingga kat atas,” tiba-tiba terdengar suara abah. Kami yang di bawah lantas berpaling ke arah tangga.
“Takdelah, bang. Saya dengan Kak Yam ni duk usik menantu kesayangan abang ni.” Jawab ibu.
“Ooo, ada-ada saja awak ni. Emm, dah siap ke sarapan pagi ni?”
“Kak Yam buat nasi lemak pagi ni. Saya ingatkan nak tolong dia tadi, tapi dia dah ada pembantu yang baru.”
“Siapa pulak pembantu Kak Yam? Awak takde ambik pembantu rumah yang baru, kan?” abah masih tidak faham denganklu yang abah nyatakan.
“Apa pulak pembantu baru. Menantu awak ni yang tolong Kak Yam.”
“Emm, mesti sedap kan? Awal pulak saya rasa lapar pagi ni.”
“Takdelah, Sarah cuma tolong potong timun dan telur saja.” Sarah menyampuk.
Abah lantas menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Ibu pula bila melihat abah yang sudah tersedia ingin menikmati sarapan pagi, terus mengambil pinggan dan diisi nasi di dalam pinggan itu. Pinggan tadi ibu suakan kepada abah. Tangan abah terus menyudu kuah dan di ambil semua bahan sampingan nasi lemak.
Setelah membaca bismillah, terus saja suapan pertama masuk ke dalam mulut abah. Berselera sekali aku lihat abah menjamu selera. Ibu juga turut sama makan di meja itu. Aku hanya makan bila menjelang pukul 9.00 pagi. Bukan apa perutku tidak boleh menerima sebarang makanan pada awal pagi.
Sedang aku enak-enak menjamu selera, turun Farah dari tingkat atas dengan rambut yang masih berbungkus dengan tuala. Mungkin baru selesai mandi.
“Mmm, bestnye bau… Akak makan apa?” Farah menegurku.
“Akak tengah makan nasi lemak ni.” Jawabku.
“Akak yang masak ke?” dia bertanya sambil tangannya mencapai pinggan.
“Taklah. Mak Yam yang masak.”
Tangan Farah terus lincah mengisi nasi lemak dan kuahnya ke dalam pinggannya itu. Setelah itu dia duduk di kerusi dan menjamu selera. Aku pula, nasi di pingganku sudah habis lalu aku bawa pinggan itu ke dapur. Aku membasuh sekali pingan yang aku guna tadi. Selesai membasuh, aku ke depan. Dalam kepalaku sudah terlintas yang aku ingin mengemas meja makan. Dan sangkaanku yang Farah sudah selesai makan.
Tetapi sebaik saja aku sampai ke depan, aku lihat Farah menceduk nasi lagi. Sangkaanku meleset sama sekali. Ternyata yang Farah masih lagi belum selesai menjamah sarapan pagi. Kuatnya dia makan. Sampai bertambah.
“Farah, banyaknya Farah makan.”
“Sedap, kak. Mak Yam masak nasi lemak mesti sedap.” Farah menjawab sambil mulutnya penuh dengan makanan.
“Kalau sedap pun, janganlah sampai makan banyak macam ni. Nasi lemak ni banyak kolestrol dan kalori. Nanti gemuk tau. Nanti takde orang nak.” Aku menggertaknya.
“Takpe, kalau takde orang nak pun.” Selamba saja Farah menjawab.
Aku menggelengkan kepala. Selagi boleh jawab, dia jawab.
“Nak makan ke tak lagi ni?” aku bertanya Farah.
Dia mengangukkan kepalanya.
“Lepas makan nanti kemas semuanya, ya. Jangan nak harapkan Mak Yam pulak.” Aku berpesan sebelum berlalu ke ruang tamu.
Sedap-sedap saja aku berpesan kepada Farah. Seperti aku berpesan dengan ucu saja. Huh, ucu! Lamanya tak jumpa dia. Dah hampir dua bulan dah. Macam mana agaknya keadaan dia di sana? Huh, rindulah pulak kat ucu!
Di ruang tamu, aku duduk di atas sofa yang terletak bertentangan dengan peti televisyen. Punat on pada alat kawalan televisyen aku tekan. Dari satu saluran ke satu saliran. Tiada satu pun yang dapat menarik perhatianku. Akhirnya, setelah penat bertukar siaran, aku memilih TV9 yang memaparkan rancangan Nasi Lemak Kopi O. Rancangan selamat pagi untuk masyarakat Malaysia khususnya untuk masyarakat pantai timur.
Rancangan itu begitu riuh kelihatannya dengan keletah pengacaranya iaitu Nik Sayyida Fatiha atau Mek Siti dan Aziz Desa. Sedang aku leka menonton keletah mereka, aku menoleh ke kiri, kelihatan Farah sudah duduk terpacak di tepiku. Entah masa bila dia duduk di situ pun aku tak tahu.
“Kak, akak ade lesen kereta tak?” tiba-tiba Farah bertanya.
“Kenapa tanya?” aku menoleh ke arah Farah seketika sebelum meneruskan tontonan ke arah televisyen.
“Alah, jawablah dulu. Akak ada lesen kereta tak?” Farah mengulangi pertanyaannya dengan suara sedikit merayu.
Aku membiarkan soalannya tanpa jawapan. Sengaja hendak menguji kesabarannya.
“Akak, jawablah….” Dia mendesak aku pula.
“Ada, kenapa?” aku bertanya kembali kepadanya.
“Petang ni kita pergi Taman Syahbandar nak tak?” mendengar saja usulnya itu, mataku terus berkalih dari kaca televisyen memandangnya.
“Nak buat apa?”
“Alah, kita saja jalan-jalan.”
“Jalan-jalan? Siapa lagi yang akan pergi? Ibu dan abah?”
“Alah, kita je pergi nanti.” Aku mula musykil. Kalau aku dan Farah saja yang pergi ke sana, mesti Farah ada agenda yang tersirat.
“Kita berdua je? Nak buat apa?” aku bertanya lagi.
“La, akak ni. Tadi Farah dah bagitahu. Kita jalan-jalan.”
“Ye ke kita pergi jalan-jalan ni? Atau pun Farah ada agenda lain?” Aku mula menembaknya. Terdiam dia!
“Err…err…” Farah seakan hilang kata-kata untuk membalas tembakanku.
“Cuba Farah cakap betul-betul. Kita ke sana nak buat apa?” aku mula menekannya.
“”Err… Sebenarnya Farah nak jumpa member yang selalu chatting kat YM. Farah dah tahu kalau Farah ajak kawan teman Farah, mesti ibu tak bagi. Sebab tu Farah ajak akak teman. Taklah ibu syak.” Bersungguh-sungguh Farah memberi sebab musababnya mengajak aku ke Taman Syahbandar.
“Ooo, macam tu. Jadi akak ni hanya sebagai jalan untuk Farah keluar dan jumpa member chatting tu, ya.”
“Bukan, bukan macam tu! Dalam pada tu akak ni sebagai penjaga untuk Farah. Lagi pun member yang Farah nak jumpa ni lelaki. Kira akak ni muhrim Farah la.”
Macam-macamlah dia bagi alasan.
“Oh, lelaki! Akak ingatkan perempuan. Jadi, Farah memang nak jumpa dia ke hari ni?”
“Memanglah.” Amboi, laju saja dia menjawab.
“Tapikan, kalau kita nak keluar petang ni, kita nak keluar dengan apa?” ya, tak ya juga. Nak ke Taman Syahbandar dengan apa. Aku hanya ada motor, tapi ada di rumah orang tuaku lah.
“Tu kereta abang Ariff ada kat garaj. Kita pakailah. Kunci kereta ada dia sangkut kat atas almari perhiasan tu.” Sambil memberitahuku, sambil itu tangannya menghala ke arah almari perhiasan yang berada di sebelah kanan almari yang menempatkan peti televisyen.
“Hisy, tak beranilah akak.” Gilanya! Kalau bawa kenderaan orang lain takpe. Tapi kalau barang hak milik Ariff, no no no! aku sudah nekad! Segala barang miliknya tidak akan aku sentuh! Titik.
“Ala, akak. Bolehlah. Sekejap je. Lepas jumpa tu, kita baliklah.” Farah memujukku.
“Tak nak!” jawapanku sudah bulat. “Lagi pun Farah suruh Pak Atan hantar takpe. Lepas tu nak balik telefonlah.” Sambungku. Sempat lagi aku mengusulkan cadangan yang membolehkan aku terselamat.
“Tak nak! Nak akak jugak yang temankan Farah. Lagi pun Farah bukan suruh hantar tapi suruh temankan Farah.” Hei, ada saja putar belitnya.
“Apa yang tak nak tu?” ibu bertanya dari arah tangga. Mungkin ibu ada mendengar percakapan aku dengan Farah.
“Akak ni. Farah ajak dia ke Taman Syahbandar petang ni, saja nak jalan-jalan. Tapi, akak tak nak pergi pula.” Pandainya Farah memintas sebelum aku memjawab pertanyaan ibu itu.
“Pergilah, Sarah. Temankan Farah. Lagi pun petang ni ibu dan abah nak pergi melawat pak lang sebelah abah. Mesti Farah tak nak ikut. Takkan dia nak duduk kat rumah. Tapi nak pergi dengan apa?” ibu bertanya pula tentang pengangkutan.
“Tu yang akak tak nak. Kita pakailah kereta abang Ariff. Abang Ariff kan takde kat sini dan dia takkan tahu yang kita pakai kereta dia. Lagi pun kereta suami akak jugak.” Aku baru saja nak buka mulut tapi laju saja Farah membuka mulut.
“La, pakai sajalah. Barang suami, barang isteri juga. Takde salahnya jika kita pakai barang suami.” Ibu pula menyebelahkan Farah.
Selesai berkata-kata. Ibu terus saja keluar ke halaman rumah. Farah pula yang duduk di tepiku memandangku. Dia menggerakkan kedua-dua keningnya sambil tersenyum tanda yang kemenangan berpihak kepadanya. Nampaknya, terpaksa juga aku teman Farah petang ni.

Azan asar baru saja selesai berkumandang. Aku terus saja mengambil wuduk dan menunaikan solat. Selesai menunaikan solat, aku membaringkan tubuhku di atas ktil. Mataku memandang siling. Takde kerja jadi mengelamunlah kerjaku.
Tuk…tuk…tuk…
Tiba-tiba pintu pilik di ketuk dari luar. Siapa pula yang ketuk pintu ni.
“Akak, dah siap ke belum?” Farah rupanya.
“Belum lagi.” Malas aku menjawab.
“La, cepatlah. Farah dah siap ni.” Gesa Farah.
Dia ni! Malas aku nak bergerak. Dalam malas-malas tu, aku terpaksa bersiap juga. Perlahan-lahan aku bangun dari pembaringan. Kakiku melangkah ke arah almari pakaian. Pintu almari aku buka. Satu persatu bajuku yang berada di dalam almari itu aku belek. Tanganku ringan saja mencapai sehelai skirt kembang yang labuh rona hitam dan sehelai kemeja putih.
Okey jugak padanan yang aku pilih ni. Pakaian yang aku pilih tadi aku sarungkan ke tubuh. Setelah itu aku gayakan di hadapan cermin. Cantik juga! Setelah itu, aku mencari tudung yang sepadan dengan pakaian yang aku pakai ini. Dalam banyak-banyak tudung yang aku ada, aku mencapai tudung tudung rona putih hitam yang bercorak abstrak.
Sebelum mengenakan tudung, aku kenakan solekan nipis ke mukaku. Setelah itu barulah aku mengenakan tudung di kepalaku. Aku gayakan sekali lagi di depan cermin. Setelah berpuas hati, aku mencapai handbag dan turun ke bawah.
Sebaik saja kau sampai di tingkat bawah, aku lihat Farah sudah terpacak di tepi sofa. Cantik Farah bersiap. Dia mengenakan seluar jeans biru tua dan t-shirt lengan panjang rona putih. Tudung pula dia mengenakan tudung panjang warna biru putih bercorak bunga-bungaan. Penampilannya di tambah dengan aksesori tambahan seperti rantai labuh dan beg silang di bahu.
“Wow, cantiknya akak. Kalah Farah. Macam akak pulak yang nak jumpa member je.” Usik Farah sambil melemparkan senyumannya ke arahku.
Aku membalas senyumannya itu.
“Farah pun apa kurangnya.” Aku tak mahu kalah. Mataku meliar mencari kelibat ibu atau abah.
“Ibu dan abah dah pergi ke?” aku bertanya Farah.
“Ibu dan abah dah pergi dah. So, kita dah boleh pergi ke?”
“Jom lah. Kunci kereta?” Farah menayangkan kunci kereta yang sudah berada di dalam genggaman tangannya. Dan kunci itu beralih tangan.
Lalu, langkahku terus diatur menghala ke arah almari kasut. Pintu almari di buka dan sandal rona hitam yang hanya setinggi duan inci aku capai. Di muka pintu utama, aku sarungkan sandal itu. Manakala Farah pula memilih kasut Adidas berwarna putih berbelang biru sesuai dengan pakaian yang dia pakai.
Central lock kereta aku tekan. Dadaku berdebar-debar juga. Yalah, mana tak berdebarnya. Aku mana pernah pandu kereta sport seperti ini. Aku cuma pernah memandu kereta Kancil milik ayah ketika di rumahku dahulu.
Perlahan-lahan pintu kereta aku buka dan perlahan-lahan juga aku menapak masuk ke dalam kereta. Bila punggung mencecah kerusi, aku menarik tali pinggang keselamatan dan memakainya. Pintu kereta aku tutup. Handbagku sudah aku letak di tepi handbreak. Enjin kereta perlahan-lahan aku hidupkan. Dan tanganku di letakkan di atas stereng kereta. Sedikit terketar-ketar tanganku.
Aku memasukkan gear undur dan handbreak di jatuhkan. Perlahan-lahan kereta mengundur ke belakang keluar dari petak garaj. Bila aku merasakan yang jarak yang di perlukan sudah memadai, aku menukar gear undur kepada gear pertama dan stereng kereta aku pulas secukupnya. Kereta pun bergerak keluar melepasi pintu pagar dan gear berganti. Kereta ini menggunakan transmisi manual dan memudahkanku kerana kereta ayah juga menggunakan transmisi manual.
Perlahan-lahan aku memandu kereta itu. Yalah, ni bukan kereta aku. Jadi, kenalah jaga baik-baik. Takde duit aku nak baiki kereta sport mewah ni jika berlaku apa-apa. Farah yang duduk di sebelahku buat biasa-biasa saja. Aku tengok, makin gembira adalah. Siapa tak gembira kalau nak keluar first date.
Sebaik saja kereta melepasi kawasan perumahan elit itu, aku mula rasa selesa. Tanganku tidak tagi terketar-ketar. Aku siap boleh menyanyi-nyanyi lagi mengikut rentak lagu Jatuh Cinta Lagi dendangan kumpulan Matta yang berkumandang dari radio yang Farah pasang.
Sepanjang perjalanan ke Taman Syahbandar, sedikit pun tiada keluar bicara antara aku dan Farah. Hanya bunyi lagu dan celoteh juruhebah radio saja yang kedengaran. Aku lihat Farah lebih banyak melayan perasaan sendiri.
Setelah lima belas minit memandu, akhirnya kami sampai di Kampung Tanjung. Pada awalnya perjalananlaju saja tetapi sebaik saja sampai di hadapan Hotel Grand Continental, kenderanan sedang beratur panjang. Ini menandakan yang jalan sedang sesak. Huh, jenuhlah aku menekan pedal minyak dan pedal break.
Hari ni adalah hari Jumaat dan Taman Syahbandar memang manjadi tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah. Lima belas minit juga aku terperangkap di dalam jammed. Aku memasuki kawasan parking. Mataku meliar mencari jika ada petak parking yang kosong. Perlahan-lahan kereta bergerak. Akhirnya ada sebuah kereta yang ingin keluar dan aku menanti di belakang kereta tersebut sehingga kereta itu berlalu. Aku apa lagi, terus saja memasuki petak itu. Nasib baik sungguh.
Selesai memarkir kereta, aku menarik handbreak dan mematikan enjin. Farah juga ikut turun dengan jari-jemarinya ligat menaip sesuatu pada keypaid handphonenya. Mewahnya hidup Farah.pada tingkatan empat sudah memiliki handphone. Jika aku dulu, handphone hanya boleh aku miliki ketika umurku 19 tahun dari duit gaji pertamaku. Itu pun hanya model Nokia 3310. Tetapi Farah, pada umur 16 tahun sudah memiliki handphone yang di beri oleh orang tua. Bukan calang-calang model handphone yang Farah miliki. N95 lagi!
“Member Farah tu tunggu kat mana?” aku bertanya sambil menekan central lock kereta.
“Sekejap. Farah tunggu dia balas mesej dulu.” Jawab Farah.
Seketika kemudian, kedengaran lagu Tanpa yang di nyanyikan oleh 6ixth Sense dari handphone milik Farah. Mungkin mesej yang di hantar kawan yang ingin dia jumpa.
“Dia tunggu kat taman, jalan menghala ke tandas.” Farah bersuara.
“Err, Farah nak akak ikut atau Farah nak pergi sorang? Kalau tu akak boleh pergi ronda-ronda.” Aku bertanya kerana tidak mahu kacau daun pula.
“Eh, Farah ajak akak ni nak suruh akak temanlah. Takkan Farah nak pergi sorang-sorang. Tak berani la Farah. Jomlah.” Farah mengajakku.
Aku tersenyum padanya sambil mengikut langkahnya. Sebaik saja sampai ke tempat yang Farah cakapkan tadi, aku lihat Farah terus saja menghala ke arah satu bangku yang di duduki oleh seorang lelaki. Kemudian bermulalah sesi kenal-mengenali. Aku hanya melemparkan senyuman kepada lelaki itu.
Farah memperkenalkan aku sebagai kakaknya kepada lelaki itu. Bukannya kakak ipar. Dan lelaki itu pula bernama Dzulfikri. Umurnya mungkin dalam 18 atau 19 tahun. Tua dua atau tiga tahun dari Farah. Aku membalas senyuman yang Dzulfikri lemparkan. Kami di pelawa duduk di atas bangku yang berada di taman itu.
Beraninya Farah. Ya lah, pada umur 16 tahun, dia sudah berani keluar jumpa lelaki. Walaupun dia ada membawa teman tetapi dia tetap berjumpa lelaki dan teman yangdi bawanya adalah aku yang masih baru lagi di dalam keluarganya.
Jika aku memang tidak berani kerana sudah tahu yang ayahku melarang sekeras-kerasnya jika ada di antara anaknya bercinta atau keluar berjumpa dengan lelaki. Jika aku ingin keluar ke bandar misalnya, semuanya mesti ayah, salah seorang dari abangku atau emakku yang menemankan. Anak perempuan atau lelaki sama saja. Bercinta hanya di benarkan bila kami sudah mempunyai pekerjaan sendiri.
Sehinggalah aku memperolehi pekerjaan sendiri, aku seperti sudah biasa tiada teman lelaki dan rasaku itu adalah tidak penting. Sebab itulah aku hanya mengatakan ‘ya’ apabila keluarga Ariff datang meminangku.
Aku sedikit pun tidak menghiraukan perbualan antara Farah dan Dzulfikri. Bukannya sombong tetapi aku memberi peluang mereka berbual-bual pada pertemuan pertama. Mataku di kitar melihat pemandangan sekeliling. Aku lihat ramai yang datang ke taman ini membawa keluarga untuk beriadah. Ada juga pasangan kekasih yang duduk bertempek seperti kembar siam. Aksi yang di tunjukkan kalah pasangan yang sudah berkahwin.
Dalam dua puluh minit kemudian, aku lihat Farah mula bersiap-siap untuk bangun dari duduknya. Aku pun apa lagi. Sama-sama bangun bila Farah mengangkat punggung. Setelah mengucapkan salam perpisahan, aku dan Farah berlalu dari kawasan taman itu.
“Lepas ni, kita nak ke mana?” aku bertanya kepada Farah.
“Akak ada rancangan ke nak kemana-mana ke?” Farah menjawab juga dengan pertanyaan.
“Entah. Akak ikut Farah je.”jawabku.
“Apa kata kalau kita pergi kat pasar malam tu? Boleh kita cuci mata.” Usulnya.
“Okey.” Aku mengikut saja.
Masa masih awal. Bolehlah berjalan-jalan ke pasar malam itu. Memang di Taman Syahbandar ini akan ada pasar malam pada setiap hari Jumaat. Peniaga-peniaga di sini mula berniaga pada pukul 3.00 petang dan membawalah ke pukul lapan atau sembilan malam.
Pada asalnya pasar malam tidak bertempat di sini, tetapi di Taman Awam Batu Buruk. Gara-gara Taman Awam Batu Buruk di gunakan sebagai salah satu venue sukan untuk SUKMA yang berlangsung di Terengganu. Setelah itu pasar malam kekal di Taman Syahbandar.
Ada bermacam barang dan makanan yang di jual di sini. Pelbagai pilihan hinggakan rambang mata di buatnya. Aku dan Farah tidak bercadang pun untuk membeli. Kami hanya menjelajah dari satu petak gerai ke satu petak gerai. Rancanganku tadi tidak mahu membeli tetapi bila terpandangkan makanan yang terjual itu sedap-sedap belaka, aku jadi tertarik.
“Farah takde rasa nak membeli ke?” aku bertanya Farah.
“Aik, kan ke tadi akak setuju yang kita akan cuci mata saja. Tapi dah berubah dah?” Farah bertanya seakan menyindir saja.
“Tadi taklah rasa terliur, tapi ni dah rasa terliurlah.”
“Okey, belilah. Tapi jangan banyak sangat. Kat rumah tu bukannya ramai sangat yang makan.” Sempat lagi Farah berpesan. Yalah, kalau beli banyak-banyak bukannya ada orang yang tolong perhabis semuanya.
“Okey, bos.” Aku mengangkat tangan ke dahi melakukan gelagat seperti memberi tabik hormat sambil tersenyum ke arah Farah. Dia juga ikut tersenyum.
Aku terus membeli satay ayam serta daging dan kuih apam balik. Selesai membeli aku lihat Farah tidak membeli apa-apa pun. Dalam hatiku berkata, budak-budak sepertinya mana tahu nak membeli makanan untuk orang lain. Untuk perut sendiri bolehlah.
Kami berlalu ke arah kereta. Central lock kereta aku tekan. Farah terus masuk ke dalam kereta. Makanan yang aku beli tadi aku letak di kerusi belakang. Enjin kereta dihidupkan. Ketika hendak balik sekali lagi kami terperangkap di dalam kesesakan jalanraya. Kereta bergerak sangat perlahan seperti semut. Seketika kemudian kereta sudah melepasi Taman Syahbandar.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah mertuaku, seringkali aku di hon oleh pemandu kereta yang aku tidak kenali. Mungkin kawan-kawan Ariff yang yang membunyikan hon tersebut kerana mengingatkan Ariff yang memandu kereta tersebut.
“Berapa umur kawan Farah tadi tu?” aku mula bertanya Farah.
“Fikri tadi tu? Dalam 19 tahun kenapa?”
“Takdelah. Tak rasa tua sangat ke dengan Farah?”
“Takdelah. Biasa je. Lagi pun kami kawan je. Bukan couple.” Aku meneruskan fokusku ke arah jalanraya setelah mendengar jawapan Farah.
Dua puluh minit kemudian, kami sudah berada di perkarangan rumah mertuaku. Aku sangat berhati-hati memarkir kereta Ariff di dalam garaj. Takut juga jika tercalar kereta kesayangan Ariff itu. Setelah berpuas hati dengan posisi kereta, aku keluar dari kereta. Pintu kereta aku tutup dan menekan central lock kereta itu. Ketika itu, barulah aku perasan yang kereta abah masih lagi tiada di dalam garaj. Ini bermakna abah dan ibu belum lagi pulang.
Satay dan apam balik yang aku beli tadi aku bawa ke dapur. Makanan itu aku serahkan kepada Mak Yam. Setelah itu aku ke tingkat atas. Baru berjalan sekejap, sudah terasa lenguh sendi-sendi dan tulang betulangku. Badanku aku rebahkan di atas katil. Huh, lega sikit.
Bila dah berbaring sebegini, mata pun mulalah terasa mengantuk. Sedangkan waktu sudah menginjak ke senja hari. Tidak lama kemudian, kedengaran suara azan maghrib berkumandang dari masjid berhampiran. Dalam malas, aku terpaksa gagahkan diri untuk tidak melayan hasutan syaitan agar aku tidak terbabas hinggan tertidur.

Kalau Sudah Sayang : BAB 22

Keesokkannya, tepat pukul 6.00 pagi, aku terjaga dari tidur. Terasa tidak puas pula tidur semalam. Tapi, aku sedar, aku tidak boleh ikutkan sangat rasa kantukku itu. Nanti kemenangan berpihak pula kepada syaitan yang sedang menggoda anak Adam agar tidak bangun mengerjakan suruhan ALLAH.
Aku bangun dari pembaringan dan menggeliatkan sedikit badanku. Bukan apa, meregangkan sedikit urat-urat yang telah tersimpul setelah tidur semalaman. Lega aku rasakan. Aku mencapai tuala dan baju persalinanku sebelum berlalu ke bilik mandi.
Selesai mandi, aku menunaikan solat Subuh seperti biasa. Sesudah bersolat, aku lihat Ariff sudah bangun dari tidurnya. Aku memang tidak berniat untuk mengejutkannya memandangkan semalam aku sudah kena marah. Tanpa menghiraukan aku, Ariff berjalan ke arah rak penyidai tuala dan di ambilnya tuala sebelum berlalu ke arah bilik mandi. Aku pula sibuk melipat telekung solat. Aku langsung tiada hati nak pandang wajahnya.
Selesai dia membersihkan badannya, Ariff keluar dari bilik mandi dengan hanya bertuala mandi. Hisy, dia ni tak malu betul! Kalau ya pun, cover-coverlah sikit. Aku tahulah ni bilik dia, tapi tengok-tengoklah sikit. Kan ke aku ada lagi dalam bilik ni. Aku dari melipat telekung sembahyang, berlalu ke arah meja solek pula. Perlahan-lahan, krim muka aku capai. Rambut yang masih basah, masih berbungkus dengan tuala di kepalaku.
Dari cermin meja solek, aku lihat Ariff sedang mencari-cari pakaian di dalam almarinya yang besar itu.
“Kau tolong lipat baju-baju ni dan susun dalam beg tu. Aku takde masa buat semua tu.” Tiba-tiba Ariff bersuara. Tak pernah-pernah suruh aku buat kerja, alih-alih pagi ni dia surus aku lipat baju dia. Tangan Ariff menunjuk ke arah beg beroda yang berada di sebelah katil.
Baju yang dia hendak aku lipat, dia letak di atas katil. Sedangkan aku masih kaku di atas kerusi di depan meja solek.
“Hei, kau dengar tak apa yang aku kata tadi? Cepatlah!” dia bersuara lagi, dengan nada yang sedikit tegas.
Sebelum berlalu ke arah katil, aku memandang seketika jam di pergelangan tanganku. Dah pukul 7.30 pagi!
“Tak payah kau duk tenung jam kau tu. Masih awal lagi. Kau pergi kerja pun aku yang hantar. Tak perlu susah-susah kena tunggu bas ke, teksi ke. Hei, cepatlah, lagi lama kau duk melangut kat depan cermin tu, makin lambat kau pergi kerja hari ni.” Tambah Ariff lagi. Nak tak nak, aku terpaksa ikut juga.
Baju-baju dan seluar yang terdampar di atas katil itu, aku lipat di dalam beg beroda itu. Banyak juga pakaian yang di suruh aku lipat ni. Beg yang dia sediakan juga boleh tahan besarnya. Jam di tangan menunjukkan hampir ke pukul 8.30 pagi barulah aku selesai melipat dan menyusun semua pakaian Ariff.
Ariff pula sudah siap berpakaian dengan t-shirt berkolar warna coklat muda dan seluar jeans rona biru tua. Bila melibatkan dia sedang menyikat rambutnya, aku terkoncoh-koncoh berlari untuk bersiap. Lebih-lebih lagi bila waktu di rasakan sudah lewat benar. Mana hendak keringkan rambut, mana lagi hendak bedakkan muka. Tu tak lagi nak pakai tudung.
Rambut yang masih separa basah itu aku sanggulkan juga. Lalu di sarungkan skaf ke kepalaku. Bedak muka aku oleskan ke muka. Hanya ala kadar saja. Tak sempat aku nak berlma-lama di depan cermin. Sedangkan Ariff sudah pun menapak turun ke bawah. Aku saja yang masih di dalam bilik ini. Rasanya dia dah menanti aku di bawah. Dengan tergopoh-gapah, aku mencapai handbag dan keluar dari bilik.
Kelam-kabut aku menuruni tangga. Nasib baik tak tergelincir jatuh dari tangga. Sampai saja di tingkat bawah, aku lihat dia enak-enak sedang bersarapan. Aku dah kesuntukan masa ni. Jam dah hampir-hampir pukul sembilan. Macam mana ni. Aku tak pernah pergi kerja lewat. Nampaknya merahlah punch card aku hari ni.
Aku tercegat berdiri di tepi kerusi yang di duduki Ariff. Bila mengetahui yang aku sudah terlambat, aku sedikit pun tidak rasa untuk bersarapan.
“Eh, duduklah dulu. Sarapan dulu.” Lembutnya dia berkata-kata. Mana tak lembutnya, ibu yang ada kat dapur. Mungkin dia takut ibu dengar agaknya kalau dia guna nada seperti di dalam bilik.
“Err… saya dah lambat ni.” Tergagap-gagap aku bersuara. Pertama aku bersuara di depannya dan kata-kataku itu memang di tujukan untuknya.
Ariff pulak aku lihat semakin melengah-lengahkan masa. Sengaja buat bodoh, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Aku pulak sudah seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk langsung.
Selesai dia meneguk minumannya, barulah aku lihat dia bangun dari tempat duduknya. Itu pun masih lagi melambat-lambatkan langkah ke kereta. Sebaik saja central lock kereta di tekan dan dia masuk ke dalam kereta, aku tidak menunggu lama lagi. Terus saja masuk ke dalam perut kereta tanpa di suruh.
“Eh, eh. Siapa suruh masuk ni?” dia bertanya seakan memerliku.
Aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku hanya mematungkan diri. Yang aku tahu sekarang ini hanyalah untuk sampai cepat ke pejabat. Aku sedar bibir Ariff melakarkan senyuman sinis atas gelagatku tadi. Aku sedikit pun tidak peduli dengan kehadiran Ariff di sebelahku.
Sebaik saja kereta yang di pandu Ariff keluar dari kawasan perumahan itu dan menemui jalan besar, Ariff terus memecut keretanya. Aku merasakan seperti berada di atas litar lumba pula. Tahulah keretanya itu kereta rally tapi bawalah perlahan sikit. Makin lama Ariff bawa kereta macam tu, aku makin takut. Meter kilometer per jam sudah menunjukkan angka 200km/j! Sudah tahap maksima!
“Err… Kenapa awak bawak kereta laju sangat ni?” aku bertanya dalam ketakutan.
“Eh, eh. Bukan ke kau nak sampai awal? Ni lah caranya. Kau duduk je diam kat situ.” Ariff menjawab pertanyaanku memang untuk memerliku. Bibirnya melemparkan senyuman mengejek.
Aku langsung tidak menjawab balik kata-kata Ariff. Apa yang aku tahu aku takut sangat. Ariff semakin laju memandu keretanya. Ketika di atas jambatan, dia sesuka hati memotong kenderaan yang di rasakan menghalang kelancaran perjalanannya. Dia sedikit pun tiada rasa takut, malah aku yang menjadi penumpang pula yang berasa kecut perut.
Perjalanan dari rumah mertuaku ke pejabatku yang biasanya memakan masa di antara dua puluh ke tiga puluh minit ketika keadaan sedikit sesak seperti ini menjadi hanya sepuluh minit! Memang kerja gilalah!
Sebaik saja kereta Ariff berhenti di depan pejabatku, aku terus keluar dari kereta itu. Tanpa pamitan atau terima kasih, aku masuk terus ke dalam pejabatku. Sedikit pun aku tidak berpaling memandang Ariff. Ah, kerjaku lebih penting daripada melihat keretanya berlalu. Sedikit pun tidak memberi faedah kepadaku!
Di dalam pejabat, tempat pertama yang aku tuju ada lah mesin punch card. Jam di mesin itu menunjukkan yang beberapa saat lagi akan menginjak ke pukul 9.00. cepat-cepat aku mencapai kad namaku dan mengetip ke dalam mesin itu. Aku mengeluh lega bila selesai mengetip kad namaku.
Setelah itu, aku berjalan ke arah mejaku pula. Bank akan di buka bila-bila masa saja dari sekarang.
“Sarah, kenapa datang lambat hari ni? Lewat bangun ke?” tiba-tiba Kak Raihana menegurku.
“Takdelah. Ada hal sikit tadi.” Aku menjawab dengan jawapan yang sedikit berselindung.
Yalah, segala masalah peribadiku tidak akan aku ceritakan kepada teman sepejabat. Waima dengan Kak Raihana pun. Kebiasaannya, aku akan berkongsi masalahku dengan teman karibku, Liyana. Sejak dari dulu lagi Liyanalah tempat aku meluahkan kesedihan dan kegembiraan.
Setelah itu, Kak Raihana tidak lagi bertanyakan tentang perkara itu. Mungkin dia memahami yang aku tidak mahu berkongsi masalahku dengan orang lain.

Ariff Zulkarnain ketawa terbahak-bahak sebaik saja perempuan itu keluar dari perut keretanya. Memang kelam-kabut betul! Tu tak termasuk lagi gelagat perempuan itu di meja makan di rumah ibu dan abah tadi. Rasa nak pecah perut dia menahan ketawa. Yalah, mana perempuan tu tak gelisah bila melihat jam, jarum sudah menunjukkan hampir ke pukul 9.00 pagi. Sedangkan dia masih di rumah.
Ketika Ariff Zulkarnain di meja makan tadi, sengaja dia melengah-lengahkan makanan masuk ke dalam mulut. Dia siap menawarkan perempuan itu duduk makan bersama. Sedangkan dia sudah mengetahui yang perempuan itu sudah lambat untuk ke tempat kerja.
Satu lagi yang membuatkan ketawanya hendak terburai, bila perempuan tu menunggunya selesai makan sarapan. Dan perempuan tu pula tercegat berdiri di sisi kerusi tempat Ariff Zulkarnain berlabuh, menunggu dia habis makan. Macam pengawal Istana Bukingkham, di Britain. Hahahahahahaha….. Ariff Zulkarnain terus-terusan mentertawakan perempuan itu.
Bahagian yang paling best sekali adalah ketika Ariff Zulkarnain memecut kereta di atas jalanraya sebentar tadi. Dilihatnya perempuan itu kecut perut. Mana tak kecut perut bila berada di dalam kereta yang di pandu 200km/j! perempuan tu siap bertanya lagi.
“Err… Kenapa awak bawak kereta laju sangat ni?” dia nampak yang perempuan tu bertanya dalam ketakutan. Dan Ariff Zulkarnain menjawab sinis sekali. Dengan nada menyindir.
“Eh, eh. Bukan ke kau nak sampai awal? Ni lah caranya. Kau duduk je diam kat situ.”
Lawak sungguh perempuan tu! Memang orang kampung betul! Sedap-sedap kata-kata yang Ariff Zulkarnain hamburkan untuk mengutuk perempuan itu. Entah sedar atau tidak, perempuan yang dia duduk kutuk itu adalah isterinya!

Aku berkemas-kemas untuk pulang. Setelah apa yang terjadi pagi tadi, aku sudah serik untuk menaiki kereta yang di pandu oleh Ariff. Yalah, siapa yang nak naik lagi jika kereta yang di naiki di pandu 200km/j! Huh, taubat aku. Lepas ni walau macam mana pun, aku tak akan lagi naik kereta dengannya.
Petang ni aku nak balik dengan apa? Takkan dia jugak yang datang jemput aku. Huh, tak mahulah aku. Tapi, kalau aku tak balik dengan Ariff, aku nak balik dengan apa? Dah lah kawasan perumahan tu takde bas yang lalu-lalang. Nak naik teksi, di Terengganu susah sedikit menggunakan perkhidmatan teksi. Malah, tambangnya juga mahal. Susahlah macam ni!
Sebaik saja aku keluar dari pejabatku, aku lihat ada sebuah kereta jenis Honda CRV membunyikan hon. Bunyi hon itu seakan di tujukan kepadaku. Bila aku menoleh ke belakang, aku lihat tiada orang pun. Dan mataku sekali lagi terarah ke kelibat kereta itu. Pemandunya seakan menunjuk-nunjuk ke arahku. Pemandu itu aku rasakan seperti kenal saja.
Kemudian, penumpang di sebelah pemandu keluar dari dalam kereta. Dan bila terlihat kelibat itu, barulah aku tahu siapa pemandu Honda CRV tersebut. Ibu rupanya! Dan yang keluar dari dalam kereta itu adalah Farah. Farah berjalan menghampiriku.
“Jomlah, Kak Sarah.” Ajak Farah. Aku hanya menuruti ajakkan Farah itu. Di dalam hatiku tertanya-tanya juga, kenapa bukan Ariff yang datang menjemputku seperti dua hari sudah?
Aku mengambil tempat di tempat duduk belakang. Sebaik pintu kereta di tutup, kereta terus menderu laju ke atas jalanraya.
“Err.. Kenapa Abang Ariff tak datang jemput Sarah hari ni? Kenapa ibu pula yang kena ambik Sarah hari ni?” ragu-ragu aku utarakan soalan kepada ibu.
Apa? Abang Ariff? Huh, depan orang lain bolehlah berabang-abang. Tapi depan tuan empunya badan, jangan haraplah! Nasib baik dapat cover sekejap. Harap-harap selepas ini tidak terkeluarlah nama panggilan saya dan awak.
“Eh, Sarah tak tahu ke yang Ariff dah kembali ke atas kapal pukul tiga tadi. Sebab tu ibu yang datang jemput Sarah.” Jawab ibu, tetapi masih ada riak kemusykilan terlukis di mukanya.
“Oh, Sarah lupa pula. Pagi tadi dia ada beritahu. Dan dia juga ada suruh Sarah kemas baju dia. Tak ingat pula yang dia dah kembali ke kapal hari ni. Banyak sangat kerja kat pejabat tadi, sebab tulah jadi tak ingat ni.” Yakinnya aku memberi jawapan. Bimbang juga penipuanku ini dapat di hidu.
Ariff tak bagitahu pun dekat aku yang dia akan kembali ke kapal hari ni. Dia hanya menyuruh aku mengemas segala pakaian yang telah dia longgokkan di atas katil dan di masukkan ke dalam beg. Aku sedikit pun tidak dapat mengagak.
“Pada mulanya, abah suruh Pak Atan yang datang ambik Sarah, tapi bila lihat kereta ni baru je keluar dari workshop, ibu tawar diri nak datang ambik Sarah. Dah lama tak memandu kereta ni. Dan tiba-tiba budak peyibuk ni nak ikut sama.” Tambah ibu.
“Alah, ibu ni. Anak sendiri di kata penyibuk. Sampai hati.” Farah merengek manja. Dan mula menarik muncung,
Aku dan ibu pula terus ketawa bila mendengar rengekan Farah itu. Tawa kami makin panjang bila melihat muncung Farah makin panjang. Hilang seketika hal Ariff yang aku sedang fikirkan tadi.
“Farah ikut ibu nak ke mana?” aku bertanya Farah setelah ketawaku reda.
“Takde ke mana-mana pun. Saja je nak ikut ibu.” Jawab Farah.
Setelah itu keadaan di dalam kereta hanya terisi dengan bunyi lagu yang berkumandang dari radio yang terpasang. Jalanraya pula sesak. Pemandangan biasa ketika waktu pulang bekerja seperti sekarang.
Pukul 6.00 petang barulah kami semua tiba di rumah. Aku berlalu ke tingkat atas rumah. Ibu pula setelah turun dari kereta tadi, dia membelek pokok bunga kesayangannya. Farah pula telah lesap entah ke mana. Mungkin telah berada di dalam biliknya.
Aku pula masuk ke dalam bilik Ariff. Bebaslah aku untuk sementara waktu. Ariff dah tak ada kat sini. Aku merebahkan badan di atas katil. Malam ni, bolehlah aku tidur di atas katil ni. Tak perlu lagi aku sakit-sakit pinggang tidur di atas sofa. Huh, bestnya! Sebelum apa-apa, baik aku pergi mandi dulu. Nanti terlajak hingga azan maghrib pulak. Lagi susah.
Aku berjalan ke arah beg pakaian yang masih tidak lagi berkemas. Aku mencapai tuala sebelum berlalu ke arah bilik mandi. Di dalam bilik mandi, aku mandi sambil menyanyi-nyanyi perlahan. Kata orang tak baik kita menyanyi bila hari hampir senja. Tapi pada aku sekarang ini, adalah tanda aku bebas melakukan apa-apa saja perkara di dalam bilik ini. Bilik ini aku yang punya untuk waktu ini!
Setalah mandi, aku keluar dari bilik mandi. Rambutku yang basah aku bungkus dengan tuala kecil. Baju pula aku pilih untuk menyarung baju kelawar. Memandangkan azan maghrib sudah berkumandang, aku terus menunaikan solat. Selesai menunaikan solat, aku melipat telekung sembahyang dan menyidai telekung itu di rak penyidai telekung dan sejadah.
Bila terlihat beg pakaianku yang tak berkemas sejak aku masuk ke dalam rumah ini, aku mendapatkan beg itu dahulu. Aku mengasingkan pakaian yang hendak dicuci dengan pakaian yang masih belum digunakan. Pakaian yang ingin dicuci, aku letak di dalam bakul pakaian kotor bersama dengan pakaian Ariff. Manakala pakaian yang masih belum di gunakan, aku gantung di dalam almari enam pintu yang berada di dalam bilik itu.
Buat sementara waktu, aku menumpangkan pakaianku ke dalam almari itu. Bila Ariff pulang nanti, aku pindahlah pakaianku ke tempat lain. Beg pakaian aku lipat dan aku tak tahu nak letak di mana. Mataku meliar memandang sekitar bilik. Mencari tempat yang sesuai untuk aku menyimpan beg itu. Mataku terpandang ke arah atas almari yang kosong tanpa barang. Aku lantas mengambil kerusi untuk meja solek dan aku memijak kerusi itu. Berjengket sedikit aku untuk meletakkan beg yang sudah aku lipat itu.
Siap aku mengemas semua pakaianku. Bakul pakaian kotor bolehlah aku buat turun esok. Memandangkan esok hari Jumaat dan merupakan hari cuti hujung minggu. Dan esok juga aku bolehlah bersenang-lenang di rumah. Terlintas juga di benakku untuk balik ke rumah kedua orang tuaku. Tetapi bila teringatkan yang Ariff tiada di sini, aku melupakan saja hasratku itu. Walaupun hubungan aku dan Ariff tidak berapa baik, aku tetap isteri dia. Ke mana aku pergi, aku perlu meminta izin daripada dia.
Tuala di atas kepala aku buka. Rambutku yang sedikit lembab, aku sikat. Rambut yang panjangnya separas pinggang itu aku simpul sedikit. Tudung yang terbentuk di depannya aku sarung ke kepala. Senang sedikit. Tak perlu aku sematkan pin di tudung kerana tudung itu sudah sedia terjahit.
Selesai mengenakan tudung, aku turun ke bawah. Aku lihat ibu tekun menyediakan juadah makan malam sambil di bantu oleh pembantu rumah. Aku menghampiri ruang dapur. Farah mungkin masih berkurung di dalam biliknya. Aku ingin menolong yang mana perlu.
“Assalamualaikum, bu. Ibu nak masak apa ni?” aku bertanya ibu.
“Wa’alaikumussalam. Hah, Sarah. Sarah nak tolong ibu ke? Ibu baru je buat kari kepala ikan. Tak tahu lagi nak masak apa.” Ibu menjawab.
“Boleh juga kalau ibu nak Sarah tolong.”
Aku lihat ada banyak-banyak sayur-sayuran yang ada di atas meja di dapur. Antaranya lobak merah, bunga kobis, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut. Cili kecil pun ada. Aku lihat ayam juga ada di dalam sinki. Cukuplah untuk buat paprik. Aku berkira-kira di dalam hati.
“Ibu, sayur-sayuran ni ibu nak buat masak apa?” aku bertanya sebelum menyusulkan cadanganku.
“Entahlah. Daripada jenis sayur-sayuran ni, ibu rasa nak buat sayur campur goreng. Atau pun Sarah ada cadangan?”
“Apa kata kalau sayur-sayuran ini Sarah buat paprik. Macam mana ibu?”
“Emm, boleh juga tu.”
Setelah di persetujuan dari ibu, tanganku lincah memotong sayur-sayuran itu menjadi kecil-kecil. Setelah itu aku memotong ayam pula menjadi ketulan yang kecil-kecil.
Siap semua bahan rencah aku potong, barulah aku panaskan kuali di atas dapur gas. Minyak aku curahkan sedikit ke dalam kuali dan setelah minyak panas, barulah aku masukkan bahan-bahan untuk menumis. Berdesir bunyi yang di hasilkan bila bahan-bahan tumisan di masukkan.
Tidak sampai sepuluh minit, aku siap memasak sayur paprik. Dan sayur itu aku bawa ke meja makan.
“Emm, ada apa-apa lagi ke yang ibu nak suruh Sarah buat?” aku bertanya kepada ibu ketika aku kembali semula ke dapur.
“Rasanya dah takde apa-apa yang perlu ibu suruh. Semuanya Mak Yam dah buat tu. Kita tunggu abah balik, barulah kita makan, ya.”
“Okey. Err, bu. Sarah nak naik atas dulu, ya. Dah azan tu. Sarah nak solat sekejap.”
“Emm, yalah.”
Aku melangkah ke bilik Ariff. Rasanya wudukku masih ada lagi. Eh, eh. Ke dah habis wudukku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk mengambil wuduk di bilik mandi. Perasaan was-was adalah tidak baik kerana yang masih ada wuduk boleh menjadi tiada wuduk.
Selesai menunaikan solat, aku turun ke tingkat bawah. Aku lihat Farah sudah tercongok di depan televisyen dan kakiku melangkah ke arah Farah yang berada di ruang tamu. Mataku terpandangkan jam di dinding. Sudah pukul 8.40 malam. Sekejap lagi abah baliklah dari masjid. Makanan pun sudah terhidang di atas meja makan.
“Farah, dah solat ke belum?” aku bertanya kepada Farah.
“Orang bendera merahlah kak.” Jawabnya sambil tersenyum ke arahku.
“Oh, patutlah akak lihat Farah relax je.” Dia tersenyum lagi.
“Emm, ibu mana?” sambungku.
“Ibu dah naik ke atas. Solat kot.” Mata Farah sedikit pun tidak berkalih dari kaca televisyen.
Sejak aku tinggal di rumah besar itu, aku lihat yang Farah begitu suka menonton televisyen. Kadang-kadang aku lihat sampai lewat malam dia menonton televisyen. Habis satu cerita, dia beralih ke satu cerita lain pula. Entah cerita apa yang best pun aku tak tahu.
“Sejak akak duduk kat rumah ni, akak lihat Farah suka sangat tengok tv. Apa yang best sangat kat tv tu?” terkeluar juga persoalan yang terlintas di benakku.
“Melalui tv, kita boleh dapat banyak maklumat. Seperti yang baru-baru ni yang tanah runtuh kat Bukit Antarabangsa pun tv yang melaporkan kepada kita. Selain tu kita boleh melapangkan fikiran dengan menonton tv yang mana kepala tengah serabut.” Bersungguh-sungguh Farah menjawab pertanyaanku.
Alasan klise yang dia bagi kat aku. Dah banyak sangat alasan macam tu. Macam jawab dalam peperiksaan penting pulak aku dengar.
“Klise sangat la jawapan Farah tu. Macam orang buat karangan dalam exam pulak. Eleh, kalau yang Bukit Antarabangsa tu, orang yang tak tengok tv pun tahu. Betul-betullah,” aku membidas jawapan yang Farah beri.
“Eh, betullah tu.” Dia ketawa dengan kata-katanya. Dia memainkan aku pula.
“Huh, malaslah nak layan Farah ni.” Aku menuturkan kata seakan orang merajuk.
“Kalau Sarah nak tahu, Farah tu kalau tak tengok tv sekali dalam sehari, mulalah dia tak senang duduk. Macam orang hilang anak. Farah dah jadi ketagih dah.” Ibu yang sedang menuruni tangga menyampuk percakapan aku dengan Farah.
“Sampai macam tu sekali. Oh, bahaya juga penangan tv ni kepada Farah,ya.” Aku membalas kata-kata ibu.
Dan pada ketika itulah kedengaran suara abah memberi salam. Abah baru balik dari masjid. Kami menjawab salam perlahan. Pintu dibuka oleh abah dari luar.
“Apa yang riuh sangat ni? Sampai ke luar dengarnya.” Abah bertanya sambil menanggalkan songkok dari kepala. Songkok itu abah letak di atas meja kecil berhampiran dengan peti televisyen.
“Budak-budak nilah. Saraf tanyakan Farah, kenapa Farah suka sangan tengok tv. Dan Farah main-mainkan kakak dia tu. Dia tak jawab betul-betul. Tu yang jadi riuh tu.” Ibu yang menjawab pertanyaan abah itu.
“Begitulah perangai Farah, Sarah. Kalau tak tengok tv sehari tak senang duduk dia.” Jawapan seakan sama dengan ibu, abah tuturkan.
Abah berlalu ke meja makan. Aku dan Farah juga ikut angkat punggung.
“Emm, sedap nampak lauk malam ni. Awak masak semua ni? Banyaknya.” Abah bertanya dengan ibu.
“Saya masak tumis ikan merah, daging masak hitam tu yang tengahari tadi, bawal hitam masak masam manis dan yang sayur paprik tu Sarah yang masak.” Ibu menjawab.
“Sarah ada masak? Mesti best kan? Ni mesti rasa ni.” Abah awal-awal lagi sudah memuji.
“Takdelah. Biasa-biasa saja.” Aku memperbetulkan tanggapan abah.
Senduk nasi kucapai dan pinggan nasi juga aku ambil. Nasi dari mangkuk nasi aku senduk ke dalam pinggan. Pinggan abah mula-mula sekali nasi di letak dan kemudian barulah di ikuti pinggan-pinggan lain. Sayur yang aku goreng, mula-mula sekali lauk yang abah senduk ke pinggannya. Mungkin hendak merasa hasil air tanganku.
“Emm, sedap. Boleh la Sarah masak lagi bila-bila, ya.” Abah memuji melangit. Padahal masakanku biasa-biasa saja.
“Alah abah ni. Sarah masak biasa-biasa saja.” Aku jadi naik malu bila asyik di puji.
Kami semua meneruskan menjamah makam malam. Setelah semua selesai makan, aku membantu ibu membawa pinggan yang telah digunakan tadi ke dapur. Mak Yam yang sudah berada di dapur mengambil tempat di sinki. Mak Yam membasuh semua pinggan mangkuk itu.
“Mak Yam boleh ke basuh semua ni? Tak nak sarah tolong ke?” aku bertanya bila melihat pinggan mangkuk yang banyak memenuhi sinki.
“Takpelah. Sarah biarkan aje kat sinki ni. Mak Yam boleh basuh semua ni.” Mak Yam menjawab sambil tangannya ligat menyabun pinggan mangkuk tersebut.
Aku berlalu ke ruang tamu. Farah menyambung semula tontonan di hadapan televisyen. Dia ni memang hantu tv! Tersenyum aku dengan hobinya yang satu itu. Pada awalnya aku ingin menyertai Farah di hadapan tv tetapi rancanganku berubah tiba-tiba. Terasa malas pula ingin menonton. Aku terasa ingin tidur awal malam ini. Aku berlalu ke arah bilik Ariff di tingkat atas.
Pintu bilik aku buka. Perkara pertama yang aku lakukan ialah menanggalkan tudung. Tudung itu aku sangkut di tepi rak penyidai telekung. Aku merebahkan badan di atas katil yang mempunya tilam yang empuk itu. Huh, bestnya! Seharian terperangkap di tempat kerja hinggakan tenagaku seakan di sedut.
Lega bila aku berbaring di atas katil itu. Tetapi aku tidak terasa mengantuk lagi. Oh, ya. Baru aku ingat yang sebelum aku ke rumah ini, aku ada selitkan beberapa buah novel ke dalam beg pakaianku. Aku bangun dari pembaringan, sebelum itu, aku terfikir-fikir yang di mana aku letak novel itu.
Mataku melilau ke sekeliling bilik. Dan akhirnya mataku terpandang meja kecil di tepi katil. Barulah aku ingat yang aku menyimpan novel-novelku di situ. Kakiku terus menapak ke arah meja kecil itu. Emm, banyak juga yang aku sempat ambik. Ada Semusim Rindu dari Aleeya Aneesa, Bicara Hati hasil karya Damya Hanna, Kasih Dania buah tangan Ayu Emelda dan Gemersik Kalbu hasil tulisan Anis Ayuni. Semuanya best-best.
Aku mencapai novel Kasih Dania dan membawanya ke katil. Aku membaringkan tubuhku semula di atas katil. Tanganku lincah membelek satu persatu muka surat novel itu. Sebenarnya semua novel itu sudah habis aku baca. Aku mengambil novel itu sekadar untuk menghilangkan kebosananku di sini.
Kasih Dania mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Budreez yang telah di desak oleh emaknya agar berkahwin. Jika Budreez tiada pilihan, emaknya sudah menyediakan seorang perempuan untuknya. Perempuan itu bernama Maria yang juga sekampung dengannya. Oleh kerana dia mempunyai sejarah tersendiri dengan perempuan tersebut, Budreez memang tidak setuju dengan pilihan emaknya itu. Dan kerana itu dia perlu mencari seorang perempuan untuk menunjukkan yang dia sudah mempunyai pilihan sendiri.
Dalam cari-mencari, akhirnya dia mencekup Danny atau Dania, kawan lepaknya yang berpewatakan seperti lelaki atau dengan kata lain Dania ialah seorang tomboy sebagai pilihannya. Budreez akhirnya berkahwin dengan Dania tetapi kehidupan mereka tidak seperti pasangan suami isteri lain dan hanya menjadi pelakon di depan keluarga Budreez. Keadaan menjadi haru-biru bila Maria muncul dan Dania mula jatuh cinta terhadap Budreez.
Huh, berliku betul jalan cerita ni. Pandai Ayu Emelda merangka jalan cerita yang penuh konflik seperti itu. Ketika jam menginjak ke pukul 12.00 tengah malam barulah mataku terasa mengantuk. Novel itu aku letak di atas meja kecil di tepi katil. Aku lalu merebahkan badan di atas katil dan terus di buai mimpi.

Kalau Sudah Sayang : BAB 21

Petang itu, Ariff Zulkarnain sudah berkira-kira untuk keluar awal. Dia tidak mahu bertembung dengan perempuan itu. Lantas, kunci kereta dicapai. Sedang dia ingin melangkah keluar dari muka pintu rumah, emaknya awal-awal sudah bersuara.
“Kamu nak ke mana tu? Jangan lupa pula kamu pergi jemput Sarah petang ni.” Pesan Puan Junaidah.
‘Aduh, rosak rancangan! Kacau betul!’ rungut Ariff Zulkarnain di dalam hati.
“Dia tak boleh balik sendiri ke?” Ariff Zulkarnain bertanya, untuk mengelak.
“Kamu ni ada otak tak? Dia nak balik dengan apa? Pagi tadi kan kamu yang hantar dia. Dah tu dia nak balik dengan apa. Kawasan ni bukannya ada bas.” Terang Puan Junaidah. Nada yang dia ucapkan seperti hendak marah saja.
Ariff Zulkarnain berlalu juga. Malas dia hendak mendengar ibunya terus-terusan membebel.
“Jangan kamu tak pergi ambik Sarah pulak!” laung Puan Junaidah dari muka pintu bila melihatkan anaknya itu sedikit pun tidak menghiraukan kata-katanya.
“Hisy, apa nak jadi dengan budak berdua ni pun tak tahu. Macam budak-budak je buat perangai. Kalau budak-budak tu senanglah nak bentuk, ni dah tua, boleh jadi bapak budak pun.” Puan Junaidah merungut-rungut tatkala melihat kereta anaknya keluar dari pagar rumahnya.
Di dalam kereta, Ariff Zulkarnain merungut-rungut melepaskan geram.
“Aku ni macam driver dia pulak. Pagi berhantar, petang berjemput. Lagi lama aku kat sini, makin susah aku.”
Dia mengerling ke arah jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 4.00 petang. Waktu orang balik kerja ada sejam lagi. Pemanduannya kini bukan tertuju ke arah pusat bandar. Dia menuju ke arah Pantai Teluk Ketapang.
Kereta di parkir bersebelahan dengan jalan. Kelihatan ramai budak-budak muda sedang memadu asmara di tepian pantai. Budak-budak tu ada yang sebaya dengan Farah, adiknya. Masih budak-budak sekolah lagi. Kalau Farahnya yang sedang melakukan perbuatan tersebut, tahulah dia apa cara yang hendak di ajar kepada adik bongsunya itu.
Dia mengambil tempat di tepi pantai. Jauh sedikit dari budak-budak muda itu. Kakinya menguis-nguis pasir pantai yang memutih itu. Aksinya seakan orang sedang putus kasih saja. Padahal dia sudah mempunyai isteri dan kekasih. Dia tiada masalah dengan kekasihnya tetapi bermasalah dengan isterinya.
Ariff Zulkarnain memerhatikan ombak pantai yang sentiasa memukul pantai. Ganas sekali aksi yang ditunjukkan oleh ombak itu. Ibarat kata pepatah orang-orang lama, ombak dan pantai tidak boleh dipisahkan walau sesakit manapun pantai merasakan setiap hempasan ombak tetapi ‘mereka’ tetap bersama.
Jika manusia juga begitu, pasti tiada pasangan yang bercerai dalam dunia ni. Pasti aman damai tanpa berbalahan. Sedangkan dia tak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang sedang menimpanya sekatang ini. Setakat ini Hani masih tidak mengetahui yang dia sudah berkahwin. Nampaknya tiada seorang pun teman Hani yang datang atau mengetahui tentang perkahwinannya.
Sedang dia ralit menghayati keindahan alam yang terdapat di depan mata itu, telefonnya berbunyi. Diseluk kocek seluar untuk mengeluarkan telefonnya. Terparpar di skrin telefon nombor syarikatnya. Butang hijau di tekan.
“Hello, assalamualaikum, Ariff.” Suara di dalam telefon memulakan kata.
“Wa’alaikumussalam. Ya, Encik Badrulzaman.”
“Awak ada apa-apa masalah tak jika saya panggil awak masuk kerja esok? Memang cuti awak ada empat hari lagi tapi awak terpaksa gantikan tempat Sharumi keran dia terpaksa cuti emergency, isterinya bersalin.”
“Takde masalah, encik. Esok, saya akan kembali ke kapal.”
“Okey lah kalau takde masalah. Awak tahu kan kapal akan berlabuh kat mana?”
“Tempat biasa kan? Atau dah berubah tempat?”
“Tak, kali ni kapal tak akan berlabuh di Kerteh, tapi di Jeti Taman Syahbandar. Kita terpaksa berlabuh di sana untuk menjimatkan masa. Dalam pukul 3.00 petang, awak sudah berada di sana.”
“Baiklah, encik.”
Talian dimatikan. Nampaknya dia boleh lari seketika dari masalahnya. Kata orang lari dari masalah bukan penyelesai kepada masalah tersebut dan dianggap sebagai pengecut kerana lari sebelum berjuang. Tapi baginya, lebih baik dia menenangkan dirinya untuk seketika waktu. Jika tidak, dirinya akan terasa lebih tertekan bila berada di sini.
Jam sudah pukul 5.00 petang. Dia perlu menjemput perempuan itu pula. Jika tidak pasti bising mulut ibu dan abahnya.
Sebelum berlalu ke kereta, dilihatnya pasangan tapi masih lagi bertempek di tempat tadi. Sedikit pun tidak berganjak. ‘Hisy, mereka ni tak malu ke dengan orang yang lalu-lalang disini. Tak bermoral langsung perbuatan mereka itu.’ Ariff Zulkarnain mengomel di dalam hati. Dia tidak sedar yang dia dengan Hani pun macam tu juga. Ibarat kata orang tua-tua, ketam yang nak ajar anak berjalan lurus sedangkan diri sendiri berjalan tidak lurus.
Cermin mata hitam dipakainya dan pedal minyak di tekan kuat. Menderu kereta berlari di atas jalanraya. Nasibnya begitu baik kerana jalanraya tidak begitu sibuk tetapi tidak juga lengang. Sesampai saja di depann pejabat perempuan itu, nampaknya perempuan itu sudah terpacak di depan bangunan itu.
“Aik, dah terpacak depan pejabat dia. Tak payahlah aku duk menunggu dia pula.” Ariff Zulkarnain berkata di dalam keretanya.
Hon kereta di bunyikan. Dari celah cermin mata yang di pakainya, dia nampak yang perempuan itu sedikit tersentak dengan bunyi hon yang di tekan olehnya itu. Terlukis sedikit senyuman di bibir Ariff Zulkarnain. Tetapi bila melihat perempuan itu mula menapak ke dalam kereta, segera senyuman itu dia matikan. Setelah perempuan itu duduk di atas kerusi kereta dan pintu kereta ditutup, kereta terus menderu meninggalkan kawasan pejabat itu.
Dia ingatkan yang dia sudah awal dan boleh bersenang-senang menghantar perempuan itu balik ke rumah. Dia punya agenda lain pula selepas ini. Tetapi telahannya meleset sama sekali. Dia terperangkap di dalam kesesakan jalanraya pula. Tidak semena-mena perempuan itu yang menjadi tempat dia menghamburkan amarah. Lupa yang sekarang ini waktu puncak, waktu orang pulang dari kerja. Memanglah jalan sesak. Lebih-lebih lagi di atas Jambatan Sultan Mahmud.
Hapir satu jam kemudian, barulah dia sampai di hadapan rumah orang tuanya. Sebaik sahaja perempuan itu turun dari kereta, terus dia memecutkan kereta yang destinasinya masih lagi tidak di ketahui.

‘Nak pergi mana, ya? Nak ajak Hani keluar, masih awal lagi.’ tertanya-tanya dia sendirian.
Setelah puas dia memusing-musingkan stereng kereta, dia akhirnya berhenti di Medan Selera Padang Negara. Kereta di parkir di hadapan deretan kedai-kedai makan yang terdapat di situ. Setelah central lock kereta ditekan, dia melangkah perlahan-lahan ke arah deretan kedai-kedai itu. Tak tahu kedai mana yang menjadi pilihan.
Akhirnya dia memilih kedai yang paling hujung. Hanya ada satu saja meja yang kosong. Ramai juga pelanggan ketika waktu ini. Takk panas lagi punggung aku mencecah kerusi kedai makan itu, datang seorang pelayan yang menanyakan pesanan.
“Abang nak order apa?” pelayan itu sudah bersiap sedia dengan kertas dan pen di tangan.
“Apa yang special kat sini?”
“Segala menu yang ada di sini, abang boleh tengok dekat dinding tu.”
Mata Ariff Zulkarnain terus terarah ke arah dinding yang pelayan tadi beritahu itu. ‘Emm, banyak juga makanan panas disini. Aku nak makan apa, ya?’ menu-menu yang terparpar di situ semuanya di rasakan lazat saja. Sampai rambang mata pula dia di buatnya. Sementelah kagi dia tengah lapar sekarang ini.
“Dik, bagi air barlie satu dan makanan pula bagi mi hailam.”Akhirnya dia membuat keputusan. Setelah menerima pesanan, pelayan itu pun berlalu.
Sementara menunggu makanannya sampai, pandangannya dikitarkan ke arah seluruh medan selera. Cantik juga pemandangan di sini. Dia berpaling pula ke belakangnya. Kelihatan Masjid Terapung sungguh cantik bila malam menjelma. Di tambah pula dengan simbahan lampu yang mempersona. Menaikkan lagi keindahan masjid itu
Pada ketika dia asyik melihat keindahan masjid itu, kedengaran suara muazzin melaungkan azan maghrib. Cukup syahdu sekali. Teringatkan yang dia sendiri sembahyang pun kadang-kadang tak cukup lima waktu. Ketika dia berpaling ke arah meja makan, pesanan makanan dan minumannya sudah sampai. Lantas dicapainya sudu dan garfu. Setelah membaca Bismillah, mi hailam yang nampak begitu menyelerakan itu, di suap ke dalam mulut.
Sedang asyik dia menikmati juadah yang enak itu, tiba-tiba dia terasa bahunya di tepuk seseorang. Lantas, kepalanya di dongakkan ke atas. Melihat siapa yang telah menepuk bahunya itu.
“Kau kalau makan, tak tengok keliling.” Ridhuan menegur Ariff Zulkarnain.
“La, kau rupanya. Aku ingatkan siapalah tadi. Eh, marilah duduk sekali.” Dia mengajak sahabat baiknya itu.
“Takpelah, aku dengan orang rumah aku ni nak ke Masjid Terapung dulu. Ada ceramah agama. Takut nanti terlepas ceramah pula. Oh, lupa pula, isteri kau mana? Makan sorang je.” Barulah Ariff Zulkarnain perasan yang isteri Ridhuan juga ada bersama.
“Aku sorang je.”
“Takpelah, ya. Aku pergi dulu.”
Ariff Zulkarnain memerhatikan langkah pasangan suami isteri itu berlalu dari situ menuju ke arah Masjid Terapung. Setelah menghabiskan makanannya, dia memanggil pelayan yang mengambil pesanan tadi untuk menjelaskan bayaran.
Selesai bayaran di buat, dia berlalu ke arah keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Tidak sampai seminit, kereta yang di pandunya itu sudah berada di atas jalanraya. Sakarang jam sudah menunjukkan pukul 8.00 malam. Dan ketika ini, memang masih awal untuk mengajak Hani keluar.
Kereta Subaru Impreza itu akhirnya menapak di perkarangan tempat letak kereta Taman Syahbandar. Tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini dia selalu sangat mengunjungi taman ini. Lebih-lebih lagi di saat dia menghadapi masalah.
Kakinya ringan saja melangkah menghampiri tembok yang memisahkan pantai dengan lautan itu. Kedua-dua belah tangannya di labuhkan di atas tembok batu itu. Pandangan di lontarkan ke arah lautan yang terbentang luas di depan mata. Seberang dari Taman Syahbandar ini, terdapat sebuah pulau yang di kenali dengan nama Pulau Duyung. Nampak dengan jelas kemilauan lampu dari Marina Heritage Club yang terdapat di Pulau tersebut. Sungguh cantik!
Sedang dia menikmati panorama indah itu, dia teringatlah tentang yang dia perlu balik ke kapal esok. Dan segala persiapan masih lagi dia tidak hiraukan. Beg tidak lagi berkemas. Ketika itulah, terdengar satu suara seakan menghasutnya.
‘Kau kan dah ada isteri, suruh aje isteri kau buat semua tu. Apa guna dia jadi isteri kau kalau benda macam tu dia tak boleh buat. Dan kau sepatutnya sudah bersenang-lenang sekarang ni. Tak perlu lagi kau buat semua-semua tu.’
‘Emm, betul juga tu. Aku suruh dia je lah yang buat.’ Sahut kata hatinya.
‘Eh, tapikan, kau tak pernah mengaku yang dia tu isteri kau. Buat apa kau nak suruh dia buat kerja kau. Kau ingat balik apa yang kau pernah ucapkan kepada dia.’ Satu lagi suara berkata-kata.
‘Huh… mana satu yang harus aku ikut ni. Buntu aku macam ni!’ jerit Ariff Zulkarnain di dalam hati.
Hatinya lebih berpihak kepada pendapat pertama tadi. Tapi bila mendengar suara yang kedua tadi, dia jadi ragu-ragu pula. Tak tahu kata-kata mana yang harus di ikut. Kalau di ikut kata-kata yang pertama tadi, kata-kata kedua tadi juga terkena batang hidungnya sendiri juga.
Payah juga bila disuruh memilih. Samalah juga bila jika dia di suruh memilih antara perempuan yang telah menjadi isterinya dengan Hani. Huh, yang tu lagilah payah. Tapi rasanya, dia akan memilih Hani dan keputusannya itu akan melukakan perasaan orang tuanya.
Daripada memerhatikan keadaan pantai, dia mengalihkan badannya mengahadap ke arah taman pula. Dilihatnya keadaan di taman semakin ramai pasangan muda yang mengunjungi taman ini. Pemandangan sekitar taman yang di simbahi cahaya lampu yang berwarna-warni mengindahkan lagi taman riadah ini.
Setelah dilihat malam yang semakin gelap, dia mula beredar dari taman itu. Central lock kereta di tekan. Pintu di bahagian pemandu di buka. Dia seakan baru teringat sesuatu. Lantas, kocek seluarnya di seluk. Telefon bimbitnya di keluarkan. Dia menaip mesej kepada Hani.

-U nak keluar x mlm ni?

Dan butang send di tekan. Sementara menunggu balasan mesej, pintu kereta ditutup dan enjin di hidupkan. Sebelum gear sempat dia masukkan, terdengar bunyi mesej masuk kari telefonnya. Terus dia menekan kekunci telefonnya.

+X kot… I rasa x sedap badanlah… I ada kat rmh ni…

Itulah mesej balasan dari Hani. Jari-jemari Ariff Zulkarnain ligat menaip mesej balasan untuk Hani.

-Oklah kalau macam tu…

Dia memandu kereta keluar dari petak tempat letak kereta. Dia memandu kereta tanpa arah tuju. Hani tidak mahu keluar pula malam ni. Takkan nak balik pula. Dia sedikit pun tidak terasa hendak balik. Kalau balik pun, kena tengok muka perempuan tu pulak. Huh… perkara yang paling dia elakkan. Tetapi malam masih muda.
Hampir semua jalan di seluruh bandar Kuala Terengganu di jelajahnya. Cuma bila di rasakan bosan bila melalui jalan yang sama, dia akhirnya mengambil keputusan untuk pulang ke rumah orang tuanya.
Keretanya menderu masuk ke dalam garaj kereta. Ketika pintu rumah dibuka, jam di dinding sedang berdetik. Menunjukkan pukul satu pagi. Tiba-tiba suatu suara menegurnya.
“Hei, abang. Baru balik?” terkejut Ariff Zulkarnain bila mendengar suara itu.
Kepalanya terus menghala ke arah suara itu. Rupa-rupanya, Farah yang menegurnya tadi.
“Huh, Farah ni… Buat abang terkejut aje… Lain kali, bagilah salam. Ni tak, pakai serbu je… Abang ingatkan hantu manalah yang tegur abang tadi…”
Ariff Zulkarnain mengurut dadanya. Tanda terkejut. Farah pula sedap-sedap ketawa dengan gelagat abangnya itu.
“Hisy, sudah-sudahlah tu ketawa. Nanti ibu dan abah terjaga pula. Kenapa tak tidur lagi? Esok tak sekolah ke?”
“Eh, eh. Tanya kita pulak, abang tu ada isteri pun masih keluar sampai lewat malam. Hisy, pelik betullah. Abang cari apa lagi kat luar tu. Dah dapat isteri cantik pun masih keluar lagi. Kalau Farah lah jadi abang, memang Farah tak akan cari orang lain. Beruntung sangat.” Panjang lebar Farah membebel kepada abangnya itu.
‘Eh,eh. Dia ni membebel pulak! Macam orang tua dia bercakap. Lebih-lebih pulak.’ Rungut Ariff Zulkarnain di dalam hati.
“Eh, ikut suka abang lah. Awak tu yang patut belajar betul-betul. Tak payah duk kisahkan hal abang.” Ariff Zulkarnain berkata sebelum berlalu ke biliknya.
Farah yang hendak menjawab balik, terpaksa menutup semula mulutnya. Dia mengangkat sedikit bahunya dan mengeluh kecil dengan tindak balas dari abangnya.
“Huh, susah betul kalau nak nasihat orang yang keras kepala ni.” Keluh Farah perlahan.
Ariff Zulkarnain membuka pintu biliknya perlahan. Bimbang juga akan mengejutkan perempuan yang sedang tidur itu. Perlahan dia menapak masuk ke dalam biliknya itu. Dia melihat yang perempuan itu sedang enak diulit mimpi di atas sofa. Dia berlalu ke arah katil. Tanpa menyalin baju dan seluar, dia terus merebahkan badannya di atas katil. Seketika kemudian, dia sudah di buai mimpi.

p/s: salam... thanks to Tanpa Nama coz telah meninggalkan ulasan pertama... sy ingatkan xde org pun yg sudi nak singgah kat blog sy ni...