Dangling Orange Hearts

Teman-teman mayaku

Ahad, 9 Ogos 2009

****** SAMBUNGAN BAB 1 *********

Dari luar rumah, kedengaran bunyi motor ayahku masuk ke dalam pagar kawasan rumahku. Tidak lama kemudian bunyi motor tersebut sudah tidak kedengaran. Enjin sudah dimatikan.
Kemudian terjengul kelibat ayahku di depan pintu utama rumahku.
“Ha bang, dah balik? Marilah makan.” Sapa emakku.
“Hmm, ajak sekali budak-budak tu.”
“Acik, Ucu. Mari makan. Ayah dah balik ni.” Laung emakku dari dapur memanggil kami dua beradik.
“Ya mak, kami datang ni.”Jawab kami serentak. Kelakarlah pulak. Yelah, mana tak kelakarnya, kami berada di tempat berlainan tapi menjawab ajakan emakku serentak. Ketawa kecil aku dibuatnya.
Aku menolong emakku menghidang makanan yang telah dimasak oleh emakku seketika tadi. Setelah selesai, kami sekeluarga makan makanan yang telah terhidang. Ketika makan, kami tidak boleh bercakap kerana itu adalah pantang bagi ayahku.
Setelah kami semua selesai makan, aku lalu membasuh pinggan mangkuk yang telah digunakan tadi. Emakku sempat berpesan sebentar tadi. Katanya, selepas aku membasuh pinggan mangkuk ini, ayah menantiku di ruang tamu. Seperti kata ayahku sebelum dia pergi ke surau senja tadi, ada perkara yang dia ingin beritahu kepadaku.
Usai membasu pinggan mangkuk, aku menatang dulang berisi teko air kopi dan set cawan. Ia adalah untuk memudahkan penghadaman makanan yang dimakan sebentar tadi.
Di ruang tamu, aku meletakkan dulang yang aku tatang tadi di atas meja kopi. Ayahku sudah tersedia menanti di kerusi di ruang tamu, manakala emakku sedang melipat pakaian yang di angkat dari ampaian petang tadi. Adik bongsu pula sudah menghilang di dalam bilik. Mungkin sedang mengulangkaji pelajaran. Iyalah, tahun ni nak ambil Penilaian Menengah Rendah(PMR).
“Ayah, jemput minum.” Aku mempelawa ayahku. Aku lalu duduk di hadapan emakku. Membantunya melipat pakaian.
“Ehmm, takpelah.” Balas ayahku.
“Apa perkara yang ayah nak bagitahu kat Sa? Dengarnya macam penting je..”
Ayahku tidak manjawab terus tapi dia menghirup air kopi yang telah aku sediakan sebentar tadi. Setelah meneguk seteguk air kopi, ayahku meletakkan kembali cawan ke tempat asalnya.
Hatiku sudah berdebar-debar menanti ayahku membuka mulut untuk memberitahu berita yang akan dikhabarkan kepadaku. Entah apa yang akan diberitahu. Entah perkhabaran yang buruk ataupun yang baik. Aku mula gelisah sendirian.
‘YA ALLAH ya TUHANku, harap-harap berita yang akan di sampaikan nanti adalah berita yang baik-baik.’ Doakanku di dalam hati.
“Berita yang akan ayah sampaikan ini mungkin akan mengejutkan Sa. Jadi, ayah harap Sa tidak terperanjat dan dengar baik-baik apa yang akan ayah kahabarkan ini. Sebenarnya semasa Sa berada di tempat kerja, ada satu rombongan yang datang untuk bertanyakan tentang Sa.” Terang ayahku panjang lebar.
“Tanyakan tentang Sa? Kenapa, mak, ayah?” aku bertanya seperti orang bodoh.
“Kamu tak ada kawan lelaki lagi kan? Tadi rombongan tu bertanyakan kamu. Kalau kamu tak ada kawan lelaki lagi, mak dan ayah ingat nak terima je risikan siang tadi. Tapi sebelum mak dan ayah buat keputusan, kami nak juga tanya kat kamu. Kalau mak dan ayah buat keputusan nanti takut kamu kata mak dan ayah memandai-mandai sendiri pula.” Panjang lebar emakku menyampuk.
Kiranya siang tadi ada orang datang merisik akulah. YA ALLAH ya TUHANku…. Gelap seketika dunia ini aku rasakan. Aku baru dua puluh satu tahun. Masih terlalu muda untuk menggalas tugas sebagai hak milik orang apatah lagi sebagai isteri orang.
Aku memejamkan mataku. Seperti mimpi ngeri yang baru aku alami dan aku harapkan apabila aku tersedar daripada mimpi ini, semua yang aku dengar tadi adalah hanya sekadar mimpi. Tetapi ketika aku mambuka mataku, ayah dan emakku masih berada di hadapanku. Ini bermakna aku tidak bermimpi dan apa yang kudengar tadi adalah realiti. Bukannya mimpi.
“Siapa diorang yang datang siang tadi?” aku bertanya perlahan.
“Emak dan ayah tak kenal siapa mereka. Tetapi mereka kata mereka kenal kamu dan anak mereka yang nak dijodohkan dengan kamu tu ialah satu sekolah dengan kamu.” Terang ayahku.
“Masa Sa sekolah mana? Sekolah sains ke sekolah cina?” aku bertanya, inginkan kepastian.
“Daripada kata mereka, anaknya ini adalah dari sekolah cina dan kamu juga masa tu dari sekolah cina.”
Aduh… lama tu… aku dah tak ingat yang mana satu budak sekelas denganku ketika bersekolah cina dahulu. Yalah, mana nak ingat kalau aku bersekolah sekolah cina dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Masa keputusan PMR keluar, aku mendapat tawaran untuk menyambung tingkatan empat di Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu.
Alah… siapa pulak yang satu sekolah denganku… maknanya budak tu budak Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin. Siapalah yang aku tak tahu gerangannya.
“Mak, dia tu Melayu ke?” Aku memandang emakku dengan pandangan pelik. Yelah, siapa yang tak pelik bila ada budak dari sekolah lama masuk meminang. Lebih pelik lagi, aku dulu bersekolah di sekolah cina. Sekolah yang mejoriti pelajarnya dari kaum cina. Susah sangat nak jumpa budak Melayu.
“Mestilah melayu. Dah kalau bukan Melayu, bangsa apa kamu ingat?” jawab emakku.
“Takpe, kamu boleh ambil banyak masa untuk kamu fikirkan tentang rombongan siang tadi. Mereka akan datang lagi pada akhir bulan depan untuk dapatkan keputusan dari kamu.” Tambah ayahku.
“Baiklah ayah, mak. Saya masuk dalam bilik dulu.” Putusku. Aku perlukan ketenangan untuk berfikir.
“Yelah.” Balas emak dan ayahku serentak. Mereka memerhati sehingga kelibat aku hilang di sebalik pintu bilik.

Ahad, 2 Ogos 2009

Kalau Sudah Sayang : BAB 1


Kerja di pejabat semakin menimbun. Itulah asam garam kehidupan yang perlu di lalui oleh seorang manusia. Kata orang, kerja walau banyak macam mana pun tak akan habis, malah makin bertambah. Oleh sebab itu manusia perlu bercuti unuk berehat sementara daripada tekanan kerja.
Samalah seperti apa yang aku alami sekarang. Apabila awal bulan atau akhir bulan, aku dan rakan sekerja seangkatan denganku bekerja seperti tidak cukup tangan. Iyalah mana lagi nak handle pembayaran bil yang diserahkan oleh pelanggan. Itu tak termasuk lagi dengan kerenah pelanggan yang merungut kerana layanan yang lambat diterima. Iyalah nak cepat macam mana kalau seorang pelanggan tu membawa hampir sepuluh keping bil untuk dibuat pembayaran.
Begitulah bermacam kerenah pelanggan yang perlu aku lalui. Sesekali aku rasa nak berhenti kerja sahaja dan tinggal di sebuah tempat yang tidak memerlukan seseorang itu bekerja. Kita tak perlu bersusah payah untuk bangun pagi dan ke tempat kerja. Pulang pulak apabila senja menjelang.
Inilah kerja yang kupilih iaitu sebagai penjaga kaunter di sebuah bank yang terkemuka di Malaysia.
“Sarah, nak pesan apa-apa tak? Kak Ana nak keluar beli makanan lunch ni.” Kak Raihana menyapaku ketika jari-jemariku sedang laju menekan papan kekunci untuk memasukkan nilai-nilai pembayaran yang dibuat oleh seorang pelanggan.
“Kak Ana tapaukan ajelah. Air akak beli air milo ais. Tu je kak.”
“Nasi nak lauk apa?”
“Alah, akak letak je lauk apa pun. Saya makan semua. Tolak batu dengan kayu je. Hehehe.” Aku membalas pertanyaan dengan ketawa perlahan. Sementara itu, tanganku masih ligat menekan papan kekunci komputer.
Kak Raihana berlalu keluar dari ruang pejabat beriringan dengan Suzila yang juga salah seorang daripada penjaga kaunter di pejabatku.
Begitulah keadaanku ketika pelanggan ramai. Sehinggakan nak makan pun kena pesan dengan kawan, beli nasi bungkus. Sekarang ni giliran aku bertugas pada waktu rehat. Bila diaorang dah balik dari membeli makanan tengahari, mereka pula yang akan menggatikan tempatku pula.
Ketika masa awal bulan dan akhir bulan ini juga, aku akan pulang lambat ke rumah. Iyalah, kerja bertimbun, nak balik awal pun seksa. Tapi hari ini aku tidak perlu stay back kerana aku sudah meminta izin daripada bosku untuk pulang awal. Aku terasa badanku seram sejuk sahaja, seperti nak demam.
Tepat pukul lima setengah petang, aku sampai di perkarangan rumahku dengan motorsikal kesayanganku, Honda EX. Mesti ramai tertanya-tanya kenapa aku memakai motorsikal dan kenapa aku tidak memakai kereta seperti hampir semua perempuan di muka bumi ALLAH S.W.T. ini.
Nak tahu kenapa? Sebabnya aku tidak berkemampuan untuk memiliki sebuah kereta kerana gajiku hanyalah kecil sahaja. Iyalah kerja sebagai penjaga kaunter, berapalah sangat gaji bulanan yang diperolehi.
Tetapi zaman sekarang, untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan yang seiring sengan kelulusan yang kita perolehi amatlah susah kerana saban tahun semua universiti melahirkan puluhan ribu graduan. Ini akan menimbulkan masalah persaingan antara mereka dan terjadilah masalah pengangguran. Inikan pula aku yang hanya berkelulusan setakat SPM saja ni.
Bagi aku pula, aku sudah letih naik pejabat turun pejabat untuk mengintai peluang kerja kosong, tetapi hampa. Aku juga sudah menghadiri puluhan temuduga dan jawapan yang diterima adalah sangat mendukacitakan. Ketika aku bersedih dengan keputusan temuduga yang aku lalui, Kak Liza, kakak iparku, menghulurkan borang kerja kosong yang terdapat berhampiran dengan tempat kerjanya.
Katanya, daripada aku bersedih dengan benda yang memang tak akan kita dapat, apa kata aku ambil sahaja peluang pekerjaan yang sudah ada didepan mata. Walaupun gajinya kecil tapi itu sudah boleh membantu meringankan beban emak dan ayahku.
Sekarang setelah bekerja selama setahun, aku masih lagi kekal disini. Aku cukup gembira bekerja disini. Cuma kadang-kadang tu adalah juga rasa tension, tapi itu semua biasa, adat bekerja. Jika aku tidak menerima cadangan kakak iparku dahulu, aku mungkin masih lagi menganggur.
Dengan badan yang tak berapa nak sihat ni, aku melangkah masuk ke dalam rumah setelah memarkir motosikalku di dalam garaj di sebelah rumahku. Ketika aku melangkah masuk ke ruang tamu rumahku, emak dan ayahku tidak kelihatan. Adik-adikku juga tidak kelihatan.
Aku dengan malasnya menapak masuk ke dalam bilikku. Lantas aku merebahkan badan di atas katil yang sudah siap tersedia menanti di dalam bilikku. Aku sudah tidak menghiraukan keadaan sekeliling, yang aku tahu hanya ingin merehatkan tubuhku.
“Acik… Acik… Bangunlah.. dekat maghrib dah ni..”
‘Alah…. Sape pulak kejut aku tengah tido best-best ni… kacau betul’ aku menggumam di dalam hati.
“Hei, acik… Acik… Bangunlah.. dah dekat maghrib dah ni..” Kedengaran suara itu bersuara lagi.
Akhirnya aku mencelikkan mataku. Barulah aku dapat melihat siapa yang sibuk duk kejutkan aku. Adik bongsuku rupa-rupanya.
“Emm… Kenapa cu? Kejutkan acik.. Sedap-sedap Acik tengah landing.” Adikku ketawa bila terdengar aku mengomel ketika mataku masih lagi tertutup.
“La… ketawa pulak… Hoi, apa halnya ni?” Adikku makin galak mentertawakanku. Aku pula jadi naik geram pula dengan adikku yang sorang ni.
“Mak suruh bangun.. Dah nak maghrib ni… Tak elok tidur dekat-dekat maghrib ni.”
Dia menjawab bila sudah berhenti daripada mentertawakanku. Tu pun masih lagi ada sisa-sisa ketawa. Bila dah menjawab pulak macam mak nenek. Kalah mak aku kalau dia membebel.
“Yelah… Yelah… Acik nak bangunlah ni… Kalau tak pening kepala ni, acik tak tidur jugak.”
“Ye ke pening kepala? Dah ni pening lagi ke? Dah makan ubat ke belum?” Ni lah adikku, bila membebel, membebel jugak tapi ambik berat tetap ambik berat jugak.
“Hoi satu-satulah. Kalau bercakap tu macam mak nenek.”
Hahahahaha. Ketawa lagi. Dia ni tak tahu makna letih ke… Hish, malas aku nak layan dia ni. Baik aku keluar, buang masa je duk layan budak sorang ni. Aku lantas bangun untuk keluar daripada bilikku. Meninggalkan adikku seorang diri dengan ketawanya.
Aku menghampiri emakku yang berada di dapur. Daripada gelagatnya seperti sedang menyiapkan juadah makan malam.
“Mak tengah buat apa tu?”
“Tengah buat makan malam. Bukan kau tak kenal ayah kau tu. Dia tak mahu makan makanan tengahari tadi. Dia nak mak masak lauk lain pulak untuk makan malam ni.”
“Tulah yang ayah sayang sangat kat mak tu.” Tersenyum emakku mendengar usikkanku.
“Haa, tak payah nak usik mak. Kenapa dengan adik kau tu. Duk gelak dari tadi. Dah macam Pontianak mak dengar.”
Hahahahaha… ketawa panjang aku bila mendengar rungutan emakku itu.
“Apa dia mak? Pontianak?” Hahahahaha…. Aku terus ketawa.
“Hish budak ni… Kamu pun nak jadi macam adik kamu jugak? Mengilai maghrib-maghrib ni.” Emakku terus merungut.
“Apa pontianak-pontianak maghrib ni? Datang sungguh baru tau.” Ayahku yang muncul di tangga dapur menyampuk.
Kelihatan dia akan pergi ke surau yang berdekatan dengan rumahku untuk menunaikan solat maghrib. Seperti kebiasaannya, di surau itu akan diadakan ceramah agama oleh ustaz yang dijemput oleh pihak surau ketika menunggu masuknya waktu isya’. Tidaklah waktu yang senggang itu terbiar kosong. Boleh juga menambah pahala.
“Eh abang, dah nak pergi ke surau ke?” Emakku bertanya kepada suami kesayangannya.
“Hmm, dah nak pergilah ni. Takut lambat pulak. Soalan saya awak tak jawab lagi.” Ayahku mengulangi pertanyaannya tadi, seperti tak puas hati.
“Takdelah, budak ni. Mengilai mengalahkan pontianak. Haa, tu sorang anak dara abang. Kalau bab mengilai boleh lawan pontianak.” Emakku mula menjelaskan situasi sebenar.
Manakala di muka tangga dapur pula muncul kelibat adik bongsuku. Dah habis mengilai agaknya.
“Macam-macam hal. Saya pergi dulu. Takut lambat pulak.”
“Kalau saya tak uzur, nak jugak saya pergi ke surau tu. Rugi rasanya nak tinggal ceramah agama tu. Tapi nak buat macam mana.”
“Alah Cik Yah oii, awak tunggu bendera merah awak turun dulu. Baru nak fikir pasal hal surau.” Ayahku terus melangkah ke motorsikal Honda C70 kasayangannya itu untuk ke surau.
Motor itu sudah uzur kulihat tapi ayahku masih menggunakannya lagi. Motor itu sudah banyak jasanya dengan keluargaku. Dengan motor inilah ayah menghantar kami adik-beradik ke sekolah dan ayahku mengangkut hasil kebunnya kepada pembekal jika pembekal tidak dapat datang mengambil hasil kebun itu.
Ayahku juga memiliki sebuah lagi kenderaan iaitu sebuah kereta Kancil terpakai. Tetapi dia kurang menggunakannya. Dia lebih selesa menunggang motorsikal buruknya itu.
“Dah dah, kamu berdua pergi mandi. Dah tak lama dah maghrib nak masuk.” Arah emakku bila melihat kelibat motor ayahku sudah tak kelihatan. Hilang semua apa yang aku kenangkan sebentar tadi.
“Aha, sebelum mak lupa, lepas ayah balik dari surau nanti, ayah ada perkara nak cakap sikit. Mungkin lepas makan malam.” Ucap emakku sebelum aku melangkah ke bilikku.
“Hal apa mak?”
“Alah, kau tunggu saja ayah kau balik nanti.” Emakku menjawab seakan tidak mahu mengulas lanjut.
“Okey, baiklah.” Balasku sebelum berlalu ke bilikku untuk mengambil tuala sebelum berlalu ke bilik air.